ALOR SETAR: Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah yang bakal diadakan pada Ahad ini di Alor Setar adalah bertujuan untuk membentuk persefahaman dalam kalangan pemimpin parti di semua peringkat Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, seramai 1,300 peserta dari 15 Parlimen di Kedah akan hadir dan perhimpunan tersebut bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, konvensyen itu juga sebagai persediaan kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi.
"Persefahaman sudah ada dalam kepimpinan Kerajaan Perpaduan antara BN dan PH. Jadi kita nak pergi selangkah lagi ke hadapan sebab sekarang ini kita nak pergi kepada PRN yang paling kurang 60 hari lagi (dari sekarang).
"Jadi maknanya kita bergerak satu lagi langkah ke hadapan. Di antara BN dan PH bukan sahaja lapisan kepimpinan di atas (persefahaman sudah ada) tetapi juga sampai ke pelbagai peringkat hingga ke akar umbi dalam parti," katanya.
Mahdzir ditemui sebaik mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah di Bangunan Tunku, di sini pada Khamis.
Hadir sama Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Ismail Salleh dan Pengerusi DAP kedah, Tan Kok Yew.
Mahdzir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata, pada konvensyen tersebut juga, para peserta akan menyertai perbincangan meja bulat untuk membentuk persefahaman lebih baik.
Jelasnya, penerangan yang dibuat sebelum ini daripada semasa ke semasa telah membolehkan ramai orang semakin faham apa yang dikatakan tentang Kerajaan Perpaduan.
"Macam kerjasama di antara BN dengan parti-parti dalam PH. Awalnya dia agak takut sikit, kekok. UMNO dipanggil parti Melayu, DAP dipanggil parti Cina jadi macam mana boleh kerjasama.
"Dahulu memang musuh sebab dua-dua bawah platform yang berlainan tapi bila sampai waktu sudah menjadi kerajaan dan bersama, saya tidak fikir kita ada masalah.
"Kalau cari masalah, banyak akan jadi masalah. Kalau kita cari kebaikan bersama saya fikir kita boleh tanggani dan kita nak pergi kepada satu kerajaan stabil untuk rakyat melalui perpaduan," katanya lagi.
Tambahnya, perkara yang sama turut dilalui sebagai pemimpin namun perkara tersebut semakin boleh diterima selepas wujud persefahaman dengan pemimpin politik parti lain.
Adie Sufian Zulkefli
Thu May 18 2023

Mahdzir (tengah) ditemui sebaik mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah di Bangunan Tunku, di Alor Setar pada Khamis. - Foto Astro AWANI

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Naikkan harga 30 produk, KPDN tunggu jawapan Gardenia
Menurut Fuziah, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.

Bekas ADUN Paloh ditidurkan akibat komplikasi demam denggi
Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.

Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.

Malaysia kekal di tangga 36 dalam laporan GII 2023, skor meningkat
Malaysia juga menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China dalam kalangan 36 upper-middle income countries dengan kenaikan satu tangga berbanding 2022.

PRN: Lupakan tentang 'poster boy', fokus menangkan parti - Ahmad Zahid
Zahid mengingatkan agar kepimpinan gabungan BN dan PH memberi fokus untuk memenangkan parti masing-masing daripada memikirkan soal 'poster boy' bagi menghadapi PRN.

Kerajaan Perpaduan tumpu lima aspek bangunkan Kedah - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan menggariskan lima perkara yang akan diberi keutamaan untuk rakyat Kedah sekiranya gabungan berjaya mengambil alih negeri itu dalam PRN akan datang.

Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah pentas bentuk persefahaman - Mahdzir
Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah bertujuan untuk membentuk persefahaman dalam kalangan pemimpin parti di semua peringkat Kerajaan Perpaduan.