KUALA LUMPUR: Malaysia menyaksikan penubuhan Kerajaan Perpaduan buat julung kali dalam sejarah negara berikutan tiada parti politik tanah air yang memperoleh kerusi majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tahun lepas.
Setelah lebih 100 hari mengemudi pentadbiran negara, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan konvensyen bersama parti-parti dalam kerajaan pada 14 Mei ini dalam usaha memastikan gerak langkah dan hala tuju yang seiring dalam memimpin negara.
Felo Akademi Sains Malaysia, Prof Jayum Anak Jawan berkata, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan itu penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh untuk membawa negara ke depan meskipun perlu menyusuri pelbagai cabaran dalam proses pentadbiran.
Beliau berkata, konvensyen yang akan disertai oleh 20 parti dalam Kerajaan Perpaduan itu juga akan memberi gambaran politik dan kepimpinan negara berada dalam keadaan stabil sekali gus melahirkan keyakinan kepada pelabur luar agar mereka tidak perlu risau untuk melabur di dalam negara.
"Konvensyen ini juga akan menunjukkan bahawa kerjasama antara parti utama iaitu PKR, DAP, UMNO, GPS berjalan baik dan pemimpin bekerjasama bagi satu tujuan iaitu memajukan Malaysia demi menunaikan amanah yang sudah diberikan rakyat pada PRU15," katanya kepada Bernama.
Profesor Sains Politik Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menyifatkan konvensyen berkenaan seolah-olah memberi laporan kepada rakyat mengenai usaha yang telah dan akan dilakukan kerajaan pimpinan Anwar dalam mengemudi kerajaan yang telah melepasi 100 hari setelah mengambil alih tampuk kepimpinan negara.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jamaie Hamil berkata, konvensyen itu akan menjadi medan terbaik bagi kerajaan baharu membincangkan segala persoalan, pertanyaan dan permasalahan antara parti dalam kerajaan.
Selain membantu mencari hala tuju, beliau berkata, konvensyen berkenaan juga akan memberikan impak yang cukup besar kepada rakyat di peringkat akar umbi untuk memahami arah tuju kerajaan supaya mereka terus memberikan sokongan.
Meskipun soal perpaduan bukan perkara baharu bagi Malaysia, penganalisis politik itu menyifatkan penubuhan Kerajaan Perpaduan antara ramuan terbaik dalam arena politik tanah air, justeru konvensyen itu akan mencari formula untuk mengekalkan perpaduan melalui pembentukan kerajaan berkenaan.
"Konvensyen ini sangat relevan kerana keputusan nanti untuk nyatakan mengapa Kerajaan Perpaduan ini dibentuk, mengapa ia perlu dikekalkan, mengapa ia perlu disokong dan atas alasan apa kerajaan ini akan terus menjadi pemerintah yang terbaik selepas era demokrasi di negara ini berkembang," katanya.
Bagi Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick, konvensyen itu penting kerana ia ialah platform sumbang rumus ke arah menjadikan Malaysia negara yang lebih progresif, harmoni, bersatu dan membangun.
Selaku Presiden UPKO, katanya, beliau ingin menyampaikan aspirasi berkenaan kepada sidang konvensyen dan rakyat Malaysia secara amnya.
"Bagi UPKO, pentadbiran negara harus dipimpin oleh gagasan politik pelbagai kaum yang progresif dan tidak ekstrem kepada dasar satu-satu kaum dan agama. Sebab itu, UPKO berasa lebih senang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dan akan memainkan peranan dalam memberi input-input tadbir urus negara ini," katanya.
Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, Kerajaan Perpaduan nyata gagasan yang lebih progresif untuk mencorakkan masa depan 60 tahun Malaysia yang seterusnya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penganjuran Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan dijadualkan pada 14 Mei di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, boleh meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.
Presiden UMNO itu memaklumkan ia adalah untuk memperlihatkan perpaduan dalam kalangan parti gabungan terhadap kepimpinan Anwar. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Gambar fail Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn Kuala Lumpur, pada 19 Mac lalu. - Gambar BERNAMA

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Gempa bumi lemah Semporna: Gegaran dirasai, tiada kejadian tidak diingini - Bomba
Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu.

Jepun rancang benarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun peroleh pemastautin tetap
Jepun sedang menimbang untuk menyemak semula peraturan imigresennya bagi membenarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun memperoleh taraf pemastautin tetap.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.