Skip to main content

Politik

KJ tolak jawatan Setiausaha Agung BN

41530429647_KLdebatawani.jpg
Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menolak jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang ditawarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, beliau mahu memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Rembau.

Beliau membuat kenyataan demikian dalam tweet terbarunya sebagai respon kepada kenyataan Ahmad Zahid mengenai perbincangan yang akan dilakukan bersama tentang peranan Khairy dalam UMNO.

Khairy dalam tweet itu juga berkata, beliau tidak mahu memegang apa-apa jawatan tinggi dalam parti namun tetap bersedia membantu UMNO.


Advertisement

Must Watch Video