KUALA LUMPUR: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan julung kali esok akan menjadi medan terbaik bagi menoktahkan sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kestabilan politik negara sekali gus menumpukan fokus dan usaha kerajaan kepada rakyat.
Konvensyen yang dijangka menghimpunkan 10,000 perwakilan daripada 19 parti politik gabungan Kerajaan Perpaduan itu akan berlangsung ketika terdapat desas-desus ada pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan.
Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Jamaie Hamil berkata, konvensyen yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu berlangsung tepat pada waktunya bagi memperlihatkan keutuhan Kerajaan Perpaduan sebagai sebuah barisan kepimpinan negara, termasuk kepada pemerhati dan pelabur luar.
"Menerusi konvensyen ini, mereka dalam Kerajaan Perpaduan dapat membuktikan usaha-usaha untuk menjatuhkan kerajaan itu merupakan sesuatu yang sia-sia.
"Perwakilan perlu menunjukkan bahawa mereka yang dahulunya merupakan seteru politik mampu memberikan komitmen kerjasama, kesepaduan, toleransi dan taat setia antara satu sama lain dalam konvensyen ini," katanya kepada Bernama.
Konvensyen itu bermula pada pukul 10 pagi dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, masing-masing di Dewan Merdeka dan Dewan Tun Hussein Onn, di venue sama.
Ia disusuli Bicara Rakyat yang terbahagi kepada tiga sesi iaitu Memperkasa Ekonomi Rakyat, Membina Negara Bangsa dan Malaysia MADANI.
Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, menerusi segmen itu, pemimpin-pemimpin parti Kerajaan Perpaduan akan membicarakan mengenai komitmen kerajaan dalam menyelesaikan isu rakyat termasuk ekonomi, masa depan pembinaan negara bangsa dan konsep MADANI dalam pelaksanaan agenda rakyat.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, peluang ini harus digunakan sebaiknya oleh kepimpinan parti dan negara untuk menjelaskan dasar kerajaan serta menghapuskan sebarang persepsi negatif pada segenap lapisan.
Beliau berkata, pembentukan Kerajaan Perpaduan hasil titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ekoran negara mengalami Parlimen tergantung, menyaksikan banyak pihak terutamanya akar umbi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kerjasama itu.
"Maka, konvensyen ini yang julung kali mengumpulkan semua rakan dalam Kerajaan Perpaduan dan bukan hanya di peringkat pemimpin ialah platform terbaik untuk menjelaskan hala tuju kerajaan," katanya.
Mohd Azizuddin berkata, konvensyen yang diadakan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri juga sudah tentu akan mempersiapkan jentera dan memperkemas kerjasama antara parti-parti di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Satu jentera baharu iaitu Geng Perpaduan yang melibatkan semua sayap pemuda parti gabungan juga akan dilancarkan sempena konvensyen itu bagi memperkukuh kerjasama dan mengatur gerak kerja dalam menghadapi PRN.
Bertemakan "MADANI Mewajahi Masa Depan Malaysia", acara kemuncak konvensyen ialah amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan serta menyaksikan persetujuan deklarasi Kerajaan Perpaduan pada 3.30 petang.
Menurut Jamaie, deklarasi berkenaan dapat memenuhi harapan rakyat untuk melihat sebuah dokumen atau komitmen jelas daripada parti-parti membentuk Kerajaan Perpaduan dalam menggariskan hala tuju sebuah kerajaan yang stabil dan utuh sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Sebelum ini, Anwar dipetik sebagai berkata, beliau yakin Kerajaan Perpaduan yang menerajui negara ketika ini akan kekal sehingga PRU seterusnya.
"Insya-Allah, kita Kerajaan Perpaduan kekal penuh sehingga PRU akan datang. Saya sangat yakin atau saya tidak akan mengeluarkan kata-kata ini," katanya semasa melancarkan sambutan ulang tahun ke-75 Bulan Sabit Merah Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO berkata, UMNO tidak akan sesekali lelah dalam menawarkan penyelesaian tuntas kepada permasalahan rakyat meliputi usaha meningkatkan taraf ekonomi, pembasmian kemiskinan tegar dan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara paling kompetitif dan pesat membangun.
Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula dipetik berkata, gabungan itu akan terus memperkukuh kerjasama pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan dan menyifatkan kerajaan yang ada sekarang hasil daripada gabungan yang sangat stabil. - BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023

Gambar fail Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn Kuala Lumpur pada 19 Mac lalu. - Gambar BERNAMA
BN perlu menang, bina keyakinan menuju PRU16
Jelas Mohamad, begitu pun kemenangan BN pada PRK DUN Pelangai tidak boleh menjadi ukuran kepada kekuatan gabungan tersebut.

Wanita parah dihempap pokok ketika mandi air terjun
Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan selepas dihempap pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek pada Khamis.

JBPM rancang tempatkan helikopter di Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk proses perolehan helikopter untuk ditempatkan di Sabah.
AWANI Ringkas: Caj transaksi 1 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.
Pembelian BPI RM160 setiap 50 kg bantu kawal harga nasi
Kebenaran pembelian Beras Putih Import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram bertujuan membantu mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.

PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Tun Taib hadir sambutan Maulidur Rasul Sarawak
Kali terakhir Taib menghadiri majlis rasmi adalah empat bulan lalu iaitu pada 21 Mei 2023 di Tebingan Sungai Kuching untuk Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan wajar diadakan di peringkat negeri - Zahid
Konvensyen itu dapat menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap kerjasama yang dijalinkan oleh parti-parti dalam kerajaan perpaduan.

'Geng Perpaduan' komitmen perkukuh perpaduan rakyat - Fadillah
Inisiatif 'Geng Perpaduan' atau 'GP' bukti komitmen semua parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan ke arah memperkukuhkan perpaduan demi membina negara bangsa.

Konvensyen Nasional: Noktahkan permusuhan politik, tumpu agenda kerajaan - Adam Adli
Politik tanah air memerlukan nafas baharu dalam memastikan agenda yang dibawa Kerajaan Perpaduan dapat dicapai.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini
Konvensyen menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Komitmen tinggi wakil parti pastikan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan lancar
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menjangkakan kehadiran lebih 10,000 delegasi parti politik, pemimpin parti dan penyokong.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan fokus kepada rakyat, ekonomi negara
Menerusi konvensyen ini, Kerajaan Perpaduan dapat membuktikan usaha-usaha untuk menjatuhkan kerajaan itu merupakan sesuatu yang sia-sia.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan akan tingkat keserasian parti gabungan - Ahmad Zahid
Konvensyen kali pertama itu, akan memberi peluang kepada kepimpinan parti gabungan dari pelbagai peringkat untuk bersama.

Mesyuarat Agung dibatalkan, AMANAH tegaskan kekal stabil
Sebanyak 148 AGM termasuk peringkat kawasan, sayap pemuda dan wanita AMANAH dibatalkan di seluruh negara kecuali Sabah.