awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvensyen Tahunan DAP Johor 2022 ditangguh susulan banjir

Bernama
Bernama
03/03/2023
06:45 MYT
Konvensyen Tahunan DAP Johor 2022 ditangguh susulan banjir
Penangguhan konvensyen itu telah mendapat persetujuan daripada Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Pusat.
KLUANG: Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor 2022 yang dijadualkan pada Ahad ini di Muar ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak berikutan banjir di negeri itu yang serius.
Setiausaha DAP Johor Andrew Chen Kah Eng dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penangguhan konvensyen itu telah mendapat persetujuan daripada Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Pusat.
"Kami menyeru semua ahli DAP Johor turun padang dan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang lebih runcing untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Johor," katanya.
Setakat 12 tengah hari tadi, jumlah mangsa banjir di Johor menurun sedikit kepada 32,719 orang berbanding 33,149 orang pagi tadi.
Banjir yang melanda semua 10 daerah di negeri itu menyaksikan pemindahan 9,253 keluarga ke 218 pusat pemindahan sementara dengan Segamat menjadi daerah paling teruk terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#banjir
#Andrew Chen Kah Eng
#Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan