UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] 'Beri ruang Anwar pimpin negara'

Kerajaan perpaduan yang dibentuk atas nasihat Yang di-Pertuan Agong menjadi tonggak supaya negara bergerak ke hadapan.

Astro Awani
Kita kena bagi ruang kepada Datuk Seri Anwar untuk memimpin negara kerana beliau juga mempunyai pengalaman, kata Mohd Shafie Apdal. -Gambar fail/Bernama

Bersih gesa mekanisme semak dan imbang berkesan

Sat Nov 26 2022

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa mekanisme semak dan imbang yang kukuh serta berkesan bagi melindungi kepentingan awam.

Bersih dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu turut meluahkan kebimbangan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum membuat keputusan sama ada akan menjawat jawatan Menteri Kewangan atau sebaliknya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri, Ka Siong nafi wujud pertemuan tertutup

Sat Nov 26 2022

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong masing-masing menafikan terdapat pertemuan tertutup melibatkan pemimpin BN dan Pas di sebuah kelab golf di Petaling Jaya, pada Jumaat.

Ismail Sabri berkata, segala tindakannya kini disalah tafsir sehingga dianggap pengkhianat jika bertemu dengan rakan daripada Pas manakala pihak yang bertemu dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dianggap hero.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan pimpinan Anwar bukan Kerajaan Perpaduan, tapi Kerajaan PH - Dominic Lau

Sat Nov 26 2022

Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah satu ‘Kerajaan Perpaduan’, tetapi ia lebih tepat ditakrifkan sebagai ‘Kerajaan Pakatan Harapan,’ kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Dominic Lau Hoe Chai.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Gerakan hari ini, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, Kerajaan Perpaduan sepatutnya merangkumi semua parti politik di negara ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Gerakan minta ahli fokus PRN tahun depan - Dominic Lau

Sat Nov 26 2022

Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau Hoe Chai meminta ahlinya supaya mula memberi fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan di enam negeri pada tahun depan.

Lau berkata selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir jentera parti itu kini bersedia menghadapi PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

TMJ berkenan terima menghadap PM Anwar Ibrahim

Sat Nov 26 2022

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.

Menerusi ciapan di Twitter HRH Crown Prince of Johor, baginda turut berkongsi beberapa keping gambar pertemuan tersebut, namun lokasinya tidak dimaklumkan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

KDM sokong Hajiji, GRS terus terajui kerajaan Sabah - Wetrom

Sat Nov 26 2022

Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) hari ini menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk terus menerajui kerajaan Sabah.

Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda berkata pendirian itu selaras dengan ketetapan serta pendirian Hajiji dan GRS menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menyertai kerajaan perpaduan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kedah yakin tidak dipinggirkan, walaupun PN jadi pembangkang di Pusat

Sat Nov 26 2022

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor percaya negeri itu tidak akan dipinggirkan oleh kerajaan Persekutuan walaupun Perikatan Nasional (PN) menjadi pembangkang di peringkat Pusat.

Menurut beliau, landskap politik semasa, sistem demokrasi dan konsep federalisme yang diamalkan di negara ini 'tidak mengizinkan' kerajaan Persekutuan meminggirkan kerajaan negeri.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pas tidak akan sertai Kerajaan Persekutuan

Sat Nov 26 2022

Kabinet perlu kecil dan fokus pada pengkhususan

Sat Nov 26 2022

Anwar sahabat baik Palestin - PCOM

Sat Nov 26 2022

Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sokongan beliau terhadap hak rakyat Palestin sentiasa dihargai.

Pengerusi PCOM, Muslim Imran dalam satu kenyataan berkata pertubuhan itu berharap dapat bekerjasama dengan Anwar bukan sahaja untuk membangunkan hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara tetapi juga usaha bersama demi keamanan dan persahabatan rakyat kedua-dua negara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Amanah pasti ada dalam kabinet baharu

Fri Nov 25 2022

Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui wakil ahli Parlimen parti itu bakal mengisi komposisi kabinet, namun menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan portfolio berkaitan.

Jelas Naib Presidennya, Datuk Seri Mujahid Yusof, jawatan bagi menteri kabinet untuk Amanah pasti ada kerana parti itu sebahagian daripada kerajaan dan pihaknya akan mencadangkan nama yang layak sebagai menteri.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Khairy ucap tahniah kepada Anwar

Fri Nov 25 2022

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil melahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Beliau berkata, selepas hampir seminggu Malaysia berhadapan dengan ketidaktentuan dalam pentadbiran, adalah amat penting untuk negara kini mempunyai hala tuju yang jelas.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahli kabinet perlu melangkaui parti politik

Fri Nov 25 2022

'Niat laksanakan kerja, bukan untuk kekal berkuasa'

Fri Nov 25 2022

PM China ucap tahniah kepada Anwar

Fri Nov 25 2022

Perdana Menteri China Li Keqiang pada Jumaat menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai perdana menteri Malaysia.

Li berkata secara tradisinya China dan Malaysia adalah jiran seberang laut dan hubungan akrab ini menyaksikan momentum pembangunan yang hebat, lapor Agensi Berita Xinhua.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pemimpin Hamas ucap tahniah kepada Anwar Ibrahim

Fri Nov 25 2022

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh ucap tahniah kepada Anwar

Fri Nov 25 2022

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pencapaian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU5) dan pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10.

Haniyeh dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya akan terus mendoakan Anwar agar terus berjaya dalam memimpin Malaysia dan berkhidmat untuk umat Islam.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Pemilihan UMNO diadakan kurang dari enam bulan' - Zahid

Fri Nov 25 2022

Ahli-ahli UMNO diminta menunggu waktu membuat keputusan berhubung calon yang bakal menerajui kepimpinan parti sehingga pemilihan yang diadakan iaitu kurang enam bulan dari sekarang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, apabila tiba waktunya, ahli-ahli boleh membuat keputusan untuk melakukan perubahan atau sebaliknya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ringgit kekal tinggi

Fri Nov 25 2022

Ringgit kekal kukuh dan naik ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan berbanding dolar AS berikutan keyakinan berterusan bahawa AS akan mengurangkan kenaikan kadar faedah pada masa hadapan dan peralihan kerajaan yang berjalan lancar di Malaysia.

Pada 6 petang, mata wang tempatan terus mengukuh kepada 4.4795/4890 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4910/5000 pada Khamis.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahli MKT UMNO sudah diberi peluang suarakan pandangan

Fri Nov 25 2022

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi ruang seluasnya kepada semua Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk memberikan pandangan masing-masing pada Mesyuarat Khas MKT UMNO, Rabu lepas.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya berkata, adalah tidak wajar, jika terdapat ahli MKT melaporkan dalam media sosial apa jua petikan yang dibuat di luar konteks dan tidak benar mengenai mesyuarat khas itu kerana ia melanggar tatasusila mesyuarat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tumpu pembangunan ekonomi, lupakan perbezaan politik - Raja Perlis

Fri Nov 25 2022

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini mahukan supaya kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik dan wakil rakyat yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Perlis, untuk melupakan perbezaan politik dan menumpukan kepada pembangunan negeri.

Baginda bertitah semua pihak, perlu memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi bagi menghadapi keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan Perlis ambil langkah penjimatan, 7 Exco pikul 33 portfolio

Fri Nov 25 2022

Kerajaan baharu Perlis mengambil langkah penjimatan dengan mengecilkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kepada tujuh orang termasuk Menteri Besar.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, semua Exco terbabit akan bertanggungjawab terhadap 33 portfolio berkuat kuasa hari ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Perdana Menteri

Fri Nov 25 2022

Pelantikan Anwar sebagai PM dapat liputan meluas media Thailand

Fri Nov 25 2022

Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 mendapat liputan meluas media di Thailand.

Foto ahli politik berusia 75 tahun itu menghiasi dada akhbar Thailand serta portal berita dan stesen televisyen (TV) tempatan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

GRS sokong Anwar demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat Sabah - Hajiji

Fri Nov 25 2022

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan, tindakan gabungan itu menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah demi menjaga kepentingan rakyat negeri itu.

Hajiji berkata, sokongan itu juga bagi mengekalkan kestabilan politik di Sabah.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tidak perlu undi percaya kerana sudah ada titah YDP Agong – Penganalisis

Fri Nov 25 2022

Tinjauan: Yang mana perlu diutamakan?

Fri Nov 25 2022

Jangan bangga digelar 'kingmaker', hadapi realiti ditolak rakyat - Shahril

Fri Nov 25 2022

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan menegaskan, parti itu perlu menerima hakikat dan menghadapi realiti ditolak rakyat didalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dengan hanya memenangi 20 kerusi Parlimen sahaja di Semenanjung.

Menurut beliau, ahli-ahli juga tidak boleh berbangga parti itu disebut-sebut sebagai 'kingmaker' dalam menentukan pembentukan  kerajaan memandangkan parti itu adalah asas dan tunjang yang kuat dengan memiliki majoriti Ahli Parlimen dalam kerajaan-kerajaan sebelum ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pasca PRU-15: Enam Exco Perlis angkat sumpah

Fri Nov 25 2022

Seramai enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis dari Perikatan Nasional (PN) membabitkan empat mewakili Pas dan dua daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis di Istana Arau, hari ini.

Kesemua mereka melafazkan sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah menerima watikah pelantikan daripada baginda.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PM belum putuskan jadi Menteri Kewangan

Fri Nov 25 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan akan memegang portfolio di Kementerian Kewangan.

Beliau yang baru mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 semalam berkata, tindakan itu merupakan antara usaha untuk mengecilkan saiz Kabinet pentadbirannya.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Sidang media Perdana Menteri

Fri Nov 25 2022

GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan - PM

Fri Nov 25 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari ini Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini secara rasmi menyertai Kerajaan Perpaduan.

Katanya, perkara itu dimaklumkan Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Muhyiddin ucap tahniah kepada Anwar, tegaskan PN akan main peranan semak dan imbang

Fri Nov 25 2022

Kurang 24 jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Tambun itu.

Menerusi status dimuat naik dalam Facebook rasmi beliau, Muhyiddin menegaskan PN akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen yang diterajui kerajaan Pakatan Harapan (PH).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Malaysia berharap dapat jalin kerjasama rapat dengan India - PM

Fri Nov 25 2022

Malaysia berharap dapat menjalin kerjasama rapat dan mengukuhkan hubungan dengan India memandangkan negara itu merupakan rakan kongsi penting, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ciapannya hari ini menjawab dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi yang mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10, Khamis.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Presiden Jokowi, tokoh politik Indonesia ucap tahniah kepada Anwar

Fri Nov 25 2022

Presiden Indonesia, Joko Widodo menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Anwar, tokoh yang sudah sekian lama dikenali dan dihormati rakyat Indonesia, tulis presiden yang lebih mesra dengan panggilan Jokowi dalam hantaran di akaun media sosialnya pada Jumaat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tahniah, selamat maju jaya - Tun Mahathir

Fri Nov 25 2022

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Kenyataan ringkas itu dimuat naik melalui akaun laman media sosial miliknya, pada Jumaat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Anwar imbas kad perakam waktu pada hari pertama sebagai PM10

Fri Nov 25 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 5, Perdana Putra, Putrajaya sebagai tanda memulakan tugas secara rasmi.

?Mohd Ashraf Shafiq | BERNAMA pic.twitter.com/ambwLxY2To

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 25, 2022

Anwar tiba di pejabatnya di Aras 5

Fri Nov 25 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pejabatnya di Aras 5, Perdana Putra, Putrajaya.

?Mohd Ashraf Shafiq | BERNAMA pic.twitter.com/ggIuMQB5cD

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 25, 2022

Anwar disambut staf Perdana Putra

Fri Nov 25 2022

#PM10 #AnwarIbrahim disambut pegawai dan kakitangan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada hari pertama beliau memulakan tugas secara rasmi#MalaysiaMemilih #AnwarPM10 pic.twitter.com/DNiYBYlSVj

— Astro Radio News (@AstroRadioNews) November 25, 2022

Anwar tiba di Perdana Putra

Fri Nov 25 2022

#PM10 @anwaribrahim_my memasuki Perdana Putra, #Putrajaya bagi memulakan tugas sebagai #PerdanaMenteri ke-10 secara rasmi hari ini.#MalaysiaMemilih #AnwarIbrahim #Anwar pic.twitter.com/gg5xJ6upK6

— Astro Radio News (@AstroRadioNews) November 25, 2022

Anwar Ibrahim tiba di Perdana Putra, mula tugas sebagai PM10

Fri Nov 25 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugas secara rasmi bermula hari ini.

Kenderaan yang membawa beliau tiba di perkarangan bangunan Perdana Putra jam 9.52 pagi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PM Anwar keluar dari kediaman ke PMO

Fri Nov 25 2022

9.28 pagi: Perdana Menteri Datuk Seri @anwaribrahim keluar dari kediamannya sambil melambai tangan kepada media menuju ke bangunan Perdana Putra, Putrajaya bagi memulakan tugas sebagai Perdana Menteri ke-10 secara rasmi hari ini.

? Natasha Ismail | BERNAMA pic.twitter.com/o03w7632v6

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 25, 2022

PM Anwar Ibrahim mula bergerak ke pejabat di Putrajaya

Fri Nov 25 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan kediamannya jam 9.28 pagi ini, dipercayai menuju ke Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Hari ini merupakan hari pertama beliau memasuki pejabat di Putrajaya itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Jiran sanggup tunggu rai hari pertama PM10 ke pejabat

Fri Nov 25 2022

Penduduk di sekitar kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Sungai Long mula menantikan pergerakan hari pertamanya ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat.

Kesemua mereka dilihat mula berkumpul seawal jam 7 pagi bagi menantikan pergerakan keluar Anwar Ibrahim pada hari pertama ke PMO.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Anwar perlu buktikan sokongan sebenar diterima - Hadi Awang

Fri Nov 25 2022

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan 'kegagalan' gabungan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai partinya mentadbir negara sebagai ada hikmah di sebaliknya.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, apa yang penting PN bersikap jujur, sabar dan istiqamah dalam menghadapi apa jua situasi yang berlaku ketika ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Zahid harap Malaysia bertambah baik di bawah pentadbiran Anwar

Fri Nov 25 2022

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengharapkan negara akan bertambah baik di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujarnya, semua pihak juga wajib menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya bekerjasama membangunkan negara serta mengelakkan kemelut politik yang boleh merencatkan ekonomi dan pembangunan negara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Faizal dakwa kerajaan Anwar tiada keabsahan moral

Fri Nov 25 2022

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendakwa kerajaan baharu di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai keabsahan moral.

Ujarnya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu didakwa tetap dilantik sebagai pemimpin nombor satu negara keraan disebabkan rancangan bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang menghadapi tuduhan rasuah, sedangkan gabungan yang diterajuinya hanya mendapat 82 kerusi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kedutaan asing ucap tahniah kepada PM baharu Anwar Ibrahim

Thu Nov 24 2022

Perwakilan asing di negara ini menghantar ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai perdana menteri ke-10 Malaysia pada Khamis.

Mesej tahniah pertama yang diterima sejurus selepas Anwar mengangkat sumpah pada 5 petang adalah daripada Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Brian D. McFeeters.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pemimpin seteru politik turut ucap tahniah kepada Anwar

Thu Nov 24 2022

Walaupun beberapa hari lepas mereka 'bertempur' di medan Pilihan Raya Umum ke-15, ramai pemimpin politik tanah air tampil menzahirkan ucapan tahniah dan kata-kata nasihat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Antaranya Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Sidang media pertama Perdana Menteri ke-10

Thu Nov 24 2022

Jokowi pemimpin dunia pertama ucap tahniah pelantikan Anwar

Thu Nov 24 2022

Ismail Sabri ucap tahniah kepada Anwar

Thu Nov 24 2022

Abang sulung harap tunaikan amanah dengan baik

Thu Nov 24 2022

Pemimpin utama kerajaan negeri sambut baik pelantikan Anwar

Thu Nov 24 2022

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 untuk menerajui kerajaan perpaduan mencerminkan kematangan politik di negara ini, menurut pemimpin utama negeri.

Menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri menyambut baik pelantikan itu setelah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Segera pulihkan ekonomi, turunkan harga barang

Thu Nov 24 2022

Penduduk kampung Cheruk Tok Kun bangga, teruja

Thu Nov 24 2022

Presiden Turkiye telefon, ucap tahniah kepada Anwar

Thu Nov 24 2022

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah kepadanya, beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Panggilan itu diterima sejurus sebelum Anwar memulakan sidang media pertamanya sebagai perdana menteri.

BERITA PENUH DI SINI

Ini inti pati sidang media pertama Anwar sebagai Perdana Menteri

Thu Nov 24 2022

Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Khamis malam, mengadakan sidang media pertama selepas mengangkat sumpah jawatan berkenaan pada sebelah petang.

Ini adalah antara inti pati sidang media berkenaan yang diadakan di Sungai Long Golf and Country Club di Kajang, pada Khamis.

BERITA PENUH DI SINI

Berita pelantikan Anwar tersebar ke seluruh dunia

Thu Nov 24 2022

Berita mengenai pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia tersebar ke seluruh dunia.

Media utama di seluruh dunia menyerlahkan pelantikan itu - menandakan berakhirnya kebuntuan politik susulan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu lepas yang menyaksikan Parlimen tergantung yang belum pernah berlaku sebelum ini, yang turut mendapat liputan meluas media antarabangsa. Ia juga menandakan perjuangan Anwar selama tiga dekad akhirnya berhasil.

BERITA PENUH DI SINI

Perdana Menteri Singapura ucap tahniah kepada Anwar

Thu Nov 24 2022

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

"Tahniah saya ucapkan atas kemenangan anda pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10," kata Lee dalam perutusan tahniahnya kepada Anwar.

BERITA PENUH DI SINI

Anwar kekal pendirian, tolak gaji Perdana Menteri

Thu Nov 24 2022

Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian untuk tidak menerima gaji bagi jawatan itu.

Beliu berkata, langkah itu diambil bagi memulihkan keyakinan rakyat, terutama terhadap kerajaan perpaduan pimpinannya.

BERITA PENUH DI SINI

Jawatan TPM, keutamaan pada parti induk, sama ada BN atau GPS - Anwar

Thu Nov 24 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan berkenaan dengan Kabinetnya, terutama membabitkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Kata beliau, keutamaan akan diberikan kepada parti komponen terbesar dalam kerajaan perpaduan pimpinannya iaitu Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang masing-masing memperolehi 30 dan 23 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BERITA PENUH DI SINI

Semua pihak diminta terima baik peralihan kepimpinan - PDRM

Thu Nov 24 2022

Semua pihak diminta supaya menerima baik proses demokrasi di negara ini yang melibatkan peralihan kepimpinan kerajaan, tanpa perlu mewujudkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat.

Dalam satu kenyataan hari ini susulan pelantikan Perdana Menteri yang baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab melakukan sebarang provokasi atau membangkitkan isu perkauman dan agama.

BERITA PENUH DI SINI

Parlimen bersidang 19 Dis, undi percaya jadi usul pertama - Anwar

Thu Nov 24 2022

Undi percaya akan menjadi usul pertama yang akan dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan pada 19 Disember depan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara tersebut dibuat untuk memastikan kerajaan pimpinannya mendapat kepercayaan setiap ahli Dewan Rakyat.

BERITA PENUH DI SINI

Abang sulung Anwar zahir rasa syukur, harap tunai amanah dengan baik

Thu Nov 24 2022

Setelah melalui pelbagai liku, akhirnya perjuangan selama 24 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim berbaloi selepas dipilih sebagai Perdana Menteri ke-10, hari ini.

Bagi abang sulung Anwar, Idrus Ibrahim, 80, tiada kata yang dapat dizahirkan terhadap adiknya itu selain bersyukur apabila segala penat lelah dan cita-cita adiknya untuk menjadi pemimpin nombor satu negara termakbul.

BERITA PENUH DI SINI

Anwar isytihar Isnin ini cuti umum

Thu Nov 24 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin ini sebagai cuti umum.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, di Sungai Long Golf and Country Club di sini, pada Khamis malam.

BERITA PENUH DI SINI

Jokowi ucap tahniah, Anwar zahir Indonesia sahabat sejati Malaysia

Thu Nov 24 2022

Presiden Indonesia Joko Widodo menjadi pemimpin dunia yang pertama mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Dalam perkongsian di Facebooknya, Anwar menggambarkan hubungan Malaysia dan Indonesia sebagai sahabat sejati yang terjalin sejak sekian lama.

BERITA PENUH DI SINI

Bursa Malaysia ditutup tinggi, KLCI naik 4.04 peratus

Thu Nov 24 2022

Bursa Malaysia ditutup tinggi pada paras tertinggi tiga bulan dengan indeks utama meningkat sebanyak 4.04 peratus berikutan sentimen pasaran menaik berikutan situasi politik tempatan mereda serta perkembangan luaran yang positif yang mendorong minat risiko pelabur.

Pada 5 petang ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 58.38 mata kepada 1,501.88 berbanding 1,443.50 pada Rabu.

BERITA PENUH DI SINI

Sabah beri jaminan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar

Thu Nov 24 2022

Kerajaan Sabah memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk manfaat dan kebaikan bersama.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turut menaruh keyakinan akan wujud kerjasama erat untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan.

BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri ucap tahniah kepada Anwar

Thu Nov 24 2022

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri ANwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri turut mendoakan Kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara.

BERITA PENUH DI SINI

Pemilik akaun Twitter muat naik video unsur perkauman ditahan - PDRM

Thu Nov 24 2022

Pemilik akaun Twitter menggunakan nama [email protected] yang memuat naik video mengandungi unsur perkauman di media sosial ditahan polis, hari ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

BERITA PENUH DI SINI

Sultan Johor, Tunku Ismail zahir ucapan tahniah kepada Anwar

Thu Nov 24 2022

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ucapan tahniah itu dizahirkan menerusi poster yang dimuat naik di Facebook rasmi baginda 'Sultan Ibrahim Sultan Iskandar' sebentar tadi.

BERITA PENUH DI SINI

Cekal hadapi pahit getir politik, Anwar kini terajui Malaysia

Thu Nov 24 2022

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 hari ini, selepas dikatakan sebagai calon Perdana Menteri paling lama menanti untuk menyandang jawatan, hampir 25 tahun.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR berusia 75 tahun itu tidak asing dalam pentadbiran negara kerana beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat pada 1998 dan kemudian dipenjarakan atas tuduhan yang menurutnya adalah percubaan bermotifkan politik untuk menamatkan kerjayanya.

BERITA PENUH DI SINI

Speaker bincang dengan PM tarikh pembukaan Parlimen ke-15

Thu Nov 24 2022

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tarikh pembukaan persidangan Parlimen ke-15, dalam masa terdekat.

Beliau menjangkakan persidangan pertama Parlimen selepas pembentukan kerajaan baharu diadakan pada bulan depan.

BERITA PENUH DI SINI

Pengerusi PN minta Perdana Menteri kemuka bukti ada sokongan

Thu Nov 24 2022

ABIM harap lantikan Anwar mampu rintis keharmonian politik

Thu Nov 24 2022

ABIM memuji kematangan rakan gabungan politik yang berlapang dada untuk mendukung pembentukan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan isu asasi rakyat dapat diselesaikan dengan segera.

Sesungguhnya kematangan yang ditonjolkan ini harus disambut oleh segenap lapisan rakyat sebagai timbal balik dengan memberi dukungan penuh kepada Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim ini.


BERITA PENUH DI SINI


TPM wajar ditawarkan kepada GPS - Abang Jo

Thu Nov 24 2022

Tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) seharusnya dipertimbangkan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana ia memiliki jumlah kerusi yang terbesar dalam blok Borneo.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa kerajaan baharu harus mengambil kira perkara ini bagi mengukuhkan perpaduan.


BERITA PENUH DI SINI

Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah, tinggalkan Istana Negara

Thu Nov 24 2022

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Istana Negara sekitar pukul 6.40 petang selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10.

Istiadat mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dewan Singgahsana Kecil, pada pukul 5.06 petang tadi.


BERITA PENUH DI SINI

Istiadat angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia ke-10

Thu Nov 24 2022

Anwar Ibrahim angkat sumpah Perdana Menteri ke-10

Thu Nov 24 2022

Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesepuluh di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.06 petang, di sini hari ini.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


BERITA PENUH DI SINI

Muhyiddin gesa Anwar kemuka bukti dapat sokongan Ahli Parlimen untuk jadi PM

Thu Nov 24 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan jumlah SD (Akuan Berkanun) yang diperoleh daripada Ahli-Ahli Parlimen sebagai bukti beliau mempunyai angka yang mencukupi bagi membentuk kerajaan.

Menurut Muhyiddin, perkara itu perlu dibuktikan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam usaha mendapat kepercayaan rakyat.


BERITA PENUH DI SINI

Anwar Ibrahim adakan sidang media selepas angkat sumpah

Thu Nov 24 2022

Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang medianya yang pertama sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas dilantik jawatan itu, bertempat di Sungai Long Club House, di sini hari ini.

Seperti yang disahkan oleh pegawai medianya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu akan bergerak dari Istana Negara selepas selesai lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia.


BERITA PENUH DI SINI

Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk angkat sumpah PM ke-10

Thu Nov 24 2022

Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk lstiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilihat  memasuki pintu 1 Istana Negara sekitar 4.32 petang bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.


BERITA PENUH DI SINI

Jangan anjur sambutan, konvoi kenderaan - DAP

Thu Nov 24 2022

Kerajaan yang bakal ditubuhkan adalah sebuah Kerajaan Perpaduan yang merangkumi pelbagai gabungan parti politik.

Justeru itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyeru semua pihak bekerjasama dan bersatu dalam membantu Perdana Menteri mengemudi negara keluar daripada kemelut yang dihadapi.


BERITA PENUH DI SINI


"I love you, Papa" - Nurul Izzah

Thu Nov 24 2022

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menzahirkan perasaan sayang dan bangga selepas bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, hari ini.

Nurul Izzah melalui media sosialnya berkata, pelbagai dugaan berlaku dalam kehidupan di dunia dan tiada yang terlepas daripada menghadapinya.


BERITA PENUH DI SINI

Anwar Ibrahim dijadual angkat sumpah sebagai PM jam 5 petang

Thu Nov 24 2022

Istiadat Mengangkat Sumpah Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 jam 5 petang

Thu Nov 24 2022

Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang hari ini di lstana Negara.

Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10 - Istana Negara

Thu Nov 24 2022

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Pelantikan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.


BERITA PENUH DI SINI

PN setuju pertimbang cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan

Thu Nov 24 2022

Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.


BERITA PENUH DI SINI

"Saya mohon maaf jika menyinggung GPS dan Premier Sarawak"- Guan Eng

Thu Nov 24 2022

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut memohon maaf kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Permohonan maaf Guan Eng ini hadir selepas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook secara terbuka membuat perkara yang sama.


BERITA PENUH DI SINI

Kenyataan media Perikatan Nasional

Thu Nov 24 2022

GRS akur, kerajaan baharu perlu dibentuk segera

Thu Nov 24 2022

Gabungan Rakyat Sabah menzahirkan pendirian parti berkenaan bahawa pembentukan kerajaan persekutuan perlu dilaksanakan dengan segera.

Oleh itu, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata, parti itu senada dengan Gabungan Parti Sarawak untuk akur kepada apa saja keputusan dan nasihat Yang Di-Pertuan Agong.

BERITA PENUH DI SINI

Mesej MKT UMNO jelas, tak mahu kerjasama dengan PN - Johari

Thu Nov 24 2022

Pengerusi PH Kedah, Datuk Johari Abdul menyifatkan kenyataan MKT UMNO malam tadi jelas parti itu boleh bekerjasama dengan mana-mana parti lain kecuali PN. @501Awani https://t.co/B7yRUMPxVA pic.twitter.com/tobzSpzDST

— Nursyazwani Saiful Sham (@_nsyzwani) November 24, 2022

Kenyataan Media Gabungan Rakyat Sabah

Thu Nov 24 2022

Muhyiddin dilihat kembali ke kediaman beliau

Thu Nov 24 2022

Selepas hampir dua jam, Pengerusi PN @MuhyiddinYassin dilihat kembali ke kediaman beliau. @501Awani https://t.co/MKoxV7DnOR pic.twitter.com/pFjJbTRNns

— Nursyazwani Saiful Sham (@_nsyzwani) November 23, 2022

Kenderaan Raja-Raja Melayu mula meninggalkan Istana

Thu Nov 24 2022

Kenderaan yang membawa Raja-Raja Melayu mula dilihat berangkat keluar meninggalkan Istana Negara, menandakan kemungkinan Perbincangan Khas berhubung pembentukan kerajaan Persekutuan mungkin telah selesai.

Lim Guan Eng mohon maaf kepada Premier, GPS Sarawak

Thu Nov 24 2022

DAP mohon maaf kepada kerajaan, rakyat Sarawak

Thu Nov 24 2022

Pemimpin DAP memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat Sarawak.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook menyampaikan perkara tersebut apabila mengunjungi Premier Sarawak di Kuching hari ini.

BERITA PENUH DI SINI

Pintu utama Istana Negara ditutup

Thu Nov 24 2022

Pintu utama Istana Negara ditutup, menandakan bermulanya Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu berhubung pembentukan kerajaan baharu.

Media masih berkampung di luar pejabat Anwar Ibrahim

Thu Nov 24 2022
Media masih berkampung di luar pejabat Anwar Ibrahim

Pejabat Anwar di Bukit Gasing terus jadi tumpuan media

Thu Nov 24 2022

Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya bukan sahaja dalam kalangan petugas media, malah keseluruhan rakyat Malaysia.

Hari ini beberapa kawasan utama terus menjadi tumpuan wakil media tersebut termasuk di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gasing.

BERITA PENUH DI SINI


Sultan Nazrin tiba di Istana Negara

Thu Nov 24 2022

Setakat ini, difahamkan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang pertama tiba, diikuti Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mereka disusuli Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Tidak hadir: Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra


DUN Tioman saksi pertembungan lima penjuru

Thu Nov 24 2022

DUN Tioman saksi pertembungan lima penjuru antara BN, PN, PH, Pejuang dan Bebas - Pegawai Pengurus Pilihan Raya

Calon PN DUN Tioman, Nor Idayu Hashim

Thu Nov 24 2022
Calon PN DUN Tioman, Nor Idayu Hashim

Kenyataan media Anthony Loke selepas membuat kunjungan hormat kepada Premier Sarawak

Thu Nov 24 2022

PRU15: Saingan enam penjuru di Parlimen Padang Serai

Thu Nov 24 2022

Pilihan Raya Umum ke-15 Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan pengundiannya sebelum ini berikutan kematian seorang calon, menyaksikan pertembungan enam penjuru selepas proses penamaan tamat 10 pagi ini.

Saingan itu melibatkan calon Pakatan Harapan Dr Mohamad Sofee Razak, Datuk C Sivaraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) dan Hamzah Abd Rahman (Pejuang).

Dua lagi pencabar adalah Mohd Bakhri Hashim mewakili Warisan dan calon Bebas Sreanandha Rao.

BERITA PENUH DI SINI


Kekal tenang, kita masih di hadapan - Abdul Hadi

Thu Nov 24 2022

Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta penyokong parti itu kekal tenang buat masa ini.

Menurutnya, pimpinan parti sedang mengusahakan sesuatu dan menegaskan masih di hadapan.

BERITA PENUH DI SINI

Pemangku Raja Pahang tiba di perkarangan Istana

Thu Nov 24 2022
Pemangku Raja Pahang tiba di perkarangan Istana

Faizal Azumu berseloroh dengan media di luar perkarangan rumah Muhyiddin

Thu Nov 24 2022
Faizal Azumu berseloroh dengan media di luar perkarangan rumah Muhyiddin

'Kita munajat, tak makan popcorn'

Thu Nov 24 2022

Ahmad Faizal Azumu bergurau dengan wakil media yang berkampung di luar perkarangan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga minta wartawan tanyakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau menonton wayang semalam.

BERITA PENUH DI SINI

Perbincangan Khas Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu: Sultan Johor pertama tiba

Thu Nov 24 2022

Tumpuan negara pagi ini terarah sekali lagi kepada Istana Negara selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan mengadakan Perbincangan Khas bersama Majlis Raja-raja Melayu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ia bagi membolehkan Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu sebelum membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Mesyuarat dijangka bermula jam 10.30 pagi.

BERITA PENUH DI SINI


Perkembangan dari WTC setakat jam 9 pagi

Thu Nov 24 2022

Ini masalah ego parti-parti politik - Penganalisis

Thu Nov 24 2022

Penganalisis berpendapat, punca utama proses pembentukan kerajaan pasca PRU15 memakan masa yang lama adalah sifat ego parti-parti politik.

Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Mujibu Abdul Muis mendakwa, tiga gabungan parti politik utama - BN, PH, PN - meletakkan kepentingan perjuangan parti melebihi kepentingan rakyat.

BERITA PENUH DI SINI

Perkembangan dari kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin setakat jam 9 pagi

Thu Nov 24 2022

Perkembangan dari Istana Negara setakat jam 9 pagi

Thu Nov 24 2022

Tumpuan pagi ini di perkarangan Istana Negara

Thu Nov 24 2022

#MalaysiaMemilih #PilihanMalaysia
Pastinya tumpuan kita kepada Istana Negara pagi ini, di mana YDP Agong akan pengerusikan Perbincangan Khas bersama Majlis Raja-raja Melayu, khusus mengenai pembentukan Kerajaan Persekutuan.

Viz kenderaan rasmi boleh tengok live di @501Awani pic.twitter.com/kCgz5kP2vm

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 24, 2022

Perkembangan dari pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Thu Nov 24 2022

PRU15: Pusat penamaan calon Parlimen Padang Serai, DUN Tioman dibuka

Thu Nov 24 2022

Pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 bagi Parlimen Padang Serai, Kedah dan Dewan Undangan Negeri Tioman, Pahang dibuka jam 9 pagi ini.

Bagi Padang Serai, pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di Kulim manakala bagi Tioman, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.

BERITA PENUH DI SINI

Kenyataan Abdul Hadi Awang: Kekal tenang, kita sedang usaha, kita masih di depan

Thu Nov 24 2022

Kerajaan Perak, Pahang 'clue' terbaik - Puad Zarkashi

Thu Nov 24 2022

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan kerajaan yang bakal dibentuk dalam waktu terdekat adalah seperti di negeri Perak dan Pahang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, penubuhan Kerajaan Perak dan Pahang adalah petunjuk terbaik.

BERITA PENUH DI SINI


'Jadi kerajaan perpaduan bukan bermakna jual prinsip parti'

Thu Nov 24 2022

Menjadi sebahagian kerajaan perpaduan tidak bermakna perlu menjual prinsip dan dasar sesebuah parti.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebaliknya mereka boleh bersetuju dengan manifesto bersama.

BERITA PENUH DI SINI


Hishammuddin ditawar jawatan PM? Tidak benar!

Wed Nov 23 2022

Laporan yang mendakwa Datuk Seri Hishammuddin Hussein ditawarkan jawatan Perdana Menteri adalah tidak benar.

Ahli Parlimen Sembrong itu menegaskan, beliau tidak terlibat dengan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak.

BERITA PENUH DI SINI


Bersih cadang perkongsian kuasa melalui Parlimen

Wed Nov 23 2022

Perkongsian kuasa melalui Parlimen merupakan jalan yang boleh difikirkan untuk menyelesaikan kebuntuan pembentukan kerajaan ketika ini.

Bersih berpandangan, ia lebih efektif daripada kerajaan perpaduan kerana ia boleh memastikan elemen semak dan imbang yang lebih berkesan.

BERITA PENUH DI SINI

Surat usul tak percaya terhadap Zahid

Wed Nov 23 2022

Pemimpin parti komponen BN, Datuk Seri M Saravanan dan Datuk Chong Sin Woon mengesahkan kesahihan surat usul tidak percaya terhadap Ahmad Zahid supaya meletak jawatan sebagai Pengerusi BN.

Mereka bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kandungan surat berkenaan.

BERITA PENUH DI SINI

PRU15: PN optimis rampas DUN Tioman dari BN

Wed Nov 23 2022

Perikatan Nasional optimis dapat merampas kerusi DUN Tioman daripada Barisan Nasional dalam PRU15 ini, yang pengundiannya akan berlangsung pada 7 Dis.

Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Abdul Jabar berkata Nor Idayu Hashim adalah calon sesuai memandangkan DUN tersebut mempunyai ramai pengundi wanita.

BERITA PENUH DI SINI

Ahli Parlimen bebas buat keputusan tanpa kongkongan parti - Wan Junaidi

Wed Nov 23 2022

Tidak salah dari segi Perlembagaan untuk seseorang Ahli Parlimen menyatakan sokongannya kepada Ahli Parlimen dari parti lain.

Demikian pandangan disuarakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya, seseorang wakil rakyat itu bebas untuk membuat keputusan sendiri tanpa dikongkong partinya.

BERITA PENUH DI SINI


Sabar saudara KJ, tunggu pemilihan - Zahid

Wed Nov 23 2022

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Khairy Jamaluddin untuk bersabar kerana pemilihan parti itu bakal berlangsung tidak sampai enam bulan lagi.

Katanya, individu dalam parti itu boleh bertanding bagi mana-mana jawatan, merujuk kepada kenyataan Khairy bahawa sejak 2018 lagi, beliau menentang Ahmad Zahid dalam perebutan jawatan nombor satu UMNO.

BERITA PENUH DI SINI

Kenyataan Puad Zarkashi susulan mesyuarat MKT UMNO

Wed Nov 23 2022

UMNO sebulat suara sokong kerajaan perpaduan bukan diterajui PN

Wed Nov 23 2022

Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk menyokong kerajaan perpaduan yang bukan diterajui Perikatan Nasional.

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat MKT parti itu yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu.

BERITA PENUH DI SINI

Mohamad Sofee diumumkan sebagai calon baharu PH Parlimen Padang Serai

Wed Nov 23 2022

Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Mohamad Sofee Abd Razak, 47, sebagai calon baharu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk kerusi Parlimen Padang Serai (P.017).

Pengumuman dibuat Pengerusi PH Johor, Datuk Salahuddin Ayub dalam majlis pengumuman calon Pakatan Harapan Parlimen Padang Serai di Kulim, Kedah sebentar tadi.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Kenyataan Azalina berhubung larangan lompat parti pasca-PRU15

Wed Nov 23 2022

Larangan Lompat Parti Pasca-PRU15 (Bahagian 2) pic.twitter.com/OcuBasVtMp

— Azalina Othman Said (@AzalinaOthmanS) November 23, 2022

Tiada agenda pecat Zahid dalam mesyuarat MKT UMNO - Asyraf Wajdi

Wed Nov 23 2022

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menafikan dakwaan yang mengatakan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Rabu diadakan bagi membincangkan agenda pemecatan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya beliau berkata, kepimpinan parti akan meneliti tawaran dan syarat yang dikemukan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) ke arah pembentukan kerajaan.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Beri kepercayaan kepada Agong leraikan segala permasalahan - Bung Moktar

Wed Nov 23 2022

Semua pihak perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi meleraikan segala permasalahan yang dihadapi negara ketika ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata justeru, gabungan politik itu perlu kekal komited dengan keputusan menjadi pembangkang seperti yang diputuskan pucuk pimpinan.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tun Faisal buat laporan polis surat sokong Anwar jadi PM

Wed Nov 23 2022

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz meminta pihak polis menyiasat kesahihan kandungan surat yang mendakwa 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau berkata surat itu yang tular hari ini didakwa daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Gesa Zahid undur, Bung Moktar nasihat MCA 'cermin diri dahulu'

Wed Nov 23 2022

Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta MCA supaya "cermin diri" terlebih dahulu susulan gesaan parti itu agar Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan, dan digantikan dengan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengerusi BN Sabah itu berkata, MCA sepatutnya bermuhasabah bagaimana parti itu hanya mampu memenangi dua kerusi daripada puluhan kerusi yang ditandingi pada PRU15.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tiada sidang media di rumah Muhyiddin selepas pertemuan di St Regis

Wed Nov 23 2022

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang sidang media dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) , Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara di sini selepas pertemuan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Hotel St Regis di ibu negara.

Perkara itu disahkan pegawainya, Datuk Ainon Mohd yang menemui media pada jam 7.30 malam.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Isu dakwaan Bersatu rebut jawatan MB Perak selesai

Wed Nov 23 2022

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerima permohonan maaf Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berhubung dakwaannya parti itu berebut jawatan Menteri Besar dengan Pas serta mahu keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Bersatu Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata Bersatu dan PN khususnya amat bersyukur dan berlapang dada menerima permohonan maaf berkenaan selain menyifatkan isu berbangkit sudah selesai.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Agong titah GPS pertimbang sertai kerajaan perpaduan - Fadillah

Wed Nov 23 2022

KUCHING: Pendirian Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah akan akur dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menentukan sebuah Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti yang telah dititah baginda sebelum ini.

Namun dalam masa yang sama, GPS masih kekal dengan pilihan pakatan politik yang dinyatakan parti itu sebelum ini iaitu kerajaan gabungan melibatkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Anwar beri popcorn kepada media, berseloroh 'Saya hendak tengok wayang'

Wed Nov 23 2022

Pemimpin BN, PN selesai adakan pertemuan tertutup di St Regis

Wed Nov 23 2022

Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) difahamkan baharu sahaja selesai mengadakan pertemuan tertutup di Hotel St Regis, di ibu negara.

Pertemuan dua jam yang bermula jam 3 petang itu dipercayai hasil persetujuan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Selasa malam.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Surat Zahid ke Istana Negara wujud, tapi langgar ketetapan BN - MCA, MIC

Wed Nov 23 2022

eka-teki mengenai kesahihan surat yang didakwa dihantar Pengerusi Barisan Nasional (BN) kepada Istana Negara, menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 akhirnya terjawab.

Dalam kenyataan terbaharu kepada media, Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon dan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran mendakwa tindakan Ahmad Zahid tidak bersandarkan kepada ketetapan Dewan Tertinggi BN.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Amirudin bertemu Wan Rosdy, hasil perbincangan positif - PH Pahang

Wed Nov 23 2022

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari telah berbincang dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung pembentukan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha PH Pahang, Rizal Jamin dalam satu kenyataan pada Rabu.


ARTIKEL PENUH DI SINI

Perak kekal kerajaan campuran PH-BN meskipun Persekutuan mungkin berbeza - MB Perak

Wed Nov 23 2022

Kerajaan Perak yang terdiri daripada gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuat sebarang penilitian semula berhubung kerjasama itu selepas ini walaupun keadaannya berbeza dengan pembentukan Kerajaan di Persekutuan.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ini kerana situasi politik semasa di negeri itu amat berbeza sekiranya ia dibandingkan dengan Persekutuan.

Zahid Hamidi nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO

Wed Nov 23 2022

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO sepertimana didakwa satu kenyataan media yang tular menerusi media sosial.

Dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini, beliau berkata, surat atau kenyataan media yang disebarkan adalah palsu dan rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Zahid dakwa YDP Agong titah BN sertai kerajaan perpaduan - Laporan

Wed Nov 23 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar Ahli Dewan Rakyat gabungan tersebut mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Memetik laporan Malaysiakini, Ahmad Zahid berkata, beliau bersama dua lagi pemimpin tertinggi BN menerima titah tersebut ketika menghadap Seri Paduka Baginda pada Rabu.

Surat didakwa daripada Zahid kepada YDP Agong tular

Wed Nov 23 2022

Tular di media sosial pada Rabu, surat yang didakwa dari Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyatakan sokongan 30 ahli Parlimen gabungan tersebut kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Agong seru rakyat istiqamah, bersabar hingga kerajaan dibentuk

Wed Nov 23 2022

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat agar terus beristiqamah dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu selesai, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Titah Yang di-Pertuan Agong, masa depan negara tumpahnya darah kita adalah terlalu berharga dan wajar direncanakan dengan penuh cermat serta teliti.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok

Wed Nov 23 2022

Yang di-Pertuan Agong dijangka mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Khamis, dipercayai berkaitan pembentukan Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri ke-10.

Memetik laporan sebuah portal berita Bahasa Inggeris, mesyuarat khas berkenaan bagi Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu mengenai pembentukan Kerajaan Persekutuan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI


Perkembangan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin

Wed Nov 23 2022

"Saya terima pilihan rakyat" - Tun M

Wed Nov 23 2022

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kekalahan parti Pejuang yang dipimpinnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan beliau hari ini, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu mengakui sedih dengan keputusan berkenaan, namun, menerima pilihan rakyat.

BACA LAPORAN PENUH DI SINI

PRU15: Nor Idayu Hashim dinamakan calon PN bagi DUN Tioman

Wed Nov 23 2022

Ketua Muslimat Pas cawangan Pianggu Nor Idayu Hashim dinamakan calon PN bagi DUN Tioman - Pengerusi PN Pahang.

Pasca-PRU15: 'Pergi tengok wayang' - Anwar

Wed Nov 23 2022

'Tengok wayang', itu reaksi spontan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya berkenaan destinasi yang ditujunya ketika keluar dari kediaman beliau di Bandar Sungai Long pada Rabu.

Ahli Parlimen Tambun itu dilihat keluar dari rumahnya sekitar jam 11.22 pagi dan sempat menyapa petugas-petugas media yang berkampung di hadapan kediamannya sejak jam 9 pagi.

BACA LAPORAN PENUH DI SINI

Beberapa ahli MT GPS menghadap Agong di Istana Negara hari ini

Wed Nov 23 2022

Perkembangan di menara UMNO

Wed Nov 23 2022

Perkembangan di Istana Negara

Wed Nov 23 2022

Kenderaan pemimpin GPS meninggalkan Istana

Wed Nov 23 2022

Antara pemimpin GPS yang sebelumnya dilihat memasuki Istana Negara ialah Datuk Seri Fadillah Yusof, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Keputusan PRU15 belum diwartakan

Wed Nov 23 2022

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 masih belum diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan proses pengundian P017 Padang Serai masih berjalan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook SPR pada Rabu menjelaskan sebarang keraian berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan mengikut Akta Pilihan Raya 1957.

BACA LAPORAN PENUH DI SINI

Kenderaan pemimpin BN mula meninggalkan Istana Negara

Wed Nov 23 2022

Kenderaan Mohamad, Zahid dan Zambry dilihat meninggalkan Istana Negara.

Kenderaan pemimpin GPS dilihat tiba di Istana Negara

Wed Nov 23 2022

Pemimpim GPS tiba di Istana Negara. Antaranya ialah Datuk Seri Fadhillah Yusuf, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dan Datuk Seri Richard Riot Jaem @501Awani pic.twitter.com/i2r9OTN0Z3

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 23, 2022

Zahid Hamidi, Tok Mat dan Zambry Kadir hadir di Istana Negara

Wed Nov 23 2022

Tiga pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) dilihat tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Mereka ialah Pengerusi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi Datuk Seri Mohammad Hassan dan Setiausaha Agung Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

BERITA PENUH DI SINI

Kenderaan yang membawa Zahid Hamidi dan Zambry Kadir dilihat memasuki Istana

Wed Nov 23 2022

Ia kemudian disusuli dengan kenderaan yang membawa Pengerusi BN, Datuk Seri Zahi Hamidi dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir @501Awani pic.twitter.com/P0fWyRCzg6

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 23, 2022

Kenderaan yang membawa Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Istana

Wed Nov 23 2022

Kenderaan yang membawa Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohammad Hasan tiba sekitar 10.40 pagi @501Awani pic.twitter.com/yxrPl2YsPz

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 23, 2022

KSN tiba di Istana Negara

Wed Nov 23 2022

KSN, Tan Sri Mohd Zuki Ali tiba di Istana Negara @501Awani pic.twitter.com/AVsk2FCWAb

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 23, 2022

Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat keluar meninggalkan kediaman

Wed Nov 23 2022

Pasca Malaysa Memilih, saya kini berada di hadapan kediaman Tan Sri @MuhyiddinYassin u ntuk membawakan perkembangan terkini. Sekitar jam 10.03 pagi tadi, beliau dilihat meninggalkan kediamannya. Namun tidak pasti, kemana destinasi seterusnya. @501Awani pic.twitter.com/GEgYGwdkwT

— Nursyazwani Saiful Sham (@_nsyzwani) November 23, 2022

Perkembangan di Istana Negara setakat jam 10 pagi

Wed Nov 23 2022

Perkembangan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin setakat jam 10 pagi

Wed Nov 23 2022

Perkembangan di pejabat rasmi Anwar Ibrahim setakat jam 10 pagi

Wed Nov 23 2022

Masih belum ada PM ke-10, Istana Negara terus jadi tumpuan media

Wed Nov 23 2022

Pengamal media tempatan dan luar negara hari ini sekali lagi berkampung di Istana Negara bagi mengikut rapat perkembangan proses pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas PRU15.

Istana Negara semalam menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional menghadap Yang di-Pertuan Agong bermula pukul 10.30 pagi ini.

BERITA PENUH DI SINI

Pintu 2 Istana Negara sekali lagi jadi tumpuan

Wed Nov 23 2022

Pintu 2 Istana Negara hari ini sekali lagi menjadi tumpuan. Yang di-Pertuan Agong semalam menitah 30 MP BN menghadap Seri Paduka Baginda bermula 10.30 pagi @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/F0d4Xvg6Gq

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 23, 2022

BN mohon tangguh menghadap Agong

Tue Nov 22 2022

Susulan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, 30 Ahli Parlimen yang terlibat memohon agar sesi menghadap Agong yang dijadual pagi Rabu ditangguhkan.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan berkata, Setiausaha Agung BN sudah mengemukakan permohonan tersebut.

Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, Pengerusi BN akan mengeluarkan kenyataan berhubung penangguhan sekiranya dibenarkan Istana Negara. 


Pemilihan PM jadi rumit kerana konspirasi sejak sebelum PRU15 - Annuar Musa

Tue Nov 22 2022

Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud konspirasi sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyebabkan proses pemilihan perdana menteri menjadi sukar.

Dalam satu kenyataan di Facebook malam ini, Annuar berkata pihak yang bertindak sedemkian tidak menyedari perkara itu menjadi satu kesalahan besar serta tidak sah.

PINTAR gesa 30 Ahli Parlimen BN sokong PN, Muhyiddin sebagai PM

Tue Nov 22 2022

Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) menggesa 30 wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan.

Presiden PINTAR, Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, memilih untuk bersikap berkecuali sebenarnya bukan pilihan buat masa ini kerana rakyat dan negara memerlukan kerajaan dibentuk dengan segera.

Tiada sidang media, Anwar tinggalkan pejabat tanpa kata

Tue Nov 22 2022

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pejabatnya yang terletak di Bukit Gasing pada jam 8.26 malam.

Beliau yang menaiki kereta jenis BMW berwarna hitam itu hanya berlalu melintasi pengamal media dari perkarangan pejabatnya.
Tiada sidang turut diadakan di lokasi sama
.


30 Ahli Parlimen BN menghadap Agong secara individu esok

Tue Nov 22 2022

Kesemua 30 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara individu pada jam 10.30 esok (Rabu).

Menurut kenyataan Istana Negara oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, proses ini bertujuan agar Baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang bagi hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Dewan Tertinggi BN bermesyuarat sekali lagi malam ini

Tue Nov 22 2022

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dijangka akan bersidang sekali lagi melibatkan pimpinan utama gabungan tersebut di Manara Dato' Onn, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan ketika ditemui pemberita di sini pada Selasa.
"Saya tidak pasti setakat ini, saya baru terima panggilan mengenai mesyuarat in
i," katanya ringkas.


PN tolak kerajaan perpaduan dengan PH - Muhyiddin

Tue Nov 22 2022

Perikatan Nasional mengulangi pendirian bahawa pihaknya enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk sebuah kerajaan, meskipun selepas permintaan itu dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, demikian dalam satu sidang media selepas sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Selasa.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Anwar kembali ke pejabat selepas menghadap Agong

Tue Nov 22 2022

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali di pejabatnya di Jalan Gasing pada jam 6.15 petang selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang menaiki kenderaan BMW berwarna hitam itu sempat melambai namun tidak mengeluarkan kenyataan.

Setakat ini, para pengamal media yang telah berkumpul di hadapan pejabatnya sejak pagi, tidak mendapat makluman sekiranya ada sidang media dilangsungkan di sini.

'Tiada keputusan siapa Perdana Menteri buat masa ini' - Anwar

Tue Nov 22 2022

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar perlu ada kesepakatan dan kerjasama dari semua pihak untuk membentuk kerajaan yang kukuh dan inklusif dari segala aspek termasuk ekonomi.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, setakat ini masih belum ada keputusan berhubung calon yang layak untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 dan pembentukan kerajaan baharu.


Sidang media Muhyiddin selepas menghadap Agong

Tue Nov 22 2022

30 Ahli Parlimen BN dipanggil menghadap Agong esok

Tue Nov 22 2022

Kesemua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong secara individu pada jam 10.30 esok.

Proses ini bertujuan agar Baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang bagi hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

BERITA PENUH DI SINI

Kenyataan media Istana Negara

Tue Nov 22 2022

Sidang media Anwar Ibrahim selepas menghadap Agong

Tue Nov 22 2022

Muhyiddin tiba di kediaman sekitar jam 5.30 petang, selepas menghadap Agong

Tue Nov 22 2022

Muhyiddin, Anwar berada di Istana Negara

Tue Nov 22 2022

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kedua-dua ketua gabungan itu dipanggil menghadap selepas tiada Ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum ke-15. 

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Laungan “REFORMASI” bergema di hadapan pintu dua Istana Negara

Tue Nov 22 2022

Laungan “REFORMASI” bergema di hadapan pintu dua Istana Negara.

Dipercayai melibatkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Adakah ini ‘signal’ Anwar akan melintasi pintu dua nanti? Kami pun masih lagi menanti. #MalaysiaMemilih@501Awani pic.twitter.com/VoGAk2XBUC

— Faris Danial (@mfarisdanial) November 22, 2022

Kenderaan Anwar tiba di Istana Negara 4.10 petang

Tue Nov 22 2022

Diikuti kenderaan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sempat melambai kepada petugas media di depan pintu 2 Istana Negara.

Pengerusi PN, juga dilihat tiba beberapa minit sebelumnya. #MalaysiaMemilih@501Awani pic.twitter.com/BopkIfmbJM

— Faris Danial (@mfarisdanial) November 22, 2022

Kenderaan Muhyiddin tiba di Pintu 2 Istana Negara 4.05 petang

Tue Nov 22 2022

Kenderaan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pintu dua Istana Negara tepat jam 4.05pm. #MalaysiaMemilih @501Awani pic.twitter.com/ezeaW4lmEO

— Faris Danial (@mfarisdanial) November 22, 2022

Ketua gabungan PN, PH dititah menghadap Agong 4.30 petang ini - Istana Negara

Tue Nov 22 2022

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menghadap pada jam 4.30 petang ini.

Dalam satu kenyataan, Istana Negara memaklumkan titah tersebut dikeluarkan selepas Seri Paduka Baginda mendapati tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

BERITA PENUH DI SINI

Anwar meninggalkan pejabat, dipercayai ke Istana Negara

Tue Nov 22 2022

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meninggalkan pekarangan pejabatnya yang terletak di Jalan Gasing di sini pada jam 3.50 petang.

Seperti yang telah dititah oleh Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, beliau dijangka menghadap baginda di Istana Negara pada pukul 4.30 petang.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Kenyataan media Istana Negara

Tue Nov 22 2022

"Kita perlu bergerak ke hadapan, demi negara kita yang tercinta ini," - Titah Al-Sultan Abdullah

Tue Nov 22 2022

'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri

Tue Nov 22 2022

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu hantaran di akaun Twitter rasminya pada Selasa memberitahu, BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

BACA ARTIKEL PENUH
DI SINI

Jam terakhir, Istana Negara jadi tumpuan media

Tue Nov 22 2022

Istana Negara kini menjadi tumpuan media, dengan kehadiran 100 media sejak jam 8 pagi tadi. Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak berada di istana buat masa ini. pic.twitter.com/UFJZRNnpHi

— SinarHarian (@SinarOnline) November 22, 2022

Fasa bentuk kerajaan: Bila mana BN muncul 'kingmaker'

Tue Nov 22 2022

SETAKAT Sabtu lalu lebih 73 peratus pengundi yang layak untuk mengundi telah menunaikan tanggungjawab asas mereka sebagai rakyat sebuah negara demokrasi. Ia tidak mengambil kira pengundian tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Serai, Baram dan Kota Marudu.

Pengundi telah menggunakan lima minit mereka di pusat mengundi dengan memilih wakil rakyat pilihan mereka. Keputusan telah diketahui. Pilihan telah dibuat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kekal tenang, tunggu keputusan YDP Agong - DAP

Tue Nov 22 2022

DAP menyeru semua pihak untuk kekal tenang dan bersabar menunggu keputusan muktamad daripada Yang di-Pertuan Agong ketika proses pembentukan kerajaan baharu pasca PRU15 masih berjalan.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook, DAP menyeru semua pihak dan mengarahkan semua ahli-ahli DAP supaya sentiasa menjaga keharmonian dan ketenteraman awam sepanjang masa.


BACA BERITA PENUH DI SINI

YDPA dilihat memandu kereta meninggaIkan Istana Negara

Tue Nov 22 2022

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilihat memandu kereta meninggaIkan Istana Negara pada tengah hari ini.

? Firdaus Md Saisi | BERNAMA pic.twitter.com/i8EzAqjxyk

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 22, 2022

Pendirian saya jelas, tiada kompromi - Hishammuddin

Tue Nov 22 2022

pic.twitter.com/LuxR4mTjcf

— Hishammuddin Hussein ?? (@HishammuddinH2O) November 22, 2022

Pemimpin MCA antara terawal tinggalkan mesyuarat

Tue Nov 22 2022

Pemimpin MCA antara yang terawal meninggalkan Menara Dato’ Onn selepas lebih kurang sejam menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Antaranya ialah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong & Setiausaha Agungnya, Chong Sin Woon @501Awani pic.twitter.com/gs8PKtCbQ4

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 22, 2022

Perkembangan terkini LANGSUNG dari WTCKL

Tue Nov 22 2022

Kenyataan media Setiausaha Agung DAP

Tue Nov 22 2022

Kenyataan media Setiausaha Agung @anthonyloke pic.twitter.com/JIyAz3nxLC

— DAP Malaysia (@dapmalaysia) November 22, 2022

Pasca PRU15: Sudah ada pilihan hati - Saravanan

Tue Nov 22 2022

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa sudah ada ‘pilihan hati’ dibuat berhubung gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Begitu pun, kata Ahli Parlimen Tapah itu, ia perlu mendapat persetujuan parti.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Soal jawab Antilompat Parti Pasca-GE15

Tue Nov 22 2022

FAQ on the Anti Hopping Law Post-GE15 pic.twitter.com/AagjLEFPhT

— Azalina Othman Said (@AzalinaOthmanS) November 22, 2022

PN dakwa terima tambahan satu SD

Tue Nov 22 2022

Perikatan Nasional (PN) mendakwa menerima satu lagi Surat Akuan Berkanun (SD) daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat dalam menyatakan sokongan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke 10.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata SD berkenaan telah dihantar ke Istana Negara pagi ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN sedang berlangsung

Tue Nov 22 2022

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melibatkan pimpinan utama gabungan tersebut sedang berlangsung di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Selasa.

BN melalui siaran di Facebook rasmi pada Selasa memaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kenderaan Ahmad Samsuri meninggalkan kediaman Muhyiddin

Tue Nov 22 2022

11:50 pagi: Kenderaan milik Naib Presiden Pas, yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar beredar dari kediaman Muhyiddin. @501Awani #MalaysiaMemilih #PilihanMalaysia

— Rahimah Abdullah (@rahimah501) November 22, 2022

Perlu Perhimpunan Agung UMNO semula kalau nak ubah pendirian - Jalaluddin Alias

Tue Nov 22 2022

UMNO perlu mengadakan Perhimpunan Agung (PAU) semula seandainya mempunyai kecenderungan untuk mengubah pendirian 'No DAP, No Anwar' yang pernah diputuskan sebelum ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan, setakat ini tidak ada kerjasama diputuskan membabitkan sebarang gabungan termasuk Pakatan Harapan (PH).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Saya pergi ofis dulu, lepas tu balik rumah - Anwar

Tue Nov 22 2022

Calon perdana menteri Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meninggalkan kediamannya sekitar 11.05 pagi untuk ke ibu pejabat Pakatan Harapan di Petaling Jaya.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau akan ke pejabat dahulu dan akan kembali ke kediaman itu kemudian, namun tidak menyebut jangkaan waktu yang tepat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kediaman Muhyiddin terus jadi tumpuan

Tue Nov 22 2022

Berbaki beberapa jam sebelum tempoh bentuk kerajaan tamat jam dua petang ini, kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi antara lokasi tumpuan.

Media mula berkumpul sejak jam 7 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi politik melibatkan gabungan parti mana yang akan membentuk kerajaan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Saya nak pi ofis. Lepas tu balik rumah - Anwar Ibrahim

Tue Nov 22 2022

#MalaysiaMemilih#PilihanMalaysia

“Saya nak pi ofis. Lepas tu balik rumah” - DS Anwar Ibrahim.

Media masih menunggu sebarang kemungkinan tentang apa yang akan berlaku hari ini. @501Awani pic.twitter.com/4Ei9AKeSl1

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 22, 2022

[LANGSUNG] Perkembangan terkini mesyuarat Dewan Tertinggi BN

Tue Nov 22 2022

[LANGSUNG] Perkembangan di pekarangan kediaman Muhyiddin Yassin

Tue Nov 22 2022

Suasana sekitar pekarangan kediaman Anwar Ibrahim

Tue Nov 22 2022

Suasana sekitar perkarangan rumah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Cheras, Kuala Lumpur pada pagi ini. pic.twitter.com/SRtuJehCL8

— SinarHarian (@SinarOnline) November 22, 2022

GPS serah kepada Agong lantik PM baharu

Tue Nov 22 2022

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk melantik Perdana Menteri baharu yang akan mentadbir negara.

Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataannya pagi ini berkata, ia susulan kemelut politik yang berlaku di Semenanjung Malaysia ketika ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Elak provokasi, hormati keluhuran undang-undang - Pas

Tue Nov 22 2022

Pas memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya 'tidak menangguk di air yang keruh dan jangan sesekali dijolok sarang tebuan', demi menjaga kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan hari ini menegaskan bahawa adalah penting untuk semua pihak menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam bagi memastikan kestabilan politik dan ekonomi negara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahli BN mula tiba di Menara Dato' Onn

Tue Nov 22 2022

Ahli Barisan Nasional (BN) mula tiba di ibu pejabat Menara Dato’ Onn di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), sebentar tadi.

Kehadiran mereka dipercayai bagi menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadual berlangsung pada pukul 11 pagi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan minoriti perlukan keazaman politik besar - Penganalisis

Tue Nov 22 2022

Pemimpin yang bakal mengemudi gabungan parti politik yang akan dibentuk memainkan peranan besar dalam memastikan kestabilan politik dapat dilaksanakan.

Menurut Penganalisis Politik USM, Prof Sivamurugan Pandian, pemimpin tersebut perlu meredakan keadaan walaupun wujudkan perbezaan politik dengan mencapai titik keseimbangan dalam gabungan tersebut.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pimpinan tertinggi BN mula tiba di WTCKL

Tue Nov 22 2022

Antara pimpinan Barisan Nasional (BN) mula tiba di ibu pejabat UMNO di Menara Dato’Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

? Lucia Terey John | BERNAMA pic.twitter.com/WxSCXsuRch

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 22, 2022

Aksi lucu Peja

Tue Nov 22 2022

10:05 pagi: @PejaOfPerak, Timbalan Presiden Bersatu turut kelihatan tiba. Aksinya turut mencuit hati pengamal media. @501Awani #MalaysiaMemilih #PilihanMalaysia pic.twitter.com/3sSXWCtCKF

— Rahimah Abdullah (@rahimah501) November 22, 2022

Kenyataan media Presiden Pas

Tue Nov 22 2022

Johari Abdul Ghani tiba di WTCKL

Tue Nov 22 2022

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilihat tiba sekitar 9.50 pagi. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Titiwangsa itu enggan mendedahkan apa-apa kepada media @501Awani pic.twitter.com/6I4WqPA3HF

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 22, 2022

Tiada petunjuk ahli BN tiba di Menara Dato’ Onn

Tue Nov 22 2022

9.29 pag; Tiada petunjuk jelas bahawa ahli BN telah tiba di Menara Dato’ Onn. Tetapi memetik The Star, mesyuarat Dewan Tertinggi BN dijangka pada jam 11 pagi @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/POZJ7M2siy

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 22, 2022

Perkembangan keputusan BN, UMNO dalam pembentukan kerajaan

Tue Nov 22 2022

Mesyuarat MT BN bersambung, tanda tanya ternoktah hari ini?

Tue Nov 22 2022

Memasuki hari ketiga selepas proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu, tanda tanya gabungan mana akan membentuk kerajaan Persekutuan masih belum ternoktah.

Jutaan pengundi yang turun menjalankan tanggungjawab masih menunggu dalam kesamaran - bagaimana bentuk ‘Kerajaan Perpaduan’ itu, dan siapa Perdana Menteri ke-10?


BACA BERITA PENUH DI SINI

Dakwaan ahli BN hadir untuk tandatangan SD bakal terjawab

Tue Nov 22 2022

Laporan mendakwa ahli BN akan hadir di Menara Dato’ Onn untuk tandatangan SD bagi menyatakan sokongan kepada calon Perdana Menteri ke-10 @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/x8yQf3SNpb

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 22, 2022

Situasi terkini di pintu 2 Istana Negara

Tue Nov 22 2022

Situasi terkini di pintu 2 Istana Negara dalam keadaan terkawal. Petugas media mula berkumpul di sini sejak 8 pagi tadi.

? Mohd Firsaus Md Saisi | BERNAMA pic.twitter.com/ACMT9Shb17

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 22, 2022

'Salah buat keputusan, orang Melayu pulau UMNO' - Noh

Mon Nov 21 2022

Jawatankuasa perunding UMNO perlu tegas dan bukan sekadar hanya untuk mendapatkan jawatan dalam kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, sekiranya jawatankuasa perunding salah membuat keputusan, ia dikhuatiri memberi kesan kepada parti tersebut.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Baru Bian gesa GPS jangan tubuh kerajaan dengan pentaksub agama

Mon Nov 21 2022

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan, Baru Bian menggesa Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak sebarang kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan parti komponennya, Pas bagi membentuk kerajaan persekutuan kerana parti itu “pentaksub perkauman”.

Beliau yang juga bekas ketua PKR Sarawak berkata, Ahli Parlimen di negeri itu perlu mengekalkan keharmonian yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Menara Dato Onn terus jadi tumpuan

Mon Nov 21 2022

Menara Dato Onn - yang menjadi lokasi pejabat UMNO dijangka terus jadi tumpuan media hari ini. Apakah akan ada jawapan hari ini - menoktahkan tanda tanya jutaan pengundi yg telah mengundi pada 19 Nov? @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/bbTmA2HJha

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 21, 2022

PRU15: UMNO seolah-olah 'tempah maut' sekiranya kerjasama dengan PH - Penganalisis

Mon Nov 21 2022

UMNO dilihat seolah-olah ‘menempah maut’ sekiranya memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kerajaan perpaduan.

Bahkan, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, kerjasama itu juga dijangka menjejaskan UMNO pada jangka masa panjang.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Annuar dakwa formula BN gerak solo demi bantu PH, Anwar

Mon Nov 21 2022

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa pucuk pimpinan BN sudah merancang formula bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) demi merealisasikan impian Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Sedangkan menurutnya, rakyat terus dimomokkan dengan naratif 'No Anwar, No DAP' yang digerakkan oleh kumpulan penulis naratif sekali gus menenggelamkan strategi pasti menang gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan bakal dibentuk perlu beri tumpuan kepada Johor

Mon Nov 21 2022

Kerajaan Persekutuan yang bakal dibentuk menerusi apa juga gabungan parti perlu meletakkan Johor sebagai tumpuan utama meskipun negeri ini ditadbir sepenuhnya oleh pimpinan daripada Barisan Nasional (BN).

Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, perkara utama ketika ini yang perlu diberikan perhatian adalah menjamin kepentingan rakyat dan bukannya soal parti politik semata-mata.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pimpinan BN didakwa sudah capai kata sepakat

Mon Nov 21 2022

BN didakwa telah mempunyai kata sepakat dalam membuat keputusan berhubung kerjasama gabungan parti itu untuk membentuk kerajaan dengan gabungan parti lain.

Perkara itu sekali gus hampir menjawab teka-teki sama ada BN akan memilih Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk melengkapkan majoriti bagi membentuk kerajaan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pemuda UMNO Shah Alam tolak kerjasama politik tubuh kerajaan

Mon Nov 21 2022

Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam menolak parti itu bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti untuk membentuk kerajaan.

Ketuanya, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, keputusan itu diambil selaras dengan Persidangan Agung UMNO 2020 yang memutuskan 'No DAP, No PKR dan No Bersatu'.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tolak kerjasama PH, ketegasan Ismail Sabri dipuji - Annuar

Mon Nov 21 2022

Bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa memuji ketegasan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang istiqamah mempertahankan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau juga turut terharu dengan ketegasan ahli-ahli Parlimen BN, khususnya Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang tegas mempertahankan keputusan berkenaan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengerusi BN, MB Perak

Mon Nov 21 2022

PH, PN perlu tentukan siapa PM, BN fokus jadi pembangkang berkualiti - Shahril Hamdan

Mon Nov 21 2022

Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai dua pemenang terbesar dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) harus diberi ruang dan tanggungjawab untuk membincangkan pembentukan kerajaan yang stabil.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, berkata Barisan Nasional (BN) tidak sewajarnya masuk campur dan perlu fokus terhadap usaha membaik pulih dan reformasi parti, selain menjalankan fungsi sebagai pembangkang yang berkualiti.

Pembentukan Kerajaan Negeri Perak, Ahmad Faizal dakwa Saarani menipu

Mon Nov 21 2022

Perikatan Nasional (PN) Perak menyifatkan dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad yang menyebut gabungan itu tidak bersetuju untuk memberikan apa-apa peranan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pembentukan kerajaan negeri, sebagai penipuan besar.

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sebelum itu, satu pertemuan dengan Saarani yang turut dihadiri Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin telah diadakan di Kuala Lumpur pada 20 November lalu.

Kemas kini berunsur perkauman di laman sosial, PDRM beri amaran

Mon Nov 21 2022

Orang ramai digesa agar tidak memuat naik kemas kini yang boleh menimbulkan situasi yang mengancam keselamatan di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, ini berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan beberapa kandungan sensitif dan menyentuh sentimen perkauman dimuat naik di beberapa platform media sosial, susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), pada Ahad.

Pas beri jaminan tidak laksana dasar menekan, hormat semua kaum - Takiyuddin

Mon Nov 21 2022

Pas memberi jaminan tidak akan melaksanakan langkah yang menekan mana-mana pihak khususnya di Sabah dan Sarawak sekiranya ia menjadi sebahagian kerajaan Persekutuan baharu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

"Pas memberi jaminan akan terus mengamalkan konsep musyawarah dan perbincangan dengan semua rakan-rakan kongsi dalam kerajaan meskipun mempunyai jumlah kerusi terbesar di kalangan parti-parti yang akan membentuk kerajaan Persekutuan kelak," katanya pada satu kenyataan hari ini.

GPS sapu 23 kerusi Parlimen selepas menang di Parlimen Baram

Mon Nov 21 2022

Gabungan Parti Sarawak (GPS) semakin mengukuhkan kedudukannya di Dewan Rakyat setelah berjaya memperoleh kerusi Parlimen yang ke-23 bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menerusi kemenangan Datuk Anyi Ngau di Parlimen Baram hari ini.

Menerusi keputusan terkini di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Anyi yang juga penyandang kerusi berkenaan memenangi pertembungan tiga penjuru bagi kawasan itu dengan majoriti 7,339 undi selepas memperolehi 18,399 undi.

Tok Mat bersuara, cadang PN, PH bergabung tubuh kerajaan

Mon Nov 21 2022

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan agar Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung menubuhkan kerajaan.

Hujah Mohamad, kedua-dua gabungan tersebut mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau juga menjelaskan, Barisan Nasional (BN

"Saya sedia dipecat, tidak akan bersama PH" - Ismail Sabri

Mon Nov 21 2022

“Saya sedia dipecat, tidak akan bersama Pakatan Harapan (PH).” Itu kenyataan yang didakwa daripada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merujuk kepada tangkap layar yang dimuat naik dalam media sosial anaknya, Nina.

Dalam tangkap layar itu, Ismail Sabri dipercayai mengeluarkan kenyataan itu dalam kumpulan di aplikasi Whatsapp “KETUA2 BHG UMNO MALAYSIA.”

'Kerajaan Perpaduan Negeri Perak', nama baharu gabungan BN-PH

Mon Nov 21 2022

Sekarang ini kita pakai Kerajaan Perpaduan Negeri Perak".

Itu jawapan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika ditanya nama baharu gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) di Perak.

Kenyataan PN berhubung angka sokongan majoriti, pramatang - Saifuddin

Mon Nov 21 2022

Pakatan Harapan (PH) menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, bahawa gabungan itu mempunyai jumlah surat akuan berkanun melebihi 112 untuk membentuk kerajaan Persekutuan baharu sebagai pramatang, mustahil dan tidak konklusif.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana, mengambil pendirian Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebarang akuan berkanun atau rundingan dengan parti-parti lain oleh mana-mana Ahli Parlimen UMNO, adalah tidak sah dan tidak boleh diambil kira sebagai bukti sokongan majoriti kepada mana-mana calon Perdana Menteri.

Saarani selesai angkat sumpah Menteri Besar Perak ke-15

Mon Nov 21 2022

Dua hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah, di sini pada Isnin.

Istiadat Angkat Sumpah dan Menerima Watikah Pelantikan itu berlangsung pada jam 5.30 petang di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN belum ada keputusan, bersambung esok

Mon Nov 21 2022

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan pendirian sebarang kerjasama gabungan politik lain untuk membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, bagaimanapun, berkata, perbincangan masih diteruskan untuk menentukan perkara tersebut memandangkan Istana Negara telah melanjutkan tempoh menghantar dokumen, pada pukul 2 petang esok.

DAP akur kerjasama PH-BN bentuk kerajaan - Guan Eng

Mon Nov 21 2022

DAP akur dan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) berhubung keputusan menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan.

Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP adalah sejajar dengan kepimpinan tertinggi PH.

"Kesabaran kami sudah maksimum, Zahid wajib berundur segera" - Annuar

Mon Nov 21 2022

Desakan menuntut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO terus kedengaran daripada ahli-ahli parti.

Terbaharu, beberapa Ketua Bahagian UMNO, berkumpul hari ini di Ibu Pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, sejurus Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman kerjasama yang bakal dijalinkan dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dijangka 'panas'

Mon Nov 21 2022

Tumpuan kini terarah kepada mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bermula 2.30 petang tadi.

Mesyuarat berkenaan dilihat penting untuk merangka keputusan sama ada memilih Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan atau menjadi pembangkang bagi penggal ini.

'Saya dikunjungi pimpinan PN, tapi tiada tawaran dibuat' - Saarani

Mon Nov 21 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendedahkan pihaknya ada menerima kunjungan daripada pimpinan Perikatan Nasional (PN) negeri itu ketika pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) awal pagi Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu berkata, pertemuan dengan Setiausaha PN Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin itu bagi perbincangan tentang pembentukan kerajaan negeri selepas PRU15.

PM selesai menghadap Agong di Istana Negara

Mon Nov 21 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat keluar dari pintu utama Istana Negara jam 4.15 petang tadi selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Namun tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Seri Paduka Baginda masih menjadi tanda tanya media, termasuk sama ada berhubung sembah maklum mengenai urus tadbir negara sebagai ‘caretaker’ atau berhubung pembentukan kerajaan baharu.

"Ini adalah jalan selesai masalah rakyat" - Anwar

Mon Nov 21 2022

Ini adalah jalan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat," kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian sebelum beredar dari Hotel Seri Pacific, di sini, sekitar pukul pada 3.25 petang, Isnin.

"Insya-Allah, tawakal kepada Allah SWT, ini untuk rakyat dan negara.

Agong perkenan lanjutkan pencalonan PM10 sehingga esok

Mon Nov 21 2022

Pungutan suara calon PM adalah palsu

Mon Nov 21 2022

Jangan terpedaya mesej tular dalam media sosial mengenai pungutan suara yang kononnya untuk membantu Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan siapa calon Perdana Menteri. #AWANInews #MalaysiaMemilih #PilihanMalaysia pic.twitter.com/QhdHAhxNlA

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) November 21, 2022

Media menanti di pekarangan pintu Istana Negara

Mon Nov 21 2022

Para pengamal media dilihat mula memenuhi kawasan perkarangan pintu dua Istana Negara sejak awal pagi lagi bagi menunggu perkembangan semasa mengenai politik negara.

? Astro AWANI / @shahiromar pic.twitter.com/YJkNDrsLn4

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) November 21, 2022

Pejuang diajak kembali sertai Bersatu atau pilih Pas

Mon Nov 21 2022

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) diajak untuk kembali menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau menyertai mana-mana parti Melayu sedia ada termasuk Pas.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ini kerana rakyat sudah muak dengan perpecahan parti Melayu sehingga menyebabkan wujudnya begitu banyak parti ditunjangi Melayu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Istana Negara tenang ketika 'angin bertiup kencang' di Hotel Seri Pacific

Mon Nov 21 2022

Setakat jam 12.30 tengah hari, situasi di Pintu 2 Istana Negara kekal tenang dengan tiada sebarang pergerakan melibatkan pemimpin gabungan parti politik dilaporkan.

Pihak media sebelum ini menjangkakan keadaan di luar istana pastinya sibuk menjelang tengah hari kerana nama calon Perdana Menteri ke-10 perlu dikemukakan kepada Istana Negara sebelum jam 2 petang nanti.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: Saarani tiba di Istana Kinta

Mon Nov 21 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad tiba di Istana Kinta, dekat sini, kira-kira jam 12.28 tengah hari, untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Difahamkan sembah menghadap itu bagi menyembah maklum kepada baginda berhubung situasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Annuar Musa dakwa pertemuan PH-BN "gagal hasil keputusan dimahukan"

Mon Nov 21 2022

UMNO Johor percaya Zahid akan ambil tanggungjawab yang sewajarnya - Hasni

Mon Nov 21 2022

UMNO Johor menzahirkan kepercayaan penuh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil tanggungjawab yang jelas dan berprinsip selaku Presiden parti, demi kelangsungan parti dan orang Melayu amnya.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dalam satu kenyataan hari ini berkata, pemilihan UMNO tidak lama lagi perlu berlangsung berdasarkan kerangka pemulihan (restore) UMNO.


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN, PH bergabung bentuk Kerajaan Negeri Perak

Mon Nov 21 2022

"Pakatan Harapan (PH) akan membentuk kerajaan negeri bersama Barisan Nasional (BN)."

Demikian status ringkas dimuat naik Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang dalam Facebook beliau hari ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Perlembagaan hanya sebut bilangan kepercayaan, bukan kerusi - Prof Shamrahayu

Mon Nov 21 2022

UMNO Johor percaya Zahid akan ambil tanggungjawab yang sewajarnya - Hasni

Mon Nov 21 2022

UMNO Johor menzahirkan kepercayaan penuh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil tanggungjawab yang jelas dan berprinsip selaku Presiden parti, demi kelangsungan parti dan orang Melayu amnya.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dalam satu kenyataan hari ini berkata, pemilihan UMNO tidak lama lagi perlu berlangsung berdasarkan kerangka pemulihan (restore) UMNO.


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN mohon pelanjutan tempoh penyerahan surat akuan bersumpah

Mon Nov 21 2022

Sidang Media Ahmad Zahid Hamidi

Mon Nov 21 2022

Ahli Parlimen BN tandatangan dokumen calon PM tidak sah - Ahmad Zahid

Mon Nov 21 2022

'No DAP, No Anwar', nak pecat? Silakan - Hishammuddin

Mon Nov 21 2022

Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) itu turut menyatakan kesediaan dipecat kerana berpegang kepada pendirian 'No DAP, No Anwar'.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pertemuan pemimpin PH-BN

Mon Nov 21 2022

pic.twitter.com/igewIoP064

— Fahmi Fadzil ??? (@fahmi_fadzil) November 21, 2022

Penyertaan BN dalam gabungan lain tidak sah, tiada rundingan dilakukan - Zahid

Mon Nov 21 2022

Tiada sebarang rundingan yang dilakukan bersama ahli kepimpinan parti berkenaan penyertaan Barisan Nasional (BN) dalam gabungan lain untuk membentuk kerajaan.

Kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media pada Isnin, BN akan mengemukan Akuan Bersumpah (SD) kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk dipertimbangkan sebelum sebarang keputusan dibuat pada petang ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

GRS sokong Muhyiddin sebagai PM ke-10, kerjasama bentuk kerajaan

Mon Nov 21 2022

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memutuskan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, gabungan itu turut bersetuju membentuk kerajaan Persekutuan bersama Perikatan Nasional (PN) dan parti dari Sarawak iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta parti-parti lain yang bersedia membentuk kerjasama.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Segera bentuk kestabilan, masalah lebih besar sedang mendatang - Herizal

Mon Nov 21 2022

Desas-desus kerjasama PH-BN

Mon Nov 21 2022

Hishammuddin tolak kerjasama dengan PH, rela dipecat

Mon Nov 21 2022

pic.twitter.com/Z6b6neHBPN

— Hishammuddin Hussein ?? (@HishammuddinH2O) November 21, 2022

[LANGSUNG] Perkembangan terkini pertemuan pemimpin BN-PH

Mon Nov 21 2022

[LANGSUNG] Desas-desus kerjasama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bertiup kencang apabila pemimpin kedua-dua gabungan itu dikatakan akan mengadakan perjumpaan di hotel Seri Pacific, di Kuala Lumpur, hari ini.#PilihanMalaysia #PRU15 #MalaysiaMemilih https://t.co/94Nlmb8df2

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) November 21, 2022

Perjumpaan pemimpin Pakatan Harapan, Barisan Nasional

Mon Nov 21 2022

Perkembangan dari kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin

Mon Nov 21 2022

[LANGSUNG] Mesyuarat 30 Ahli Parlimen BN

Mon Nov 21 2022

Suasana di Hotel Seri Pacific

Mon Nov 21 2022

Suasana di Seri Pacific! pic.twitter.com/iwyRETn2zw

— Nickyson Nyambar (@NickyAWANI) November 21, 2022

Anwar Ibrahim tiba di Hotel Seri Pacific

Mon Nov 21 2022

Anwar tiba di Hotel Seri Pacific

Mon Nov 21 2022

pic.twitter.com/nXuaG6FQW4

— Nickyson Nyambar (@NickyAWANI) November 21, 2022

30 Ahli Parlimen BN bermesyuarat hari ini - Ahmad Maslan

Mon Nov 21 2022

Pemenang 30 kerusi Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan bermesyuarat hari ini.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan ketika tiba di Hotel Seri Pacific di ibu kota pada Isnin.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahmad Maslan tiba di Hotel Seri Pacific

Mon Nov 21 2022

pic.twitter.com/nXuaG6FQW4

— Nickyson Nyambar (@NickyAWANI) November 21, 2022

Desas-desus kerjasama PH-BN bentuk kerajaan

Mon Nov 21 2022

Desas-desus kerjasama PH dan BN bagi bergabung mengumpul majoriti membentuk kerajaan menyaksikan beberapa pemimpin dilihat tiba seawal 9 pagi di Hotel Seri Pacific bagi satu pertemuan yang tidak dinyatakan tujuannya.

?Erwan Othman | BERNAMA pic.twitter.com/xLxF8EES0p

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 21, 2022

Anwar keluar kediaman, dijangka bertemu pemimpin BN

Mon Nov 21 2022

Kenderaan jenis BMW berwarna hitam dilihat membawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari kediamannya kira-kira jam 10.04 pagi tadi.

Ketika ditanya tujuan, beliau maklumkan hanya ingin 'makan angin'.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Istana Negara jadi tumpuan

Mon Nov 21 2022

Rundingan Ahmad Zahid dengan PH tidak sah - MB Johor

Mon Nov 21 2022

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu segera meletakkan jawatan dan bukannya berunding dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, tindakan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berunding dengan PH bagi menubuhkan kerajaan campuran sebagai tidak sah, sekiranya benar berlaku.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan baharu diketahui hari ini?

Mon Nov 21 2022

Selepas lebih 24 jam Parlimen tergantung kerana tiada gabungan parti yang memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), adakah kerajaan baharu akan diketahui hari ini?

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Ahad menitahkan parti politik membuat perakuan gabungan politik untuk menubuhkan kerajaan baharu sebelum jam 2 petang pada Isnin.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Proses pengundian P.220 Baram pada 21 Nov - SPR

Sun Nov 20 2022

Proses pengundian bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.220 Baram akan diadakan pada Isnin, 21 November 2022.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Indera Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pasca PRU15 | Rundingan bentuk kerajaan

Sun Nov 20 2022

Zahid letak jawatan, selamatkan UMNO daripada terus dipergunakan - Bastien Onn

Sun Nov 20 2022

Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn turut tampil mendesak Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan demi menebus maruah dirinya susulan kekalahan besar BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bastien yang juga Ketua Pemuda UMNO Segamat berkata, gesaan itu juga bagi membolehkan kepimpinan parti yang ada untuk membuat keputusan demi masa depan parti.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahli MKT UMNO tak puas hati Zahid tangguh mesyuarat

Sun Nov 20 2022

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menangguhkan mesyuarat penting parti pada saat akhir.

Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, mesyuarat tersebut penting untuk mereka menyuarakan pandangan, kritikan dan cadangan dalam menentukan hala tuju parti.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kekecohan pusat mengundi, tiga kertas siasatan dibuka

Sun Nov 20 2022

Tiga kertas siasatan telah dibuka berhubung tindakan dua lelaki yang dikatakan telah menimbulkan kekecohan di pusat mengundi di Balai Raya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Lebak Seberang, Temerloh.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas menerima tiga laporan yang dibuat mereka yang terlibat di Balai Polis daerah Temerloh, jam 9.30 malam pada Sabtu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Segerakan pembentukan kerajaan, fokus bantu rakyat

Sun Nov 20 2022

Pembentukan Kerajaan: Sokongan datang sebagai individu, bukan parti

Sun Nov 20 2022

Gelombang penolakan pengundi punca tiada parti peroleh majoriti di Pahang

Sun Nov 20 2022

Gelombang penolakan pengundi Melayu kepada Barisan Nasional (BN) dilihat menjadi faktor, hinggakan buat pertama kalinya kerajaan negeri Pahang tergantung, selepas tiada parti berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Gelombang itu juga menyebabkan kawasan Felda kini tidak lagi boleh dianggap sebagai 'kawasan selamat BN', memandangkan Pahang mempunyai 115 tanah rancangan iaitu di 12 daripada 14 kawasan Parlimennya, namun ia juga tidak dapat memberikan BN keputusan selesa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN wajar jadi pembangkang - Shahril

Sun Nov 20 2022

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berpendapat Barisan Nasional (BN) lebih sesuai menjadi pembangkang selepas mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, ketika ini gabungan tersebut dilihat perlu fokus kepada agenda pembaharuan dan bukannya terganggu dengan usaha untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ini merupakan sejarah terburuk BN - Bung Moktar

Sun Nov 20 2022

Dua mesyuarat tergempar UMNO, BN dibatalkan

Sun Nov 20 2022

Ustaz Fawwaz nafi anjur program isi minyak percuma

Sun Nov 20 2022

Ahli Parlimen sokong saya jadi PM tidak langgar Akta Antilompat Parti' - Muhyiddin

Sun Nov 20 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa sokongan yang diterimanya untuk membentuk kerajaan turut datang daripada Ahli Parlimen atas kapasiti individu bukan parti.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menjelaskan tindakan ahli-ahli Parlimen berkenaan tidak melanggar sebarang akta seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

MPN gesa percepat bentuk kerajaan, ketepi kepentingan peribadi

Sun Nov 20 2022

Majlis Profesor Negara (MPN) berharap proses membentuk sebuah kerajaan campuran atau gabungan yang stabil susulan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) dapat dicapai segera berlandaskan perlembagaan dan lunas undang-undang negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, MPN menggesa para pemimpin parti politik yang menang agar segera berunding berpandukan matlamat untuk membentuk sebuah kerajaan baharu yang stabil dan kukuh bagi menerajui negara untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Aliran trafik lebuh raya utama perlahan malam ini

Sun Nov 20 2022

Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat 10 malam ini, terutama yang menuju ke Lembah Klang.

Ini dipercayai berikutan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh nafi anjur program isi minyak percuma

Sun Nov 20 2022

Sehari selepas diangkat menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mat Jan dikejutkan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah kononnya beliau menganjurkan program isi minyak percuma sempena meraikan kejayaannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Muhammad Fawwaz berkata tiada sebarang arahan mahupun jadual dibuat berhubung acara yang dikhabarkan akan diadakan di tiga buah stesen minyak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, pada Isnin.

'Zahid harus segera lepas jawatan, UMNO sudah tenggelam' - Veteran UMNO

Sun Nov 20 2022

Desakan agar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan berkenaan telah disuarakan lebih awal oleh Veteran UMNO Perak.

Pengerusi Veteran UMNO Perak, Datuk Abdul Khalid Mohd Nasir berkata desakan itu pernah disuarakan pihaknya susulan situasi parti pasca-Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebelum ini sehingga membawa kepada keputusan Ahmad Zahid ‘bercuti’ daripada jawatan itu selama enam bulan pada 2019.

Timbalan Pengerusi UMNO Kedah letak jawatan, desak Zahid Hamidi berundur

Sun Nov 20 2022

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz hari ini mengumumkan melepaskan jawatan, sebagai menggalas tanggungjawab atas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang turut kecundang di kerusi Parlimen Jerlun berkata, kekalahan BN kali ini menunjukkan satu penolakan mutlak orang-orang Melayu terhadap UMNO ketika ini.

Gabungan bersama PH, biar parti terlibat keluar kenyataan sendiri - Anwar

Sun Nov 20 2022

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim konsisten dengan kenyataannya sebelum ini iaitu PH mempunyai jumlah kerusi parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan dengan bergabung bersama parti lain.

Namun, beliau tidak mendedahkan parti mana yang akan bersama PH dan menegaskan biar parti berkenaan keluarkan kenyataan masing-masing.

'Ahli Parlimen BN beri mandat kepada saya tentukan gabungan politik' - Zahid Hamidi

Sun Nov 20 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Ahli-ahli Parlimen BN telah menandatangani aku janji yang memberi mandat kepada beliau untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

“Kesemua Ahli Parlimen BN yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah menandatangani aku janji dan memberikan mandat kepada saya selaku Presiden (UMNO) untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

Anggota perkhidmatan awam terus sempurna tugas demi rakyat, negara - Mohd Zuki

Sun Nov 20 2022

Anggota perkhidmatan awam memberi jaminan akan terus menyempurnakan tugas diamanahkan dengan penuh dedikasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak terjejas kepada rakyat dan pemegang taruh pada pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata ia juga bagi menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan pembentukan kerajaan selepas pilihan raya umum itu.

Zahid nafi runding dengan GPS bentuk kerajaan bersama PN

Sun Nov 20 2022

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan Barisan Nasional (BN) pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi BN itu turut menegaskan, tiada sebarang rundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud adanya persefahaman penubuhan kerajaan bersama gabungan tersebut.

Penganalisis jangka lebih banyak gesaan minta Zahid Hamidi letak jawatan

Sun Nov 20 2022

Lebih banyak lagi gesaan dijangka akan dibuat dalam masa terdekat untuk meminta Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, melepaskan jawatan susulan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain berkata desakan tersebut, bukan sesuatu yang baru dibuat sebaliknya telah lama 'kedengaran' sebelum PRU15 berlangsung.

PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi

Sun Nov 20 2022

Walaupun hanya berjaya merampas satu kerusi Parlimen di Tawau dan tewas di tiga tempat lain iaitu di Kota Marudu, Tuaran, dan Kota Kinabalu, Parti Bersatu Sabah (PBS), berikrar akan terus memperjuangkan nasib rakyat di negeri itu.

Presidennya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.

'Terima kasih atas khidmat bakti, sekarang Zahid dan Tok Mat sila undur diri' - Akar umbi

Sun Nov 20 2022

Naib Ketua UMNO Bahagian-bahagian Malaysia hari ini menggesa dua pemimpin tertingginya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan untuk berundur, susulan keputusan buruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam satu kenyataan malam ini, pengerusi gabungan berkenaan, Datuk Muhammad Anuar Mohd Yunus berkata, mereka melihat kedua-dua pemimpin tersebut tidak cekap dalam menguruskan perjuangan, dan usaha mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

BACA BERITA PENUH DI SINI

7 kenderaan dipercayai bawa pemimpin politik Sabah kumpulan akhir keluar dari kediaman Muhyiddin

Sun Nov 20 2022

Tujuh kenderaan yang dipercayai membawa pimpinan parti politik Sabah adalah kumpulan terakhir keluar dari kediaman Tan Sri Muhyiddin di Bukit Damansara di sini pada Ahad malam.

Kesemua kenderaan dengan nombor pendaftaran Sabah itu beredar dari kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkenaan kira-kira jam 7 malam.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Rundingan bentuk kerajaan, persoalan bila Zahid bertemu Anwar?

Sun Nov 20 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipercayai akan bertemu Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim namun kesahihannya masih belum dapat dipastikan.

Tujuan perjumpaan berkenaan juga masih belum dapat dipastikan sama ada berkaitan dengan rundingan gabungan untuk membentuk kerajaan atau sebaliknya.

Akar umbi mula desak Zahid Hamidi berundur

Sun Nov 20 2022

Desakan untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengundur diri semakin kuat susulan kekalahan besar BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Terbaharu, sebilangan pemimpin UMNO Bahagian Bukit Bintang berhimpun di ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn, di sini bagi menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin nombor satu parti itu.

Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri - Azhar

Sun Nov 20 2022

Ketua-ketua parti politik yang memenangi jumlah kerusi substantial pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah dimaklumkan berkenaan keperluan pembentukan kerajaan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerusi satu kenyataan berkata, mereka diminta mengemukakan nama parti-parti dan Ahli-Ahli Parlimen Bebas sekiranya ada yang bersetuju untuk menganggotai gabungan yang mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi melalui surat akuan berkanun (SD) oleh ketua parti.

Lagi gesaan Ahmad Zahid letak jawatan, libatkan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan

Sun Nov 20 2022

Wanita UMNO Wilayah Persekutuan akui kekalahan yang dihadapi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah bukan suatu pengakhiran kepada ahli parti itu.

Ketuanya, Datuk Seri Zurainah Musa dalam satu sidang media di Pejabat Wanita UMNO Wilayah Persekutuan Medan Tuanku, yang terletak di ibu kota pada Ahad memaklumkan, pihaknya juga menginsafi kekalahan yang berlaku.

Sah! GPS sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri - Abang Jo

Sun Nov 20 2022

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 sekali gus membentuk kerajaan persekutuan antara empat perikatan termasuk Barisan Nasional (BN) serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada sidang media sekitar pukul 6.00 petang di Ibu Pejabat PBB dekat sini pada Ahad.

Soal siapa TPM tunggu dulu, GPS utamakan rakyat - Abang Jo

Sun Nov 20 2022

Persoalan adakah jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan dilantik daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan perkara pokok bagi parti itu.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan dalam pembentukan kerajaan baharu itu, GPS sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara sebagai keutamaan.

Aliran trafik perlahan ke ibu negara sebelah petang

Sun Nov 20 2022

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan susulan pertambahan jumlah kenderaan menuju ke ibu negara, setakat jam 5 petang Ahad.

Keadaan itu berikutan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu.

Muhyiddin yakin jadi PM, miliki sokongan yang mencukupi

Sun Nov 20 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau mempunyai sokongan yang mencukupi daripada parti dan beberapa Ahli Parlimen untuk membolehkan dirinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Muhyiddin berkata, keyakinan itu diperoleh susulan pertemuan beliau dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.

GPS sokong gabungan PN, BN, GRS - Abang Jo

Sun Nov 20 2022

Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju untuk membentuk kerajaan gabungan bersama Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan itu diambil bagi memperkukuh dan menstabilkan negara dan kesejahteraan rakyat.

Pemimpin kanan BN bertemu di rumah Hishammuddin, apa agendanya?

Sun Nov 20 2022

Beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) dipercayai mengadakan pertemuan di kediaman Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Taman Tun Abdul Razak (TAR) di sini pada Ahad.

Melalui pemantauan Astro AWANI di Taman TAR yang terletak di kawasan Ampang Jaya pada petang Ahad, didapati empat kenderaan mewah diercayai milik pemimpin BN diparkir di tepi jalan berhampiran kediaman itu

Kediaman Muhyiddin jadi tumpuan, debaran pembentukan kerajaan memuncak

Sun Nov 20 2022

Kediaman peribadi Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin terus meriah dengan kedatangan pemimpin kanan parti komponen itu sejak semalam.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat meninggalkan kediaman bekas Perdana Menteri itu di Bukit Damansara di sini kira-kira jam 4.30 petang.

PN miliki majoriti, termasuk sokongan daripada BN - Yong Teck Lee

Sun Nov 20 2022

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee mendakwa Perikatan Nasional (PN) mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, antara pemimpin yang menyokong penubuhan kerajaan baharu itu termasuk daripada Barisan Nasional (BN).

Kerajaan baharu 'confirm' tanpa PH - Ahmad Fadhli

Sun Nov 20 2022

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mengesahkan perbincangan untuk membentuk kerajaan oleh gabungan itu tidak melibatkan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, ketika ini perbincangan masih lagi berjalan, namun ia hampir selesai.

Bung Moktar sifatkan kekalahan BN sebagai sejarah terburuk

Sun Nov 20 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah menyifatkan kekalahan gabungan parti politik itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai sejarah terburuk sejak penubuhannya.

Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kepimpinan parti perlu menerima keputusan yang telah dibuat rakyat walaupun BN menawarkan kestabilan dan kemakmuran.

Nurul Izzah terima kekalahan dengan hati terbuka, janji akan kembali

Sun Nov 20 2022

Sehari selepas ditolak oleh pengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kerusi Parlimen tradisi keluarganya, Nurul Izzah Anwar berkongsi suara hatinya di akaun Instagramnya.

Sebagai seorang yang berjiwa besar, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyatakan keterbukaannya menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi-pengundi di Parlimen Permatang Pauh.

"Takkan pemimpin kanan lain tengok saja?" - KJ persoal pendirian pemimpin kanan UMNO

Sun Nov 20 2022

Khairy Jamaludin menyuarakan sokongan terhadap gesaan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan yang dilakukan oleh bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Khairy yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen Sungai Buloh berkata, Shahril dan Onn Hafiz telah melakukan perkara yang betul.


'Anggaplah ini satu pengajaran..' - MCA, MIC desak Ahmad Zahid lepaskan jawatan Pengerusi BN

Sun Nov 20 2022

Parti MCA dan MIC hari ini secara rasmi menyatakan hilang kepercayaan terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selain mendesak agar beliau segera melepaskan jawatan itu.

Dalam kenyataan media berasingan, dua pimpinan kanan parti tersebut berkata, kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum memberi signal yang jelas perlu ada perubahan dari segi struktur pimpinan gabungan itu.

Tiada pergerakan pemimpin politik ke Istana Negara hari ini - Sumber

Sun Nov 20 2022

Tiada pergerakan pemimpin politik ke Istana Negara hari ini, menurut sumber yang dipetik Astro AWANI sekali gus memberi gambaran kerajaan baharu tidak dapat dibentuk hari ini.

Susulan kenyataan itu, petugas media mula meninggalkan pekarangan Istana Negara dan kembali meneruskan tugasan lain.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Amaran pada semua, jangan buat kacau' - KPN

Sun Nov 20 2022

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menimbulkan kekacauan yang boleh mengganggu proses peralihan kuasa pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, proses pembuangan undi di seluruh negara berjalan lancar dan PDRM akan terus memastikan ketenteraman awam terkawal pasca PRU15.

Ahmad Zahid lantik Isham Jalil Ketua Penerangan UMNO ganti Shahril

Sun Nov 20 2022

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Shahril Hamdan berkuatkuasa, hari ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di laman media sosial Twitter.


BACA BERITA PENUH DI SINI

"Tak perlu sayang potong rambut, nanti kutu yang kenyang" - Kias Annuar Musa

Sun Nov 20 2022

Tan Sri Annuar Musa memilih berkias mengenai perkembangan semasa landskap politik tanah air khususnya berkaitan dengan prestasi buruk gabungan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Analogi yang ditulis Annuar ialah, apa guna berambut panjang jika hanya mengundang banyak kutu di kepala.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Giliran Noh letak jawatan, gesa Zahid berundur

Sun Nov 20 2022

Tan Sri Noh Omar merupakan pemimpin terbaharu yang menggesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden parti berkenaan susulan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam masa sama, Noh turut mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ahmad Zahid.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kecewa peranan MKT diketepikan, Dira gesa Ahmad Zahid undur diri

Sun Nov 20 2022

Tekanan ke atas Pengerusi Barisan Nasional, yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin meningkat, apabila lebih ramai pemimpin kanan parti mendesaknya untuk mengundurkan diri.

Terbaharu, ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar turut menyarankan agar Ahmad Zahid mengundur diri, supaya parti boleh melakukan perubahan yang mutlak.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Agong titah maklumkan gabungan parti politik sebelum 2 petang Isnin

Sun Nov 20 2022

Istana Negara telah menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung semalam (19 November 2022), daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 1.15 petang, hari ini.

Istana Negara menerusi Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi satu kenyataan memaklumkan, dokumen yang dikemukakan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh jelas menyatakan bahawa tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Menang tiga kerusi, Warisan sedia kerjasama dengan mana-mana parti

Sun Nov 20 2022

Parti Warisan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang terbentuk walaupun hanya memiliki tiga kerusi Parlimen sekali gus mewakili blok borneo, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Presiden Warisan itu berkata, kesediaan tersebut bagi meningkatkan kestabilan politik negara sekali gus membentuk kerajaan yang stabil.


BACA BERITA PENUH DI SINI

"Ada yang tidak okey..." - Bung Moktar

Sun Nov 20 2022

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi bayangan bahawa ‘ada yang tidak kena’ dengan parti berkenaan berhubung prestasi buruk gabungan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Ada yang tidak okey,” itu reaksi ringkas Bung Moktar ketika disapa wartawan sebaik kelibat beliau memasuki ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Sultan Nazrin berkenan menerima menghadap Pengarah SPR Negeri

Sun Nov 20 2022

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Mohd Nazri Ismail di Istana Kinta bagi menyembah maklum keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohd Nazri tiba kira-kira 10.23 pagi dan turut kelihatan ke sesi menghadap itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Datuk Azmir Shah Zainal Abidin.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Legasi BN sudah 'terkubur' di P. Pinang, gagal tawan walau satu kerusi

Sun Nov 20 2022

Legasi Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang dilihat sudah terkubur apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, BN tewas di kesemua 13 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Daripada 13 kerusi Parlimen di negeri itu, Pakatan Harapan (PH) menang 10 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) berjaya tawan tiga kerusi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Shahril Hamdan letak jawatan dalam UMNO, gesa Zahid Hamidi turut berundur

Sun Nov 20 2022

Shahril Hamdan yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Alor Gajah, Melaka mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO susulan prestasi buruk gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Shahril, dalam masa sama, menggesa Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut berbuat demikian sebagai tanggungjawab bersama atas sesuatu kegagalan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Terima kasih warga Bentong beri kepercayaan kepada saya' - Young Syefura

Sun Nov 20 2022

Young Syefura Othman menzahirkan penghargaan kepada warga Bentong selepas diberi mandat bagi kerusi Parlimen itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu.

Menerusi kenyataannya di laman rasmi Facebook beliau, Young Syefura bersyukur dengan kepercayaan yang telah diberikan kepadanya untuk mengalas tugas sebagai Ahli Parlimen.

Mesej Agong titah Anwar diangkat sebagai PM baharu adalah palsu

Sun Nov 20 2022

Astro AWANI menafikan penularan mesej yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri baharu susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.

Mesej yang ditularkan itu merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan tiada sebarang kaitan dengan pungutan suara yang dibuat oleh Astro AWANI menerusi capaian undi.astroawani.com sempena PRU15.

Ibu pejabat PH sepi, belum ada mesyuarat setakat ini

Sun Nov 20 2022

Tiada sebarang kelibat ahli tertinggi Pakatan Harapan (PH) kelihatan di ibu pejabat PKR di sini, yang lazimnya menjadi lokasi sidang media gabungan parti itu.

Keadaan di luar bangunan itu nampak 'sepi' setakat jam 12.40 tengah hari tadi, berdasarkan tinjauan Astro AWANI.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengerusi SPR dilihat masuk Istana Negara

Sun Nov 20 2022

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dilihat memasuki Istana Negara menerusi Pintu 2 sekitar jam 1.03 petang, hari ini.

Ia dipercayai bagi mempersembahkan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Parlimen tergantung, kesannya kepada ekonomi negara

Sun Nov 20 2022

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang baru berakhir ini telah membawa ketidaktentuan kepada negara dengan Parlimen yang tergantung apabila tidak ada mana-mana parti yang mencapai majoriti mudah 112 untuk membentuk kerajaan.

Ahli Ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, keputusan di luar jangkaan itu bukanlah suatu yang mengejutkan sambil menambah itulah caranya bagaimana demokrasi diamalkan pada hari ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

"Saya telah cuba yang terbaik, tetapi saya tak cukup baik" - KJ

Sun Nov 20 2022

Tewas tipis sekali pun, tewas tetap tewas.

Khairy Jamaluddin yang dilihat sebagai berprofil tinggi mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengambil sikap berjiwa besar menerima kekalahannya di kerusi Parlimen Sungai Buloh semalam.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tun M antara 369 calon Parlimen hilang wang deposit

Sun Nov 20 2022

Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi antara 369 calon kerusi Parlimen yang hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang bertanding di Langkawi atas tiket Pejuang gagal mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal kedua apabila hanya memperoleh sebanyak 4,566 undi daripada keseluruhan 48,123 undi dalam pertandingan melibatkan lima penjuru.

 UMNO rebah, MB Johor gesa Zahid letak jawatan

Sun Nov 20 2022

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 memberikan isyarat jelas bahawa sebahagian besar rakyat negara kini menolak UMNO.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, PRU15 juga menunjukkan, berlaku tsunami politik dalam kalangan orang Melayu apabila sebahagian besar mereka bersuara menolak parti keramat itu.

Masa berpolitik sudah tamat, fokus khidmat kepada rakyat - Syed Saddiq

Sun Nov 20 2022

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Beliau dalam masa sama menzahirkan penghargaan terhadap pengundinya yang masih memberikan kepercayaan kepadanya untuk sekali lagi menerajui Muar.

BACA BERITA PENUH
DI SINI

32 daripada 127 calon wanita menang kerusi Parlimen, 15 kerusi DUN

Sun Nov 20 2022

Seramai 32 calon wanita daripada 127 orang yang bertanding di kerusi Parlimen berjaya mendapat mandat rakyat pada PRU15.

Bagi Dewan Undangan Negeri seramai 15 daripada 60 lagi calon yang bertanding di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah berjaya memenangi kerusi masing-masing.


Tiada parti dapat majoriti mudah kerusi Parlimen - Pengerusi SPR

Sat Nov 19 2022

Tiada mana-mana parti memperoleh 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertanding atau majoriti mudah dalam pru15, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Berdasarkan keputusan rasmi sehingga 4.30 pagi ini, Pakatan Harapan memenangi 76 kerusi manakala parti gabungannya DAP di Sarawak mendapat lima kerusi dan MUDA menang satu kerusi, menjadikan keseluruhan 82 kerusi Parlimen diperoleh gabungan itu.

Prabakaran pertahan Parlimen Batu dalam pertembungan 10 penjuru

Sat Nov 19 2022

Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 ini selepas penyandang P. Prabakaran (PH-PKR) meraih kemenangan dengan menewaskan sembilan pencabarnya.

Prabakaran menang dengan majoriti 22,241 selepas mengumpul 45,716 undi keseluruhan, jauh meninggalkan pesaing terdekat Chua Tian Chang @ Tian Chua, iaitu bekas Naib President PKR yang bertanding atas tiket Bebas, yang hanya memperoleh 4,603 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Hasrat Mahathir, Mukhriz tidak kesampaian, PN kuasai Kedah

Sat Nov 19 2022

Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhriz untuk terus mewakili rakyat di negeri kelahiran mereka berakhir apabila gagal mempertahankan kerusi masing-masing atas tiket Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Malah, kedua-dua beranak itu juga hilang wang deposit setelah memperoleh jumlah undi yang sangat rendah.

Reezal Merican gagal pertahan Kepala Batas

Sat Nov 19 2022

Kerusi Parlimen Kepala Batas yang dianggap kerusi "selamat" Barisan Nasional kini jatuh ke tangan Perikatan Nasional apabila penyandangnya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tewas kepada Dr Siti Mastura Muhammad (PN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Dr Siti Mastura menang dengan majoriti 2,867 undi.

BACA ARTIKEL PENUH
DI SINI

BN menang besar di Parlimen Rembau

Sat Nov 19 2022

Barisan Nasional menang besar di kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti 19,897 undi melalui calonnya, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohamad atau Tok Mat berjaya menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Nazree Mohd Yunus (21,875 undi), Ramly Awalludin daripada Pejuang (529 undi) dan S Tinagaran daripada Parti Sosialis Malaysia (779 undi).

Parlimen tergantung, tiada gabungan peroleh majoriti mudah

Sat Nov 19 2022

Keputusan rasmi setakat pukul 3 pagi Ahad menunjukkan tiada satu pun daripada gabungan parti utama di negara ini dapat membentuk kerajaan secara sendiri, kerana tidak mencapai jumlah majoriti yang diperlukan iaitu 112 kerusi.

Pengumuman terakhir oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh menunjukkan, Pakatan Harapan mendahului dengan 78 kerusi diikuti Perikatan Nasional (73), dan Barisan Nasional (29).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Parlimen tergantung perkara biasa - Penganalisis

Sat Nov 19 2022

Parlimen tergantung ialah situasi di mana tiada parti politik atau pakatan parti politik tertentu yang mempunyai jumlah ahli atau kerusi Parlimen yang terbanyak dalam Parlimen.

BACA ARTIKEL PENUH
DI SINI


Saifuddin Abdullah pertahan kerusi Indera Mahkota

Sat Nov 19 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya, Indera Mahkota, menewaskan tiga pencabarnya dengan majoriti 8,399 undi.

Saifuddin memperoleh 41,692 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Zuraidi Ismail, yang hanya meraih 33,293 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Mukhriz tersungkur di Jerlun

Sat Nov 19 2022

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bertanding di Parlimen Jerlun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tewas dengan perbezaan undi besar kepada calon Perikatan Nasional (PN).

Dalam keputusan yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Ahad, Mukhriz hanya mendapat 3,144 undi berbanding Dr Abd Ghani Ahmad (PN) yang mendapat 31,685 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Abang menang di Semporna, adik pula di Lahad Datu

Sat Nov 19 2022

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan adiknya, Datuk Mohamad Yusof Apdal menyumbang dua kerusi kepada parti itu.

Mohd Shafie mengekalkan kerusi Parlimen itu dengan majoriti selesa iaitu 20,810 undi menewaskan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Nixon Abdul Habi yang hanya mendapat 7,892 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

"Penghormatan terbesar berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan anda" - Khairy

Sat Nov 19 2022

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menerima kekalahannya kepada calon Pakatan Harapan, Datuk R. Ramanan.

"Terima kasih kepada pengundi P.107 Sungai Buloh. Saya telah berusaha sehabis baik.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Nurul Izzah gagal pertahan Permatang Pauh

Sat Nov 19 2022

Pilihan Raya umum ke-15 (PRU15) melakar sejarah apabila kerusi Parlimen Permatang Pauh yang sinonim dengan legasi keluarga Anwar Ibrahim tumbang di tangan parti lawan hari ini.

Kubu kuat PKR sejak 40 tahun itu kini menjadi milik Pas yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Khairy kecundang di Sungai Buloh

Sat Nov 19 2022

Calon Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin tewas di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kemenangan di Sungai Buloh apabila calonnya, Datuk R. Ramanan menang di kerusi itu dengan majoriti 2,693 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Anwar menang besar di Tambun

Sat Nov 19 2022

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang besar di Parlimen Tambun dengan memperoleh 49,625 undi dan majoriti sebanyak 3,736 undi.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menewaskan pencabar utama, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Ismail Abd Muttalib berjaya pertahan Maran atas tiket PN

Sat Nov 19 2022

Penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 1,821 undi.

Beliau memperoleh 19,600 undi menewaskan pencabarnya, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dari Barisan Nasional (BN) yang hanya meraih 17,779 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

UMNO adakan dua mesyuarat penting pada Ahad

Sat Nov 19 2022

UMNO dijadual akan mengadakan dua mesyuarat penting pada Ahad.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi laman Facebook rasminya pada Sabtu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Abang Jo ada hubungi saya, kami sepakat sokong kerajaan yang stabil - Hajiji

Sat Nov 19 2022

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan ada menerima panggilan telefon daripada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ketua Menteri Sabah itu berkata, antara yang dibincang dan dimuktamadkan adalah bersama-sama menyokong kerajaan yang akan memberi kestabilan kepada Sabah dan Sarawak.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Asyraf Wajdi tewas di Gerik

Sat Nov 19 2022

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki tewas di kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selaku calon baru ditampilkan BN, beliau gagal mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini kubu kuat UMNO apabila hanya memperolehi 13,728 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

PH tawan semula Nibong Tebal

Sat Nov 19 2022

Pakatan Harapan (PH) merampas semula kerusi Parlimen Nibong Tebal selepas calon muka baharu dari PKR, Fadhlina Sidek, menang di kerusi tersebut.

Beliau menewaskan Datuk Mansor Othman daripada Perikatan Nasional (PN), yang merupakan penyandang kerusi berkenaan selama dua penggal, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

BN terima, hormati keputusan rakyat - Zahid Hamidi

Sat Nov 19 2022

Barisan Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Presiden UMNO itu, BN menganggap keputusan malam ini merupakan satu isyarat besar dari rakyat kepada parti tersebut.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Amirudin rampas Gombak daripada Azmin

Sat Nov 19 2022

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berjaya merampas kerusi Parlimen Gombak daripada penyandangnya, Datuk Seri Azmin Ali yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon Pakatan Harapan (PH) itu menewaskan empat calon dengan majoriti undi 12,729 dengan 72,267 undi keseluruhan, berbanding Azmin yang memperoleh 59,538 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tuan Ibrahim menang di DUN Cheka

Sat Nov 19 2022

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka dengan majoriti 1,223 undi.

Beliau yang menjadi calon buat pertama kali di DUN berkenaan memperoleh 5,634 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Pengerusi MCA Lipis, Ho Fong Mee yang mendapat 4,411 undi, Rashid Mohamad dari Pakatan Harapan (2,255) dan Aishaton Abu Bakar dari Pejuang (81).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI


PN menang semua Parlimen Terengganu

Sat Nov 19 2022

Perikatan Nasional (PN) berjaya menyapu bersih semua lapan kerusi Parlimen di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PN yang bertanding menggunakan logo bulan kekal menguasai Parlimen Marang, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

PH dahului 28 kerusi sehingga 12.15 tengah malam

Sat Nov 19 2022

Sehingga pukul 12.15 tengah malam, Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan 28 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia diikuti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan 20 kerusi, Pas 18 kerusi, Perikatan Nasional (PN) 17, dan Barisan Nasional (BN) 16 kerusi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

GPS tunggu rundingan bentuk kerajaan persekutuan - Abang Jo

Sat Nov 19 2022

Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih menunggu rundingan membentuk Kerajaan Persekutuan, kata pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelasnya setakat ini belum ada mana-mana pihak yang menghubunginya bagi menyatakan hasrat tersebut.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Wan Ahmad Fayhsal tewaskan Ahmad Jazlan di Machang

Sat Nov 19 2022

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menamatkan legasi Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Machang apabila berjaya memenangi kerusi itu atas tiket Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu meraih majoriti 10,154 undi dengan 35,603 undi secara keseluruhannya.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI


Shahril Hamdan tewas di Alor Gajah, Mas Ermieyati pertahan Masjid Tanah

Sat Nov 19 2022

Percaturan Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum ke-55 (PRU15) tidak menjadi apabila tewas dengan majoriti 890 undi.

Shahril meraih 27,288 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH) Adly Zahari yang berjaya mendapat 28,178 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

BN Melaka berputih mata, tewas semua kerusi Parlimen

Sat Nov 19 2022

Barisan Nasional (BN) Melaka terpaksa berputih mata apabila tewas di semua enam kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Senario itu menyaksikan BN julung kalinya terlepas semua kerusi Parlimen apabila tiga kerusi di Parlimen Tangga Batu, Jasin dan Masjid Tanah berjaya ditawan Perikatan Nasional (PN) manakala tiga lagi kerusi di Alor Gajah, Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka berada dalam genggaman Pakatan Harapan (PH).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Ka Siong, Jeck Seng menang di Parlimen Ayer Hitam, Tanjung Piai

Sat Nov 19 2022

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan kerusi Parlimen Ayer Hitam untuk penggal kelima, apabila berjaya meraih sebanyak 18,911 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ka Siong memperoleh majoriti 2,963 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Syeikh Omar Bagharib Ali yang memperoleh 15,948 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Calon PH sekali lagi tawan Kota Kinabalu

Sat Nov 19 2022

Penyandang kerusi P.172 Kota Kinabalu, Chan Foong Hin daripada Pakatan Harapan (PH) sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) kali ini.

Beliau ketika ditemui sejurus selepas diumumkan sebagai pemenang berkata, dua permasalahan utama yang akan dibawa ke Parlimen pada sesi akan datang ialah isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang berkeliaran di Kota Kinabalu dan pengembalian 40 peratus hasil Sabah daripada Kerajaan Persekutuan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

BN kecundang di Tanjong Karang

Sat Nov 19 2022

Kerusi yang disandang Barisan Nasional (BN) selama enam penggal, Tanjong Karang berjaya dirampas Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon PN, Dr Zulkafperi Hanapi menang dengan memperoleh 18,054 undi dengan majoriti 2,180.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tun M tewas, hilang deposit di Langkawi

Sat Nov 19 2022

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tewas dalam persaingan lima penjuru di kerusi Parlimen Langkawi dengan majoriti 13,518.

Menambah duka kekalahan itu, beliau turut hilang deposit apabila hanya meraih 4,566 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Nancy Shukri menang besar di Santubong

Sat Nov 19 2022

Meskipun bertanding di kerusi berbeza daripada kelaziman iaitu di Parlimen Batang Sadong sebelum ini, Datuk Seri Nancy Shukri tetap mendapat kepercayaan besar untuk menerajui kawasan baharunya di P.193 Santubong.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum ini memenangi kerusi itu dengan majoriti sebanyak 38,681 dengan jumlah undi yang diperolehi 43,739 atau 84.42 peratus undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Panggilan 'abah' dilaung penyokong selepas Muhyiddin diisytihar menang

Sat Nov 19 2022

Ratusan penyokong Perikatan Nasional (PN) melaungkan panggilan ‘abah’ merujuk kepada Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau diumumkan menang di Parlimen Pagoh.

Selain sorakan ‘abah’ laungan ‘Perikatan Nasional’ turut dilakukan penyokongnya selepas pemimpin tertinggi parti itu menang dengan majoriti besar sebanyak 10,007 undi dengan keseluruhan 24,986 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tengku Zafrul tewas, Dr Dzulkefly Ahmad kekal di Kuala Selangor

Sat Nov 19 2022

Calon (Pakatan Harapan), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berjaya mengekalkan kerusi parlimen yang disandangnya, Kuala Selangor dengan majoriti 1,002 undi.

Beliau memperoleh 31,033 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mendapat 30,031 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Presiden Pas Hadi Awang kekal di Marang

Sat Nov 19 2022

Presiden Pas,Tan Sri Abdul Hadi Awang terus mengekalkan kemenangannya di kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Abdul Hadi berjaya meraih 73,115 undi sekali gus menepis cabaran tiga lagi pencabarnya dari Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), dan Parti Pejuang Tanah Air (GTA-Pejuang).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Salahuddin Ayub pertahan Pulai, Nur Jazlan tewas

Sat Nov 19 2022

Kemunculan semula bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) tidak mampu kembalikan Parlimen Pulai ke tangan Barisan Nasional (BN).

Ini selepas lawannya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub kekal menjadi Ahli Parlimen Pulai selepas menang majoriti 20,989 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pas yakin PN berjaya bentuk kerajaan - Abdul Hadi

Sat Nov 19 2022

Pas yakin Perikatan Nasional (PN) akan membentuk kerajaan Persekutuan berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya sebentar tadi berkata, Pas bersama rakan dalam PN akan berusaha menunaikan segala tawaran yang telah dijanjikan dalam manifesto PRU15.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Jeffrey Kitingan menang bergaya di Keningau

Sat Nov 19 2022

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mempertahankan kerusi Parlimen Keningau selepas mendapat 23,155 undi.

Berdepan saingan empat penjuru, Datuk Seri Jeffrey Kitingan menewaskan calon Pakatan Harapan Grelydia Gillod dengan majoriti 8,055 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Syed Saddiq sah 'genggam' Muar bagi penggal kedua

Sat Nov 19 2022

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sah pertahankan kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keputusan itu menyaksikan Syed Saddiq memperoleh sejumlah 19,961 undi meninggalkan calon dari Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin, 18,616 undi serta calon Barisan Nasional (BN) Mohd Helmy Abd Latif yang meraih 14,581 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Rafizi kembali menguasai Pandan dengan 48,000 majoriti

Sat Nov 19 2022

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli kembali menguasai kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan meraih majoriti undi sebanyak 10,007.

Beliau berjaya mengatasi calon Perikatan Nasional (PN) Farique Zubir yang meraih 25,706 undi, manakala tiga calon lain disahkan hilang deposit.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Ronald Kiandee masih 'kebal' di Parlimen Beluran

Sat Nov 19 2022

Calon Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Beluran dengan jumlah undian sebanyak 11,303.

Beliau berjaya memperoleh majoriti sebanyak 1,594.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

PRU15: Munirah Majilis kalahkan Rahman Dahlan di Kota Belud

Sat Nov 19 2022

Ketua Wirawati Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis mempertahankan kerusi Parlimen Kota Belud dengan majoriti 4,582 undi.

Penyandang kerusi Parlimen dan calon Warisan Kota Belud menewaskan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang hanya memperoleh 20,566 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Ku Li tewas selepas 12 penggal pertahan Gua Musang

Sat Nov 19 2022

Selepas 12 penggal mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga veteran UMNO tewas kepada pesaingnya Mohd. Azizi Abu Naim dari Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohd. Azizi yang mendapat 21,826 undi, menang dengan majoriti 163 undi. Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai ‘Ku Li’ pula mendapat 21,663 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Majoriti hampir 11,000 singkirkan Mahdzir Khalid di Padang Terap

Sat Nov 19 2022

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Ustaz Nurul Amin dengan majoriti 10,959 undi.

Beliau hanya menerima 17,258 undi berbanding Nurul Amin yang mendapat 28,217 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

PRU15: Mohamad Alamin pertahan Kimanis

Sat Nov 19 2022

Pertembungan semula antara Datuk Mohamad Alamin dan Daud Yusof nampaknya berpihak kepada bekas Timbalan Menteri Pendidikan II itu di kerusi Parlimen Kimanis.

Mohamad yang juga penyandang Parlimen Kimanis berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Christina Liew tumbang di Tawau, calon GRS menang

Sat Nov 19 2022

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew gagal mempertahankan kerusi Parlimen Tawau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Christina yang menyandang kerusi tersebut sejak PRU14 tewas kepada Lo Sui Fui selepas calon daripada Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu menang dengan 19,865 undi dan majoriti sebanyak 3,800 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Anak Taib Mahmud janji bawa kemajuan di Mukah

Sat Nov 19 2022

Datuk Hanifah Hajar Taib berjaya mengekalkan momentum kejayaan cemerlangnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Mukah.

Penyandang dan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu menang dengan majoriti 15,686 undi selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Abdul Jalil Bujang yang meraih 6,047 undian.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Muhyiddin menang di Pagoh, majoriti naik ke 10,007

Sat Nov 19 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mengekalkan kerusinya di Pagoh dengan jumlah keseluruhan undi sebanyak 24,986.

Muhyiddin telah menewaskan dua lagi calon lain masing-masing mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim, 14,426 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman, 14, 979 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Khaled Nordin menang di Kota Tinggi, Azalina kekal pertahan Pengerang

Sat Nov 19 2022

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menang di Parlimen Kota Tinggi dengan memperoleh 25,410 undian menewaskan dua pencabarnya dengan majoriti 8,390.

Sementara itu, dua calon lain terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Mohamad Ridhwan Rasman meraih undi sebanyak 17,020 manakala calon Pakatan Harapan (PH) Onn Jaafar memperoleh undi sebanyak 4,903.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

[RASMI] Suhaili Abd Rahman kembali 'takluki' Labuan dengan majoriti tipis

Sat Nov 19 2022

Bekas Ketua UMNO Bahagian Labuan yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Suhaili Abd Rahman menang di kerusi Parlimen Labuan dengan majoriti tipis 708 undi.

Bekas Ahli Parlimen Labuan dari tahun 1999 hingga 2008 itu menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Bashir Alias dengan 7,416 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Faizal Azumu tiba di Pusat Media Utama PN dengan 'senyum lebar'

Sat Nov 19 2022

Pusat Media Utama Perikatan Nasional (PN) di Shah Alam, kini mula menyaksikan ketibaan beberapa pemimpin tertinggi parti pada Sabtu malam.

Antara yang tiba adalah Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga merupakan calon PN di Parlimen Tambun.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

[RASMI] Hasni menang di Simpang Renggam, Ahmad Maslan kekal di Pontian

Sat Nov 19 2022

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad menang dengan majoriti 1,821 undi di Parlimen Simpang Renggam dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohammed Hasni meraih 18,312 undi, menewaskan penyandang kerusi berkenaan, Dr Maszlee Malik dari Pakatan Harapan (PH) yang meraih sebanyak 16,491 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

TNB sahkan 'blackout' di pusat kiraan undi di Gombak

Sat Nov 19 2022

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kejadian gangguan bekalan elektrik atau ‘blackout’ di salah satu pusat kiraan undi di Gombak yang menjadi tular hari ini.

Dalam kenyataan di Twitternya sebentar tadi, TNB menjelaskan, situasi gangguan bekalan elektrik itu dipercayai berlaku di Kolej Vokasional Gombak (SM Teknik, Gombak).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tiada perarakan meraikan kemenangan dibenarkan di Kedah - Polis

Sat Nov 19 2022

Semua penyokong parti diingatkan agar tidak terbabit dalam sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama di jalan awam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata sebarang aktiviti seumpama itu tidak dibenarkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

[RASMI] PRU15: Calon BN, Siti Aminah menang di Beaufort

Sat Nov 19 2022

Calon Barisan Nasional (BN), Siti Aminah Aching memang di kerusi Parlimen Beaufort dengan majoriti 2,518 undi.

Siti Aminah yang berdepan saingan enam penjuru itu memperoleh keseluruhan undi 10,570 undi menewaskan calon Parti KDM, Johair Mat Lani dengan 8,052 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Henry Sum Agong menang di Lawas, tewaskan Baru Bian

Sat Nov 19 2022

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Henry Sum Agong berjaya mempertahankan kerusi P.222 Lawas meskipun berdepan calon 'heavyweight', Baru Bian daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Henry memperolehi 11,361 undi atau 62.40 peratus dengan majoriti 5,677 manakala Baru Bian pula mendapat 5,684 undi bersamaan 31.22 peratus.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

PRU15: Khairy, Rafizi dahului saingan

Sat Nov 19 2022

Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin mendahului enam calon lain dengan 2,584 undi.

Setakat 9.26 malam, beliau meninggalkan pencabarnya Datuk R Ramanan (Pakatan Harapan) yang memperoleh 2,197 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Rafizi dakwa PKR-PH dahului 22 kerusi

Sat Nov 19 2022

Pakatan Harapan (PH) mendakwa telah mendahului di 22 kerusi Parlimen sehingga pukul 8.20 malam tadi.

Menurut Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, angka tersebut diperoleh berdasarkan pungutan melalui aplikasi CISTA.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

[TIDAK RASMI] PRU15: GRS mendahului tiga kerusi

Sat Nov 19 2022

Gabungan Rakyat Sabah dilapor mendahului dua kerusi masing-masing di Parlimen Keningau, Papar dan Batu Sapi.

Laporan tidak rasmi setakat jam 9.32 malam mendapati, penyandang yang juga calon GRS, Datuk Seri Jeffrey Kitingan dilapor mendahului dengan 6,158 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Petugas SPR meninggal dunia di pusat pengundian Klang

Sat Nov 19 2022

Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia ketika bertugas di pusat pengundian Sekolah ACS Methodist di Jalan Raya Barat di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata mangsa yang juga lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu dipercayai tidak sedarkan diri atas sebuah kereta 'buggy' ketika bertugas di pusat pengundian tersebut.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

[TIDAK RASMI] PRU15: Faizal Azumu dahului di Tambun, Tun M ketinggalan di Langkawi

Sat Nov 19 2022

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilapor mendahului kutipan undi di Parlimen Tambun.

Sehingga jam 8.20 malam, Ahmad Faizal yang mewakili Perikatan Nasional (PN) menerima 2,652 undi, mendahului tiga calon yang lain.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pertindihan nama pengundi, Polis Melaka terima lima laporan

Sat Nov 19 2022

Polis Melaka membuka lima kertas siasatan berhubung dakwaan terdapat individu yang dihalang daripada membuat pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah berkata laporan yang diterima lima individu berusia antara 30an hingga 60an itu susulan nama mereka didakwa telah digunakan oleh individu lain.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Kekecohan tular bukan di pusat mengundi, berpunca masalah dalaman parti - Polis

Sat Nov 19 2022

Tular video kekecohan di media sosial yang memaparkan sebilangan orang ramai berhimpun dan membuat kecoh di hadapan sebuah bangunan yang dipercayai markas sebuah parti politik di Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut berlaku hari ini, namun tiada kaitan dengan proses mengundi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Petugas SPR meninggal dunia di pusat pengundian Klang

Sat Nov 19 2022

Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia ketika bertugas di pusat pengundian Sekolah ACS Methodist di Jalan Raya Barat di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata mangsa yang juga lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu dipercayai tidak sedarkan diri atas sebuah kereta 'buggy' ketika bertugas di pusat pengundian tersebut.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

[RASMI] PRU15: Calon GPS menang di Igan

Sat Nov 19 2022

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Ahmad Johnie Zawawi menjadi calon pertama yang diumumkan dalam keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memenangi kerusi Parlimen P207 Igan.

Ahmad Johnie memperolehi undi sebanyak 15,824 atau bersamaan 93.16 peratus. 

BACA ARTIKEL PENUH
DI SINI

Ejen parti meninggal dunia selepas mengundi

Sat Nov 19 2022

Seorang ejen parti meninggal dunia selepas mengundi di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di sini, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, Mohd Jailani Alias, 53, ditemukan rebah dan tidak sedarkan diri selepas membuang undi.

Perjumlahan undi sedang berlangsung, beberapa keputusan tidak rasmi disiarkan

Sat Nov 19 2022

Undi bagi 220 kerusi Parlimen kini sedang dikira dengan Sabah dan Sarawak mendahului kiraan tidak rasmi, selepas pusat-pusat mengundi di kedua-dua negeri itu ditutup lebih awal pada 5.30 petang tadi.

Setakat 7.50 malam ini, beberapa keputusan pengiraan awal dipaparkan di media sosial parti-parti politik yang menunjukkkan penjumlahan undi masih berlangsung.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Kasihanilah kami di pedalaman Saratok ini - Warga emas

Sat Nov 19 2022

Usia lanjut dan kesihatan yang tidak mengizinkan bukan menghalang buat warga emas di pedalaman Sarawak untuk turun mengundi menunaikan tanggungjawab mengundi pada hari ini.

Bagi mereka, tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih kerajaan telah menjadi keutamaan bagi menentukan pemimpin kerajaan masa hadapan.

Polis nafi berlaku 'black out' di pusat undi SJKC Kepong

Sat Nov 19 2022

Polis menafikan berlaku gangguan bekalan elektrik di pusat mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kepong, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata sebaliknya, hanya set generator di pusat mengundi berkenaan yang mengalami kerosakan akibat gangguan bekalan elektrik.

Orang Rembau rindu KJ, harap menang di Sungai Buloh

Sat Nov 19 2022

ukan saja Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang merindui orang Rembau, tetapi orang Rembau juga begitu.
Kehadiran Menteri Kesihatan itu di pusat mengundi di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim Ulu Gadong di sini menjadi perhatian sebahagian pengundi di situ yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar.

BACA LAPORAN PENUH DI SINI

Tunaikan tanggungjawab, misi meneroka 'happy ending'

Sat Nov 19 2022

TAHNIAH kepada semua pengundi yang menunaikan tanggungjawab anda hari ini. Jika anda membaca artikel ini sebelum jam 6 petang Sabtu (19 November 2022) anda masih punya masa untuk ke pusat pengundian bagi untuk mengundi.

Saya harus akui, agak sukar untuk membuat pilihan kali ini.

INI ADALAH PANDANGAN PENGARANG ASTRO AWANI, SHAFIZANJOHARI

Adiwira dari siri Iron Man juga keluar mengundi

Sat Nov 19 2022

Pelbagai gelagat pengundi dapat dilihat sepanjang proses pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Ini termasuk seorang pengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Sagu 1, Kuantan yang mengenakan kostum adiwira War Machine yang lengkap ‘bersenjata’ seperti yang dikenali dari komik dan filem popular, Iron Man.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Peratusan keluar mengundi setakat 3 petang adalah 65%

Sat Nov 19 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Hari Mengundi PRU Ke-15 pada jam 3:00 petang:

Peratus keseluruhan: 65%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 19, 2022

Dua individu meninggal dunia di pusat mengundi

Sat Nov 19 2022

Hasrat untuk menjadi sebahagian penentu masa depan negara tidak kesampaian apabila seorang warga emas menemui ajal di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lit Terk, Paloh pada Sabtu.

Kejadian itu berlaku pada jam 10.21 pagi melibatkan mangsa, Tuminah Ambiah, 85 yang meninggal dunia sebelum sempat menunaikan tanggungjawab.

BACA ARTIKEL PENUH
DI SINI

Ribut petir, hujan lebat diramal di lapan negeri hingga 5 petang ini

Sat Nov 19 2022

Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan di Kedah yang terlibat ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.

Peratusan keluar mengundi setakat 2 petang ialah 58 peratus

Sat Nov 19 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Hari Mengundi PRU Ke-15 pada jam 2:00 petang:

Peratus keseluruhan: 58%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 19, 2022

Takiyuddin sasar ramai keluar memangkah

Sat Nov 19 2022

Calon Pas Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyasarkan lebih 80 peratus pengundi di Kota Bharu akan keluar mengundi.

Sasaran itu berdasarkan cuaca yang baik, kepulangan perantauan dengan jumlah yang tinggi, dan mood pengundi yang baik bagi proses pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Trend keluar mengundi luar jangka, Bung yakin BN-GRS tawan kerusi hitam di Sabah

Sat Nov 19 2022

Trend keluar mengundi di Parlimen Kinabatangan sejak pagi Sabtu disifatkan luar jangkaan, kata Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menurut calon BN Parlimen Kinabatangan itu, perkara itu merupakan mesej bahawa rakyat mahu membuat perubahan dan yakin BN mendahului.

Rakyat berpusu keluar mengundi - Adly

Sat Nov 19 2022

Proses pengundian di Melaka dilihat meriah dengan peratusan keluar mengundi yang memberangsangkan, kata Pengerusi Pakatan Harapan, Adly Zahari.

Adly yang juga merupakan calon kerusi Parlimen Alor Gajah berkata, dia mengakui terkejut apabila melihat golongan pengundi muda turut keluar mengundi seawal pagi meskipun hujan renyai.

BACA BERITA PENUH
DI SINI

'Badan sudah naik...' - Asmuni bergurau dengan Ahmad Faizal

Sat Nov 19 2022

Kemesraan Calon Perikatan Nasional Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan calon Pakatan Harapan Dewan Undangan Negeri Manjoi, Datuk Asmuni Awi mencuri perhatian umum di Pusat Pembuangan Undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Manjoi Satu di sini pagi Sabtu.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiba di pusat pembuangan undi itu kira-kira jam 10.40 pagi bersempena dengan hari mengundi PRU15.

Statistik keluar mengundi bagi Hari Mengundi PRU Ke-15 pada jam 1 tengah hari

Sat Nov 19 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Hari Mengundi PRU Ke-15 pada jam 1:00 tengah hari:

Peratus keseluruhan: 50%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 19, 2022

Saya telah tunaikan tanggungjawab, kini giliran anda - Ongkili

Sat Nov 19 2022

Penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Maximus Ongkili yang tiba pada jam 9.18 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu selesai membuang undi pada 9.30 pagi tadi.

"Saya telah tunaikan hak saya, giliran anda lagi", kata Ongkili secara ringkas kepada orang awam yang hadir di pusat pembuangan undi itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Banjir di Long Bemang tidak halang pengundi tunai kewajipan

Sat Nov 19 2022

Proses pengundian di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Long Bemang di sini, masih diteruskan dan berjalan lancar walaupun dalam keadaan banjir.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Sarawak, Henderi Ardimansyah, memaklumkan paras air menunjukkan trend penurunan setakat ini.

42 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari

Sat Nov 19 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Hari Mengundi PRU Ke-15 pada jam 12:00 tengah hari:

Peratus keseluruhan: 42%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 19, 2022

Pengundi di Baram, Sarawak redah banjir tunai tanggungjawab

Sat Nov 19 2022

Pengundian bagi DUN Tioman akan diadakan pada 7 Dis

Sat Nov 19 2022

SPR mengumumkan tarikh pengundian bagi DUN Tioman ialah pada 7 Disember.

Undi awal akan diadakan pada 3 Disember.

Penamaan calon 24 November.

Tun Mahathir, Tun Hasmah selesai mengundi di Parlimen Kuala Kedah

Sat Nov 19 2022

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad selesai membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, di sini hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira jam 10.52 pagi bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selesai menunaikan tanggungjawab itu pada jam 10.55 pagi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pembentukan kerajaan campuran hanya selepas PRU - Ismail Sabri

Sat Nov 19 2022

Sebarang pembentukan kerajaan campuran hanya akan diketahui selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Demikian jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengulas mengenai desas desus pembentukan kerajaan campuran sekiranya tiada parti melepasi majoriti mudah.


BACA BERITA PENUH DI SINI

31 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi

Sat Nov 19 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Hari Mengundi PRU Ke-15 pada jam 11:00 pagi:

Peratus keseluruhan: 31%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 19, 2022

Calon baharu PN DUN Tioman tetap daripada Pas

Sat Nov 19 2022

Calon baharu Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman nanti akan tetap dipilih daripada parti Pas.

Demikian disuarakan Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah susulan berita pemergian Md Yunus Ramli awal pagi ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI


Demi negara, pengundi pertama kali semangat keluar awal pagi

Sat Nov 19 2022

Kehadiran kumpulan pengundi muda yang pertama kali mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pagi ini memeriahkan proses pengundian di kerusi Parlimen Penampang, di sini hari ini.

Tinjauan Astro AWANI mendapati, selain golongan berusia, pengundi baharu dan muda dilihat silih berganti tiba di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan ST Aloysius.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Sidang media Perdana Menteri di Bera

Sat Nov 19 2022

PRU15: Ismail Sabri dan isteri selesai mengundi di SMK Bandar Kerayong

Sat Nov 19 2022

Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menunaikan tanggungjawabnya mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong di sini pada Sabtu.

Beliau tiba kira-kira jam 9.30 pagi turut diiringi isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.


BACA BERITA PENUH DI SINI

20 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi

Sat Nov 19 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Hari Mengundi PRU Ke-15 pada jam 10:00 pagi:

Peratus keseluruhan: 20%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 19, 2022

20 peratus keluar mengundi setakat jam 10 pagi - SPR

Sat Nov 19 2022

Menurut SPR, setakat jam 10 pagi ini, 20 peratus individu sudah keluar mengundi.

Banyak momen indah, Khairy pulang mengundi di Rembau

Sat Nov 19 2022

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim, di Gadong, Rembau sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pagi tadi.

Beliau yang memakai baju kemeja putih dan biru itu dilihat hadir seorang diri kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: Anwar selesai mengundi di Permatang Pauh

Sat Nov 19 2022

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Penanti, Permatang Pauh di sini, kira-kira pukul 9.10 pagi.

Beliau  yang tiba di pusat pengundian itu pada pukul 8.59 pagi adalah antara individu terawal yang menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Azwan Ali antara pengundi terawal di Parlimen Gombak

Sat Nov 19 2022

Muhyiddin selesai tunai tanggungjawab mengundi

Sat Nov 19 2022

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar pada jam 9.15 pagi ini.

Terdahulu, beliau tiba di pusat mengundi berkenaan pada jam 8.56 pagi dengan diiringi isteri dan beberapa pegawainya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: Zahid, isteri selesai mengundi di Bagan Datuk

Sat Nov 19 2022

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selesai membuang undi di Madrasah Manbail Ullum, Sungai Nipah Darat di sini hari ini.


Beliau yang tiba pada jam 8.15 pagi di sekolah tersebut selesai menunaikan tanggungjawabnya pada jam 8.43 pagi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Proses pengundian di Parlimen Miri setakat jam 9 pagi

Sat Nov 19 2022

Proses pengundian di Parlimen Bagan Datuk setakat jam 9 pagi

Sat Nov 19 2022

Proses pengundian di Parlimen Penampang setakat jam 9 pagi

Sat Nov 19 2022

PN bergabung BN bentuk kerajaan bergantung keputusan PRU15 - Azmin

Sat Nov 19 2022

Perbincangan untuk Perikatan Nasional (PN) bergabung dengan mana-mana parti politik bagi membentuk kerajaan masih belum dibuat setakat ini.


Menurut Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, fokus utama ketika ini adalah untuk mendapatkan seberapa banyak kerusi untuk membentuk kerajaan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di pusat mengundi

Sat Nov 19 2022

DS @DrZahidHamidi tiba di Pusat Mengundi pada jam 8.15 pagi.

Beliau ditemani keluarga dan juga penyokongnya.#MalaysiaMemilih#MohNgundi@501Awani pic.twitter.com/1EHUL3Cd5P

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) November 19, 2022

Pengundi sudah mula hadir ke Madrasah Manbail Ullum, Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk.

Sat Nov 19 2022

Selamat pagi Malaysia!

Pengundi sudah mula hadir ke Madrasah Manbail Ullum, Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk.

Ada yg mula beratur seawal jam 7.30 pagi.

Sini juga tempat DS @DrZahidHamidi mengundi.#MohNgundi#MalaysiaMemilih @501Awani pic.twitter.com/s0oREC59Yn

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) November 19, 2022

Rakyat Malaysia teruja memilih kerajaan

Sat Nov 19 2022

Keterujaan pengundi jelas kelihatan hari ini dengan ada yang hadir ke pusat-pusat mengundi lebih awal sebelum pintu pagar dibuka.

Malah ada juga yang sanggup berpayung dalam barisan akibat hujan. 

BACA BERITA PENUH DI SINI

Proses pengundian PRU15 bermula

Sat Nov 19 2022

Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)  bermula secara rasmi pada 7.30 pagi ini di Sabah, Sarawak dan Labuan manakala di Semenanjung Malaysia bermula 8 pagi nanti. 

Turut diadakan serentak ialah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bugaya, Sabah yang tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan COVID-19.

Mengikut Warta Kerajaan mengenai penetapan waktu mengundi PRU15 yang dimuat naik di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya, pusat mengundi di Semenanjung Malaysia akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang.

BACA BERITA PENUH DI SINI




Jangan pakai pakaian ada logo parti

Fri Nov 18 2022

Pegawai Pengurus SPR Simpang Renggam, Abdul Hakim Abd Manap mengingatkan kepada semua pengundi untuk tidak memakai pakaian yang mempunyai logo mana-mana parti ketika hadir untuk mengundi.

Sekiranya dikesan ada yang berpakaian demikian, individu tersebut tidak dibenarkan masuk ke pusat mengundi dan dikehendaki pulang untuk menukar pakaian.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Amaran ribut petir di lima negeri hingga 9 pagi

Fri Nov 18 2022

Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah sehingga 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan perkara itu dalam kenyataan yang dikeluarkan 6.30 pagi ini 

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon PN DUN Tioman meninggal dunia

Fri Nov 18 2022

Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang.

Md Yunus, berusia 61 tahun, merupakan Ketua Pas Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman.

BACA BERITA PENUH DI SINI

[INFOGRAFIK] Nasihat Am Kepada Pengundi

Fri Nov 18 2022

Parlimen Tergantung? Kejayaan perundingan bergantung kewibawaan pemimpin - Mujibu

Fri Nov 18 2022

Permohonan undi pos Parlimen Padang Serai dibuka hari ini hingga Selasa

Fri Nov 18 2022

Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai telah dibuka mulai hari ini sehingga Selasa depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata permohonan undi pos bagi Kategori 1A iaitu petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media, perlu memohon secara manual menggunakan Borang 1A.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Anak muda jangan terpukau propaganda hasutan kaum, agama - Anwar

Fri Nov 18 2022

Golongan pengundi muda diminta untuk bertindak bijak dalam memilih pemimpin yang akan membentuk kepimpinan negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata anak muda seharusnya tidak terpengaruh dengan sebarang hasutan negatif daripada pihak tidak bertanggungjawab.

BACA BERITA PENUH DI SINI

MBM, ABIM, Rasuah Busters sedia bas percuma pulang mengundi

Fri Nov 18 2022

Majlis Belia Malaysia (MBM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Rasuah Busters menyediakan khidmat lapan buah bas bagi rakyat Malaysia untuk pulang mengundi di saat akhir.

Program Tampung Tumpang Balik Mengundi ini menyediakan khidmat bas ke 32 lokasi berlainan di seluruh Semenanjung, mensasarkan individu yang terlepas peluang untuk mendapatkan tiket pengangkutan awam dan golongan yang kurang berkemampuan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Aliran trafik keluar ibu negara lancar

Fri Nov 18 2022

Aliran trafik di lebuh raya utama dari ibu kota menghala keluar ke utara, timur dan selatan negara dilaporkan lancar setakat 10.30 malam ini.

Ini susulan orang ramai sudah mula pulang ke destinasi masing-masing sejak semalam bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Bas percuma untuk balik mengundi saat akhir

Fri Nov 18 2022

[KOLUMNIS] PRU15: Melayu selamat asalkan bebas memilih

Fri Nov 18 2022

ADAKAH kepedulian dan kebajikan orang Melayu-Muslim akan terancam kalau mereka tidak ‘bersatu’ dan Kerajaan Persekutuan baharu tidak lagi didominasi oleh parti-parti yang ekslusifnya mewakili Melayu-Muslim?

Cerita sebegini sudah ditularkan dan akan ditularkan lagi sehingga saat akhir sebelum pusat mengundi ditutup pada 6 petang Sabtu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Hari terakhir kempen, Zahid buat kesekian kali tegaskan BN janjikan kestabilan

Fri Nov 18 2022

Hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi buat kesekian kalinya menyatakan gabungan itu "menjanjikan kestabilan buat negara".

Menurutnya, janji itu dibuat bersandarkan rekod gabungan itu sebelum ini terutamanya dalam proses membuat keputusan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Poster Karupaiya masih tergantung di sepanjang jalan Padang Serai

Fri Nov 18 2022

Dua hari selepas kematian calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Padang Serai, M Karupaiya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh baharu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kawasan berkenaan.

Tinjauan Astro AWANI di sekitar Parlimen Padang Serai hari ini mendapati poster-poster kempen yang memaparkan wajah mendiang masih lagi tergantung di merata-rata tempat, malah keadaan sama dilihat di bilik gerakan parti itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Perjalanan feri ke Langkawi ditambah

Fri Nov 18 2022

Perjalanan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi ditambah bermula hari ini untuk memudahkan pengundi pulang mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.

Pengurus Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, pihaknya menambah satu perjalanan, menjadikan keseluruhan enam perjalanan ke pulau itu, sehingga Ahad.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Ucapan saya disunting dengan niat burukkan imej, cipta naratif palsu' - Muhyiddin

Fri Nov 18 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa ucapan beliau di Johor baru-baru ini telah disunting secara terpilih dan disebarkan oleh pihak lawan gabungan berkenaan.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Muhyiddin menjelaskan tindakan lawan politik PN itu bertujuan memburukkan imejnya dan mencipta naratif palsu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tidak perlu bimbang keluar mengundi - Ketua Polis Negara

Fri Nov 18 2022

Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata jaminan itu diberikan susulan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menugaskan 80,000 anggotanya selain menggerakkan semua elemen bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin terutama pada hari pengundian sehingga selepas PRU15.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Rakyat Malaysia di Thailand bantu pastikan undi pos selamat sampai

Fri Nov 18 2022

Warga Malaysia Chan Tze Weng yang bekerja di Pathum Thani, Thailand, berharap dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu namun, disebabkan kekangan jarak dan masa, beliau memutuskan untuk menunaikan tanggungjawabnya dengan bantuan sukarelawan.

"Saya mahu pastikan setiap undi dikira. Itulah sebabnya saya mendaftar sebagai pengundi luar negara dan memastikan undi saya tiba di tanah air tepat pada masanya," katanya kepada Bernama.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Persiapan akhir berjalan lancar

Fri Nov 18 2022

Berbaki kira-kira 15 jam untuk lebih 20 juta rakyat Malaysia yang layak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), petugas pilihan raya di seluruh negara giat menjalankan persiapan akhir bagi memastikan proses pengundian esok, berjalan lancar.

Tinjauan Bernama di beberapa pusat mengundi di sekitar ibu negara mendapati kerja-kerja yang dilakukan antaranya menyusun atur saluran serta kelengkapan mengundi, menyediakan petak undi serta memasang garisan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tak wujud dakwaan kerjasama PH-PN, rujuk sumber sahih macam belajar hadis - Anwar

Fri Nov 18 2022

Tidak wujud dakwaan kononnya terdapat usaha antara Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PN) pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi PH itu menegaskan bahawa ia adalah satu penipuan yang cuba ditimbulkan oleh pihak yang merasakan bahawa mereka akan kalah pada PRU kali ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Kayuhan akhir' bersama pemimpin utama semua parti di Astro AWANI malam ini

Fri Nov 18 2022

Bermula 8.30 malam ini, Astro AWANI akan membawakan Siaran Khas: Tawaran Semua Parti Pilihan Raya Umum ke-15.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ambil kira hak Sarawak apabila mengundi esok

Fri Nov 18 2022

Semua parti politik perlu terima keputusan rakyat - PM

Fri Nov 18 2022

Pengundi disaran semak cadangan masa keluar mengundi - SPR

Fri Nov 18 2022

Menjelang hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihati pengundi untuk mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

Setiausaha SPR Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata seramai 20,853,681 orang pengundi bakal mengundi pada PRU15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pertarungan sengit BN dan PN di kawasan majoriti Melayu - Ilham Centre

Fri Nov 18 2022

Pertarungan sengit berlaku di antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Kaji selidik yang dilakukan Ilham Centre mendapati, BN masih menjadi pilihan pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Shahidan buat laporan polis edaran risalah palsu

Fri Nov 18 2022

Perikatan Nasional (PN) telah mengesan kempen pengedaran risalah palsu yang memaparkan wajah calon PN kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan GRS-BN akan pastikan kesejahteraan rakyat Sabah

Fri Nov 18 2022

Notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sarawak

Fri Nov 18 2022

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah setakat 4 petang ini.

JPS dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan maklumat ramalan hujan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri berkenaan sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Kenyataan Rafizi berbaur ugutan terhadap Azam Baki, ini sikap sebenar mereka' - PM

Fri Nov 18 2022

Parti politik perlu terima keputusan rakyat esok

Fri Nov 18 2022

Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) mengingatkan seluruh parti politik menerima apa sahaja keputusan serta mandat baharu yang rakyat berikan esok.

Setiausaha Agung PKPB, Mohammad Rizan Hassan dalam satu kenyataan memberitahu, rakyat terutama golongan pekerja meluahkan kebimbangan melihat situasi politik yang melanda negara.

BERITA PENUH DI SINI

Perkembangan banjir setakat jam 5 petang

Fri Nov 18 2022

Mangsa banjir berbelah bahagi keluar mengundi esok

Fri Nov 18 2022

Parlimen Kuala Nerus: Calon atau parti?

Fri Nov 18 2022

Tidak akan ada kerjasama BN dan PH selepas 19 November - Razlan

Fri Nov 18 2022

Barisan Nasional (BN) tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohamad Razlan Raffi, BN berkeyakinan akan menubuhkan kerajaan selepas 19 November ini tanpa ada gabungan dengan pihak-pihak lain.

BERITA PENUH DI SINI

Anak muda keluar mengundi #MalaysiaMemilih

Fri Nov 18 2022

Tambang percuma pada hari mengundi esok - Prasarana

Fri Nov 18 2022

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memberi tambang percuma sepanjang hari esok sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kesemua perkhidmatan di bawah kendaliannya.

Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Transit Aliran Bas (BRT) atau bas henti-henti.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Digelar Bapa PKP: Muhyiddin tempelak Anwar, anggap individu tidak bersyukur

Fri Nov 18 2022

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang tidak bersyukur.

Ia susulan kenyataan dibuat Anwar sewaktu berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang melabelkan bekas perdana menteri itu sebagai "Bapa PKP".


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pangkah GPS, hutang budi dan Abang Johari

Fri Nov 18 2022

Baik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Barisan Nasional) mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perikatan Nasional) dan terkini Rafizi Ramli (Pakatan Harapan), kesemuanya mengharap dapat meminang parti dari Sarawak selepas 19 November ini untuk membentuk kerajaan.

Alasan kesemua pemimpin itu cukup kuat, kerana dibayangkan semua parti ini akan memiliki kekuatan seimbang.

BERITA PENUH DI SINI

Pastikan 90 peratus pengundi putih mengundi esok - Mohamad Hasan

Fri Nov 18 2022

entera parti Barisan Nasional (BN) perlu keluarkan sekurang-kurangnya 90 peratus pengundi putih pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN yakin dengan gerak kerja yang tersusun, BN dapat mencapai sasaran meraih kemenangan pada pilihan raya kali ini sekali gus membentuk kerajaan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: Pangkah GPS kerana 'walk the talk'

Fri Nov 18 2022

PADA 2018, ketika Gabungan Parti Sarawak (GPS) berada di blok Bebas, kerajaan negeri ketika itu mengambil tindakan pantas, dengan memperuntukkan RM5 juta kepada setiap Ahli Parlimennya bagi meraikan keperluan rakyat.

Peruntukan RM5 juta itu merupakan keperluan untuk setahun dengan pelbagai projek pembangunan perlu disantuni dan kehendak rakyat perlu dibantu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tiada pengundian di Parlimen Padang Serai esok, tarikh baharu undi 7 Disember

Fri Nov 18 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Umum  Ke-15 (PRU15) bagi kerusi P017 Parlimen Padang Serai pada 7 Disember depan, susulan kematian calon PKR, Karupaiya Mutusami tiga hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dengan ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan, tiada pengundian dijalankan di Parlimen Padang Serai pada Sabtu ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kesiapsiagaan agensi di bawah KDN di tahap tinggi - Hamzah

Fri Nov 18 2022

Agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi untuk memastikan hari pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok berjalan lancar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata pihaknya turut bersedia dengan kemungkinan berlakunya banjir di mana-mana lokasi hotspot yang telah dikenal pasti di seluruh negara pada hari pengundian berlangsung.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Doa PM iringi pengundi luar balik kampung

Fri Nov 18 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan pengundi luar supaya lebih berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi pada 19 November ini.

Katanya, apabila kerajaan mengumumkan cuti umum pada Jumaat, iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), ramai yang mula pulang ke kampung sejak malam tadi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Analisa kerusi panas P.135 Alor Gajah

Fri Nov 18 2022

Tawaran setiap calon di Simpang Renggam

Fri Nov 18 2022

Sasaran 10 kerusi BN Kedah diyakini mampu dicapai- Mahdzir

Fri Nov 18 2022

Tidak sampai 24 jam lagi sebelum hari proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan, Barisan Nasional (BN) Kedah diyakini mampu mencapai sasaran iaitu menang di sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di negeri itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan bahawa nada positif itu adalah bersandarkan daripada momentum sokongan yang dibina sehingga ke hari ini terutama dalam kalangan mereka yang menolak BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Berilah saya sokongan anda untuk menjaga Sungai Buloh' - Khairy

Fri Nov 18 2022

Berbaki kurang 12 jam sebelum tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tamat secara rasmi, calon Barisan Nasional Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin meraih sokongan pengundi buat kali terakhir menerusi satu siaran video di media sosialnya.

Dalam satu video berdurasi 2 minit 18 saat itu, Khairy memohon agar dirinya diberikan peluang mewakili penduduk di kawasan itu dalam Dewan Rakyat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Majukan Kota Tinggi tidak semestinya dengan projek mega - Khaled Nordin

Fri Nov 18 2022

Kota Tinggi perlu dikekalkan imejnya sebagai kawasan luar bandar, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.

Ujarnya lagi, soal untuk membangunkan kawasan berkenaan tidak semestinya perlu ditukarkan sebagai bandar maju termasuk dengan membangunkan projek-projek mega di kawasan berkenaan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kenyataan Rafizi berbaur ugutan terhadap Azam Baki, ini sikap sebenar mereka - PM

Fri Nov 18 2022

Kenyataan berbaur ugutan Rafizi Ramli terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai sifat dendam.

Dakwanya, tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mencerminkan apa yang berlaku kepada penjawat awam selepas menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Video tular minum ketum: Calon PRU15 BN dakwa fitnah dan serangan peribadi

Fri Nov 18 2022

"Itu hanyalah serangan peribadi yang ingin menjatuhkan saya di saat-saat akhir berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)".

Demikian reaksi calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor berhubung video tular yang mendakwa kononnya  beliau sedang minum air dipercayai air ketum.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Saya janji jika diberi peluang, pelbagai perancangan diteruskan untuk rakyat' - PM

Fri Nov 18 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjanji akan membawa pelbagai perancangan memanfaatkan rakyat di negara ini sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.

Beliau yang juga calon BN Parlimen Bera berkata, dalam tempoh yang singkat selama setahun empat bulan menerajui kerajaan, BN berjaya membawa rakyat keluar daripada pandemik COVID-19.


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN akan runding dengan GPS selepas PRU15 - Ahmad Maslan

Fri Nov 18 2022

Barisan Nasional (BN) hanya akan berunding berhubung kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sekiranya mendapat sekurang-kurangnya 112 kerusi  selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, hanya parti itu yang menjadi pilihan utama BN dan bukannya gabungan parti lain.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Cuaca baik diramal pada sebelah pagi di beberapa negeri esok

Fri Nov 18 2022

MetMalaysia meramalkan cuaca baik pada sebelah pagi di beberapa negeri, pada hari pengundian esok.

Suhu di seluruh negara diramal sekitar 23 hingga 33 darjah Celcius sepanjang hari esok.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Terminal Bas Larkin Sentral sesak ramai balik kampung

Fri Nov 18 2022

Keadaan di Terminal Bas Larkin Sentral bagaikan musim perayaan apabila sesak dengan orang ramai yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing.

Kebanyakannya meluahkan rasa lega apabila kerajaan mengumumkan Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan pengundian.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Saf kepimpinan Pas diingat tidak terjebak provokasi - Abdul Hadi

Fri Nov 18 2022

Saf kepimpinan Pas diingatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang provokasi dalam tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, kata Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau, sebaliknya, menasihatkan mereka supaya mengambil pendekatan damai dalam menyampaikan mesej selaras dengan dasar 'menerang dan bukannya menyerang.'


BACA BERITA PENUH DI SINI

Perangi rasuah menerusi kertas undi, nilai watak, pendirian calon - Khutbah Jumaat

Fri Nov 18 2022

Azam memerangi rasuah boleh dibuktikan menerusi kertas undi, dengan menolak serta tidak memberi undi kepada calon-calon yang memiliki imej rasuah atau terpalit dengan lumpur rasuah.

Menerusi teks khutbah Jumaat di seluruh Perak dengan tajuk 'Pilihan Raya: Pemilihan Ulil Amri', masyarakat juga perlu membuktikan tekad itu dengan tidak membenarkan diri dibeli dengan sogokan wang.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Bertanding di Ipoh, Kayveas harap kebangkitan semula MyPPP

Fri Nov 18 2022

Nama Tan Sri M Kayveas suatu masa dahulu merupakan antara nama besar dalam arena politik negara namun sejak beberapa tahun lepas, nama beliau mula menyepi.

Tahun ini, dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), nama Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) kembali disebut selepas beliau menjadi calon bagi kerusi Parlimen Ipoh Barat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Debaran 24 jam sebelum mengundi

Fri Nov 18 2022

Tarikh mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November iaitu Sabtu ini memberi debaran sengit bukan sahaja kepada parti-parti politik yang bertanding malahan juga kepada pengundi-pengundi di negara ini.

Jalan raya sudah tentu dijangkakan bertambah sesak pada hari ini memandangkan pengundi-pengundi akan pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab mereka memilih calon yang sesuai untuk membawa amanah rakyat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Jangan nilai pada paras rupa - Jo-Anna Rampas bukan sekadar Unduk Ngadau, tapi Huminodun

Fri Nov 18 2022

Bukan sekadar Unduk Ngadau, Jo-Anna Sue Henley Rampas membawa sekali semangat legenda ‘Huminodun’ sebagai perisai untuk beliau berdepan saingan di kerusi Parlimen Tuaran.

Calon Parti Warisan (Warisan) bagi kerusi Parlimen Tuaran itu berkata, beliau tidak hanya mahu dianggap sebagai ratu cantik, sebaliknya seorang yang digeruni oleh pihak lawan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

MB Johor beri jaminan tunai segera janji BN

Fri Nov 18 2022

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi jaminan sekiranya BN menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), semua yang dijanjikan calon gabungan itu ketika berkempen akan ditunaikan segera.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius janji calon-calon BN Johor kepada rakyat sekali gus tidak mahu mensia-siakan mandat yang diberikan nanti.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri calon PM BN. Muktamad. - KJ

Fri Nov 18 2022

Ketetapan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah muktamad dan pasti.

Tegas calon Barisan Nasional (BN) P.107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, perkara tersebut masih menjadi pertikaian kerana dimainkan pihak lawan untuk mengelirukan rakyat supaya tidak memilih BN yang didakwa akan sebaliknya mengangkat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Dituduh taja kumpulan Kristian dan Yahudi, Anwar Ibrahim tanya "Tak ada modal lain ke"?

Fri Nov 18 2022

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai 'kehilangan modal' apabila mendakwa Pakatan Harapan (PH) menaja kumpulan Yahudi dan Kristian, seperti yang tular di media sosial pada Khamis.

Anwar yang merupakan calon Perdana Menteri PH sekali lagi menegaskan, apa yang diperjuangkan adalah kepentingan semua lapisan rakyat di negara ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Khalid Samad nafi beralih ke Titiwangsa kerana sudah basi di Shah Alam

Fri Nov 18 2022

Calon Pakatan Harapan (PH) P.119 Titiwangsa, Khalid Samad menegaskan bahawa peralihannya ke Titiwangsa adalah bukan disebabkan beliau tidak lagi diterima di Shah Alam.

Sebaliknya, kepimpinan PH meletakkan beliau di kawasan itu atas tiket pengalamannya sebagai bekas Menteri Wilayah Persekutuan ketika PH menjadi kerajaan tempoh hari.


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN tidak boleh lagi jadi parti luar bandar - KJ

Thu Nov 17 2022

Barisan Nasional (BN) perlu lebih berani untuk menampilkan pemimpin-pemimpin besarnya untuk bertanding di kawasan bandar selepas ini supaya tidak lagi dilihat sebagai parti luar bandar.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar, calon BN P.107 Sungai Buloh berkata, dengan itu, BN akan dilihat sebagai parti yang benar-benar serius mengangkat suara kelompok masyarakat yang mewakili 77 peratus rakyat negara ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

73 peratus rakyat Malaysia dijangka keluar mengundi - Kajian

Thu Nov 17 2022

Majoriti rakyat Malaysia dijangka terlibat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Undian UCSI University mengenai persepsi orang ramai terhadap pilihan raya berkenaan, 73 peratus daripada 1,765 responden positif akan keluar mengundi di tempat masing-masing.


BACA BERITA PENUH DI SINI

15 bekas pelajar MCKK bertanding dalam PRU15

Thu Nov 17 2022

Seramai 15 bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Persatuan Pelajar Tua Kolej Melayu (MCOBA) menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan, bekas pelajar tersebut terdiri daripada enam calon daripada Pakatan Harapan (PH), empat (BN), tiga Perikatan Nasional (PN) manakala seorang calon bagi Pas dan Pejuang.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tak kisahlah kucing itu hitam atau putih, janji boleh tangkap tikus - KJ

Thu Nov 17 2022

Keupayaan calon untuk melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan janji harus menjadi pemberat kepada pertimbangan pengundi pada 19 November nanti.

Kata calon Barisan Nasional (BN) P.107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, tidak kira apa pun partinya, yang penting calon pilihan itu mesti mampu menyelesaikan isu dan permasalahan yang membebani rakyat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Amanah yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen

Thu Nov 17 2022

Parti Amanah Negara yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada PRU15 Sabtu ini.

Presidennya Mat Sabu berkata, keyakinan itu bertambah selepas sekumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 memberi sokongan kepada Pakatan Harapan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Trafik lebuh raya utama mulai perlahan, sesak

Thu Nov 17 2022

Aliran trafik di lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan ekoran pertambahan bilangan kenderaan yang bergerak menuju ke destinasi pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan ketara petang tadi dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hala utara iaitu dari Sungai Buloh ke Rawang iaitu sepanjang 10 kilometer (km), Tanjung Malim ke Behrang, Sungkai ke Bidor, Tapah ke Gopeng dan Juru Auto City ke Perai.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri tunai solat hajat

Thu Nov 17 2022

Tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang hanya berbaki kurang dua hari lagi, menyebabkan semua calon terus agresif berkempen bagi meraih undi pada Sabtu ini.

Di Bera, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat terus menjalankan program bertemu masyarakat di Parlimen itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Polis nafi video tular CIQ BSI sesak rakyat Malaysia pulang mengundi

Thu Nov 17 2022

Polis menafikan berlaku kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, yang didakwa berikutan rakyat Malaysia pulang untuk mengundi seperti video yang tular menerusi media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata tular sebuah video berdurasi 17 saat memaparkan kesesakan di CIQ BSI namun hasil siasatan mendapati ia merupakan sebuah video lama.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tidak wajar halang kelas demokrasi - PKPIM

Thu Nov 17 2022

Semua pihak mempunyai tanggungjawab dalam memberi pendidikan berkaitan demokrasi, terutama kepada golongan muda dan mereka yang baru pertama kali mengundi.

Justeru, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Farhan Rosli berkata, tindakan sesetengah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menghalang kelas demokrasi yang dijalankan oleh aktivis, Fahmi Reza, sebagai tidak wajar.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Parlimen tergantung perkara biasa - Penganalisis

Thu Nov 17 2022

Pakar politik meramalkan lebih banyak drama bakal berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), Sabtu ini.

Penyelidik dan penganalisis politik Asia Tenggara, Bridget Welsh berpendapat, tanpa kepastian yang jelas, terdapat kemungkinan terjadinya hung parliament atau Parlimen tergantung.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon parti lawan diminta jangan 'jaga tepi kain orang' - MCA

Thu Nov 17 2022

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong meminta calon parti lawan agar tidak mencampuri hal dalaman atau 'menjaga tepi kain orang' dalam urusan mencari pemimpin tertinggi sekiranya sesebuah parti itu menang.

"Kita di BN (Barisan Nasional) sendiri pun tidak mencampuri hal mereka walaupun mereka telah menyatakan kemenangan mereka melalui tinjauan dan survei, kita tidak ambil tahu, perkara yang penting dalam BN adalah memenangi PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) terlebih dahulu," katanya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Program Malaysia Berdoa solusi spiritual

Thu Nov 17 2022

Sinar Harian, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), dan Rasuah Busters menganjurkan Program Malaysia Berdoa sebagai solusi spiritual mengembalikan semua urusan bagi pemilihan pemimpin negara ini kepada ALLAH SWT pada malam terakhir sebelum hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, sudah tiba masanya semua urusan dikembalikan kepada ALLAH SWT dan memohon campur tangan agar Malaysia dianugerahkan pemimpin yang berintegriti, berilmu, kuat dan bertakwa.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Hanya kerajaan stabil mampu selamatkan negara - Anwar

Thu Nov 17 2022

Rakyat Malaysia yang akan keluar mengundi pada hari Sabtu ini berpeluang untuk menyelamat dan melakukan perubahan menyeluruh untuk memulihkan negara, sekali gus melakar masa depan mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perutusan khas beliau hari ini, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) itu berkata, apa yang diperlukan saat ini adalah sistem ekonomi yang membela nasib rakyat yang hanya boleh dicapai dengan sebuah kerajaan yang stabil.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Aliran trafik masuk ke Kelantan mula sesak

Thu Nov 17 2022

Jumlah kenderaan yang memasuki Kelantan meningkat sekali gus menyebabkan kesesakan hari ini, susulan kepulangan perantau untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Tinjauan Astro AWANI di Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Gua Musang-Kuala Krai, mendapati trafik sesak sejak pagi dan lebih banyak kenderaan dijangka akan memasuki negeri ini malam ini sehingga hari pengundian pada Sabtu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Beri mandat kepada mereka yang ada rekod prestasi baik pada masa lalu - Tengku Zafrul

Thu Nov 17 2022

Rakyat diseru untuk memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agar kerajaan yang stabil dapat dibentuk bagi meneruskan segala polisi yang telah direncana untuk membantu rakyat dan negara menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum Parlimen dibubarkan ternyata telah menunjukkan hasil yang baik apabila ekonomi negara dapat berkembang walaupun berdepan dengan cabaran global termasuk keadaan geopolitik yang berlaku di Eropah.


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN mampu tubuh kerajaan, tiada isu besar yang beri ancaman - Tok Mat

Thu Nov 17 2022

Barisan Nasional (BN) mampu menubuhkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana tidak ada isu besar yang mampu memberi ancaman kepada parti itu kali ini, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Tiada isu besar, parti telah buat keputusan calon PM (perdana menteri) adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...tiada isu besar yang boleh meletup," katanya kepada pemberita selepas program Sepetang Bersama Tok Mat di Dewan Felda Raja Alias 2, di sini hari ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI


Amaran Rafizi terhadap Azam Baki adalah ugutan terhadap penjawat awam - Faizal Azumu

Thu Nov 17 2022

Tindakan Rafizi Ramli memberi amaran kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bahawa Pakatan Harapan (PH) akan 'mencarinya' jika menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah satu ugutan terbuka kepada penjawat awam.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata tindakan Timbalan Presiden PKR itu terhadap Tan Sri Azam Baki, tidak sepatutnya berlaku.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Khairy mampu tawan Sungai Buloh - Penganalisis politik

Thu Nov 17 2022

Kredibiliti dan kekuatan personaliti calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin dijangka mampu menundukkan calon dari parti lain.

Penganalisis politik Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed tidak menolak kemungkinan BN merampas kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15), Sabtu ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahmad Jazlan kesal fitnah salah guna kedudukan lulus projek bina masjid

Thu Nov 17 2022

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, menafikan menyalah guna kedudukan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk meluluskan projek pembinaan sebuah masjid ketika menjawat jawatan itu.

Ahmad Jazlan menjelaskan, pembinaan masjid ArrRazak dengan kos hampir RM500,000 di atas tanah wakaf di Kampung Cherang, Bukit Tiu di sini, sebahagiannya menggunakan sumbangan orang ramai dan wangnya sendiri.


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN mampu tubuh kerajaan, tiada isu besar yang beri ancaman

Thu Nov 17 2022

Barisan Nasional (BN) mampu menubuhkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana tidak ada isu besar yang mampu memberi ancaman kepada parti itu kali ini, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Tiada isu besar, parti telah buat keputusan calon PM (perdana menteri) adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...tiada isu besar yang boleh meletup," katanya kepada pemberita selepas program Sepetang Bersama Tok Mat di Dewan Felda Raja Alias 2, di sini hari ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: "Anwar dah tiada modal lain" - Muhyiddin

Thu Nov 17 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada modal lain untuk menyerangnya dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan cabaran untuk mendedahkan penyata kewangan parti.

Ujar Muhyiddin, perkara itu tidak menimbulkan sebarang masalah baginya kerana segala pergerakan kewangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PN melalui proses audit dan ia juga boleh diakses oleh semua pihak.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pendedahan surat Rafizi, bukan anugerah kontrak

Thu Nov 17 2022

Ada apa dengan Warisan?

Thu Nov 17 2022

Tiket bas habis, pelajar kolej nekad balik Kelantan berjalan kaki untuk mengundi

Thu Nov 17 2022

Hasrat seorang pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas yang mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi muda buat pertama kali pada 19 November ini tercapai apabila dia selamat tiba di kampung halamannya di Kelantan.

Muhammad Haikal Noor Azmin, 18, tiba di kampungnya hari ini dengan bantuan daripada Pengurusan Kolej Komuniti Kepala Batas.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri

Thu Nov 17 2022

Kenyataan 70 Profesor Melayu yang menyatakan sokongan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak mewakili Majlis Profesor Negara (MPN), jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ujarnya, perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon veteran masih relevan di kawasan tertentu

Thu Nov 17 2022

Calon berusia yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak boleh dianggap sebagai satu kelemahan terhadap sesebuah parti politik malah masih relevan pada sesetengah tempat dan lokaliti.

Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf, Media dan Informasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Dr Suhaimee Saahar @ Saabar berkata, usia dan pengalaman hanya diambil kira oleh para pengundi berdasarkan keadaan serta persekitaran sesebuah kawasan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Gelombang PN di semenanjung?

Thu Nov 17 2022

Teknologi bantu suntik minat mengundi

Thu Nov 17 2022

Sivaraj henti kempen serta-merta, hormati pemergian Karupaiya

Thu Nov 17 2022

Ingatan Khairy kepada antivaksin yang 'menyerangnya' pada musim PRU15

Thu Nov 17 2022

Anda pesakit COVID-19? Ini yang anda perlu tahu ketika hari mengundi

Thu Nov 17 2022

Pemakaian pelitup muka digalakkan pada hari mengundi PRU15

Thu Nov 17 2022

Gelombang kecil COVID-19 Omicron XBB, berwaspada pada hari mengundi

Thu Nov 17 2022

Ketua Menteri nafi kerajaan Sabah pinggir kaum Cina

Thu Nov 17 2022

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menafikan dakwaan Parti Warisan (Warisan) kononnya kerajaan Sabah meminggirkan kaum Cina terutamanya dalam pentadbiran negeri itu.

Beliau berkata kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) sememangnya mahu melantik individu daripada kaum itu sebagai menteri dalam kabinet negeri, namun tiada calon kaum itu daripada parti kerajaan yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada 2020.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Dah banjir macam mana nak mengundi?'

Thu Nov 17 2022

Lebih 12 tahun berdepan masalah sama. Setiap kali hujan lebat, banjir akan melanda di Kampung Chemperai, di sini.

Selain itu, kampung berdekatan termasuk Kampung Seri Tanjung dan Kampung Lalang turut mengalami nasib sama.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon DUN Kamunting sandar rekod perkhidmatan tarik sokongan pengundi

Thu Nov 17 2022

Kurang 48 jam untuk rakyat Malaysia memilih pemimpin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), calon-calon giat melakukan pecutan terakhir untuk menarik lebih banyak sokongan pengundi.

Bagaimanapun, bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kamunting, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffei, beliau menyandarkan kepada rekod perkhidmatan sepanjang menjadi Ketua Bahagian UMNO sejak 2008.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon DUN Kuala Sepetang mahu guna pengalaman sebagai SUK, KSU

Thu Nov 17 2022

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Zainal Azman Abu Seman mahu memanfaatkan sepenuhnya pengalaman sebagai penjawat awam sekiranya diberi mandat pada 19 Nov ini.

Beliau yakin, dengan hubungan baik antara pentadbiran negeri dan negara, masalah penduduk setempat seperti banjir, pemilikan tanah dan pengurusan sampah akan dapat diselesaikan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ke mana pergi bendera, poster dan sepanduk kempen calon selepas PRU15?

Thu Nov 17 2022

Kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hampir sampai ke penghujungnya namun suasana meriah terus menyelubungi setiap kawasan bandar dan kampung dengan hiasan bendera parti politik penuh warna-warni.

Fenomena 'perang bendera' yang hanya berlaku hampir setiap lima tahun sekali itu, turut dihangatkan dengan kenderaan jentera pilihan raya calon sekali-sekala membuat rondaan di kawasan mereka dengan menggunakan pembesar suara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

GPS perlu menang besar untuk kekal 'didengari' - Awang Tengah

Thu Nov 17 2022

Sarawak memerlukan perwakilan satu parti yang besar bagi mengukuhkan pendiriannya di peringkat persekutuan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia penting bagi memastikan suara negeri ini dihormati dan tidak tenggelam, terutamanya di Parlimen.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Manifesto menarik, tapi bolehkah ditunai? Soal pengundi muda

Thu Nov 17 2022

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lepas menjadi pentas pertama anak muda berusia 18 hingga 20 tahun keluar mengundi, sekali gus melakar sejarah penglibatan langsung kumpulan itu dalam landskap politik negara.

Beberapa bulan kemudian, golongan muda ini sekali lagi menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yang dianggap penting untuk pembentukan kerajaan baharu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Syed Saddiq mesej doakan saya menang di Pagoh - Muhyiddin

Thu Nov 17 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akui sehingga kini Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih berhubung dengannya kerana dianggap sebagai 'bapa' dalam bidang politik.

Beliau berkata, Syed Saddiq ada menghantar mesej kepadanya melalui WhatsApp mendoakan kemenangannya di Pagoh.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Rina Harun mahu jadikan Sepang hab ekonomi dan pelancongan

Thu Nov 17 2022

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Perikatan Nasional (PN) di Sepang, Datuk Seri Rina Harun berhasrat menjadikan Sepang sebagai hab ekonomi dan pelancongan negara.

Ujarnya, lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terletak dalam parlimen itu perlu dimanfaatkan supaya pelancong yang tiba menjadikan Sepang destinasi pilihan mereka.


BACA BERITA PENUH DI SINI

UTM sedia 43 bas hantar pulang 1,600 mengundi di kampung halaman

Thu Nov 17 2022

Jasad mendiang Karupaiya disemadikan di Krematorium Berapit petang ini

Thu Nov 17 2022

Jasad mendiang M Karupaiya yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada Rabu akan dibawa ke Krematorium Berapit di Bukit Mertajam, Pulau Pinang kira-kira pukul 2 petang ini.

Anak perempuan mendiang, K Dippah ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis memberitahu, sebelum dibawa ke pusat pembakaran itu, upacara sembayang akan dijalankan antara pukul 12 tengah hari dan 2 petang di kediaman beliau di Lunas, di sini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PH akan lakukan reformasi DBKL jika menang PRU15 - Nik Nazmi

Thu Nov 17 2022

Reformasi terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antara perkara akan dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) sekiranya mendapat mandat memerintah negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dengan bajet sekitar RM3 bilion setahun, peruntukan DBKL melebihi negeri terkaya seperti Selangor yang berjumlah RM2.34 bilion.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Perkembangan di Padang Serai, sehari selepas kematian calon PH

Thu Nov 17 2022

PH perlu 12 kerusi Sabah, Sarawak untuk bentuk kerajaan

Thu Nov 17 2022

Pakatan Harapan (PH) mempunyai peningkatan momentum dalam meraih sokongan pengundi di Semenanjung Malaysia menjelang empat hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, keputusan itu adalah hasil tinjauan yang dilakukan pelbagai institusi penyelidikan jam 6 pagi kelmarin.


BACA BERITA PENUH DI SINI

MUDA ikrar Sarawak, Sabah dapat lebih kuasa autonomi

Thu Nov 17 2022

Persekutuan Malaysia boleh menjadi kuat sekiranya menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan menurunkan kuasa dalam bidang pendidikan serta kesihatan kepada Sabah dan Sarawak.

Presiden Parti Ikatan Demokratik (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, menyerahkan kuasa autonomi kepada Sarawak dan Sabah akan memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Sudah dua penggal Sepang tiada wakil rakyat - calon BN

Thu Nov 17 2022

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN) di Sepang, Anuar Basiran menyifatkan wakil rakyat sebelum ini di parlimen itu gagal berkhidmat untuk rakyat dan menghilangkan diri selama dua penggal dipilih menjadi ahli parlimen.

Katanya, dalam tempoh itu, rakyat dibiarkan dalam kesusahan dan buktinya dapat dilihat ketika banjir besar pada akhir tahun lalu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan Melayu Islam mesti amanah dan adil - Anwar

Thu Nov 17 2022

Nama kerajaan Melayu Islam harus digunakan dengan bijak dan berhemah agar tidak menjatuhkan agama dan bangsa.

Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan Islam haruslah amanah, tidak zalim dan adil kepada semua rakyat tidak kira bangsa atau agama.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pas sangkal Bersatu dominasi PN

Wed Nov 16 2022

Pas menolak dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendominasi Perikatan Nasional (PN), sebaliknya semua keputusan diputuskan bersama dengan semua komponen dalam PN.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul soal dominasi kerana sebarang keputusan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah melalui mesyuarat bersama lima parti dalam majlis tertinggi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Saringan ketat calon bukti kesungguhan PN mahu tadbir Malaysia dengan bersih - Muhyiddin

Wed Nov 16 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa tiada parti lain yang lebih bersungguh untuk menampilkan barisan calon pemimpin yang bersih.

PN membuktikannya dengan membuat saringan ketat terhadap calon yang mahu dipertandingkan seterusnya mengangkat sumpah untuk tidak terlibat dalam sebarang bentuk salah laku terutamanya rasuah.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Bapa seorang berdisiplin, berdedikasi berkhidmat kepada rakyat' - Anak

Wed Nov 16 2022

Mendiang M.Karupaiya yang merupakan penyandang dan calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Padang Serai adalah seorang yang selalu mendedikasikan masanya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Anak sulungnya, K.Sataisilan berkata pengalaman Karupaiya sebagai sorang anggota tentera berpangkat Pegawai Waran I juga menjadikan mendiang seorang yang sangat berdisiplin dalam hidup dan khidmat baktinya kepada rakyat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

DAP akui hakikat Malaysia perlu diketuai orang Melayu sebagai PM - Loke

Wed Nov 16 2022

Rakyat diminta menggunakan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) kali ini sebagai peluang untuk membuang politik perkauman sekali gus mengubah landskap politik negara.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, parti itu sentiasa menghormati hakikat bahawa Malaysia perlu dipimpin oleh perdana menteri berbangsa Melayu, namun mahukan individu yang benar-benar layak memegang jawatan tertinggi itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tsunami sokongan kepada PN akan bersihkan 'sampah' negara - Muhyiddin

Wed Nov 16 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap sokongan terhadap PN akan terus membesar untuk membawa perubahan kepada Malaysia yang lebih baik.

Dengan itu, kata beliau, ia akan membawa gelombang ‘tsunami’ yang dapat membersihkan ‘sampah sarap’ yang mencemari politik tanah air.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Adakah PRU ini yang terakhir buat Anwar Ibrahim? Ini jawapan beliau

Wed Nov 16 2022

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau akan terus memainkan peranan kecilnya dalam mencetus perubahan dan reformasi.

Usaha itu akan tetap digerakkannya sebaiknya sehingga sampai waktunya nanti untuk disambung generasi penerus.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Mendiang Karupaiya lantang bawa suara masyarakat India - Vigneswaran

Wed Nov 16 2022

Pemergian calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Padang Serai M Karupaiya semalam amat dirasai kerana mendiang merupakan pemimpin yang lantang membawa suara rakyat terutama masyarakat India, kata Presiden MIC Tan Sri S. A. Vigneswaran.

"Satu situasi sukar. Kehilangan (beliau) pastinya dirasai ahli keluarga. Mendiang merupakan Ahli Parlimen yang sentiasa memperjuang hak dan nasib kaum India hingga ke Parlimen.


BACA BERITA PENUH DI SINI

DBKL siap siaga hadapi kemungkinan berlaku banjir kilat pada hari pengundian

Wed Nov 16 2022

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) siap siaga menghadapi kemungkinan berlaku banjir kilat pada hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 Sabtu ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata pihaknya telah menyediakan sebuah bilik gerakan di Menara DBKL 1 bagi memantau cuaca di ibu negara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

UTM sedia 43 bas bantu penghantaran 1,600 pelajar pulang mengundi

Wed Nov 16 2022

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyediakan 43 buah bas bagi 1,600 pelajar pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar UTM, Prof Dr Shamsul Sahibuddin berkata fasa pertama penghantaran adalah pada jam 9.30 malam tadi yang melibatkan seramai 1,200 pelajar dan 35 buah bas, manakala 400 pelajar lagi dengan lapan buah bas pada jam 8 pagi ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Politik Malaysia tak boleh lari daripada tonggak kemelayuan - Anwar

Wed Nov 16 2022

Politik negara ini tidak akan lari daripada berpegang kepada tonggak kemelayuan yang merangkumi bahasa, budaya, agama Islam serta Raja-raja Melayu.

Maka tegas Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tohmahan sejak dahulu mengatakan bangsa Melayu akan tertindas sekiranya PH menjadi kerajaan adalah tidak berasas sama sekali.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Reezal Merican, Zii Jia saling beri semangat

Wed Nov 16 2022

Bakal berentap di gelanggang yang berbeza, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Lee Zii Jia, mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat antara satu sama lain, hari ini.

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN) Parlimen Kepala Batas itu, meluangkan masa kira-kira sepuluh minit berbual dengan perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, menerusi panggilan video hari ini.

#SatuJari taruhan semua, rebut peluang, pulih negara di peti undi 19 Nov ini

Wed Nov 16 2022

Tarikh 19 November 2022 menjadi tarikh keramat yang bakal menentukan masa depan negara.

Ini adalah satu hari yang penting buat seluruh rakyat Malaysia memilih calon yang benar-benar layak dan menolak mereka yang korup dan integritinya diragui.

Tidak mustahil GRS-BN menang 15 kerusi Parlimen di Sabah - Bung Moktar

Wed Nov 16 2022

Tidak mustahil untuk Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 15 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

"Saya ada keyakinan (menang 15 kerusi) kerana saya melihat ia bukan sesuatu yang mustahil dan Insya-Allah mungkin lebih daripada 15 kerusi pun kedua-dua parti boleh dapat (menang)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program santai bersama rakyat di Dewan Kampung Suan Lamba di sini hari ini.

GPS hanya mahukan kerajaan persekutuan yang stabil selepas PRU15 - Abang Johari

Wed Nov 16 2022

Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanya mahukan kerajaan pusat yang stabil selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk memainkan peranannya sebagai pemerintah cekap dalam menjalankan tugas demi rakyat.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan pusat yang kukuh dan ampuh penting bagi membolehkan Malaysia berhadapan dengan kemelesetan ekonomi global yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.

Hishammuddin ingatkan pengundi muda buat keputusan bijak Sabtu ini

Wed Nov 16 2022

Bendahari Agung Barisan Nasional Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menasihatkan pengundi muda supaya bijak membuat keputusan dalam menentukan pemimpin pilihan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15, Sabtu ini.

Hishammuddin juga mengingatkan golongan berkenaan agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat kempen tidak tepat yang disebarkan melalui media sosial seperti TikTok kerana ia boleh mengganggu penilaian mereka dalam membuat keputusan.

PN tidak akan kerjasama dengan mana-mana parti - Muhyiddin

Wed Nov 16 2022

Perikatan Nasional (PN) menegaskan sekali lagi tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada kerjasama itu kerana berpegang pada prinsip bahawa PN ada kekuatan sendiri.

Anwar hantar notis tuntut Sanusi minta maaf

Wed Nov 16 2022

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut permohonan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ucapannya yang didakwa mempunyai unsur fitnah dalam satu program Jelajah PN Best Tambun pada Isnin.

Dalam surat yang dihantar oleh peguam Anwar, SN Nair & Partners pada Rabu itu menyatakan bahawa, Anwar memberi tempoh selama tiga hari dari tarikh penerimaan notis tersebut untuk menjawab mengenai perkara tersebut.

Pencabar perlu tunjuk mereka setanding pencapaian saya - Maximus Ongkili

Wed Nov 16 2022

Penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu selama empat penggal Datuk Seri Maximus Ongkili berkata beliau telah memberikan sumbangan besar kepada kawasan itu dan mengingatkan pencabarnya pada PRU15 untuk berusaha lebih gigih untuk membuktikan kemampuan mereka.

Presiden Parti Bersatu Sabah itu yang memulakan kariernya sebagai wakil rakyat setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Langkon pada 1994 berkata kerja keras beliau telah mentransformasi Kota Marudu seperti keadaannya pada hari ini.

Pernah jadi Timbalan Presiden, pun susah mahu reform UMNO - kata Anwar kepada KJ

Wed Nov 16 2022

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap visi Khairy Jamaluddin untuk mengubah atau ‘reform’ UMNO adalah sesuatu yang mustahil.

Ketika turun berkempen di Parlimen Sungai Buloh hari ini, Anwar berkata, beliau sendiri yang pernah menjawat jawatan nombor dua dalam parti itu tidak mampu untuk melakukannya.

GEOPES UMS ramal Warisan, GRS-BN menang sembilan kerusi setakat 16 Nov

Wed Nov 16 2022

Parti Warisan serta Gabungan Rakyat Sabah dan Barisan Nasional diramal mampu memenangi sembilan kerusi parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Setakat 16 November 2022, Kajian Elektoral dan Geopolitik Borneo (GEOPES) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendedahkan Pakatan Harapan pula memenangi tiga kerusi parlimen.

"Sumpah Muhyiddin tak cukup, mesti siasat harta dia" - Anwar

Wed Nov 16 2022

Sumpah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa perbelanjaan kerajaan ketika pandemik COVID-19 melanda negara diurus mengikut dasar perolehan dan peraturan belum memadai, kata Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, tegas Anwar, tindakan yang paling wajar ialah untuk membenarkan siasatan dilakukan terhadap harta Pengerusi Perikatan Nasional itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Ceramah Jelajah PN di Pasir Gudang Johor

Wed Nov 16 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri @MuhyiddinYassin hadir ke Ceramah Jelajah Perikatan Nasional (PN) di Pasir Gudang Johor#MalaysiaMemilih#undi100peratus https://t.co/t2N5RZwGDz

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) November 16, 2022

Karupaiya, pemimpin komited, kekal prestasi perkhidmatan baik - Nurul Izzah

Wed Nov 16 2022

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang M Karupaiya yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, pada Rabu.

Pemergian calon PKR Padang Serai bagi PRU15 itu, katanya, bukan sahaja dirasai rakyat di Kedah dan Pulau Pinang, sebaliknya seluruh keluarga PKR khususnya Ahli-Ahli Parlimen yang mengenali beliau secara rapat.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Mahasiswa manfaatkan cuti pulang mengundi

Wed Nov 16 2022

Tiada laluan khas untuk pesakit COVID-19 di tempat mengundi - Khairy

Wed Nov 16 2022

Laluan khas bagi individu positif COVID-19 di tempat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini tidak dapat dilaksanakan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy, keputusan itu dibuat selepas KKM dengan pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya sudah melakukan pelbagai peringkat perbincangan mengenainya.

#SuaraMalaysia: Siapa paling popular di TikTok? Majoriti pilih PH

Wed Nov 16 2022

Tidak dapat dinafikan, media sosial termasuk aplikasi TikTok menjadi antara medium kempen paling popular digunakan oleh ramai calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Justeru, sejak jam 12 tengah malam tadi, kami telah bertanyakan kepada orang ramai di pelbagai platform Astro AWANI - Gabungan utama mana paling banyak di TikTok?

ARTIKEL PENUH DI SINI

Tiga calon Perdana Menteri di Astro AWANI malam ini

Wed Nov 16 2022

Terus setia bersama kami di Astro AWANI, saluran pilihan raya anda bermula pukul 8.30 malam ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Hari-hari terakhir kempen, jentera BN perlu jelas pembohongan lawan - PM

Wed Nov 16 2022

Calon BN Padang Serai henti kempen serta-merta, hormati pemergian Karupaiya

Wed Nov 16 2022

Calon kerusi Parlimen P.017 dari Barisan Nasional (BN), Datuk Sivaraj Chandran menghentikan serta-merta segala kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai menghormati pemergian seteru politiknya dari PKR,  M Karupaiya yang meninggal secara mengejut petang tadi.

Beliau memaklumkan, walaupun tidak mengenali mendiang secara peribadi, namun Sivaraj pernah bersama-sama mendiang menghadiri program  di Padang Serai.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Lost in Tambun', perkataan 'Never' di poster Peja disembur cat hitam

Wed Nov 16 2022

Perang poster melibatkan calon-calon di kerusi Parlimen Tambun kian 'panas'.

Manakan tidak, terbaharu, Astro AWANI mendapati terdapat satu papan iklan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang tertulis "Never Lost In Tambun" dirosakkan dengan cat berwarna hitam.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon meninggal dunia, SPR adakan mesyuarat khas Jumaat, bincang tarikh penting

Wed Nov 16 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi membincangkan penetapan tarikh-tarikh penting urusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai, susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya.

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata satu kenyataan media akan dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Jadi orang kecil, tak nak berebut' - Annuar Musa

Wed Nov 16 2022

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini memberi bayangan bahawa beliau tidak berhasrat untuk bertanding bagi jawatan presiden pada pemilihan UMNO yang akan diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PU15), Sabtu ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau enggan mencetuskan situasi perebutan jawatan tinggi dalam parti.

BACA BERITA PENUH DI SINI

GPS “cantik” buruan ramai peminat - Abang Jo

Wed Nov 16 2022

'Selalu di hadapan suarakan derita rakyat' ciapan terakhir Karupaiya sebelum meninggal dunia

Wed Nov 16 2022

Berita pemergian calon PKR bagi kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya pastinya menyedihkan khususnya bagi penduduk di kawasan berkenaan.

Lebih memilukan, kurang dua jam sebelum disahkan meninggal dunia, mendiang sempat memuat naik kemas kini terbaharu di Twitter.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon Pakatan Harapan Padang Serai M Karupaiya meninggal dunia

Wed Nov 16 2022

Calon PH meninggal dunia: SPR boleh tunda pengundian, adakan semula pilihan raya - Manimaran

Wed Nov 16 2022

Proses pengundian bagi Kerusi Parlimen Padang Serai untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkemungkinan akan ditangguhkan ke tarikh yang lain.

Penganalisis Pilihan Raya, G Manimaran berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan buat keputusan berhubung tarikh baharu bagi melaksanakan proses pengundian.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pecutan terakhir kempen, jentera BN perlu tangkis pembohongan pihak lawan - PM

Wed Nov 16 2022

Menjelang hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) agar terus bekerja lebih kuat dalam usaha meraih keyakinan dan undian daripada rakyat khususnya golongan muda.

Namun begitu, pada detik-detik menjelang Hari Pengundian  pada Sabtu ini, Perdana Menteri menggesa semua pihak khususnya dalam BN memastikan golongan pengundi muda tidak terpengaruh dengan pelbagai dakyah yang dilancarkan oleh pihak lawan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon PKR Padang Serai M Karupaiya meninggal dunia

Wed Nov 16 2022

Calon kerusi Parlimen P.017 dari PKR, M Karupaiya meninggal dunia di Hospital Kulim, pukul 2.20 petang ini.

Berita sedih mengenai pemergian mendiang yang juga penyandang kerusi Parlimen Padang Serai itu disahkan oleh anak perempuan beliau, Dippah ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?

Wed Nov 16 2022

Nasib kerusi panas Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal ditentukan beberapa hari lagi yang pastinya tumpuan terarah kepada dua calon ‘heavyweight’ iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik yang juga merupakan penyandang kerusi berkenaan serta calonBarisan Nasional (BN), Datuk Seri Hasni Mohammad.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: Calon BN umum 19 resolusi pulihkan Gombak

Wed Nov 16 2022

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN) di Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin mengumumkan 19 resolusi memulihkan Parlimen itu yang juga menjadi manifestonya.

Menurut Megat Zulkarnain, beliau mengambil sedikit masa untuk menyediakan manifesto berkenaan memandangkan intipatinya diperoleh terus daripada rakyat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tidak perlu bincang soal pemilihan UMNO, fokus untuk menang dulu - Ismail Sabri

Wed Nov 16 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa setiap pemimpin UMNO seharusnya memfokuskan kepada memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terlebih dahulu sebelum memikirkan soal pemilihan parti.

Ujarnya, perkara itu tidak seharusnya dibincangkan oleh mana-mana pemimpin, sebaliknya memastikan BN terus meraih mandat rakyat pada 19 November depan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

"Elok panggil Yang Berkhidmat" - Mahdzir cadang panggilan baharu buat wakil rakyat

Wed Nov 16 2022

Gelaran 'Yang Berhormat' (YB) yang sering digunakan bagi merujuk kepada wakil rakyat di negara ini, wajar ditukarkan kepada 'Yang Berkhidmat', sesuai dengan situasi semasa.

Cadangan itu dikemukakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menyifatkan panggilan Yang Berkhidmat lebih tepat bagi menggambarkan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh wakil-wakil rakyat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

GTA tidak akan kerjasama dengan BN, PN - Tun M

Wed Nov 16 2022

Gerakan Tanah Air (GTA) tidak akan mewujudkan kerjasama dengan (Perikatan Nasional) dan Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerjasama itu tidak akan wujud antara parti-parti berkenaan, namun tidak menolak kemungkinan untuk membentuk kerjasama dengan parti di Sabah dan Sarawak.

BACA BERITA PENUH DI SINI

GTA ikrar kayakan orang Melayu, rakyat Malaysia jika menang

Wed Nov 16 2022

Gerakan Tanah Air (GTA) berikrar untuk memperkayakan orang Melayu dan rakyat Malaysia sekiranya dapat membentuk Kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusi Penajanya, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertaruhkan rekod beberapa pemimpin GTA yang mana dikatakan mewarisi sebuah negara miskin selepas Merdeka dan penjajahan British.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Syarat kempen sukar bantu mangsa banjir - Hamzah

Wed Nov 16 2022

Usaha untuk menghulurkan bantuan kepada lebih 3,000 mangsa banjir di seluruh negara ketika ini sukar dilakukan kerana kekangan syarat kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, berikutan kekangan itu, gabungan berkenaan pernah mencadangkan agar PRU15 ditangguhkan sehingga selesai musim tengkujuh.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kelantan umum cuti pada Ahad 20 November

Wed Nov 16 2022

Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan Hari Kelepasan Am pada Ahad, 20 November depan bagi memberi kemudahan dan peluang perantauan pulang menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada 19 November sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi satu kenyataan pada tengah hari tadi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Johor setuju ganti cuti Jumaat kepada Ahad - Onn Hafiz

Wed Nov 16 2022

Johor menggantikan Hari Pelepasan Am pada Jumaat, 18 November sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada Ahad, 20 November ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, persetujuan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Majikan swasta digesa beri pelepasan cuti am pada Jumaat, Sabtu ini

Wed Nov 16 2022

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menggesa pihak majikan sektor swasta mempertimbangkan pelepasan cuti am pada Jumaat dan Sabtu ini bagi memberi peluang kepada pekerja menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Beliau berkata, hal ini bagi memenuhi tujuan dan hasrat pemberian hari kelepasan itu oleh kerajaan Persekutuan dalam menggalakkan rakyat Malaysia keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tiga lelaki ditahan edar risalah politik dalam Pangkalan TLDM

Wed Nov 16 2022

Tiga lelaki ditahan petugas Pasukan Rondaan Provos Tentera Laut (PROTELA) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut kerana mengedar risalah parti politik di dalam Pangkalan TLDM.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dilaporkan bahawa penahanan itu dibuat ketika petugas PROTELA sedang menjalankan rondaan di kawasan tersebut.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Polis buka kertas siasatan kes bakar poster PM di Alor Setar

Wed Nov 16 2022

Polis sedang mengesan individu yang melakukan perbuatan khianat dengan membakar poster kempen wajah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Mashitah Ibrahim, di Kampung Gelong Air, Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan dibuat petugas BN pada jam 3 petang semalam, sebaik menyedari poster itu terdapat kesan bakar.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tular gambar 'Kabinet Perpaduan,' Anwar sebagai PM, tiga TPM termasuk Zahid

Wed Nov 16 2022

Tular di media sosial hari ini gambar 'Kabinet Perpaduan Malaysia 2022' dengan berbaki hanya beberapa hari menjelang hari mengundi 19 Nov ini.

'Kabinet' itu memperlihatkan kerajaan campuran yang dibarisi pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

BACA BERITA PENUH DI SINI


Ahmad Zahid tidak akan jadi PM jika BN menang - Tok Mat

Wed Nov 16 2022

Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya BN menang pilihan raya kali ini.

Beliau menegaskan, UMNO telah pun membuat keputusan bahawa calon Perdana Menteri ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

BACA BERITA PENUH DI SINI

GTA perlu menang, baru fikir soal calon PM - Dr Mahathir

Wed Nov 16 2022

Gerakan Tanah Air perlu menang PRU15 terlebih dahulu sebelum menamakan calon perdana menteri, kata Pengerusi Penajanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, perkara itu bukanlah keutamaan buat masa ini, sambil menambah, GTA menyasarkan untuk menang lebih 112 kawasan agar dapat membentuk kerajaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pas patut lebih dominan dalam PN, ada pandangan sendiri - Ismail Sabri

Wed Nov 16 2022

Perdana Menteri berkata Pas sebagai parti besar dan sudah lama ditubuhkan sepatutnya menjadi parti dominan dalam Perikatan Nasional.

Justeru, katanya, Pas patut ada pandangan sendiri dan berhak bersuara dalam gabungannya, termasuk menentukan kerjasama dengan parti atau gabungan lain selepas PRU15.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kesetiaan kepada negara harus lebih daripada kesetiaan kepada parti - Tun M

Wed Nov 16 2022

Pengundi harus memikirkan masa depan negara melebihi segala-galanya, tegas Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pertimbangan yang hanya bersandarkan kepada kesetiaan kepada parti, walaupun sudah terang ia bergelumang dengan salah laku, hanya akan mengheret negara ke lembah kehancuran.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tiada permit, forum tampil empat calon Kuala Selangor batal

Tue Nov 15 2022

Forum Sesi Pembentangan Pandangan Politik membabitkan empat calon Parlimen Kuala Selangor yang dijadual berlangsung malam tadi terpaksa dibatalkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan KLSCAH Daerah Kuala Selangor, Tan Cat Keong berkata, pihaknya tidak mendapat kelulusan permit daripada polis.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Gelombang anak muda kini memihak kepada PN - Idris Ahmad

Tue Nov 15 2022

Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad mendakwa golongan muda yang tidak peduli tentang politik sebelum ini sudah bangkit dan bersama Perikatan Nasional.

Katanya, ia didorong kebolehan mereka kali ini untuk terlibat sama dalam proses demokrasi selepas melihat keupayaan PN mengemudi negara di waktu krisis.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PH fokus naratif bela rakyat, tolak tepi soal gabungan bentuk kerajaan - Rafizi

Tue Nov 15 2022

Pakatan Harapan akan terus menumpukan perhatian kepada usaha meyakinkan rakyat bahawa ia mampu membawa penyelesaian kepada permasalahan hari ini dan masa depan.

Ia yang menentukan kejayaan kempen politik mereka, bukannya soal gabungan dengan parti lain untuk membentuk kerajaan, kata Timbalan Presiden PH Rafizi Ramli.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengecilan Kabinet berasas, boleh dilaksanakan - Annuar

Tue Nov 15 2022

Komitmen Perdana Menteri untuk mengecilkan anggota jemaah menteri sekiranya BN kekal diberi mandat adalah berasas dan boleh dilaksanakan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, kabinet yang diketuai Ismail Sabri sebelum ini diambil alih ketika ketidakstabilan politik.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PKR optimis menang 4 kerusi DUN, pertahan 2 Parlimen di Pahang

Tue Nov 15 2022

PKR optimis dapat buat kejutan dengan memenangi sekurang-kurangnya empat kerusi DUN Pahang selain mengekalkan keputusan PRU14 di dua kerusi Parlimen.

Datuk Seri Amirudin Shari berkata dua kerusi DUN yang dapat dipertahan ialah Semambu dan Teruntum manakala kerusi Parlimen ialah Kuantan dan Indera Mahkota.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Muhyiddin tolak dakwaan kerjasama Bersatu, Pas ibarat 'kahwin mutaah'

Tue Nov 15 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan kononnya hubungan dan kerjasama antara Bersatu dan Pas dalam gabungan itu, diibaratkan seperti 'kahwin mutaah' (kontrak/sementara).

Sebaliknya, Presiden Bersatu itu menyifatkan jalinan kerjasama antara kedua-dua parti itu cukup baik dan rapat, memandangkan mereka merupakan pengasas kepada penubuhan gabungan tersebut.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jika BN menang, tumpuan akan diberikan kepada rakyat Sabah, Sarawak - PM

Tue Nov 15 2022

Bajet 2023 memberi banyak kelebihan kepada Sabah dan Sarawak terutama untuk tujuan pembangunan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berjanji akan meneruskan usaha menyiapkan projek Lebuhraya Pan Borneo termasuk memberi keutamaan kepada pembangunan kemudahan penduduk di luar bandar.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri janji kecilkan saiz Kabinet jika dipilih semula sebagai PM

Tue Nov 15 2022

Selain memperjuangkan agenda yang terdapat dalam manifesto Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berjanji akan mengurangkan anggota Kabinetnya jika kembali dipilih sebagai Perdana Menteri.

Menurut Ismail Sabri, saiz Kabinet yang terlalu besar sering menjadi topik perbualan rakyat dan beliau sedar rasional untuk mengecilkannya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

BN yakin menang di Sungai Buloh - Ismail Sabri

Tue Nov 15 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) mampu menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) hujung minggu ini.

Kata Ismail Sabri, beliau optimis kerusi yang disandang Pakatan Harapan (PH) di Parlimen itu akan menjadi milik BN berdasarkan momentum yang ditunjukkan oleh rakyat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Salahkan individu yang ambil rasuah, bukan parti" - Ismail Sabri

Tue Nov 15 2022

Jangan menghukum sesebuah parti politik apabila skandal rasuah melibatkan seseorang pemimpin, sebaliknya, yang wajar dipersalahkan adalah pelakunya, tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Justeru, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, parti politik tidak seharusnya diheret dalam isu makan suap itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Penggabungan dengan PH tidak mungkin berlaku - PM

Tue Nov 15 2022

PH fokus naratif bela rakyat, tolak tepi soal gabungan bentuk kerajaan - Rafizi Ramli

Tue Nov 15 2022

Terlalu awal untuk bercakap mengenai penggabungan - Ismail Sabri

Tue Nov 15 2022

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, adalah terlalu awal untuk bercakap mengenai gabungan politik yang akan dibuat oleh Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak memperoleh kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bukan sahaja terlalu awal, bahkan, kata Perdana Menteri, keputusan untuk bergabung dengan pakatan-pakatan politik lain juga harus dibuat secara kolektif dengan pucuk pimpinan BN, bukannya dengan mana-mana individu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Banyak saya lakukan sepanjang setahun, bayangkan jika saya ada lima tahun lagi" - PM

Tue Nov 15 2022

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap rakyat menilai pencapaiannya dengan adil, berdasarkan apa yang sudah dilakukan dalam tempoh lebih setahun menerajui pentadbiran negara.

Menurut Perdana Menteri, berbanding pesaingnya yang lain, pencapaiannya dapat dilihat dari aspek kejayaan negara keluar dari kemelut pandemik COVID-19, selain perkembangan ekonomi pasca pandemik dan kestabilan politik.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Penggabungan dengan PH tidak mungkin berlaku - PM

Tue Nov 15 2022

Tidak mungkin berlaku penggabungan antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH).

Itu penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang berpendapat, keputusan yang dicapai dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) dan Majlis Tertinggi (MT) sebagai jelas dan tidak boleh diragui.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Perselisihan pendapat diraikan, mereka tetap kembali pada parti - Ismail Sabri

Tue Nov 15 2022

Cakap-cakap mengenai berlakunya pertelagahan dalam Barisan Nasional (BN) hanyalah agenda yang digembar-gemburkan oleh pihak lawan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tidak ada perpecahan yang berlaku, sebaliknya setiap perbezaan pendapat diraikan, apatah lagi dalam parti sebesar UMNO dan BN.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Isu siapa Perdana Menteri tidak sepatutnya timbul, kata Ismail Sabri

Tue Nov 15 2022

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan isu siapa yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sepatutnya tidak timbul lagi.

Kata Ismail Sabri, seperti yang disebut Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara sudah memutuskan bahawa beliau akan terus menggalas jawatan itu sekiranya BN membentuk kerajaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jika BN menang, tumpuan akan diberikan kepada rakyat Sabah, Sarawak - PM

Tue Nov 15 2022

Bajet 2023 memberi banyak kelebihan kepada Sabah dan Sarawak terutama untuk tujuan pembangunan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berjanji akan meneruskan usaha menyiapkan projek Lebuhraya Pan Borneo termasuk memberi keutamaan kepada pembangunan kemudahan penduduk di luar bandar.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri janji kecilkan saiz Kabinet jika dipilih semula sebagai PM

Tue Nov 15 2022

Selain memperjuangkan agenda yang terdapat dalam manifesto Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berjanji akan mengurangkan anggota Kabinetnya jika kembali dipilih sebagai Perdana Menteri.

Menurut Ismail Sabri, saiz Kabinet yang terlalu besar sering menjadi topik perbualan rakyat dan beliau sedar rasional untuk mengecilkannya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

BN yakin menang di Sungai Buloh - Ismail Sabri

Tue Nov 15 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) mampu menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) hujung minggu ini.

Kata Ismail Sabri, beliau optimis kerusi yang disandang Pakatan Harapan (PH) di Parlimen itu akan menjadi milik BN berdasarkan momentum yang ditunjukkan oleh rakyat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Terlalu awal untuk bercakap mengenai penggabungan - Ismail Sabri

Tue Nov 15 2022

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, adalah terlalu awal untuk bercakap mengenai gabungan politik yang akan dibuat oleh Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak memperoleh kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bukan sahaja terlalu awal, bahkan, kata Perdana Menteri, keputusan untuk bergabung dengan pakatan-pakatan politik lain juga harus dibuat secara kolektif dengan pucuk pimpinan BN, bukannya dengan mana-mana individu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Salahkan individu yang ambil rasuah, bukan parti" - Ismail Sabri

Tue Nov 15 2022

Jangan menghukum sesebuah parti politik apabila skandal rasuah melibatkan seseorang pemimpin, sebaliknya, yang wajar dipersalahkan adalah pelakunya, tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Justeru, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, parti politik tidak seharusnya diheret dalam isu makan suap itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kesetiaan kepada negara harus lebih daripada kepartian - Tun M

Tue Nov 15 2022

Gelombang anak muda kini memihak kepada PN - Idris Ahmad

Tue Nov 15 2022

PM akan kecilkan saiz Kabinet jika dipilih

Tue Nov 15 2022

Sedih kawan 'winnable' tergugur tetapi kena bergerak untuk menang - PM

Tue Nov 15 2022

Hampir 95 peratus jalankan tanggungjawab undi awal hari ini - SPR

Tue Nov 15 2022

Sejumlah 94.72 peratus atau 212,961 pengundi melibatkan anggota keselamatan dan pasangan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15, dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, di Sabah hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan malam ini berkata proses pengundian awal itu membabitkan anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kes projek tebatan banjir dirujuk SPRM - Polis

Tue Nov 15 2022

Kes isu fitnah membabitkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli terhadap Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan projek tebatan banjir dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim hari ini mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis berhubung kes berkenaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pas rela jadi pembangkang daripada bekerjasama dengan BN - Abdul Hadi

Tue Nov 15 2022

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu lebih rela menjadi pembangkang daripada bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak mendapat majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, Pas masih kekal dengan prinsip menolak pemimpin yang terpalit dengan kes rasuah mahupun perjuangan sesebuah parti politik yang ‘keruh’.

BACA BERITA PENUH DI SINI

BN sasar menang 15 kerusi Parlimen di Sabah - Ismail Sabri

Tue Nov 15 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan berjaya mendapatkan lebih 15 kerusi Parlimen di Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Beliau berkata sebagai calon perdana menteri untuk BN, beliau turut berharap sumbangan daripada calon-calon di Sabah termasuk di kerusi Parlimen di Libaran.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PLUS keluarkan jadual cadangan waktu perjalanan

Tue Nov 15 2022

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) buat pengguna Lebuhraya Utara-Selatan, bagi tempoh dari 17 hingga 21 Nov ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, TTA itu bertujuan mengurangkan kesesakan trafik yang dijangka berlaku akibat peningkatan sehingga 1.9 juta kenderaan di lebuh raya itu, sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Empat bicara masa depan Malaysia, malam ini di Astro AWANI

Tue Nov 15 2022

Debaran kian hampir ke kemuncaknya, pecutan sudah memasuki gear tertinggi, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tinggal tiga hari sahaja lagi.

Agenda AWANI malam ini akan menampilkan tiga tokoh utama peneraju parti yang akan bertanding dalam pilihan raya ‘terbesar’ era ini, untuk memperjelas visi dan misi masing-masing.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kedah isytihar Jumaat dan Sabtu cuti umum

Tue Nov 15 2022

Kerajaan Negeri Kedah bersetuju mengisytiharkan Jumaat dan Sabtu ini sebagai cuti umum di negeri itu sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuti umum pada Jumaat akan digantikan dengan hari bekerja berikutnya iaitu pada Ahad.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Trak bawa 24 tentera untuk undi awal terlibat nahas

Tue Nov 15 2022

Pulang mengundi? Apa kata pelajar IPTA

Tue Nov 15 2022

Najib nafi akan dibebaskan jika BN menang PRU15

Tue Nov 15 2022

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan beliau akan segera dibebaskan jika Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Najib berasa kecewa dengan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai propaganda politik yang tidak berasas biarpun sudah dipenjarakan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

"Saya gagal? Cermin diri dulu!" - Ismail Sabri bidas Muhyiddin

Tue Nov 15 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mencermin diri sendiri dan mengimbas kembali suasana tidak menentu semasa pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika Muhyiddin memimpin Malaysia, landskap politik negara dalam suasana huru-hara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Polis jamin siasat kes khianat kempen PRU15

Tue Nov 15 2022

SPR keluarkan 365,686 kertas undi pos

Tue Nov 15 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebanyak 365,686 kertas undi pos kepada yang berhak untuk mengundi secara pos pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pengeluaran kertas undi pos itu dijalankan petugas pilihan raya di semua 222 kawasan Parlimen dan 117 DUN bermula 7 Nov lepas seperti diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: Cuti khas di Sarawak dilanjutkan sehingga 19 November

Tue Nov 15 2022

Kerajaan Sarawak melanjutkan cuti umum yang diisytiharkan pada 18 November ini sehingga  19 November bagi memudahkan pengundi di negeri ini menjalankan tanggungjawab demokrasi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) kenyataan itu dimaklumkan Pejabat Premier Sarawak pada Selasa.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Trak bawa 24 anggota tentera pergi mengundi terbalik, dua parah

Tue Nov 15 2022

Sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa 24 anggota ke pusat pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terlibat nahas dan terbalik dalam kejadian di Kampung Durian Daun, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi tadi itu, 18 daripada mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital dengan dua daripadanya menerima rawatan di zon merah Hospital Rembau.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerjasama BN-PN, kenyataan saya diambil di luar konteks - Takiyuddin

Tue Nov 15 2022

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddun Hassan mendakwa kenyataan beliau berhubung kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah diambil di luar konteks.

Selain itu, Takiyuddin juga menegaskan tajuk yang digunakan oleh beberapa media telah mengelirukan pengundi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Elak dipatuk ular dua kali - PM

Tue Nov 15 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat supaya tidak mengulangi kesilapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini dengan memilih kerajaan yang gagal sepertimana PRU14.

Menurutnya, rakyat perlu kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak mahu melalui episod 'dipatuk ular' sekali lagi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: 85 peratus undi awal setakat jam 2 petang - SPR

Tue Nov 15 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Undi Awal PRU Ke-15 pada jam 2:00 petang:

Peratus keseluruhan: 85%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 15, 2022

Agong akan tentukan siapa PM sekiranya BN menang - Ahmad Zahid

Tue Nov 15 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya parti pimpinannya itu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Presiden UMNO itu, beliau yakin dengan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda dalam membuat keputusan sedemikian.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Yang penting pengisian, bukan singkat atau lama jadi PM - Ismail Sabri

Tue Nov 15 2022

Ismail Sabri Yaakob tidak mengendah tindakan pembangkang mencerca beliau sebagai pemimpin paling singkat menjadi perdana menteri, sebaliknya menegaskan apa yang mustahak ialah pencapaian kerajaan yang diterajui beliau sepanjang tempoh 14 bulan itu.

“Yang penting pengisian sewaktu tempoh tersebut,” katanya dalam temubual FMT. “Tempoh masa pendek atau panjang itu tidak penting…Panjang tapi tidak melakukan apa-apa untuk kepentingan rakyat pun tidak ada makna,” kata beliau kepada FMT.


BACA BERITA PENUH DI SINI

78 peratus undi awal setakat jam 1 tengah hari

Tue Nov 15 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Undi Awal PRU Ke-15 pada jam 1:00 tengah hari:

Peratus keseluruhan: 78%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 15, 2022

Tian Chua sedia bertemu Anwar malam ini

Tue Nov 15 2022

Calon Bebas Parlimen Batu, Tian Chua menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah mega yang diadakan di Batu pada malam Selasa.

Tian Chua yang juga bekas Ahli Parlimen Batu berkata, ada tiga perkara akan diusulkan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: Sarawak umum cuti pada 18 November

Tue Nov 15 2022

Kerajaan Sarawak mengumumkan cuti khas pada 18 November ini sempena berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebentar tadi.

Keputusan itu katanya, adalah hasil perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob di Selangau, semalam.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kertas siasatan ucapan berbau fitnah Razman dirujuk ke pejabat TPR - KP Perak

Tue Nov 15 2022

Kertas siasatan berhubung ucapan calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol Razman Zakaria dipercayai berunsurkan fitnah dan tular sejak 6 Nov lepas, telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya telah melengkapkan siasatan dan kini menanti arahan selanjutnya.


BACA BERITA PENUH DI SINI


Sedih terpaksa mengundi dalam keadaan berkerusi roda

Tue Nov 15 2022

Sambil mengalirkan air mata, Sarjan Azmi Abdul Rani berkata, beliau sangat sedih apabila terpaksa mengundi dalam keadaan berkerusi roda, namun tetap bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab itu. @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/vy7WAkoUqj

— Rahimah Abdullah (@rahimah501) November 15, 2022

67 peratus undi awal setakat jam 12 tengah hari

Tue Nov 15 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Undi Awal PRU Ke-15 pada jam 12:00 tengah hari:

Peratus keseluruhan: 67%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 15, 2022

Corak pengundian awal tidak lagi bersifat status quo

Tue Nov 15 2022

31,291 polis, tentera undi awal di Perak

Tue Nov 15 2022

Proses undi awal warga PDRM di seluruh negara paling sistematik - KPN

Tue Nov 15 2022

Anak-anak tentera turut 'turun' mengundi

Tue Nov 15 2022

Undi tentera, polis tidak lagi kepada status quo

Tue Nov 15 2022

78 peratus keluar undi awal seluruh negara setakat 1 tengah hari - SPR

Tue Nov 15 2022

78 peratus keluar undi awal seluruh negara setakat 1 tengah hari - SPR

Pengundian awal di Kem Lok Kawi

Tue Nov 15 2022

24,247 tentera, polis undi awal di Selangor

Tue Nov 15 2022

Seramai 7,468 anggota dan pegawai tentera serta 16,779 polis terlibat dalam proses pengundian awal di Selangor.#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu

? Izzuddin Radzak/BERNAMA pic.twitter.com/N4aI3NNME6

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Pengundi awal mula tunai tanggungjawab mengundi

Tue Nov 15 2022

Teruja bawa bayi bersama keluar mengundi

Tue Nov 15 2022

Demi menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, anggota tentera dan pasangan sanggup membawa anak dan bayi masing-masing ke Pusat Mengundi Awal.

Situasi itu antaranya berlaku di Kem Lok Kawi, di sini dalam memastikan mereka tidak terlepas peluang memilih wakil rakyat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pasangan bawa anak kecil tunai tanggungjawab undi awal

Tue Nov 15 2022

Sorotan lensa team Awani mendapati ada Anggota Tentera datang bersama pasangan dan anak kecil bagi menunaikan tanggungjawab sebagai Rakyat Malaysia.Ikuti perkembangan lanjut @501Awani dan https://t.co/qFZ82VT71K #MalaysiaMemilih #PRU15 pic.twitter.com/0YTWR8oQ9X

— Azizah Alwi (@azizah_alwi) November 15, 2022

Dinamika kerusi panas kerusi polis & tentera

Tue Nov 15 2022

52 peratus undi awal setakat jam 11 pagi

Tue Nov 15 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Undi Awal PRU Ke-15 pada jam 11:00 pagi:

Peratus keseluruhan: 52%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 15, 2022

31,291 polis, tentera undi awal di Perak

Tue Nov 15 2022

Seramai 31,291 anggota polis dan tentera bersama pasangan masing-masing di Perak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dalam undi awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata daripada jumlah tersebut, seramai 12,215 melibatkan anggota polis sementara 19,076 anggota tentera.


BACA BERITA PENUH DI SINI

6,041 anggota polis seluruh Kedah mengundi

Tue Nov 15 2022

Seramai 6,041 pengundi membabitkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh kontinjen Kedah melaksanakan undi awal dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, selesai membuang undi sekitar pukul 9.10 pagi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

MB NS tinjau proses undian awal di Kem Segenting Port Dickson

Tue Nov 15 2022

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga calon PH bagi kerusi Parlimen Port Dickson meninjau proses pengundian awal di Kem Segenting Port Dickson.

? Siti Fauziah Hasan | BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu#undiawal pic.twitter.com/JDqc1vA4zS

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Perkembangan terkini proses pengundian

Tue Nov 15 2022

Tetap hadir undi awal walaupun baru selesai pembedahan

Tue Nov 15 2022

Baru sahaja selesai menjalani pembedahan akibat komplikasi kencing manis tidak menjadi penghalang buat seorang anggota FRU untuk menunaikan tanggungjawab mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Kamsan Syaib yang berusia 58 tahun tiba di pusat mengundi Dewan Dato Onn IPK Johor seawal jam 7.30 pagi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tetap tunai tanggungjawab walau lumpuh separuh badan

Tue Nov 15 2022

Seorang sarjan polis yang lumpuh separuh badan dan berkerusi roda sebak selepas selesai menunaikan tanggungjawab mengundi awal di Dewan Mengundi di IPK Selangor. @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/zjpq5zTxLm

— Rahimah Abdullah (@rahimah501) November 15, 2022

Lumpuh separuh badan tidak halang sarjan mengundi

Tue Nov 15 2022

Seorang anggota polis yang menghidap angin ahmar sebak selepas selesai menunaikan tanggungjawab mengundi awal di Dewan Mes Pegawai Kanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam pada Selasa.

Sarjan Azmi Abdul Rani, 53, yang bertugas di bahagian trafik IPD Shah Alam tiba di pusat mengundi kira-kira jam 10 pagi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Panglima Tentera Darat puas hati proses undi awal berjalan lancar

Tue Nov 15 2022

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berpuas hati dengan tahap kelancaran proses undian awal membabitkan anggota tentera dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Ketika ditemui media di Kem Terendak di sini pagi tadi, beliau berharap agar semua anggota ATM mampu melunaskan tanggungjawab mengundi dalam keadaan teratur dan selesa.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Masih cuti sakit, Koperal Nasri tetap mengundi walaupun berkerusi roda

Tue Nov 15 2022

Meskipun berkerusi roda dan dalam tempoh cuti sakit, namun ia tidak memadamkan semangat Koperal Nasri Ab Razak, 55, menunaikan tanggungjawab mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub di sini pada Selasa.

Jelasnya, meskipun kesihatannya tidak begitu baik kerana menghidap jangkitan kuman di kaki dan paru-paru berair, dia bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat Malaysia.


BACA BERITA PENUH DI SINI

34 peratus undi awal setakat jam 10 pagi - SPR

Tue Nov 15 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Undi Awal PRU Ke-15 pada jam 10:00 pagi:

Peratus keseluruhan: 34%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 15, 2022

Rani Kulup tinjau proses undi awal di Kem Segenting Port Dickson

Tue Nov 15 2022

Calon Bebas bagi kerusi Parlimen Port Dickson Abdul Rani Kulup Abdullah meninjau proses pengundian awal di Kem Segenting Port Dickson, Negeri Sembilan.

? Siti Fauziah Hasan | Bernama#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu pic.twitter.com/eI730tDp2r

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

PTD puas hati proses undi awal lancar

Tue Nov 15 2022

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain berpuas hati tahap kelancaran proses undian awal yang dijalankan membabitkan anggota tentera bagi Pilihan Raya Umum ke-15 hari ini.@501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/qfkkiQh22B

— Raja Hisyam (@RajaHisyam1) November 15, 2022

Ketua Polis Johor selesai tunai tanggungjawab undi awal

Tue Nov 15 2022

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat selesai menunaikan tanggungjawab undi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada Selasa.

Terdahulu beliau tiba di IPK Johor pada jam 9 pagi sebelum selesai melaksanakan proses pengundian pada jam 9.20 pagi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PAT undi awal di SK Desa Tun Hussein Onn

Tue Nov 15 2022

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang mengundi awal di saluran 1 pada pukul 10.30 pagi di SK Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur pagi ini.

? Faizal Nazmi | BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu pic.twitter.com/EEE4ZVUlM8

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Anak tentera turut 'turun' mengundi

Tue Nov 15 2022

Puluhan anak-anak tentera turut memeriahkan suasana proses Pengundian Awal di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Terengganu.

Menurut ibu bapa mereka yang juga merupakan anggota tentera, anak-anak mereka yang berumur daripada satu hingga empat tahun itu dibawa bersama kerana kedua-dua pasangan akan mengundi hari ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

796 anggota, pegawai tunai tanggungjawab di IPD Klang Selatan

Tue Nov 15 2022

Seramai 796 anggota dan pegawai polis menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di pusat pengundian awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, proses pengundian awal di pusat pembuangan undi itu berjalan dengan lancar.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Proses pengundian awal di Kedah

Tue Nov 15 2022

Proses undi awal PDRM di seluruh negara paling sistematik - KPN

Tue Nov 15 2022

Pemerhati @sprgovmy menyatakan proses undi awal warga PDRM di seluruh negara paling sistematik - Ketua Polis Negara#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu #undiawal pic.twitter.com/58SobPCnAA

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Sidang Media Ketua Polis Terengganu 

Tue Nov 15 2022

Penyokong parti di pintu utama Kem Lapangan Terbang Sungai Petani

Tue Nov 15 2022

Penyokong parti politik berkumpul di pintu utama Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah yang menjadi pusat mengundi awal bagi anggota tentera dan pasangan di Parlimen Merbok.

? Adil Muzaffar | BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu #undiawal pic.twitter.com/bf9I9s7eUd

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Sidang media Ketua Polis Negara

Tue Nov 15 2022

[LANGSUNG] - Sidang media Ketua Polis Negara | 15 November 2022#PRU15 #UndiAwal#AndaPenentuhttps://t.co/gYSgAQO87K pic.twitter.com/nczCRZ4X7V

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

PTD lawat PPA Kem Terendak 2

Tue Nov 15 2022

Panglima @TenteraDarat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain melawat pusat pengundian awal di di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2, Sungai Udang, Melaka.#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu#undiawal

? Shanika Abdullatib | BERNAMA pic.twitter.com/ilLdv4jkqc

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

KPN hadir undi awal di Bukit Aman

Tue Nov 15 2022

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani tiba di pusat pengundian awal Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk mengundi.#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu#undiawal

? Muhammad Afiq Asri | BERNAMA pic.twitter.com/zTkJoTVX64

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Masalah penglihatan bukan penghalang anggota polis hadir undi awal

Tue Nov 15 2022

Seorang anggota polis yang mengalami cacat penglihatan tidak melepaskan tanggungjawab kepada negara apabila tiba di pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, pada Selasa.

Koperal Abdullah Sidee Mohamed, 34, berkata, dia amat teruja untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan antara paling awal tiba di pusat pembuangan undi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Wartawan, suami undi awal di Kem Lok Kawi

Tue Nov 15 2022

Dalam kesibukan menjalankan tugas wartawan Sinar Harian, Norasikin Daineh tidak melupakan tanggungjawab sebagai pengundi. Dia bersama suami, Asmin Sanuen selesai mengundi awal di Kem Lok Kawi @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/6hlN0doPUm

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 15, 2022

Bawa anak keluar mengundi

Tue Nov 15 2022

Koperal Nicksonry Emperial Hailis membawa anaknya, Gabriella yang berusia dua tahun lima bulan untuk mengundi awal di Kem Lok Kawi @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/bAuiYdg5Ai

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 15, 2022

224,000 undi awal hari ini

Tue Nov 15 2022

Pengundi dibantu

Tue Nov 15 2022

Pegawai @sprgovmy membantu Koperal Ahmad Jalaludin Salleh yang bersemangat hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal ditemani anaknya di Dewan Badminton Polis, Kuantan, Pahang.

? Muhd Amir Aiman/BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu #undiawal pic.twitter.com/BlCLNPgX4s

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Proses pengundian awal anggota PDRM di Johor

Tue Nov 15 2022

Ketua Polis Perak selesai tunai tanggungjawab

Tue Nov 15 2022

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri turut menunaikan tanggungjawab beliau pada hari ini.#MalaysiaMemilih #PRU15#UndiAwal@501Awani pic.twitter.com/DSZdATc1bZ

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) November 15, 2022

Suasana di pusat pengundian Taska IPK Kelantan

Tue Nov 15 2022

Anggota dan pegawai polis mula berbaris seawal jam 8 pagi bagi proses pengundian awal di pusat pengundian Taska Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan. pic.twitter.com/Q48L0gqxrT

— SinarHarian (@SinarOnline) November 15, 2022

Proses pengundian awal di Pangkalan TUDM Butterworth

Tue Nov 15 2022

Suasana di PPA SK Kem Lapangan Terbang Sungai Layar

Tue Nov 15 2022

Suasana di Pusat Pengundian Awal Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang Sungai Layar bagi kerusi Parlimen Merbok sempena Pilihan Raya Umum ke-15 hari ini.

?: Bernama pic.twitter.com/HbAiUoqbY2

— SinarHarian (@SinarOnline) November 15, 2022

Dakwat biru tanda selesai tanggungjawab

Tue Nov 15 2022

Anggota polis bergambar sambil menunjukkan jari yang sudah diwarnai dakwat biru selepas menjalani proses pengundian awal di Balai Polis Kijal, Terengganu, hari ini.

? Mohd Huzaini Daud/BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu #undiawal pic.twitter.com/wPUlPL9PWW

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

16 peratus undi awal setakat jam 9 pagi

Tue Nov 15 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Undi Awal PRU Ke-15 pada jam 9:00 pagi:

Peratus keseluruhan: 16%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 15, 2022

 Proses pengundian awal ATM dan PDRM di IPD Raub

Tue Nov 15 2022

Undi awal di IPD Klang Selatan

Tue Nov 15 2022

Anggota PDRM, Aalia Anuar, Wan Norhidayah Wan Mohd Zulkifli dan Nurul Amirah Natasha Mohd Zameri mengundi awal di Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan.

?: ROSLI TALIB pic.twitter.com/gB6wtOc4jT

— SinarHarian (@SinarOnline) November 15, 2022

Timbalan Pengerusi SPR tinjau proses undi awal

Tue Nov 15 2022

Timbalan Pengerusi @sprgovmy Dr Azmi Sharom meninjau proses #undiawal di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

? Mohd Asyraf Syafiq Mazlan | BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu pic.twitter.com/kggNQPDXsR

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Hampir 10,000 anggota tentera, pasangan undi awal di Melaka

Tue Nov 15 2022

Sejumlah 9,570 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam undi awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung hari ini.

Proses undian bermula seawal jam 8 pagi di sini membabitkan tiga daripada tujuh Pusat Pengundian Awal (PPA) bagi seluruh negeri Melaka.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Gelagat anggota tentera darat di Kem Lok Kawi

Tue Nov 15 2022

Gelagat anggota tentera darat di Kem Lok Kawi yang hadir sebagai pengundi awal. Demi tanggungjawab, ada yang membawa anak datang ke Pusat Mengundi Awal @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/JhRwAIrnlk

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 15, 2022

Anggota, pasangan selesai buang undi

Tue Nov 15 2022

Anggota tentera Mohamad Asraf Fahni Othman dan isteri Puteri Aishah Mohd Ridzuan menunjukkan dakwat di jari selepas selesai proses #undiawal di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas, Kedah.

?Adib Hasri | BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu pic.twitter.com/XSQbtVdwvT

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Anggota ATM selesai undi awal

Tue Nov 15 2022

Prebet Muhammad Firdaus Roslan,25, antara 9,570 anggota ATM yang menunaikan undi awal di Kem Terendak pada PRU-15 hari ini.@501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/dMQLbL8JDY

— Raja Hisyam (@RajaHisyam1) November 15, 2022

Calon BN tinjau proses undi awal

Tue Nov 15 2022

Calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin hadir ke SK Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah bagi meninjau proses #undiawal #PRU15.

? Adil Muzaffar | BERNAMA#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu pic.twitter.com/0qrrACKco0

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Anggota PDRM undi awal di IPD Klang Selatan

Tue Nov 15 2022

Sebahagian anggota PDRM mengundi awal di Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan.

?: ROSLI TALIB pic.twitter.com/xYRgDC8m7d

— SinarHarian (@SinarOnline) November 15, 2022

Calon Bebas tinjau perjalanan undi awal

Tue Nov 15 2022

Calon bebas J. R. Deepak Jaikishan meninjau proses #undiawal anggota serta pegawai polis di Pusat Mengundi Awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Klang, Selangor pagi ini.

? Nur Khalidah Abdul Halim | BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu pic.twitter.com/iKuy6xdkFy

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Pegawai IPK Pulau Pinang selesai undi awal

Tue Nov 15 2022

Tiga pegawai daripada Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menunjukkan jari menandakan mereka selesai membuat undi awal di Pusat Mengundi Awal di Dewan Mutiara IPK Pulau Pinang. pic.twitter.com/C00q9pNxNk

— SinarHarian (@SinarOnline) November 15, 2022

Undi sambil dukung anak

Tue Nov 15 2022

Anggota tentera, Mohd Zamre Rosdi mendukung anaknya untuk menunaikan tanggungjawab mengundi awal bagi memilih pemimpin negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kem Lok Kawi hari ini.

?: Bernama pic.twitter.com/7Ge6Tx65qK

— SinarHarian (@SinarOnline) November 15, 2022

Ayob Khan tiba di pusat pengundian awal

Tue Nov 15 2022

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay tiba di pusat pengundian awal Ibu Pejabat @PDRMsia Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk proses #undiawal.

? Amanina Mohamad Yusof/BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu pic.twitter.com/7XfdR0eBRg

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Hadir walaupun bertongkat

Tue Nov 15 2022

Pegawai Waran 1 Aslina Marlina Lokman yang bertugas di Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat di Kem Mahkota, Kluang, Johor tetap menunaikan tanggungjawabnya untuk #undiawal walaupun terpaksa bertongkat kerana ligamen kakinya terputus ketika bertugas kira-kira enam bulan lalu. pic.twitter.com/zw7XD4wLIW

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

31,291 undi awal di Perak

Tue Nov 15 2022

Seramai 31,291 pengundi awal terlibat di Perak.
12,215 - PDRM Perak
19,076 - Tentera

Sebanyak 72 Pusat Mengundi (122 saluran) dibuka pada hari ini.#MalaysiaMemilih #PRU15#UndiAwal@501Awani pic.twitter.com/VEAF8vzsvR

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) November 15, 2022

Hadir walaupun lumpuh separuh badan

Tue Nov 15 2022

Kpl Siti Nor Maslinda Nordin yang lumpuh separuh badan selepas terbabit kemalangan pada 2009 menunaikan tanggungjawab #undiawal di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

? Mohd Fakri Awang Lah | BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu pic.twitter.com/t1zp5GGeyS

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

5,014 pegawai, anggota dan pasangan undi awal di P.Pinang

Tue Nov 15 2022

Seramai 5,014 pegawai, anggota tentera dan pasangan mereka menjadi kumpulan pertama mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Pulau Pinang hari ini. @501Awani #ParlimenTasekGelugor sahaja menyaksikan 2,485 undi awal melibatkan anggota, pegawai tentera pic.twitter.com/KqNzsACADy

— Umavathi Ramayah ?? (@UmavathiRamayah) November 15, 2022

Anggota, pasangan selesai tanggungjawab

Tue Nov 15 2022

#Kelantan Sebahagian anggota tentera bersama pasangan menunjukan jari yang ditanda dakwat setelah selesai proses mengundi awal di Dewan Tan Sri Abdul Hamid Bidin dalam Parlimen Pengkalan Chepa.

? Afifitri Muhammad | BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu pic.twitter.com/gZOWavzGrw

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Panglima Tentera Darat pantau pengundian awal

Tue Nov 15 2022

Panglima @TenteraDarat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain hadir memantau pengundian awal pegawai dan anggota @MarkasATM di SMK Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur hari ini.

? Faizal Nazmi | BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu #undiawal pic.twitter.com/G8unBCBBJR

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Undi awal di Kem Batalion 18 RAMD Seberang Takir

Tue Nov 15 2022

Sekitar proses pengundian awal di Kem Batalion 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Terdapat 800 anggota dan pasangan akan turun melakukan undi di kem ini bermula 8 pagi sehingga 5 petang.#PRU15 #AndaPenentu pic.twitter.com/UD464mykxX

— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) November 15, 2022

Anggota TUDM selesai undi awal

Tue Nov 15 2022

#KualaLumpur Anggota @tudm_rasmi Nur Syazwani Md Yusof, 30, mengandung tiga bulan antara anggota tentera yang telah menunaikan tanggungjawab mengundi awal di SK Desa Tun Hussein Onn pagi ini.

? Erwan Othman | BERNAMA pic.twitter.com/zhS02NQGmd

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Pengundi pertama Kem Lok Kawi

Tue Nov 15 2022

Panglima 5 Divisyen, Datuk Abdul Rahman A Wahab menjadi pengundi pertama menjalankan pengundian awal di Kem Lok Kawi. Beliau selesai mengundi sekitar 8.05 minit pagi @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/y6wFUksNs7

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 15, 2022

Anggota Rejimen Askar Melayu Diraja mula beratur

Tue Nov 15 2022

#Kelantan Anggota Rejimen Askar Melayu Diraja mula beratur untuk mengundi awal di Dewan Tan Sri Abdul Hamid Bidin dalam Parlimen Pengkalan Chepa.

? Afifitri Muhammad | BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu pic.twitter.com/2IwbyzgL8w

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Undi awal di Kem Segenting Port Dickson

Tue Nov 15 2022

Anggota tentera dan pasangan masing-masing mula memasuki Dewan Serbaguna, Kem Segenting Port Dickson, Negeri Sembilan bagi proses undi awal #PRU15

? Siti Fauziah Hasan | BERNAMA#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu pic.twitter.com/Ls1NrJZtU5

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

21,432 undi awal di Sabah hari ini

Tue Nov 15 2022

Seramai 21,432 tentera, polis dan pasangan di Sabah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses undi awal bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang di Pusat Undi Awal yang ditetapkan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri pesan pengundi awal buat pilihan tepat

Tue Nov 15 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpesan kepada semua pengundi awal yang mengundi esok supaya membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan memilih kerajaan yang dapat membawa kestabilan.

Beliau berkata tempoh mentadbir negara selama 22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH) menunjukkan kegagalan pihak pembangkang dalam mentadbir negara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pegawai media beri taklimat

Tue Nov 15 2022

Pegawai Media Tentera, Mejar Arif Suparman memberikan taklimat kepada para media yang hadir membuat liputan undi awal di Kem Muara Tuang, Sarawak.

?Zaphne Philip | BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu pic.twitter.com/7whTOrnl12

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Petugas SPR buat persiapan

Tue Nov 15 2022

Petugas @SPR membuat persiapan untuk undi awal bagi #PRU15 di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Pegawai & anggota polis mula tiba untuk menyemak daftar pemilih sebelum mengundi di dewan itu.#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu

? Mohd Fakri pic.twitter.com/UNMMjgVf26

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 15, 2022

Anggota FRU berkerusi roda hadir mengundi

Mon Nov 14 2022

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Kamsun Syaib, 58 yang baru lapan hari keluar dari hospital setelah menjalani pembedahan tetap hadir bagi menjalankan tanggungjawab mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pagi ini.

? Nur Hafizah Tan | BERNAMA pic.twitter.com/OoYADzUUas

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 14, 2022

Tatacara mengundi

Mon Nov 14 2022

24 pusat mengundi dibuka 8 pagi

Mon Nov 14 2022

Seramai 4,542 anggota @PDRMsia dan 2,483 anggota @MarkasATMserta pasangan masing-masing di Terengganu mengundi di 24 pusat mengundi awal di seluruh negeri yang dibuka bermula 8 pagi ini. pic.twitter.com/82SYsZINCZ

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 14, 2022

Anggota ATM tunggu giliran mengundi

Mon Nov 14 2022

#KualaLumpur Sebahagian anggota tentera mula beratur untuk mengundi awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn dalam Parlimen Setiawangsa pagi ini.

? Erwan Othman | BERNAMA pic.twitter.com/822polkup1

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 14, 2022

Suasana di Kem Lok Kawi

Mon Nov 14 2022

7.47am: Suasana di pekarangan Pusat Mengundi Awal di Kem Lok Kawi @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/Iwee1eGnMl

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 14, 2022

Anggota keselamatan terawal mengundi

Mon Nov 14 2022

Sarjan Marzuki Salamon dan Sub Inspektor Musa Manap antara anggota keselamatan terawal menjalankan tanggungjawab mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pagi ini.

? Nur Fadhliana Shaari | BERNAMA pic.twitter.com/E6gwGPZYex

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 14, 2022

Polis iringi petugas SPR

Mon Nov 14 2022

#KualaTerengganu Anggota @PDRMsia mengiringi petugas @sprgovmy membawa kertas undi untuk proses mengundi awal bagi #PRU15 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu hari ini. pic.twitter.com/GtVLEhSq0t

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 14, 2022

Jumlah pengundi bertambah

Mon Nov 14 2022

7.32am: Bilangan anggota dan pasangan yang tiba di Kem Lok Kawi mula bertambah menjelang pukul 8 pagi untuk proses pengundian @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/601cu1N7Qi

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 14, 2022

Persiapan pengundian awal

Mon Nov 14 2022

Petugas @sprgovmy melakukan persiapan untuk pengundian awal #PRU15 di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

?Arthur Edward | BERNAMA#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu pic.twitter.com/mJl3uDNIll

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 14, 2022

Antara terawal tiba

Mon Nov 14 2022

7.19am: Antara anggota terawal yang tiba di Kem Lok Kawi bagi mengundi awal hari ini. Kem Lok Kawi merupakan salah satu daripada lapan kem tentera darat di seluruh Sabah @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/5VXzQrXSeZ

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 14, 2022

21,432 tentera, polis dan pasangan di Sabah undi awal

Mon Nov 14 2022

@501Awani Seramai 21,432 tentera, polis dan pasangan di Sabah akan menunaikan tanggungjawab bagi pengundian awal #PRU15 hari ini. Pusat Mengundi Awal akan dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/90VPcrivNu

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 14, 2022

224,828 pengundi awal laksana tanggungjawab pada Selasa

Mon Nov 14 2022

Warga PDRM bertugas diminta kekal profesionalisme, kawal emosi

Mon Nov 14 2022

Lebih 80,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam penugasan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diharap dapat mengekalkan tahap profesionalisme tinggi, mampu mengawal emosi dan sentiasa berhemah apabila berhadapan dengan sebarang bentuk provokasi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata petugas PDRM juga diminta mengelakkan diri daripada terlibat dengan situasi yang boleh mengakibatkan ketegangan dan mewujudkan implikasi yang mampu mencalarkan kredibiliti pasukan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Jurang kemiskinan perlu diatasi di Lembah Pantai - Dr Asmah

Mon Nov 14 2022

Jurang kemiskinan ketara antara isu yang perlu menjadi salah satu isu perlu diatasi di kawasan Lembah Pantai.

Calon Parti Pejuang bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai, Dr Asmah Mohd Razalli memberitahu sebagai anak jati di kawasan itu, masih banyak masalah yang tidak berjaya diselesaikan oleh wakil rakyat yang sudah dua penggal menang di Lembah Pantai.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengundi mahu Kemaman lebih moden, lebih peluang untuk belia

Mon Nov 14 2022

Pemodenan sektor ekonomi dan memperluaskan peluang kerja golongan belia dilihat menjadi faktor menentukan pemilihan wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini bagi kerusi Parlimen Kemaman.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata warganya berharap agar pengundi dapat memilih calon yang mampu memajukan daerah itu berikutan masih banyak ruang serta potensi pembangunan yang boleh dilaksanakan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Muhyiddin yakin pengundi Pagoh bijak menilai beliau

Mon Nov 14 2022

KJ atau siapa saja jadi TPM, akan diputuskan kemudian - PM

Mon Nov 14 2022

Polis kesan individu khianat poster Fahmi Fadzil

Mon Nov 14 2022

Polis sedang giat mengesan individu yang disyaki terlibat dalam kes khianat terhadap calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dengan merosakkan bahan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata insiden itu disedari oleh pengadu, yang merupakan Timbalan Ketua Amanah kawasan Lembah Pantai, pada 12.55 tengah hari melalui kumpulan WhatsApp iaitu papan iklan calon PH berkenaan dikhianati apabila ditampal pelekat tertulis perkataan mengaibkan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PN yakin mampu capai kemenangan seperti disasarkan

Mon Nov 14 2022

BN perlu menang dahulu baru fikir pasal Kabinet - Ismail Sabri

Mon Nov 14 2022

Barisan Nasional (BN) perlu fokus untuk mencapai kemenangan pada PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum memikirkan mengenai barisan Kabinet yang baharu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata bagaimanapun beliau akan memastikan saiz Kabinet yang akan dibentuk nanti adalah lebih kecil berbanding jumlah menteri sekarang dengan menggabungkan beberapa kementerian.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Ribut taufan' perubahan pada 19 November ini - KJ

Mon Nov 14 2022

PH yakin menang lebih 90 kerusi Parlimen - Rafizi

Mon Nov 14 2022

Pakatan Harapan (PH) yakin menang lebih 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata PH berada dalam keadaan yang paling baik untuk menang pada PRU15 dan menjangkakan gabungan itu boleh menang lebih 90 kerusi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

VoteMalaysia kesal kelewatan ketibaan undi pos

Mon Nov 14 2022

'Saya faham politik Sabah dengan baik' - Muhyiddin

Mon Nov 14 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahahawa beliau memahami politik Sabah dengan baik kerana beliau telahpun berkecimpung dengan politik negeri itu lebih 40 tahun.

Oleh sebab itu beliau berkata, dia amat memahami sensitiviti dan perbezaan rakyat Sabah dengan baik.


BACA BERITA PENUH DI SINI

292 kawasan dikenal pasti berpotensi cetus isu ketenteraman awam

Mon Nov 14 2022

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 292 kawasan 'panas' di seluruh negara yang berpotensi mencetuskan isu ketenteraman awam sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Operasi PRU15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata 51 daripada kawasan itu akan diberikan perhatian khusus bagi memastikan keselamatan terjamin dan selamat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Saya tak nak mencarut dekat sini - Muhyiddin

Mon Nov 14 2022

Selesai segera masalah bekalan air di Ampang

Mon Nov 14 2022

Kempen PRU15 terjejas akibat banjir

Mon Nov 14 2022

'Saya faham politik Sabah dengan baik' - Muhyiddin

Mon Nov 14 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahahawa beliau memahami politik Sabah dengan baik kerana beliau telahpun berkecimpung dengan politik negeri itu lebih 40 tahun.

Oleh sebab itu beliau berkata, dia amat memahami sensitiviti dan perbezaan rakyat Sabah dengan baik.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Debat polisi calon Parlimen Muar dibatalkan

Mon Nov 14 2022

Program Debat Polisi antara tiga calon yang bertanding di kerusi Parlimen Muar yang dijadualkan berlangsung malam ini, dibatalkan selepas menilai aspek keselamatan dan kesejahteraan awam serta atas saranan pihak berwajib.

Pengarah Jelajah Demokrasi Ashraff Fahmy pada masa sama berkata setakat petang tadi, pihaknya selaku penganjur majlis hanya mendapat persetujuan daripada calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk hadir.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pelakon Zul Huzaimy disiasat keluar kenyataan berbaur perkauman, ugutan - Polis

Mon Nov 14 2022

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung penularan video pelakon Zul Huzaimy, yang disyaki mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dan ugutan.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kes berkenaan kini dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

BACA BERITA PENUH DI SINI


Seramai 224,828 pengundi awal jalankan tanggungjawab esok - SPR

Mon Nov 14 2022

Sejumlah 224,828 orang pengundi awal akan menjadi kumpulan pertama mengundi pada proses pengundian di 578 Pusat Mengundi Awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berkata jumlah itu terdiri daripada 117,473 anggota tentera dan pasangan serta 107,355 anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Khairy sebagai TPM? Ini pandangan Ismail Sabri

Mon Nov 14 2022

Sebarang keputusan untuk menamakan mana-mana Ahli Parlimen sebagai Timbalan Perdana Menteri, hanya akan dibincangkan selepas Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dahulu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri itu berkata, penting untuk mendapat keputusan pilihan raya umum terlebih dahulu, biarpun ada beberapa pihak menggesa beliau untuk mempertimbangkan calon BN bagi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin untuk jawatan nombor dua kerajaan itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Khairy harap 'ribut taufan' perubahan di Sungai Buloh pada 19 Nov

Mon Nov 14 2022

Calon Barisan Nasional bagi P107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin malam ini menzahirkan keyakinan bahawa perubahan akan berlaku di kawasan Parlimen yang telah didominasi Pakatan Harapan (PH) sejak tiga penggal itu.

Beliau berkata, angin perubahan itu sudah dirasai selepas beberapa hari beliau menjalankan gerak kerja dan kempen yang berterusan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Anwar yakin PH dapat rampas kerusi Parlimen Bagan Datuk

Mon Nov 14 2022

Pakatan Harapan (PH) yakin dapat merampas kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana calon PH iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pernah mengalahkan bekas Ketua Menteri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, kini Yang Dipertua Negeri, di Parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU14.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Hormati proses demokrasi, elak cetus provokasi - Ahmad Marzuk

Mon Nov 14 2022

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menasihati semua penyokong parti politik agar menghormati proses demokrasi dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, para penyokong parti politik perlu menanam sifat toleransi dan kerjasama yang jitu antara satu sama lain bagi menjamin keharmonian sepanjang tempoh PRU15.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Anwar dakwa PH sedang mendahului

Mon Nov 14 2022

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, kajian mendapati gabungan itu sedang mendahului parti-parti lain dalam saingan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika ini.

"Sekarang ini, semua kajian beritahu, semua anylist kata Pakatan Harapan sekarang leading, nombor satu.

"Sikit saja lagi mahu menang. Jadi kita kena menang, bukan saja menang Sungai Siput, tapi ambillah kawasan baharu lagi," dakwanya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Derita 22 bulan jangan dilupakan, pesan Zahid kepada pengundi awal

Mon Nov 14 2022

Kesengsaraan rakyat selama 22 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) perlu dijadikan iktibar dan ia tidak harus dilupakan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai janji tidak dilaksanakan kerajaan PH, membuatkan rakyat berasa tertipu dengan manifesto yang ditawarkan pada PRU14.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri

Mon Nov 14 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan, beliau tidak tahu-menahu tentang sebarang perjanjian melibatkan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk jawatan dalam Kabinet sekiranya Barisan Nasional (BN) tubuh kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri berkata, ketika ini timbul pelbagai cerita yang 'bukan-bukan' menjelang hari pengundian pada 19 Nov ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Polis buka 31 kertas siasatan, tahan empat individu

Mon Nov 14 2022

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 31 kertas siasatan berhubung pelbagai kesalahan yang berkaitan dengan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), semalam.

Pengarah Operasi PRU15 PDRM Datuk Seri Hazani Ghazali berkata ia melibatkan tujuh kertas siasatan di Perak, lima di Kedah, Negeri Sembilan (empat), Johor (empat), Selangor (tiga), Pahang (dua), Kelantan (dua), Sabah (dua) dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Sarawak.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Rakyat mahukan kerajaan lebih stabil - Reezal Merican

Mon Nov 14 2022

Pola pengundian kini menunjukkan rakyat mahukan kerajaan yang lebih menjamin masa depan mereka selepas perit melalui pengalaman di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Menurut calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, rakyat Malaysia juga menuntut sebuah kerajaan yang lebih stabil dibentuk khususnya selepas PRU15.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PN yakin menang, harap rakyat keluar mengundi - Muhyiddin

Mon Nov 14 2022

Dalam baki kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tinggal empat hari lagi, Perikatan Nasional (PN) yakin mampu mencapai kemenangan seperti yang disasarkan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, gabungan itu mempunyai strategi khusus untuk menawan hati pengundi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

40 kawasan Parlimen di Sabah, Sarawak dijangka alami ribut petir 19 Nov

Mon Nov 14 2022

Ribut petir diramal berlaku di semua 25 kawasan Parlimen di Sabah pada hari mengundi, 19 November ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang.

BACA BERITA PENUH DI SINI

#SuaraMalaysia: Keluar mengundi atau tidak Sabtu ini? Majoriti mahu tunai tanggungjawab

Mon Nov 14 2022

Kerajaan hari ini telah mengumumkan 18 dan 19 November sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan orang ramai menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dengan semua pihak mengharapkan peratusan keluar mengundi tinggi pada hari pengundian 19 November nanti, kami turut menjalankan kaji selidik mengenainya di pelbagai platform Astro AWANI.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: "Orang Pagoh tahu apa yang saya sudah lakukan" - Muhyiddin

Mon Nov 14 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap ramalan beliau akan kalah di kerusi Parlimen Pagoh dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak akan menggugat keyakinannya untuk mengekalkan kemenangannya di kawasan tersebut.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jangan jadikan PRU15 pentas kempen Pemilihan UMNO - Ahmad Maslan

Mon Nov 14 2022

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan kesemua calon parti itu agar tidak menjadikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai pentas 'berkempen' untuk pemilihan parti, yang akan diadakan enam bulan selepas pilihan raya umum itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: Replika tambah kemeriahan pesta demokrasi

Mon Nov 14 2022

Kemeriahan dan bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin dirasakan dan pesta demokrasi itu bertambah meriah dengan dengan pelbagai replika dihasilkan petugas pilihan raya parti-parti politik.

Replika kereta kebal milik Barisan Nasional (BN) yang teguh berada di hadapan pintu gerbang Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Kampung Tanjung Mukim Padang Terap Kiri, antara yang pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang melintasi jalan dari Kuala Nerang ke Padang Sanai.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri akui kecewa ada rakan Kabinet UMNO tidak dicalon semula

Mon Nov 14 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui berasa agak kecewa sebelum ini apabila ada rakan dalam Kabinet beliau daripada UMNO tidak dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO itu berkata biarpun tidak terpilih, ada dalam kalangan mereka masih kekal setia bersama parti dan bersedia memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ketua Pemuda Pas Sik umum berehat semua jawatan parti

Mon Nov 14 2022

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada jawatan tersebut dan semua jawatan dalam parti untuk tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Permohonan Mohd Shahiful berehat itu dibuat menerusi satu surat yang ditujukan kepada Setiausaha Pas Kawasan Sik bertarikh 11 November lalu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PM umum 18, 19 November cuti umum sempena PRU15

Mon Nov 14 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Jumaat dan Sabtu ini diisytiharkan sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau turut mengumumkan kerajaan bersetuju supaya tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi bulan November diawalkan pada 17 November manakala bayaran pencen diawalkan pada 14 November.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pertembungan GRS-PBRS di Ranau.. Siapa untung, siapa rugi?

Mon Nov 14 2022

Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sudah lama terkubur di Parlimen Ranau, kata Datuk Jonathan Yasin.

Justeru, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kerusi Parlimen Ranau itu berkata, pertembungan GRS dengan PBRS, yang merupakan salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) tidak menyebabkan perpecahan dalam kalangan jentera parti.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Empat tawaran PH bantu wanita terlibat pasaran kerja - Young Syefura

Mon Nov 14 2022

Pakatan Harapan (PH) berazam meningkatkan penglibatan wanita dalam pasaran kerja Malaysia termasuk di Bentong.

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PH Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai kadar penyertaan tenaga buruh wanita adalah pada tahap 55.8 peratus, jauh ketinggalan berbanding lelaki (82.7 peratus).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Penyandang kerusi digugurkan ada peranan penting selepas BN menang - Ismail Sabri

Mon Nov 14 2022

Penyandang Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak dicalonkan semula tidak akan dilupakan jika pakatan politik itu menang besar selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua individu yang tidak dicalonkan itu mempunyai jasa yang besar bukan sahaja kepada parti malah kepada negara secara amnya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

BN dan GPS sedang bercinta, tak lama lagi akad nikah - Ismail Sabri

Mon Nov 14 2022

Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Sarawak hari ini membayangkan kedua-dua pucuk kepimpinan itu selesa untuk membentuk kerjasama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Malah, Naib Presiden UMNO itu berkata, ketika ini, Barisan Nasional (BN) sedang ‘berdating’ atau dalam erti kata lain sedang bercinta sebelum melangsungkan majlis perkahwinan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pilih calon, parti yang punya rekod baik - Hishamuddin

Mon Nov 14 2022

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan mengundi pada hari pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

Dalam video ucapannya, beliau menggesa semua anggota agar memilih calon dan parti yang mempunyai rekod pencapaian yang baik kerana ia adalah pertimbangan paling adil dalam menentukan masa depan negara.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tawaran manifesto BN berasas, tidak timbul soal siapa tiru siapa - Mahdzir

Mon Nov 14 2022

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, mana-mana pihak terutama parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak perlu mengklasifikasikan tawaran yang dinyatakan dalam manistesto masing-masing sebagai hak mutlak mereka.

Menurut beliau, perkara yang lebih penting adalah bagaimana tawaran atau janji yang dikemukakan itu nampu memberi manfaat kepada rakyat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Dulu pun kata ada bertong-tong bukti, tapi satu benda tak nampak" - Hishammuddin

Mon Nov 14 2022

Tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang kononnya berlaku pengundian awal oleh anggota tentera ketika kemeriahan pilihan raya sedang berlangsung dilihat hanya satu kesilapan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakyat boleh menilai setiap tohmahan yang digembar-gemburkan apatah lagi apabila kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu masih gagal mengemukan sebarang bukti kukuh.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan Persekutuan tidak mampu berdiri sendiri tanpa GPS - Ismail Sabri

Mon Nov 14 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kehadiran GPS akan membentuk sebuah kerajaan yang lebih stabil dan bertanggungjawab.

Tegasnya, rakyat Sarawak perlu bijak membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk memastikan kerajaan sedia ada terus memimpin Malaysia dan meneruskan projek pembangunan yang lebih inklusif di negeri itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Dari geofizik ke politik, tak sangka permohonan jadi calon PKR diterima

Mon Nov 14 2022

Seorang ahli geofizik tidak menyangka permohonannya secara dalam talian untuk menjadi calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diterima parti itu.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pagoh, Iskandar Shah Abd Rahman mendaftarkan diri sebagai calon di laman web www.calonkeadilan.org pada 7 Okt, tiga hari sebelum Parlimen dibubarkan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon Warisan bawa wayang kulit hiburkan penduduk Kangar

Mon Nov 14 2022

Calon Parti Warisan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan, Atan Jasin mengambil pendekatan berbeza berkempen dengan tayangan wayang kulit bagi menghiburkan kira-kira 200 penduduk.

Atan, 43, seorang usahawan, berkata orang ramai bukan sahaja terhibur dengan persembahan wayang kulit malah ia turut memberi peluang kepadanya untuk beramah mesra dengan penduduk.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Saya Bapa PKP? Anwar patut berterima kasih kerana kita selamat - Muhyiddin

Mon Nov 14 2022

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya berterima kasih kepada kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini sehingga wabak COVID-19 ketika ini berjaya dikawal.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun Anwar menggelarkan dirinya sebagai ‘Bapa PKP’ namun PKP tidak hanya dilaksanakan di Malaysia sahaja, sebaliknya di seluruh dunia.


BACA BERITA PENUH DI SINI

222 kerusi Parlimen, 945 calon PRU15

Mon Nov 14 2022

Manifesto & pengurusan alam sekitar

Mon Nov 14 2022

Kenyataan kontroversi Zul Huzaimy tidak wakili pendirian Pas - Muhammad Sanusi

Mon Nov 14 2022

Kenyataan kontroversi selebriti tanah air, Zul Huzaimy di menerusi satu rakaman video di satu program dipercayai anjuran Pas di Terengganu baru-baru ini, tidak mewakili pendirian parti berkenaan.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata malah kenyataan itu tidak boleh dinilai sebagai mewakili parti kerana selebriti berkenaan bukan dalam kalangan pimpinan atau ahli parti.


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN, GRS belajar daripada sejarah elak perpecahan jadikan Sabah mundur

Mon Nov 14 2022

Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) belajar daripada sejarah bagi mengelak mengulangi kesilapan dilakukan parti politik yang berpecah sesama sendiri sehingga mengakibatkan negeri terus mundur dan rakyat terkesan.

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sehubungan itu, BN dan GRS mengorak langkah untuk melaksanakan kerjasama sehingga tertubuhnya kerajaan Sabah, kemudian meneruskan kerjasama itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Zahid jadi PM hanya mainan parti lawan - Ismail Sabri

Mon Nov 14 2022

Parti lawan tiada modal politik dan terpaksa mengitar tohmahan kononnya Ahmad Zahid Hamidi bakal diangkat jadi perdana menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang PRU15.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mereka menggunakan taktik berkenaan bertujuan mengelirukan pengundi meskipun tahu beliau satu-satunya pemimpin yang diisytiharkan calon PM oleh UMNO dan BN.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PN Terengganu beri fokus pemulihan pelancongan

Mon Nov 14 2022

Anwar pernah tawar saya jadi TPM, dakwa Muhyiddin

Mon Nov 14 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepadanya sekitar tahun 1990an.

Penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu mendakwa tawaran itu dibuat ketika Anwar sedang berdepan krisis kepimpinan di antara beliau dengan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN Pahang terima sokongan padu Orang Asli

Mon Nov 14 2022

Masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang sudah bijak menilai semua usaha yang dilakukan kerajaan negeri di bawah pimpinan parti Barisan Nasional (BN) selama ini.

Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kempen yang dilakukan mendapat sokongan padu dan tidak berbelah bahagi masyarakat minoriti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) pada 19 Nov ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Pesawat Boeing' mendarat di Sik

Mon Nov 14 2022

Tiap kali tibanya pilihan raya umum (PRU), sekumpulan penyokong Pas Kampung Batu Besar di sini pasti mencuri tumpuan dengan ciptaan replika yang tersendiri bagi menyatakan sokongan terhadap parti itu.

Salah seorang penyokong, Mat Piah Hat, 51, berkata, pada PRU15 kali ini, hasil kreativiti dan ubah suai dari sebuah replika kapal terbang lama, sebuah 'pesawat' Boeing 737 bertemakan Perikatan Nasional (PN) telah siap sejak beberapa hari lalu dan mula menjadi tarikan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Vote Malaysia tuntut SPR percepat penghantaran undi pos

Mon Nov 14 2022

Gabungan Vote Malaysia meluahkan kekecewaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas menerima beberapa rungutan pengundi di luar negara.

Susulan pengumuman penghantaran kertas undi pos, semua undi pos sepatutnya dihantar kepada pengundi pada 7 November 2022.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Poster besar bukan jaminan kemenangan - Aminuddin

Mon Nov 14 2022

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah percaya poster besar bukan jaminan calon untuk menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebaliknya, kata beliau, apa yang paling penting ialah berapa banyak undi untuk calon yang dimasukkan ke dalam peti undi pada hari mengundi nanti.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Hentikan kempen berbentuk ugutan - Ronald Kiandee

Mon Nov 14 2022

Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menggesa semua pihak menghentikan kempen berbentuk ugutan terhadap pengundi bagi meraih sokongan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ronald berkata, ugutan itu juga turut ditujukan kepada ketua kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan penjawat kerajaan yang secara jelas menyokong calon lawan selain BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN Perak gesa SPR pantau poster gergasi calon

Mon Nov 14 2022

Zambry anggap diri 'underdog', Hatta label Zambry sebagai tokoh

Mon Nov 14 2022

Empat calon bawa misi sama di Alor Setar

Mon Nov 14 2022

Empat calon bagi kerusi Parlimen Alor Setar yang bertanding mewakili parti berbeza tampil membawa misi sama untuk membangunkan sektor pelancongan dan merancakkan aktiviti ekonomi penduduk di kawasan itu.

Calon BN, Tan Chee Hiong berkata, beliau sememangnya berhasrat membangunkan Alor Setar sebagai hab pelancongan, sekali gus mampu merancakkan lagi ekonomi penduduk dan meningkatkan pendapatan mereka.


BACA BERITA PENUH DI SINI

UMNO yakin kekal tiga kerusi deposit di Johor - Dr Adham

Sun Nov 13 2022

Kerusi Parlimen Tenggara, Kota Tinggi dan Pengerang, yang merupakan kawasan deposit tetap UMNO diyakini kekal dalam genggaman Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata keyakinan itu berasaskan kepada sambutan penyokong UMNO dan BN yang menyambut baik semua calon gabungan itu, termasuk di Parlimen Tenggara iaitu Manndzri Nasib.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tidak ada jaminan masuk syurga jika pangkah Pas - Ku Li

Sun Nov 13 2022

Tidak ada jaminan kepada pengundi untuk masuk syurga jika memangkah parti Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau bersimpati dengan pengundi terutamanya golongan tua yang masih lagi terpengaruh dengan ‘hukum’ tiket ke syurga jika memangkah Pas.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PN perlu menang di Pulau Pinang untuk bentuk kerajaan - Hadi

Sun Nov 13 2022

Semua calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pulau Pinang perlu menang bagi menyumbang dua pertiga majoriti untuk membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata PN perlu menang kerusi di Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Tasek Gelugor, Kepala Batas dan Balik Pulau untuk mendapat majoriti dua pertiga tersebut.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Syafiq Aziz lancar enam teras manifesto untuk warga Ayer Hitam

Sun Nov 13 2022

Calon Perikatan Nasional (PN) Muhammad Syafiq A. Aziz melancarkan enam teras manifestonya untuk warga Parlimen Ayer Hitam, termasuk menjadikan zon tengah Johor itu sebagai hab pelancongan pertanian sebagai usaha menawan hati pengundi parlimen itu pada Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon muda berusia 34 tahun itu berkata Ayer Hitam mempunyai pelbagai hasil pertanian seperti durian, pisang berangan dan bermacam tanaman, yang mampu dijadikan tarikan pelancong selain industri ternakan seperti arnab, kambing dan lembu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pas semakin diterima baik di Perlis

Sun Nov 13 2022

BN yakin dapat tawan Kuala Selangor dan Sungai Buloh

Sun Nov 13 2022

Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas dua kerusi Parlimen yang disandang Pakatan Harapan (PH) di Sungai Buloh dan Kuala Selangor, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), Sabtu ini.

Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia dapat dilihat daripada semangat pengundi di dua kawasan berkenaan, yang turun pada kempen-kempen BN sejak minggu lepas.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ramanan beri jaminan, sedaya upaya kekalkan momentum Sivarasa

Sun Nov 13 2022

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi P107 Sungai Buloh, Datuk R Ramanan mengakui ramai yang sangsi sama ada beliau mampu mengikut jejak langkah, serta gerak kerja yang ditinggalkan Sivarasa Rasiah di kawasan itu.

Ramanan, yang juga Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, legasi yang diwujudkan Sivarasa amat besar memandangkan beliau merupakan Ahli Parlimen di kawasan itu selama tiga penggal.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Daftar pemilih boleh dibeli daripada SPR - Hamzah

Sun Nov 13 2022

Senarai Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) boleh dibeli oleh mana- mana individu daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya senarai tersebut disertakan dengan nombor telefon setiap individu, data tersebut bukanlah diperoleh daripada SPR.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Hormati tugas pengamal media - Annuar Musa

Sun Nov 13 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak termasuk calon dan jentera parti menghormati tugas pengamal media membuat liputan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata ini kerana pengamal media turut mempunyai etika kewartawanan dan peraturan yang perlu dipatuhi ketika menjalankan tugas.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Hishammuddin mahu Anwar kemuka bukti dakwaan anggota tentera terima wang

Sun Nov 13 2022

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa berhubung dakwaannya mengenai anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi awal untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan dibayar RM300 untuk berbuat demikian.

Beliau berkata ini berikutan kenyataan Presiden PKR itu yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) semalam yang memaklumkan beliau mempunyai bukti berhubung dakwaan tersebut dan akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Masalah dalaman di Gerik selesai, tiada protes senyap - Saarani

Sun Nov 13 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menjelaskan tiada sebarang masalah dalaman di kerusi Parlimen Gerik sekali gus menafikan dakwaan kawasan itu sebagai 'kelabu'.

Saarani berkata hasil lawatan dan pemerhatiannya di Kampung Jong, Gerik dua hari lepas, beliau dapat melihat respons masyarakat dan jentera BN di kawasan itu bertungkus lumus turun padang untuk memenangkan ketiga-tiga calon iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagi Parlimen Gerik, calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Temengor Salbiah Mohamed dan Datuk Aznel Ibrahim bagi DUN Pengkalan Hulu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Awie bantu kempen calon Bebas Cap Pokok di Parlimen Balik Pulau

Sun Nov 13 2022

Kempen Pilihan Raya ke-15 (PRU15) di Parlimen Balik Pulau hari ini dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi rock dan pelakon popular, Datuk Awie yang turun padang membantu kempen calon Bebas Cap Pokok, Datuk Seri Sabaruddin Ahmad.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 54, berkata, beliau turun menyantuni penduduk sekitar Balik Pulau atas dasar persahabatan antaranya dengan calon Bebas berkenaan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Belum ada laporan polis dakwaan Anwar tentera dibayar undi awal - Hamzah

Sun Nov 13 2022

Sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa anggota tentera dibayar RM300 untuk undi awal.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaskan, sekiranya terdapat laporan dibuat, pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung perkara berkenaan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Uncle Kentang mahu ubah minda rakyat terhadap 'calon tanpa beban politik'

Sun Nov 13 2022

Calon bebas di Puchong, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bersedia dengan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana bersaing dengan pihak lawan yang hebat dalam politik.

Namun, jelas aktivis kemanusiaan itu, penyertaan beliau sekurang-kurangnya membuka jalan kepada perubahan minda rakyat bahawa calon tanpa parti politik juga mampu membawa suara mereka dan memimpin negara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

B40, M40, 'gated community', semua saya akan jaga - Khairy

Sun Nov 13 2022

Calon Barisan Nasional bagi P107 Sungai Buloh Khairy Jamaluddin menegaskan manifesto yang beliau bentangkan – #KataJanjiSungaiBuloh – akan menyentuh kesemua lapisan masyarakat di kawasan itu.

Bercakap dalam satu sesi ceramah kelompok di Bandar Baru Sungai Buloh awal hari ini, beliau berkata, manifesto itu dirangka untuk memastikan kesejahteraan golongan B40, M40, serta kawasan ‘gated community’.


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN tiru manifesto PN isu kerakyatan anak lahir luar negara - Hamzah

Sun Nov 13 2022

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa Barisan Nasional (BN) meniru manifesto pihaknya berhubung isu kerakyatan anak yang dilahirkan di luar negara.

Hamzah menegaskan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memasukkan isu ini dalam manifesto BN ketika menjadi Menteri Dalam Negeri sebelum ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Shafizan gementar isi 'kasut besar' Rohani

Sun Nov 13 2022

Calon muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Batang Lupar, Mohd Shafizan Kepli tidak menyangka bahawa satu panggilan ke telefon bimbitnya pada 30 Oktober lalu telah mengubah hidupnya.

Beliau kemudian bertukar daripada penjawat awam kepada ahli politik sepenuh masa.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Sabah perlukan Ongkili, beliau lantang perjuangkan hak negeri - Hajiji

Sun Nov 13 2022

Kepimpinan penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Maximus Ongkili sangat diperlukan kerana beliau tegas dalam memperjuangkan keperluan Sabah di peringkat Persekutuan.

Sehubungan itu, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mandat perlu terus diberikan rakyat kepada Ongkili bagi memastikan beliau dapat memperjuangkan hak Sabah yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: Nama MB Perlis akan diputuskan Pas Pusat - Mohd Shukri

Sun Nov 13 2022

Penentuan mengenai nama atau senarai akhir calon Menteri Besar Perlis sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya merampas pentadbiran kerajaan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini hanya akan diputuskan Pas Pusat.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli, menjelaskan segala keputusan mengenai jawatan itu tidak boleh dilakukan sekarang dan hanya boleh diputuskan selepas Pas menerusi gabungan PN menang di negeri itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

UMNO gantung Ketua Wanita Arau, Maran - Ahmad Maslan

Sun Nov 13 2022

Dua Ketua Wanita UMNO Bahagian digantung sementara atas dakwaan terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penggantungan Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran Datin Seri Fatimah Kassim itu, dibuat selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Terpulang pada SPR siasat salah laku calon - Hishammuddin

Sun Nov 13 2022

Barisan Nasional (BN) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat sebarang dakwaan salah laku calon, seperti melebihi had perbelanjaan kempen.

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sekiranya terbukti berlaku salah laku, SPR juga boleh mengambil tindakan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Anwar mahu selesaikan isu MA63, adakah kamu percaya? - Abang Johari

Sun Nov 13 2022

Saya tanya kamu, adakah kamu percaya? Selepas apa yang berlaku semasa 22 bulan,” soal Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Itu reaksi ringkas Premier Sarawak ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tawarannya untuk menyelesaikan isu hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengundi positif COVID-19 tak dibenar guna Grab, pengangkutan awam - KKM

Sun Nov 13 2022

Pengundi-pengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang positif COVID-19 tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk Grab pada hari pengundian 19 November ini.

Perkara itu antara beberapa langkah am proses pengundian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memastikan proses berjalan dengan selamat dan mengurangkan risiko jangkitan kepada pengundi lain serta petugas di pusat pengundi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Mahu kalahkan kerusi pengkhianat? Anwar yang pengkhianat - Jonathan

Sun Nov 13 2022

Datuk Jonathan Yasin memulangkan paku buah keras kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyifatkan kerusi Parlimen Ranau sebagai tempat pengkhianat.

Jonathan, yang merupakan penyandang kerusi berkenaan berkata, Anwar yang selayaknya digelar pengkhianat, dan perlu dikalahkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Umat Islam-Melayu wajib keluar mengundi, pilih calon berintegriti'

Sun Nov 13 2022

Umat Islam-Melayu wajib menunaikan tanggungjawab bernegara (Fikh al-Daulah) dengan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Itu antara 14 ketetapan di dalam Deklarasi Kuala Lumpur oleh Muzakarah Cendekiawan, Pemuka Melayu dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang bersidang pada Sabtu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kempen BN, PN dijangka tarik pengundi

Sun Nov 13 2022

BN dan Perikatan Nasional (PN) dilihat mempunyai kelebihan untuk mendapat sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) berdasarkan perkembangan dalam tempoh seminggu kempen digerakkan yang mampu menaikkan mood pengundi.

Penyelidik Kanan O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi berkata, kempen melalui media sosial menjadi platform paling berkesan ketika ini dan kelebihan dijangka memihak kepada BN dan PN kerana lebih banyak menggunakan pendekatan kempen yang mengangkat tawaran parti.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tak boleh biar Pasar Chow Kit terus terbengkalai - Johari

Sun Nov 13 2022

Pasar Raja Bot atau Pasar Chow Kit yang menghadapi isu projel pembangunan terbengkalai perlu diselesaikan segera.

Calon BN Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menukar lima kontraktor bagi meneruskan projek tersebut namun sehingga kini projek berkenaan masih gagal disiapkan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Cita-cita Rani Kulup gempur rasuah

Sun Nov 13 2022

Menjadi cita-cita calon Bebas Parlimen Port Dickson, Abdul Rani Kulup Abdullah untuk menghapuskan gejala rasuah di negara ini yang dilihat semakin bermaharajalela.

Bagaimanapun beliau akui ia agak sukar selagi kerajaan masih dibarisi kepimpinan lama yang terlibat dengan rasuah.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Saingan di kerusi Ranau, aspirasi calon

Sun Nov 13 2022

Terengganu siap sedia hadapi banjir ketika PRU15

Sun Nov 13 2022

Sokongan masyarakat India kepada BN semakin meningkat

Sun Nov 13 2022

Selepas seminggu berkempen, sokongan masyarakat India terhadap calon-calon Barisan Nasional (BN) dilihat semakin meningkat.

Rata-rata mereka merasakan sudah tiba masanya untuk melakukan pemulihan, selepas terkesan dengan pandemik COVID-19.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Poster calon BN Jerai disimbah cat hitam

Sun Nov 13 2022

Poster Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang terletak simpang empat Jalan Pulau Bunting disimbah cat hitam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 12.35 tengah malam tadi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar

Sun Nov 13 2022

Bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman akan membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Ranau, Apirin Jahalan @ Taufik Sham.

Perkara itu diumumkan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Sesi Ceramah PH di Sepanggar, malam tadi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Lonjakan sokongan kepada PN di tiga negeri - Tuan Ibrahim

Sun Nov 13 2022

Lonjakan sokongan rakyat dijangka meningkat terhadap Perikatan Nasional (PN) di Pahang, Kelantan dan Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim berkata, kenyataan itu berdasarkan beberapa faktor termasuk penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) dan BN.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Bersih puji manifesto pro-demokrasi empat gabungan politik

Sun Nov 13 2022

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memuji manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) oleh empat gabungan terbesar politik di negara ini yang bersifat pro-demokrasi.

Menurut Jawatankuasa Pemandu Bersih, manifesto itu melibatkan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).


BACA BERITA PENUH DI SINI

10 penggerak PKR Felda Lasah keluar parti, sertai UMNO

Sun Nov 13 2022

Seramai 10 orang penggerak utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Felda Lasah, Sungai Siput mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Tindakan mereka dijangka dituruti ahli serta pemimpin beberapa ranting PKR di Sungai Siput, melibatkan kira-kira 500 orang.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Berita tumpuan, perkembangan banjir & PRU15

Sun Nov 13 2022

Ketidakstabilan politik tercetus jika BN-PH bekerjasama - Fadillah

Sun Nov 13 2022

Pergolakan dan ketidakstabilan dalam arena politik negara boleh tercetus jika kerjasama politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa bakal membentuk jajaran baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlaku.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kemelut politik juga akan bertambah buruk jika kerjasama itu direalisasikan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'SPRM perlu lapor kepada Parlimen, bukan PM' - Hannah ikrar perangi rasuah

Sun Nov 13 2022

Calon ahli Parlimen Segambut dari Pakatan Harapan (PH), Hannah Yeoh mendakwa rasuah di Malaysia tahapnya agak serius dalam semua lapisan pentadbiran di samping telah menjadi cara hidup kepada mereka yang mengamalkannya.

Disebabkan itu, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pihaknya mahu agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi sebuah organisasi yang kuat, mempunyai kuasa mengambil tindakan dan adil dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.


BACA BERITA PENUH DI SINI

MB Perlis, Pahang: Pas setuju keputusan PN

Sun Nov 13 2022

GTA akan bangunkan Sabah, termasuk kawasan pembangkang

Sun Nov 13 2022

GTA akan bangunkan Sabah, termasuk kawasan pembangkang

Sun Nov 13 2022

MB Perlis, Pahang: Pas setuju keputusan PN

Sun Nov 13 2022

Peniaga pantai Port Dickson mahu lesen yang sah

Sun Nov 13 2022

Rakyat Kinabatangan mahu usaha tingkat kualiti hidup diberi keutamaan

Sun Nov 13 2022

Kinabatangan, daerah terletak di timur Sabah, lebih kurang 329 kilometer dari Kota Kinabalu, sememangnya kaya dengan keunikan dan keistimewaan tersendiri terutama dalam aspek ekopelancongan yang menyajikan keindahan panorama alam semula jadi.

Berkeluasan 7,542 kilometer persegi, daerah ini juga merupakan pintu masuk pelancong domestik dan antarabangsa yang ingin melihat sendiri hidupan liar seperti gajah Borneo, monyet proboscis dan Orang Utan di sepanjang Sungai Kinabatangan, sungai kedua terpanjang di Malaysia.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengundi Cina tak percaya cerita Anwar - Rashid Hasnon

Sat Nov 12 2022

Calon Perikatan Nasional (PN) Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pengundi Cina di kawasan Parlimen di sini tidak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung drama air mata mengenai jawatan Timbalan Speaker membabitkan dirinya.

Malah, beliau berkata, pengundi-pengundi Cina di Batu Pahat juga meluat dengan kempen yang menggunakan kaedah menghentam peribadi individu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Belanjawan 2023 bukti kebajikan kaum India dijaga - PM

Sat Nov 12 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan di bawah pimpinannya sentiasa menjaga kebajikan, kepentingan dan keperluan semua ahli Keluarga Malaysia termasuk kaum India.

Beliau berkata ia dapat dilihat menerusi Bajet 2023 dengan pelbagai inisiatif khusus untuk masyarakat India dibentangkan seperti peruntukan RM100 juta bagi pembangunan usahawan kaum India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Bung Moktar mahu tindakan diambil ke atas pemimpin GRS, BN bantu calon lawan

Sat Nov 12 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu tindakan diambil ke atas pemimpin sama ada daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahupun BN yang membantu kempen calon lawan atau tidak dipersetujui gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, pemimpin terbabit termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri dan yang berjawatan dalam kerajaan negeri.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Felda di Johor masih kubu kuat BN - Onn Hafiz

Sat Nov 12 2022

Kawasan Felda di Johor masih merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), menurut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor itu berkata ia boleh dilihat berdasarkan sambutan yang diterima daripada warga peneroka pada setiap program dianjurkan BN di negeri ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Khairy akan pastikan Sungai Buloh dikenali dunia sekiranya menang

Sat Nov 12 2022

Calon Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin yang bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mahu memastikan kawasan ditandinginya itu dikenali di peringkat dunia sekiranya memperoleh mandat daripada penduduk parlimen itu.

Menteri Kesihatan itu berkata janji itu akan direalisasikan menerusi tawaran pelbagai pendekatan antaranya melahirkan usahawan yang boleh menghasilkan produk beridentitikan Sungai Buloh serta menjadikan kelebihan kawasan berkenaan sebagai tapak semaian tumbuh-tumbuhan kepada satu tarikan antarabangsa.


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN optimis rampas kembali Parlimen Tampin, Kuala Pilah - Tok Mat

Sat Nov 12 2022

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan optimis parti itu boleh merampas kembali kerusi Parlimen Tampin dan Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga calon Parlimen Rembau berkata pihaknya juga yakin mampu merampas Port Dickson yang dikuasai Pakatan Harapan ketika ini menerusi usaha dan gerak kerja yang kuat daripada jentera parti.


ARTIKEL PENUH DI SINI

Politik khidmat masyarakat tawaran Rafique Rashid Ali di Shah Alam

Sat Nov 12 2022

Muhyiddin mohon maaf atas kenyataan Ketua Pemuda Pas Sik

Sat Nov 12 2022

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kenyataan Ketua Pemuda Pas Sik Mohd Shahiful Mhd Nasir yang menyatakan mengundi Barisan Nasionaldan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan masuk ke neraka.

ARTIKEL PENUH DI SINI

'Ramai orang bercita-cita nak jadi PM' - Tun Mahathir

Sat Nov 12 2022

Sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri sekiranya menang bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk Khairy Jamaluddin.

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sama ada seseorang itu layak diangkat sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya, bergantung kepada kemenangan individu tersebut di kerusi yang ditandinginya.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Kapar perlukan sistem takungan air seperti Tasik Shah Alam - Calon BN

Sat Nov 12 2022

Sebuah taman rekreasi yang berfungsi sebagai tempat riadah dan lokasi takungan air perlu diwujudkan di Kapar bagi menangani masalah banjir yang kerap berlaku.

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 bagi Barisan Nasional di Kapar, Muhammad Noor Azman berkata, Tasik Shah Alam adalah antara contoh terbaik yang boleh dilakukan di parlimen itu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Lebih 1,000 NGO seru parti politik perkasa ekonomi orang Melayu, jaga kedaulatan Islam

Sat Nov 12 2022

Lebih 1,000 badan bukan kerajaan Melayu dan Islam hari ini menyeru parti politik di negara ini memberi tumpuan kepada agenda memperkasa ekonomi rakyat khususnya orang Melayu serta menjaga kedaulatan Islam.

Perkara itu ditegaskan dalam Muzakarah 113 Cendekiawan melibatkan NGO berkenaan termasuk Gerakan Pembela Ummah, Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia serta 15 pakar daripada pelbagai bidang.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata

Sat Nov 12 2022

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan tindakan pengisytiharan harta oleh ahli politik, namun ia perlu dilaksanakan sepanjang masa dan bukan dalam musim pilihan raya semata-mata.

Bekas perdana menteri itu berkata sebaliknya, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.


Pengundi perlu pilih parti yang tawarkan manifesto praktikal - Mahdzir

Sat Nov 12 2022

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mengingatkan rakyat supaya memilih parti yang menawarkan manifesto lebih praktikal dan digubal berdasarkan realiti semasa, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional bagi Parlimen Padang Terap berkata rakyat telah menyaksikan kesan daripada PRU14 pada 2018 apabila Pakatan Harapan dipilih menerajui negara yang menawarkan pelbagai janji tetapi tidak ditepati.

Hujan lebat, banjir kilat cabaran kempen Chow Kon Yeow di Batu Kawan

Sat Nov 12 2022

Berkempen dalam suasana cuaca tidak menentu antara cabaran yang perlu dihadapi semua calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Berbaki enam hari kempen, calon Pakatan Harapan Parlimen Batu Kawan, Chow Kon Yeow berkata, beliau perlu menemui seramai mungkin pengundi bagi memastikan dirinya dikenali seterusnya dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

BACA BERITA PENUH
DI SINI

#SuaraMalaysia: Majoriti sudah tahu siapa bakal diundi pada 19 Nov ini

Sat Nov 12 2022

Tinggal enam hari untuk semua parti dan calon berkempen bagi menawan hati pengundi menjelang 19 November dan kehangatannya semakin meningkat.

Dengan hari mengundi yang semakin hampir, kami telah bertanyakan kepada pembaca dan penonton Astro AWANI mengenai kecenderungan, serta isu-isu berkaitan pilihan raya di pelbagai platform kami.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

PRU15: 'Dia datang atau tak, saya tetap akan muncul' - Khalid Samad

Sat Nov 12 2022

Susulan jemputan 'Debat Wilayah' antara calon Parlimen Titiwangsa Pakatan Harapan, Khalid Abdul Samad dan calon Barisan Nasional, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang akan diadakan esok, Khalid memaklumkan sudah siap sedia dan tetap akan muncul di lokasi seperti dijanjikan.

Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan dari Johari. 

ARTIKEL PENUH DI SINI

Apa Jerantut mahu? Ini jawapan calon BN, PN, PH

Sat Nov 12 2022

Parlimen Jerantut menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Jika dilihat kepada ketiga-tiga calon, kesemuanya merupakan muka baharu yang dipertaruhkan oleh setiap parti yang bertanding.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Jalin kerjasama antara PH dan GPS? Ini jawapan Anwar

Sat Nov 12 2022

Pakatan Harapan (PH) sentiasa terbuka untuk berbincang atau bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, jelasnya perkara itu akan dibangkitkan selepas keputusan 19 November ini.

Menurut Anwar, Sabah dan Sarawak memainkan peranan besar dalam pembentukan Malaysia, justeru perkara itu perlu diambil kira dengan serius.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Calon tidak wajib isytihar harta - Ismail Sabri

Sat Nov 12 2022

Pengisytiharan harta bukan sesuatu perkara yang diwajibkan bagi calon yang bertanding pada pilihan raya umum, sebaliknya ia boleh dilakukan atas kerelaan sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu tidak termasuk dalam akta perundangan bagi mana-mana calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen mahu pun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

BACA BERITA PENUH
DI SINI

Apa cabaran Ahmad Hassan untuk pertahan kerusi Parlimen Papar?

Sat Nov 12 2022

Walaupun hanya menang dengan majoriti 325 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), penyandang kerusi Parlimen Papar, Ahmad Hassan yakin mampu mengulangi kejayaan sama pada PRU15.

Ahmad mengakui pada PRU14, gelombang perubahan mungkin sedikit memberi kelebihan kepadanya untuk menang dalam saingan empat penjuru.

ARTIKEL PENUH
DI SINI

Dakwa tentera dibayar RM300 undi awal, Anwar akan serah bukti kepada SPR

Sat Nov 12 2022

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya termasuk bukti mengenai dakwaannya berhubung isu pengundian awal membabitkan anggota tentera di Bera.

Jelasnya, beliau telah membuat kenyataan secara terbuka mengenai perkara itu dan SPR telah memintanya untuk menyampaikan maklumat.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

 Anwar boleh lapor, bawa bukti untuk polis siasat

Sat Nov 12 2022

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta membuat laporan polis berhubung dakwaan anggota tentera yang mengundi pos di Parlimen Bera dibayar RM300.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, laporan itu bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan lanjut sekali gus membersihkan nama dan imej pasukan keselamatan yang tercalar akibat dakwaan itu.

ARTIKEL PENUH
DI SINI

Orang Sarawak suka bekerja! Abang Jo kaji umum cuti 18 November

Sat Nov 12 2022

Kerajaan Sarawak masih mengkaji keperluan mengisytiharkan cuti pada 18 November depan, sempena PRU15. 

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya khuatir, pengisytiharan dan pewartaan tarikh tersebut akan memberi impak negatif kepada ekonomi negeri.

Masyarakat Cina diharap beri sokongan kepada GTA - Dr Mahathir

Sat Nov 12 2022

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap akan mendapat lebih banyak sokongan daripada masyarakat Cina di negara ini agar parti itu dapat bersaing dengan parti lain dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Sarawak masih pertimbang cuti pada 18 November ini

Sat Nov 12 2022

Kerajaan Sarawak masih mempertimbangkan untuk mengumumkan cuti pada 18 November ini sehari sebelum Hari Pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkara itu yang dikhuatiri memberi kesan kepada ekonomi negeri.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

GRS akan bertindak, kaji dakwaan ADUN Kemabong sokong calon Bebas

Sat Nov 12 2022

Gabungan Rakyat Sabah akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas Datuk Rubin Balang sekiranya ADUN Kemabong itu secara terang-terangan menyokong calon Bebas yang juga ahli KDM. 

