awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia
Micron beli kilang pengeluaran cip semikonduktor Powerchip Taiwan bernilai AS$1.8 bilion
JPA laksana kajian impak AI terhadap perjawatan perkhidmatan awam - KPPA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolaborasi Agung: Amanah sambut baik cadangan perkasa Melayu-Islam - Mohamad Sabu

Seth Akmal
Seth Akmal
20/01/2026
03:25 MYT
Kolaborasi Agung: Amanah sambut baik cadangan perkasa Melayu-Islam - Mohamad Sabu
Mohamad mengingatkan bahawa usaha memperkasa orang Melayu tidak seharusnya disertai dengan penghinaan atau kecaman terhadap kaum lain. - Gambar fail
SHAH ALAM: Parti Amanah bersetuju cadangan untuk memperkasa masyarakat Melayu-Islam termasuk melibatkan “Kolaborasi Agung.”
Bagaimanapun, Presidennnya, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, parti tersebut akan meneliti cadangan tersebut agar pelaksanaanya bersifat harmoni.
“Untuk berbincang hal kepentingan Melayu-Islam, saya bersetuju cuma kita nak lihat caranya bagaimana,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Penyatuan Umat Islam dan Palestin, di sini, hari ini.
Dalam masa sama, Mohamad mengingatkan bahawa usaha memperkasa orang Melayu tidak seharusnya disertai dengan penghinaan atau kecaman terhadap kaum lain.
“Saya tidak mahu dalam usaha kita nak membantu Melayu, kita maki dan hentam kaum lain,” katanya.
Tambahnya setiap pihak berkepentingan seharusnya mencari jalan untuk membina kekuatan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
Pada Sabtu lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan satu bentuk gabungan besar melibatkan parti-parti politik Melayu-Islam dikenali sebagai “Kolaborasi Agung.”
Ahmad Zahid turut berhasrat untuk bertemu pemimpin utama kesemua parti politik lain yang bersetuju dengan cadangan ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, kolaborasi itu bersifat longgar (loose collaboration) dan bukan penubuhan sebuah parti politik baharu, namun, sebagai langkah awal yang penting ke arah penyatuan lebih besar.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Mohamad Sabu
#UMNO
#Amanah
#kolaborasi agung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan