awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah Anwar bertanding di Port Dickson adalah wajar - TPM

Salim Aziz
Salim Aziz
12/09/2018
15:50 MYT
Langkah Anwar bertanding di Port Dickson adalah wajar - TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui media selepas menyampaikan bantuan ehsan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) kepada mangsa ribut di SK Terian, Jalan Kuala Teriang pada Rabu. - Foto Bernama
Langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Kecil adalah wajar.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah, pengosongan kerusi Parlimen bagi memberi laluan kepada suaminya adalah perlu bagi membolehkan beliau kembali aktif dalam politik.
“Ini adalah kerana apabila beliau, Anwar dinafikan hak apabila dia dimasukkan ke dalam penjara sudah sebelas tahun, kalau dihitungkan semuanya jadi (PRK ini) untuk dia bertindak aktif dalam politik.
“Iinilah caranya untuk menjadi wakil rakyat dalam Dewan Rakyat, InsyaAllah sebab persepsi ini sudah kita lalui PIlihan Raya Umum ke-14. Kita kata kalau kita menang Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar sebagai Perdana Menteri Menanti,” kata beliau ketika ditemui pemberita di Kuala Teriang, di sini petang tadi.
Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah hari ini mengumumkan pengosongan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil.
Danyal berkata keputusan itu dibuat bagi membantu Anwar dalam usahanya kembali sebagai seorang ahli Parlimen dan seterusnya menjadi perdana menteri kelapan.
Wan Azizah ditemui media selepas menyampaikan bantuan ihsan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada mangsa ribut Kuala Teriang di sini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#PKR
#politik
#Port Dickson
#PRK
#Timbalan Perdana Menteri
#TPM
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan