awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komponen BN perlu pastikan kekuatan parti masing-masing: Khaled

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2015
09:36 MYT
Komponen BN perlu pastikan kekuatan parti masing-masing: Khaled
Chong (gambar) sebelum ini mendakwa mekanisme BN untuk menyelesaikan isu-isu perkauman kini sudah tidak lagi berkesan.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru setiap komponen Barisan Nasional (BN) berdiri di atas kekuatan parti masing-masing.
Malah mekanisme BN terbukti berkesan dalam mengekalkan keharmonian dan kestabilan antara kaum, kata Menteri Besar Johor itu.
Pendirian itu dinyatakan oleh Mohamed Khaled, yang juga ADUN Permas, sebagai mengulas pandangan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang mendakwa mekanisme BN untuk menyelesaikan isu-isu perkauman kini sudah tidak lagi berkesan.
"BN mengandungi pelbagai parti yang mana ada pandangan masing-masing dan bercakap apa sahaja mereka mahu cakap.
"Cara dan pendekatan yang kita ambil selama ini ialah parti akan tentukan kekuatan masing-masing dan kekuatan itu di adunkan dan dijadikan kekuatan yang lebih kukuh."
"Jadi kami mempunyai perjanjian di mana tidak ada pihak yang tunduk kepada yang lain dan setiap parti akan memastikan kekuatan mereka dan tidak bergantung kepada yang lain," kata Mohamed Khaled.
Sebelum ini, Chong turut menggesa parti komponen BN membuka keahlian kepada semua tanpa mengira kaum.
Tambahnya, semua pihak dalam BN termasuk MCA tidak akan teragak-agak untuk membuka keahlian mereka untuk menjadi parti untuk semua.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Chong Sin Woon
#Khaled Nordin
#MCA
#perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan