KUALA LUMPUR: Jawatan Timbalan Perdana Menteri wajar diberikan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak sebagai mengiktiraf sumbangan dua negeri ini dalam pembentukan Kerajaan dan politik yang stabil.
Mengulangi pendiriannya, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing menegaskan, sekiranya perlu, Perdana Menteri baharu mungkin boleh melantik dua calon untuk jawatan tersebut.
“Sekiranya Perdana Menteri baharu berhasrat memilih dua individu bagi mengisi portfolio tersebut, pastikan satu untuk parti di Semenanjung dan satu lagi dari Sabah atau Sarawak.
‘’Pelantikan ini akan menjadi sejarah buat negara kerana sejak pembentukan Malaysia, Putrajaya tidak pernah mengiktiraf sumbangan kami dalam mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah negara,’’ kata Masing dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: Calon GPS 'sesuai' pegang jawatan TPM - Masing
BACA: Calon PM ke-9: 17 Ahli Parlimen GPS, satu Bebas selesai menghadap Agong secara maya
Selain itu, ujarnya Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini membantu dalam pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dengan sokongan 18 ahli parlimen.
Malah dalam usaha pembentukan kerajaan baharu ketika ini, GPS tetap memberikan sokongan kepada calon Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Dengan bantuan dan sokongan diberikan oleh ahli parlimen GPS ini, Putrajaya seharusnya mengiktiraf peranan kami dengan memberikan jawatan tersebut kepada gabungan kami.
‘’Dan untuk pemillihan tersebut, biarlah gabungan kami (GPS) yang menentukan calon tersebut,’’ tambahnya lagi.
Masing sebelum ini konsisten dengan pendiriannya agar ahli parlimen dari GPS dilantik sebagai Timbalan Perdana Malaysia di bawah kepimpinan baharu ini.
Syafik Shukri Jalil
Thu Aug 19 2021
Beliau menegaskan sekiranya perlu, Perdana Menteri baharu mungkin boleh melantik dua calon untuk jawatan tersebut. - fotoBERNAMA
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
[KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melakar satu sejarah buat Malaysia apabila tidak ada mana-mana parti yang bertanding berjaya mencapai majoriti mudah dengan 112 kerusi di Dewan Rakyat.
Kekalkan PM Anwar hingga habis penggal - Abang Jo
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dikekalkan untuk menerajui negara sehingga tamat penggal Parlimen.
PRK Jepak: Jangan hiraukan pujukan untuk tidak keluar mengundi - Awang Tengah
Cubaan untuk mengelirukan pengundi itu boleh menjejaskan peratusan turun mengundi dalam PRK itu.
PRK Jepak: Manifesto GPS tawar 14 aku janji
Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini melancarkan manifestonya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
PRK Jepak medan kedua uji kecenderungan pengundi muda Sarawak
PRK DUN Jepak menjadi medan kedua bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS), menilai kecenderungan pengundi muda terhadap gabungan parti yang memerintah negeri itu.
PRK Jepak: GPS pilih bekas Pengarah AADK sebagai calon
GPS mengumumkan bekas Pengarah AADK Iskandar Turkee sebagai bakal calon mereka PRK DUN Jepak.
Kerjasama PDP-PSB: Tiada tempoh masa untuk sebarang penggabungan
Tiada tempoh masa ditetapkan untuk memuktamadkan penggabungan antara Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu (PSB) di Sarawak.
PRN: Menteri, Timbalan Menteri GPS akan bantu calon Kerajaan Perpaduan - Abang Jo
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dipersetujui susulan mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu malam ini.
MoU PDP-PSB tiada kaitan dengan GPS - Abang Johari
Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama antara Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) semalam tidak secara rasmi melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
GPS terus beri tumpuan pastikan Kerajaan Perpaduan stabil - Fadillah
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu terus memberi tumpuan kepada kestabilan Kerajaan Perpaduan demi membangunkan ekonomi dan rakyat Malaysia.