awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
Malaysia-India sepakat kukuhkan penggunaan ringgit-rupee dalam perdagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvensyen PBB: Nanta Linggi kekal setiausaha agung parti hingga 2025

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
19/06/2022
05:10 MYT
Konvensyen PBB: Nanta Linggi kekal setiausaha agung parti hingga 2025
Perkara itu diumumkan presiden parti, Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Perhimpunan Agung PBB Ke-15 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.
KUCHING: Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi kembali menggalas peranan sebagai Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi tempoh 2022 - 2025.
Perkara itu diumumkan presiden parti, Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Perhimpunan Agung PBB Ke-15 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.
Turut kekal ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki selaku Timbalan Setiausaha Agung parti bagi tempoh yang sama.
Sementara itu Pengerusi Tetap Parti PBB, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar mengumumkan 16 Ahli Majlis Tertinggi (MT) PBB baharu daripada sayap Bumiputera.
Antaranya Dr Hazland Abang Hipni (867), Mohammad Razi Sitam (860), Datuk Abdullah Saidol (836), Aidel Lariwoo (830), Fazzrudin Abdul Rahman (824), Shafiee Ahmad (824) dan Razali Gapor (806).
Selain itu, Awla Dris, Yusuf Abdul Wahab, Datuk Dr Juanda Jaya, Mohamad Duri, Awangku Jinal Abedin Datuk Pangiran Jaya, Datuk Hairdar Khan Asghar Khan, Mohammed Kamaluddin Mohamad Effendie, Mohamad Sardon Zainal dan Syed Hamzah Datuk Wan Hamid Edruce.
Pemilihan bagi Ahli Majlis Tertinggi telah dilaksanakan pada hari kedua konvensyen yang berlangsung sehingga jam 5 petang manakala jawatan tertinggi induk tidak dipertandingkan.
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Setiausaha Agung PBB
#Konvensyen PBB
#Sarawak
#politik sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan