KUALA LUMPUR:Krisis politik yang berterusan dilihat akan melemahkan ekonomi negara terutama ketika proses pemulihan susulan impak pandemik COVID-19.
Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Mujibu Abd Muis berkata beberapa negara jiran secara komited mengetepikan krisis politik dan memfokuskan kepada pemulihan ekonomi.
"Jelas menunjukkan bahawa kalau berterusan berpolitik begini, ia akan secara perlahan melemahkan negara dan politik kita.
"Sudah tentu apabila kita lihat perkara ini dalam konteks yang makro, kita akan bakal lebih ketinggalan daripada negara-negara jiran kita yang sekarang ini lebih agresif melupakan hal politik.
"Sebaliknya mereka (negara luar) memikirkan kepentingan negara untuk terus maju dan terus keluar daripada kemelut COVID-19 dan kemuraman ekonomi disebabkan pandemik itu dengan lebih cepat dan pantas," katanya kepada Astro AWANI.
Jelasnya, jika krisis politik berterusan berlaku, Malaysia akan ketinggalan dan gagal menjadi negara maju atau sekurang-kurangnya dihormati di peringkat Asia.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi pasca sidang media bersama oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.
Dua negarawan tanah air itu memohon Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menolak Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 yang dijadualkan esok.
Sementara itu, Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid menjangkakan kedua-dua veteran politik itu mahu proses pengundian RUU itu tidak dibuat berlandaskan keputusan parti.
"Saya kira apa yang dinyatakan Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh itu lebih menunjukkan bagaimana kematangan politik mereka memahami rencam politik semasa.
"Dalam konteks semasa ini kita lihat, kebanyakan majoriti parti yang paling besar dalam konteks di Parlimen Malaysia mungkin mempunyai lebih kurang 40 hingga 50 buah kerusi sahaja.
"Jadi ini sangat-sangat tidak mencukupi, jadi dari segi peruntukan Perlembagaan, parti-parti ini memerlukan kerjasama parti lain.
"Apa-apa berlaku kepada Parlimen esok hari, tidak semestinya pengundian itu mesti mengikut parti kerana kita tahu, sedia maklum bahawa perpecahan dalam parti seperti UMNO ada yang menyokong dan tidak menyokong parti pemerintah ketika ini," katanya lagi.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Dec 14 2020

Krisis politik yang berterusan dilihat akan melemahkan ekonomi negara terutama ketika proses pemulihan susulan impak COVID-19. - Foto Fail/BERNAMA

Lindsay Lohan, Ne-Yo bayar berpuluh ribu dalam kes promosi kripto
Beberapa selebriti termasuk Lindsay Lohan, Ne-Yo dan Akon bersetuju untuk membayar berpuluh ribu dolar bagi menyelesaikan tuntutan selepas mereka didapati bersalah mempromosikan pelaburan kripto tanpa mendedahkan bahawa mereka dibayar untuk promosi berkenaan.
![[TERKINI] Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat [TERKINI] Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015302/8967789641679560541594_640x360.jpg)
[TERKINI] Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, hukuman penjara sepanjang hayat dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang.

Pembayaran Terbuka: Bincang perluas ke PLUS
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Hypermarket sosial untuk B40 dalam perbincangan
Ia bagaimanapun masih di peringkat konsep dan masih memerlukan masa untuk dibincangkan.

Ramadan: Nak perut 'six-pack'? Ini 5 rutin santai dan sangat berkesan
BULAN yang cukup dinanti-nantikan oleh ramai umat Islam di seluruh dunia.

Kapal tentera laut AS berlabuh di Busan
Persiapan giat dijalankan di kapal tentera laut Amerika Syarikat di Korea Selatan untuk latihan pendaratan Amfibia berskala besar yang pertama antara dua negara itu dalam lima tahun. Latihan itu yang digelar Ssangyong, dilancarkan pada Isnin dan berlangsung sehingga 3 April depan.
![[TERKINI] Annuar Zaini dilantik Pengerusi UDA berkuat kuasa hari ini [TERKINI] Annuar Zaini dilantik Pengerusi UDA berkuat kuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015298/8967789641679560338560_640x360.jpg)
[TERKINI] Annuar Zaini dilantik Pengerusi UDA berkuat kuasa hari ini
UDA Holdings Berhad (UDA) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd Annuar Zaini sebagai Pengerusi UDA berkuatkuasa hari ini 23 Mac. Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak menggantikan Datuk Norliza Abdul Rahim.

Zahid Lancar Plan Besar Industri Halal 2030
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini melancarkan Buku Plan Besar Industri Halal 20302030 (HIMP 2030), iaitu rangka tindakan untuk menjadikan Malaysia peneraju utama industri halal dunia. Turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Mahkamah Rayuan benar kurangkan ganti rugi kepada waris pemuda mati ditembak
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan dan polis untuk mengurangkan jumlah ganti rugi kepada keluarga tiga pemuda yang terbunuh akibat ditembak dalam kejadian di Shah Alam.

Lacur: Ibu tunggal didenda RM2,500
Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas.

'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.

Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.

Kenyataan Mahathir menjawab 'serangan' beliau terhadap Anwar - Nazri
Mengimbau peristiwa Ops Lalang, Mohamed Nazri memberitahu ketika itu beberapa exco Pemuda UMNO juga ditahan dalam operasi tersebut.

"Ops Lalang bukan arahan saya" - Dr Mahathir
Kata Dr Mahathir, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif sudah jelaskan keputusan melancarkan operasi itu dibuat oleh PDRM.

"Masa jadi PM ke-4, saya tidak halang Anwar buat demonstrasi setiap minggu" - Tun M
Dr Mahathir dakwa, kerajaan hari ini takut untuk mendengar suara orang Melayu.

Isunya bukan takut, tapi Mahathir cuba menghasut - Nazri
Mohamed Nazri berkata beliau 'pelik' dengan sikap Mahathir yang sangat prihatin dengan nasib orang Melayu ketika tidak ada kuasa.

'Saya kalah pilihan raya, kenapa takut dengan saya?' - Dr Mahathir
Perhimpunan Proklamasi Melayu anjuran Sekretariat Tanah Air yang dirancang hari ini terpaksa dibatalkan selepas tiga kali bertukar venue.

Lokasi program Sekretariat Proklamasi Orang Melayu ditukar lagi
Lokasi pertama program itu sebelum ini terpaksa dibatalkan kerana berdepan masalah teknikal.

Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M
Beliau turut berdoa agar usaha mencari pesawat itu membuahkan hasil, namun jika yang sebaliknya berlaku, ia pastinya sesuatu yang sukar namun tetap perlu diterima.

Terlalu awal untuk hakimi Kerajaan Perpaduan gagal - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak menghakimi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh singkat ini sebagai 'gagal.'