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, laporan lengkap perlu diperoleh dan diteliti sama ada benar Rubin berkempen dan menyokong calon Bebas, Riduan Rubin, yang juga anaknya.

Pembangunan realistik, isu setempat jadi keutamaan di Arau - Rozabil

Sat Nov 12 2022

Rancangan pembangunan realistik dan memenuhi keperluan penduduk setempat menjadi tumpuan utama calon BN Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rozabil berkata, tiada keperluan menyenaraikan rancangan pembinaan projek-projek mega dalam agenda pembangunan kawasan di sini kerana penduduk dalam kawasan Arau mahu sesuatu yang realistik untuk dilaksanakan dan memenuhi kehendak mereka.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Sentimen pengundi tak berubah, masih sokong PH di Kota Raja - Mat Sabu

Sat Nov 12 2022

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mendakwa sentimen pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih tidak berubah dan mereka masih menyokong Pakatan Harapan (PH) di Kota Raja.

Bagaimanapun, calon Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, apa yang tidak dapat diukurnya adalah sentimen pengundi yang pertama kali mengundi dan berumur 18 tahun.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Muar perlu hab industri, wujudkan pekerjaan berkualiti - Syed Saddiq

Sat Nov 12 2022

Muar memerlukan pembangunan kawasan industri bagi mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti selain jaminan untuk anak tempatan kekal mencari pendapatan di kawasan itu.

Calon MUDA bagi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, usaha itu juga bagi memastikan peluang pekerjaan tidak hanya tertumpu kepada warga asing.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Giant' di Manjoi, poster gergasi Anwar Ibrahim gamit perhatian ramai

Sat Nov 12 2022

Kehadiran poster 'gergasi' calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat pintu gerbang Gugusan Manjoi, yang sinonim dengan perkampungan Melayu terbesar di Malaysia, di sini, menarik perhatian ramai orang.

Manakan tidak, poster yang terpampang sosok Pengerusi PH merangkap Presiden PKR itu disifatkan begitu unik dan besar. Ketinggiannya pula boleh dikatakan melebihi bangunan dua tingkat.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Kebimbangan jadi nyata, banjir musim mengundi - Nurul Izzah

Sat Nov 12 2022

"Kebimbangan jadi nyata."

Itu yang diluahkan calon Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar secara sponton ketika ditemui Astro AWANI tengah malam tadi.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Muar perlu hab industri yang lebih pesat

Sat Nov 12 2022

GTA tidak bekerjasama dengan BN, PN, PH selepas PRU15 - Dr Mahathir

Sat Nov 12 2022

Gerakan Tanah Air (GTA) tidak akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata GTA mempunyai pilihan lain sekiranya hendak menjalinkan kerjasama iaitu dengan parti-parti lain di Sabah dan Sarawak serta wakil rakyat Bebas.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tujuh hari menuju 19 Nov

Sat Nov 12 2022

Dua calon Sekijang perjuang isu kesihatan

Sat Nov 12 2022

Calon Parti Warisan (Warisan) bagi Parlimen Sekijang, Dr Mohd Zohar Ahmad berkongsi misi yang sama dengan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Zaliha Mustafa iaitu mahu meningkatkan perkhidmatan kesihatan berkualiti dan mampu dinikmati semua penduduk di kawasan itu.

Menurut Dr Mohd Zohar, 50, yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun dalam bidang kesihatan, beliau dan Dr Zaliha mengetengahkan isu yang sama ketika berkempen iaitu mahu membaiki kelemahan yang ada dalam sistem perkhidmatan kesihatan di sini.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pengundi pos luar negara dakwa belum terima kertas undi

Sat Nov 12 2022

BEBERAPA warganegara Malaysia yang berada di luar negara resah apabila mendakwa masih belum menerima kertas undi pos untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat Sabtu.

Lebih membimbangkan apabila ada di antara mereka hanya akan menerima kertas undi itu pada 19 November iaitu tarikh hari mengundi.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Wakil rakyat perlu tangani isu bekalan air bersih, peluang pekerjaan

Sat Nov 12 2022

Polis Besut terima 21 permohonan permit ceramah kempen sejak 5 Nov

Sat Nov 12 2022

PH tidak tolak kemungkinan gabung dengan parti lain jika tiada majoriti mudah - Mat Sabu

Fri Nov 11 2022

Pakatan Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan bergabung dengan parti lain sekiranya gagal mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang ini.

Timbalan Presiden PH Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, sasaran untuk memenangi lebih 112 kerusi termasuk di Terengganu dan Kelantan, masih mampu direalisasikan berdasarkan perkembangan semasa.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Lelaki turunkan bendera PH di hadapan Muzium Negara adalah ejen pemantau parti - Polis

Fri Nov 11 2022

Polis mengesahkan lelaki yang menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan Muzium Negara dalam sebuah video tular di media sosial adalah ejen pemantau PH untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor, berkata tindakan lelaki tersebut adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan Ketua Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bersama wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) PP-KPR Parlimen Lembah Pantai.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Polis keluarkan 360 permit ceramah PRU15 di Kelantan

Fri Nov 11 2022

Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan 360 permit ceramah kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat 2 petang tadi di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata bagi kempen melibatkan tinjauan mesra dan program ziarah rumah ke rumah, calon hanya perlu membuat permohonan secara bertulis sekali sahaja dan memaklumkan lokasi serta masa dalam tempoh berkempen ini.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tahun 2023 bukan biasa-biasa, perlu kerajaan stabil - Annuar

Fri Nov 11 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyifatkan 2023 sebagai tahun bukan 'biasa-biasa', sebaliknya penuh dengan cabaran hebat, justeru kerajaan yang benar-benar stabil diperlukan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terbela.

Beliau berkata cabaran buat ahli-ahli Parlimen yang bakal dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sangat besar berikutan kerajaan baharu dibentuk berada dalam situasi ekonomi dunia sangat mencabar.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pembangunan pengangkutan awam keutamaan Radzi, Mohd Rosli di Putrajaya

Fri Nov 11 2022

Pembangunan infrastruktur dan pengangkutan awam antara keutamaan calon-calon yang bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Dr Radzi Jidin berkata infrastruktur dan kemudahan awam terancang adalah antara lima tunjang dalam 50 tawaran yang akan dilaksana sekiranya memenangi kerusi Parlimen itu.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Selesai isu bekalan air antara inti pati 'Ikhtiar Makmur' BN Pahang

Fri Nov 11 2022

Menyelesaikan isu bekalan air antara enam perkara utama digariskan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Pahang yang dinamakan "Ikhtiar Makmur", sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bagi tujuan itu, peruntukan RM2.3 bilion telah diperuntukkan bagi pelaksanaan 217 projek berkaitan bekalan air yang dikenal pasti di seluruh Pahang.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

KJ mahu ‘bersihkan’ UMNO, BN

Fri Nov 11 2022

Zahid beri jaminan tiada ahli politik BN akan dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM

Fri Nov 11 2022

Barisan Nasional (BN) tidak akan melantik wakil rakyat atau ahli politik dalam kalangan mereka sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), apabila berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata komitmen itu adalah signal jelas mereka, dalam usaha membanteras korupsi dan persepsi rasuah di dalam gabungan tersebut serta dalam kalangan masyarakat.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Banjir kilat di Seberang Perai, beberapa calon PRU15 batal program kempen

Fri Nov 11 2022

Hujan lebat di Pulau Pinang sejak petang tadi, menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai mengalami banjir kilat.

Antara lokasi yang dinaiki air termasuk beberapa kawasan di Juru, Kampung Baru Alma, Berapit, Jalan Sukun dan Jalan Tembikai di Bukit Mertajam.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Jadi PM? Menang Sungai Buloh dulu, kata Zahid kepada KJ

Fri Nov 11 2022

Khairy Jamaluddin diingatkan untuk memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh terlebih dahulu sebelum berhasrat menjadi Perdana Menteri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, fokus perlu diberikan kepada gerak kerja memperkuatkan parti dan bukan mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan imej parti.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

"Saya bukan 'yes man', sebab tu presiden 'marah' saya hari-hari" - Khairy

Fri Nov 11 2022

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional untuk P107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin memberi jaminan kepada penduduk di kawasan itu bahawa beliau bukan seorang ‘yes man’, atau hanya menjadi ‘pak turut’ dalam UMNO.

Menteri Kesihatan itu berkata, beliau lebih tegas untuk mengkritik sesuatu perkara secara terbuka, biarpun ia mungkin tidak disenangi kepimpinan UMNO.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Jangan pandang rendah PN urus ekonomi - Muhyiddin

Fri Nov 11 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan, kejayaan negara menguruskan krisis ekonomi sebahagiannya adalah daripada usaha kerajaan pimpinannya itu.

Muhyiddin yang juga calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PN bagi Parlimen Pagoh, mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu memandang rendah terhadap keupayaan gabungan itu menangani cabaran ekonomi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Banjir semasa PRU? Tiga hari akan datang sangat kritikal - Pakar Metereologi

Fri Nov 11 2022

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh wakil rakyat selain memberi respon segera jika banjir berlaku dalam masa terdekat, ketika Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) semakin hampir.

Pakar Metereologi, Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, tempoh tiga hari akan datang sangat penting untuk meramalkan apa yang akan berlaku.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Strategi MCA letak calon muda dalam setiap pilihan raya untuk jadi parti dinamik

Fri Nov 11 2022

Meletakkan calon-calon muda dalam setiap pilihan raya adalah strategi jangka panjang MCA untuk menjadikan sebuah parti dinamik yang mendengar suara anak muda, kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Wee berkata pihaknya telah memulakan strategi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, dan kini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

#SuaraMalaysia: Majoriti sudah tahu nak undi siapa pada PRU15

Fri Nov 11 2022

Hampir seminggu berlalu selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Umum-15 (PRU15), kini negara sedang mengharungi tempoh berkempen yang semakin hari semakin terasa bahangnya.

Menerusi kaji selidik #SuaraMalaysia yang dilakukan Astro AWANI, didapati ramai yang sudah tahu siapa yang bakal mereka undi berdasarkan soalan yang kami tanyakan sejak jam 12 tengah malam tadi – ‘Anda sudah tahu siapa yang bakal anda undi 19 November ini?’.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

[LAPORAN KHAS] Nasib etnik Pala'u mengemis, penempatan khas sedang dirancang

Fri Nov 11 2022

ASTRO AWANI pada Khamis telah memaparkan 'Laporan Khas Nasib Pengemis Pala'u' di Lahad Datu, Sabah.

Ini bukan 'fenomena' baharu di kawasan ini.

Apakah cukup dengan tidak memberikan wang, atau mencemuh mereka?

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Anwar dakwa ada anggota tentera dibayar mengundi hari ini

Fri Nov 11 2022

"Kita jaga Sungai Buloh, kita jaya Malaysia" - Ini janji KJ kepada pengundi

Fri Nov 11 2022

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN) bagi kawasan P107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin hari ini menggariskan empat teras dalam manifestonya bertajuk #KataJanjiSungaiBuloh.

Dari Sejahtera Sungai Buloh, kepada Digital Sungai Buloh, hinggalah ke Sihat Sungai Buloh dan Lestari Sungai Buloh, dokumen setebal 15 muka surat itu dilihat menyentuh setiap aspek kehidupan untuk segenap lapisan masyarakat di kawasan itu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pili bomba 'hilang' cetus perang mulut dua calon Parlimen Stampin

Fri Nov 11 2022

'Takkan rakyat nak pilih calon PM bekas banduan, kluster mahkamah' - Muhyiddin

Fri Nov 11 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan, keputusan untuk menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri dibuat berdasarkan persetujuan pucuk pimpinan parti itu.

Ujarnya, perkara itu bertujuan bagi memastikan rakyat jelas berhubung siapa bakal calon Perdana Menteri yang perlu mereka putuskan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Permohonan permit kempen secara 'walkabout' hanya perlu mohon sekali sepanjang PRU15

Fri Nov 11 2022

Permohonan permit untuk kempen secara 'walkabout' hanya perlu dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh berkempen dalam kawasan yang ditandingi calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Operasi PRU15 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Hazani Ghazali berkata perkara di bawah Subseksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya (Akta 5) itu ialah bagi kedua-dua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Saya serahkan kepada rakyat untuk hukum PH, BN yang tidak jujur' - Azmin

Fri Nov 11 2022

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoalkan sandiwara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan yang bersih daripada rasuah, sedangkan beberapa calon mereka berdepan dengan pertuduhan jenayah berkenaan di mahkamah.

Justeru Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berpendapat, BN dan PH  tidak jujur dalam menyampaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mereka.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Kerusi panas PRU15: Gombak kekal milik Azmin atau Pakatan Harapan?

Fri Nov 11 2022

BUKAN mahu menidakkan keupayaan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain, mahupun dua lagi calon di P098 Gombak, iaitu Zulkifli Ahmad (Bebas), dan Datuk Aziz Jamaluddin Mhd Tahir (Pejuang).

Tetapi hampir pasti perlumbaan sebenarnya untuk kawasan yang mempunyai sekitar 206,000 pengundi ini adalah antara dua figura - iaitu penyandangnya Datuk Seri Azmin Ali, dan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.


BACA ARTIKEL PENUH
DI SINI

Pulai antara kerusi tumpuan, apa nilai tambah calon tawar pada pengundi?

Fri Nov 11 2022

Kerusi P161 Pulai antara salah satu kawasan yang bakal menjadi tumpuan menjelang Hari Pengundian pada 19 Nov ini.

Kerusi ini menampilkan dua calon ‘heavyweight’ termasuk seorang calon muka baharu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Aset Rafizi: KDN hanya siasat jika terdapat keperluan - Hamzah

Fri Nov 11 2022

Kementerian Dalam Negeri hanya akan melakukan siasatan jika terdapat keperluan berhubung aset milik Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata siasatan berhubung perkara itu setakat ini akan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BACA BERITA PENUH
DI SINI

Polis Pulau Pinang galak calon, parti politik mohon permit 'walkabout'

Fri Nov 11 2022

Polis Pulau Pinang menggalakkan semua parti politik dan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini supaya mendapatkan permit terlebih dahulu sebelum mengadakan program turun padang atau walkabout.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam konteks kempen PRU, undang-undang secara khusus mengatakan walkabout tidak memerlukan permit.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Isytihar harta selepas dilantik dalam kerajaan - Khairy

Fri Nov 11 2022

Calon PRU15 dari Barisan Nasional akan mengisytiharkan harta mereka setelah dilantik sebagai anggota Kabinet, kata Khairy Jamaluddin.
|
Calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh itu berkata ia adalah selaras dengan amalan parti iaitu pengisytiharan harta akan dilaksanakan selepas kerajaan dibentuk.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: Tak salah saya bercita-cita tinggi mahu jadi perdana menteri - Khairy

Fri Nov 11 2022

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan, tidak salah ahli politik sepertinya bercita-cita menjadi perdana menteri suatu hari nanti.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat sebelum ini memberi bayangan bahawa beliau ingin berkhidmat untuk negara dan rakyat jika diberi peluang mengemudi kerajaan.

BERITA PENUH DI SINI

PRU15: Isytihar harta selepas dilantik dalam kerajaan - Khairy

Fri Nov 11 2022

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dari Barisan Nasional (BN) akan mengisytiharkan harta mereka setelah dilantik sebagai anggota Kabinet, kata Khairy Jamaluddin.


Calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh itu berkata ia adalah selaras dengan amalan parti iaitu pengisytiharan harta akan dilaksanakan selepas kerajaan dibentuk.

BERITA PENUH DI SINI

Polis terima laporan calon DUN Hulu Kinta diugut

Fri Nov 11 2022

Polis terima laporan calon kerusi DUN Hulu Kinta Datuk Mazlan Abdul Rahman diugut melalui nombor telefon yang tidak dikenali.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ugutan itu diterima ketika calon berkenaan sedang berkempen.

Mazlan berkata ugutan itu diterima melalui WhatsApp kira-kira 6 petang 8 Nov dan 11.34 pagi 10 Nov sebelum membuat laporan di Balai Polis Tambun, tengah hari semalam.






PRU15: Saya tak minat cakap isu negeri, pusat, tapi mahu fokus masalah di Batu Sapi - Khairul Firdaus

Fri Nov 11 2022

Berbeza dengan kebanyakan pihak yang mahu mengangkat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Khairul Firdaus Akbar Khan pula sebaliknya.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu beriltizam menyelesaikan permasalahan di Parlimen Batu Sapi terlebih dahulu berbanding memfokuskan isu di peringkat negeri, ataupun nasional.

BERITA PENUH DI SINI.

Pemandu lori ditahan bakar bendera parti di Dungun

Fri Nov 11 2022

Seorang pemandu lori berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki merosakkan bahan kempen pilihan raya.

Supt Baharudin Abdullah berkata, hasil maklumat orang awam, satu tangkapan dibuat terhadap lelaki itu di rumahnya di Kampung Pasir Raja, Dungun, pada jam 1.30 pagi tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan suspek yang dipercayai positif dadah akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

BERITA PENUH DI SINI


PRU15: Sasaran 30 peratus calon wanita masih jauh untuk digapai

Fri Nov 11 2022

Banyak sejarah tercipta pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, antaranya ialah jumlah calon wanita.

Berjumlah 187 orang - 127 untuk kerusi Parlimen dan 60 di peringkat Dewan Undangan Negeri -, ia adalah paling ramai dalam sejarah pilihan raya negara setakat ini. Namun, di peringkat persekutuan, angka 127 itu hanyalah 13.4 peratus daripada keseluruhan 945 calon yang bertanding merebut kerusi Dewan Rakyat. Jelas, ia jauh daripada sasaran 30 peratus wakil wanita yang dijanjikan oleh pemimpin politik kira-kira sedekad lalu.

BERITA PENUH DI SINI.

PRU15: BN Gopeng perkenal calon guna bas HOHO

Fri Nov 11 2022

Pelbagai kaedah menarik diguna pakai untuk meuar-uarkan serta memperkenalkan calon parti masing-masing ketika tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengambil pendekatan lebih berani dan menonjol, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya menggunakan bas 'Hop On Hop Off' (HOHO) sepanjang tempoh 14 hari berkempen.

BERITA PENUH DI SINI.

PRU15: Ini tawaran Shahril Hamdan untuk Alor Gajah

Fri Nov 11 2022

Calon Barisan Nasional (BN) P.135 Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan menggariskan beberapa matlamat yang ingin dicapai sekiranya dipilih menjadi perwakilan oleh pengundi kawasan itu.

Beliau memberi penumpuan kepada isu pendapatan dan peluang pekerjaan anak muda dan wanita, serta sasaran menjadikan Alor Gajah sebagai hab sekuriti makanan.

BACA BERITA PENUH DI SINI.

PRU15: Reformasi dasar tangani banjir jadi perjuangan Pak Wan

Thu Nov 10 2022

Calon Perikatan Nasional (PN) P.135 Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mahu terus memperjuangkan reformasi dasar penyelesaian isu banjir andai terus dipilih sebagai perwakilan.

Tegasnya, usaha menangani masalah banjir berlaku akibat pembangunan yang tidak lestari tidak seharusnya menggunakan wang rakyat sebaliknya tanggungjawab itu harus diletakkan pada pemaju terlibat.

BERITA LANJUT DI SINI.

PRU15: Adly mahu teruskan agenda jadikan Alor Gajah bandar satelit

Thu Nov 10 2022

Calon PH P.135 Alor Gajah, Adly Zahari tekad mahu meneruskan perancangannya ketika menjadi Ketua Menteri Melaka dahulu yang tergendala untuk menjadikan Alor Gajah sebagai bandar satelit.

Jelasnya, ia melibatkan pembangunan dalam aspek pendidikan, perumahan dan industri untuk membentuk satu ekosistem masyarakat yang sejahtera dan lestari di kawasan yang dilihatnya sebagai berpotensi tinggi.

BERITA LANJUT DI SINI.


Calon 'hero' banjir di Selangor mula bersaing

Thu Nov 10 2022

SHAH ALAM, Klang dan Sungai Buloh adalah antara kawasan Parlimen paling teruk terjejas dengan bencana banjir yang melanda negeri Selangor pada minggu ini.

Baru masuk seminggu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kesemua calon daripada parti yang bertanding di kawasan banjir nampaknya sudah diberikan 'kertas ujian' sebelum bermulanya 'peperiksaan besar' pada 19 November.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: KJ nafi dakwaan Zahid, akui dirinya bukan 'yes man'

Thu Nov 10 2022

Calon Parlimen Sungai Buloh dari Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau yang meminta untuk bertanding di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memetik laporan Free Malaysia Today, Khairy memaklumkan, beliau telah menunggu isyarat daripada pucuk pimpinan parti mengenai di mana akan bertanding, namun tidak mendengar apa-apa daripada mereka, justeru beliau memutuskan mengambil inisiatif sendiri.

BERITA LANJUT DI SINI.

Nanta akui gusar bila GPS masuk gelanggang politik di Sarawak

Thu Nov 10 2022

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS,) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini mendedahkan bahawa beliau agak gusar tentang penerimaan rakyat terhadap GPS dan lambang Kenyalang (Enggang) apabila gabungan itu bertanding buat kali pertama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 tahun lepas.

Katanya, beliau rasa lega apabila kini lambang politik itu menjadi pilihan rakyat terutamanya di kebanyakan kawasan luar bandar kerana GPS berjaya memenangi 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dalam pilihan raya selain menyapu bersih kerusi DUN Katibas, Pelagus, Bukit Goram dan Balleh di Bahagian Kapit.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Aset bersih Syed Saddiq berjumlah RM1.9 juta

Thu Nov 10 2022

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan jumlah keseluruhan aset bersih yang dimilikinya adalah sebanyak RM1.9 juta untuk tempoh setakat 30 September.

Ujar Syed Saddiq, pengisytiharaan aset itu adalah penting bagi membuktikan ketelusan selain pihaknya turut menggesa beberapa ahli dari MUDA untuk membuat perkara sama.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Isytihar harta hanya sandiwara, PN tidak perlu terikut-ikut - Azmin

Thu Nov 10 2022

Tindakan beberapa calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) membuat pengisytiharan harta dan jumlah aset, hanyalah satu sandiwara.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana mereka yang telah mengisytiharkan harta itu sendiri mempunyai rekod terlibat rasuah.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Khairy miliki karakter, personaliti, rekod prestasi untuk jadi PM - Annuar

Thu Nov 10 2022

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin mempunyai karakter, personaliti dan rekod prestasi yang baik untuk menjadi perdana menteri pada masa hadapan, kata Menteri Komunikasi dan Mutimedia Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh berkata kenyataan berani Khairy yang menyuarakan hasrat menjadi perdana menteri satu hari nanti membuktikan menteri kesihatan itu seorang yang berkeyakinan dan bersikap positif.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Banjir di Selangor, tindakan bubar Parlimen adalah langkah silap - MB

Thu Nov 10 2022

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menegaskan banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri itu membuktikan tindakan membubarkan Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah silap.

"Saya beranggapan bahawa langkah yang diambil terhadap pembubaran dan sebagainya merupakan satu langkah yang silap," katanya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pencalonan Aminuddin, laporan Ahmad Idham wajar diteliti SPR - Kamalanathan

Thu Nov 10 2022

Status mengenai pencalonan Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Port Dickson wajar diteliti jika dakwaan calon Gerakan Tanah Air (GTA) Ahmad Idham Ahmad Nadzri mempunyai asas.

Menurut Datuk P. Kamalanathan yang juga merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi tersebut, walaupun beliau percaya Aminuddin berkemungkinan telah melakukan semakan dari pelbagai aspek namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar menelitinya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Sokongan terhadap PN semakin meningkat - Muhyiddin

Thu Nov 10 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin sokongan rakyat kepada gabungan itu semakin meningkat, berdasarkan sambutan luar biasa yang dilihatnya sepanjang sesi turun padang berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata kebanyakan rakyat yang ditemuinya sepanjang tempoh itu, menyatakan hasrat mahukan pembaharuan pada pentadbiran negara.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Manifesto Mat Sabu RM50 bilion atasi banjir tak masuk akal - Kajendran

Thu Nov 10 2022

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN) Kota Raja, D Kajendran menyifatkan manifesto Mohamad Sabu membabitkan peruntukan RM50 bilion untuk mengatasi banjir di Lembah Klang khususnya di Parlimen itu sebagai mengarut.

Ujarnya, pesaingnya di kerusi berkenaan dari Parti Amanah Negara (Amanah) itu bercakap tidak masuk akal kerana tidak menyedari betapa besar angka berkenaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

GTA tawar manifesto Agenda Baharu Malaysia, berbeza dengan parti lain - Tun M

Thu Nov 10 2022

Gerakan Tanah Air (GTA) menawarkan manifesto Agenda Baharu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

GTA yang bertanding menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendakwa Agenda Baharu Malaysia berlainan daripada manifesto parti-parti politik lain.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Sasaran kerusi Parlimen, PN akan buat kejutan - Azmin

Thu Nov 10 2022

Ketika Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan sasaran masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, Perikatan Nasional (PN) mengambil sikap berdiam diri.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, mereka akan membuat kejutan pada 19 November nanti iaitu hari mengundi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Beri peluang PN perintah satu penggal - Hadi Awang

Thu Nov 10 2022

Beri peluang Perikatan Nasional (PN) mentadbir Malaysia selama satu penggal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk dinilai, kata Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berkata PN perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu bagi Malaysia kerana rekod prestasi gabungan parti itu bersih daripada sebarang salah laku.

BACA BERITA PENUH DI SINI

[LAPORAN KHAS] 'Kami hanya nak beli ubi...' - Nasib etnik Pala'u mengemis

Thu Nov 10 2022

MEREKA menjadikan bot sebagai rumah, dan laut sebagai lantainya. Kerana arus kemodenan, mereka mula naik ke daratan.

Etnik ini yang juga dikenali sebagai 'Gipsi Laut', kini menjadi pengemis di sebalik lampu isyarat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Era 'pilihan raya TikTok' pikat pengundi muda

Thu Nov 10 2022

Persaingan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini bukan sekadar persaingan merebut tempat sebagai wakil rakyat, tetapi juga menjadi medan menunjukkan kreativiti masing-masing di media sosial.

Penganalisis Politik dan Media Sosial UiTM, Prof Madya Sara Chinnasamy berkata, biarpun internet sudah lama wujud tetapi faktor pertambahan pengundi muda yang ketara menjadikan platform media sosial muncul sebagai platform paling signifikan dalam usaha memikat hati pengundi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Perak sedia beri cuti umum 18 November, tapi keputusan Isnin depan - MB

Thu Nov 10 2022

Perak bersedia mengikut jejak langkah beberapa negeri lain mengisytiharkan cuti umum pada 18 November ini bagi memudahkan rakyat pulang mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bagaimanapun berkata, perkara itu hanya dapat diputuskan selewat-selewatnya Isnin depan, setelah mendapat pandangan daripada Penasihat Undang-undang Negeri (LA).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tambun bakal cipta sejarah, perpindahan terakhir Anwar, kata Azmin

Thu Nov 10 2022

Parlimen Tambun bakal mencipta sejarah apabila menjadi tempat perpindahan terakhir Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas Permatang Pauh dan Port Dickson, tegas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu, beliau yakin pengundi di kerusi Parlimen itu akan membuat kejutan dan memberi kemenangan kepada penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Khairy, Ramanan turun padang tinjau banjir di Sungai Buloh

Thu Nov 10 2022

Beberapa kawasan perumahan di Sungai Buloh adalah antara kawasan di Lembah Klang yang terjejas akibat banjir kilat selepas hujan lebat berterusan hari ini.

Dua calon 'heavyweight' yang bertanding di situ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Khairy Jamaluddin yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Datuk R Ramanan (Pakatan Harapan) meluangkan masa meninjau kawasan terlibat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon BN yakin menang 4-0 di Jerantut

Thu Nov 10 2022

Calon Parlimen Jerantut, Datuk Mohd Zukarmi Abu Bakar, 60, yakin Barisan Nasional (BN) akan sapu bersih kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada BN dengan membawa semangat pahlawan Melayu Pulau Tawar, Mat Kilau yang sering memperjuangkan hak orang Melayu daripada penjajah British.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Parlimen Jerantut bukan lagi 'kerusi selamat' mana-mana parti - Khairil Nizam

Thu Nov 10 2022

Calon Perikatan Nasional (PN), Ir Ts Khairil Nizam Khirudin menyifatkan Parlimen Jerantut kini bukan lagi boleh disifatkan sebagai kerusi selamat atau 'safe deposit' dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas beliau, jumlah pengundi baharu dan pengundi 18 tahun di Parlimen itu menyaksikan peningkatan lebih 20,000 pemilih yang layak untuk menunaikan tanggungjawab pada 19 November ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PM setuju agih komputer riba percuma pada M40 - Zahid Hamidi

Thu Nov 10 2022

Pemberian komputer riba secara percuma akan turut diperluas kepada pelajar anak golongan M40 sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkenaan telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO dalam satu pertemuan hari ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Polis keluarkan lebih 1,000 permit kempen, tahan tiga individu

Thu Nov 10 2022

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sebanyak 1,301 permit bagi mengadakan ceramah sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat semalam.

Pengarah Operasi PRU15 PDRM Datuk Seri Hazani Ghazali berkata daripada jumlah itu, 344 permit dikeluarkan di Sabah, Sarawak (215), Selangor (119), Kedah (107), Perak (102), Johor (86), Pahang (81), Negeri Sembilan (72), Kelantan (57), Pulau Pinang (45), Melaka (35), Perlis (17), Kuala Lumpur (11) dan Terengganu (10).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Muhaini turun padang bantu kempen Ismail Sabri

Thu Nov 10 2022

Menyusuri pepatah 'di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita di belakangnya,' Datin Seri Muhaini Zainal Abidin turun padang menyantuni penduduk FELDA Tembangau Dua di sini hari ini, bagi memberi sokongan kepada suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkempen.

Hadir tanpa ditemani Perdana Menteri, Muhaini selesa bertemu tetamu yang hadir pada Program Kenduri Rakyat di situ, secara santai dan bersahaja bertanya khabar dan mengingatkan hadirin untuk keluar menunaikan kewajipan mengundi pada 19 Nov ini sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerjasama GRS-BN berterusan selepas 19 November - Hajiji

Thu Nov 10 2022

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor yakin kerjasama di antara gabungan itu dengan Barisan Nasional (BN) Sabah akan berterusan pasca PRU15.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, ia merupakan mandat dan kepercayaan daripada rakyat yang perlu dijaga melalui kerjasama erat antara kedua-dua gabungan tersebut dalam mentadbir kerajaan negeri.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Fitnah, kenyataan tular itu palsu" - Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera

Thu Nov 10 2022

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan ada berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di dalam kem tentera seperti dakwaan yang tular di laman sosial.

Hishammuddin berkata video yang diviralkan itu adalah palsu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Polis P.Pinang buka enam kertas siasatan

Thu Nov 10 2022

Polis Pulau Pinang membuka enam kertas siasatan berhubung laporan jenayah dan kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat ini.

Jurucakap Media PRU15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kerana memeras ugut pengadu yang ingin memasang bendera di Jalan Padang Tembak, Ayer Itam di kawasan Parlimen Bukit Bendera.

BACA BERITA PENUH DI SINI

DAP tiada polisi untuk calon isytihar harta - Anthony Loke

Thu Nov 10 2022

DAP tidak mempunyai polisi yang mewajibkan calon-calon mereka yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk mengisytiharkan harta.

Setiausaha DAP, Anthony Loke Siew Fook memberitahu, pengisytiharan harta hanya akan dilakukan sekiranya seseorang calon itu menang dan dipilih sebagai menteri Kabinet.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: "Gaji Ahli Parlimen saya untuk rakyat Gombak" - Amirudin Shari

Thu Nov 10 2022

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini berikrar akan menyumbang seratus peratus gaji sebagai Ahli Parlimen, ke Dana Komuniti Gombak, iaitu salah satu daripada manifesto beliau.


Menteri Besar Selangor itu berkata, dana itu yang merupakan inisiatif untuk meningkatkan infrastruktur di kawasan tersebut, akan ditubuhkan sekiranya beliau berjaya memenangi kawasan Parlimen itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN yakin bentuk kerajaan tanpa kerajaan campuran - Ismail Sabri

Thu Nov 10 2022

Barisan Nasional (BN) yakin mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah memenangi 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BN juga berkeyakinan tidak perlu membentuk kerajaan campuran dengan parti lain, sebaliknya hanya bersama rakan di Sabah dan Sarawak bagi memperkukuhkan kerajaan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: Mujahid isytihar harta RM2.54 juta, miliki dua kondo

Thu Nov 10 2022

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengisytiharkan hartanya bernilai RM2.54 juta.

Mujahid yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak berkata, nilai berkenaan membabitkan aset hartanah bernilai lebih RM2 juta dan kenderaan (RM251,700).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Misi berbeza dua calon wanita di Kedah

Thu Nov 10 2022

Menurut data yang dikeluarkan SPR, PRU15 bakal menyaksikan 127 calon wanita akan bertanding di kerusi Parlimen manakala 60 lagi calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah.

Di Kedah, dua calon wanita yang ditemui Astro AWANI menyatakan bahawa mereka memiliki misi yang berbeza namun bergerak atas satu hasrat agar suara wanita dapat diangkat dengan lebih banyak di Dewan Rakyat.

BACA BERITA PENUH DI SINI



Kepentingan kos, strategi, media sosial terhadap perang poster

Thu Nov 10 2022

Kos, strategi pemasangan dan penekanan kepada media sosial nampaknya mempunyai kaitan dengan perang poster dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Parti-parti politik dilihat memilih untuk memasang poster dan bendera berbanding papan iklan dalam usaha untuk menampakkan kehadiran mereka.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Shahidan, Ismail, Zahidi, Azhar dialu-alukan sertai Pas

Thu Nov 10 2022

Pas mengalu-alukan penyertaan calon dari parti lain yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) termasuk bebas untuk menyertai parti itu.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia bagi mengukuhkan lagi gabungan PN sekiranya berjaya membentuk kerajaan di peringkat pusat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pulau Pinang negeri ketiga isytihar cuti umum 18 Nov ini

Thu Nov 10 2022

Pulau Pinang isytihar cuti umum pada 18 November ini bagi membolehkan pengundi pulang ke negeri masing-masing untuk mengundi keesokan harinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia menjadi negeri ketiga selepas Negeri Sembilan dan Selangor yang membuat pengumuman sama sebelum ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM

Thu Nov 10 2022

Golongan pemilih baharu perlu diberi bimbingan sepenuhnya tentang ilmu politik supaya kumpulan pengundi pertama kali ini tidak tersalah pilih pada PRU15 ini.

Demikian pendapat disuarakan Setiausaha Agung ABIM Fazril Saleh yang berkata, kumpulan anak muda yang baharu hendak mengenal dunia politik ini sewajarnya diberi bimbingan serta maklumat tepat.

BACA BERITA PENUH DI SINI



Sokong BN untuk realisasikan 'Bandar Benta 2.0' - Mohd Soffi

Thu Nov 10 2022

Pengundi di Parlimen Lipis, khususnya di kawasan DUN Benta, harus menterjemah sokongan undian kepada Barisan Nasional pada PRU15 ini.

Calon BN Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak menegaskan, ia penting bagi memastikan kepesatan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Parlimen Sungai Buloh kini kawasan sukar diramal - Penganalisis

Thu Nov 10 2022

Parlimen Sungai Buloh yang sepatutnya menjadi kerusi selamat buat Pakatan Harapan, kini menjadi kerusi yang sukar diramal, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar.

Beliau berkata, ini susulan pertembungan calon yang membawa personaliti kuat seperti Khairy Jamaluddin di kawasan itu, selain kekuatan sokongan berdasarkan parti calon Pakatan Harapan (PH).


BACA BERITA PENUH DI SINI

PH tekad teruskan agenda mansuhkan tol secara berperingkat - Anthony Loke

Thu Nov 10 2022

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) kali ini lebih realistik dalam membuat tawaran selepas belajar daripada pengalaman menjadi kerajaan pada PRU14.

Mereka tetap konsisten dengan matlamat menghapuskan tol secara berperingkat, namun mengakui ia bukan sesuatu yang boleh terlaksana dengan sekelip mata.


BACA BERITA PENUH DI SINI

SPR larang guna telefon bimbit ketika mengundi

Thu Nov 10 2022

Pengundi tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit ketika membuang undi di tempat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Satu infografik yang dimuat naik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di platform sosial mereka pada Rabu memasukkan perkara tersebut dalam 10 langkah pengundian perlu dipatuhi oleh pengundi ketika mengundi pada 19 November ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Harga tiket RM199 pulang Sabah, Sarawak jika PH menang

Thu Nov 10 2022

Pakatan Harapan (PH) menawarkan manifesto harga tiket penerbangan RM199 bagi perjalanan balik ke Sabah atau sebaliknya jika pakatan itu berjaya memerintah kerajaan.

Calon PH di Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berkata, penyertaan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dalam PH sebagai salah satu parti komponen sudah semestinya telah membangkitkan idea atau cadangan baharu yang lebih segar untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Rakyat boleh tuntut lebih satu manifesto jika kerajaan campuran terbentuk'

Thu Nov 10 2022

Rakyat boleh menuntut pelaksanaan lebih daripada satu manifesto gabungan atau parti politik sekiranya kerajaan campuran terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Menurut penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tidak wujud 'Little Napoleon' dalam Pas - Mohd Syahir

Thu Nov 10 2022

Keputusan Pas menggugurkan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama dibuat secara bersama dan kolektif tanpa dipengaruhi mana-mana pihak sekali gus menafikan kewujudan ‘Napoleon Kecil' (Little Napoleon) dalam parti itu.

Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, beliau boleh mengesahkan perkara itu selepas mengambil kira tindak tanduk Tan Sri Abdul Hadi Awang yang tidak pernah membuat keputusan menggunakan kuasa veto.


BACA BERITA PENUH DI SINI

GTA umum manifesto hari ini, tak janji bukan-bukan

Thu Nov 10 2022

Parti Gerakan Tanah Air (GTA) akan mengumumkan manifestonya pada Khamis untuk menarik undi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Penajanya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, antara yang terkandung dalam manifesto itu adalah menghapuskan rasuah dan membawa pihak yang melakukan jenayah itu ke muka keadilan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Bersatu keluar PH bukan tindakan pengkhianat - Rina Harun

Thu Nov 10 2022

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar dari Pakatan Harapan (PH) bukan satu tindakan pengkhianat, tegas Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Harun.

Sebaliknya, kata calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Sepang itu, langkah itu diambil kerana mahu menyelamatkan agama, bangsa dan negara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Dugaan besar buat Young Syefura, disahkan keguguran ketika sambut hari jadi

Thu Nov 10 2022

Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkongsi kisah duka apabila disahkan mengalami keguguran ketika menyambut hari kelahirannya semalam.

Berita duka itu dikongsi Young Syefura menerusi akaun Instagramnya pada Khamis.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin

Wed Nov 09 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin UMNO akan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya jumlah pengundi keluar mengundi pada 19 November ini tinggi.

Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Wan Azizah isytihar harta RM1.36 juta

Wed Nov 09 2022

Calon Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM1.36 juta.

Kesemua aset tersebut dimilikinya setakat 31 Oktober tahun ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Jentera PH Johor tidak terbabit isu khianat bendera parti - Salahuddin Ayub

Wed Nov 09 2022

Pakatan Harapan (PH) Johor sentiasa memastikan jenteranya mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dengan mana-mana isu khianat termasuk merosakkan bendera parti lain.

Pengerusi PH Johor Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata beliau juga yakin parti-parti politik lain turut mengamalkan politik yang matang memandangkan ini bukan kali pertama pilihan raya diadakan dalam negara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Polis tahan dua lelaki sebar kertas undi pos

Wed Nov 09 2022

Polis menahan dua lelaki lewat malam tadi dan awal pagi ini di Gua Musang bagi membantu siasatan berhubung penyebaran paparan kertas undi pos Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata lelaki berumur 20-an dan 50-an itu ditahan pada pukul 11.30 malam dan 2 pagi tadi kerana menerima dan menyebarkan paparan kertas undi pos berkenaan, dan polis sedang menyiasat motif mereka.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Penerimaan orang ramai terhadap BN positif - Tok Mat

Wed Nov 09 2022

Memasuki hari kelima berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Barisan Nasional (BN) melihat orang ramai menunjukkan sentimen positif terhadapnya, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengarah Pilihan Raya BN itu juga berpuas hati dengan sambutan baik yang diterima BN dalam PRU kali ini berdasarkan kajian sikap serta 'body language' yang ditunjukkan oleh orang ramai ketika bertemu pemimpin BN.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Cuepacs minta penjawat awam tunai tanggungjawab mengundi

Wed Nov 09 2022

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat meminta semua penjawat awam agar menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 Nov ini.

Adnan berkata berdasarkan perkembangan yang berlaku sejak PRU14, penjawat awam sudah berpengalaman bekerja di bawah beberapa kerajaan yang berfungsi sebagai majikan mereka.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Selesaikan segera isu LRT tergendala - Muhyiddin

Wed Nov 09 2022

Isu Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang tergendala perlu mendapat penyelesaian secepat mungkin.

Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, masalah seumpama itu tidak wajar dilengahkan kerajaan berikutan ia membawa impak terhadap rakyat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Dr Mahathir akui GTA kurang dapat sambutan di beberapa kawasan

Wed Nov 09 2022

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Gerakan Tanah Air (GTA) kurang mendapat sambutan di beberapa kawasan yang ditandingi kerana ramai pengundi masih kurang jelas dengan gabungan itu.

"GTA akan berusaha menjelaskan kepada pengundi tentang gerakan kami, tentu ada kawasan yang kurang baik (kurang mendapat sambutan), itu kita sedang usahakan supaya mereka faham apa itu GTA dan manfaat yang mereka akan peroleh kalau undi GTA," katanya yang juga Pengerusi Penaja gabungan itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Anwar nafi ada perselisihan dengan Rafizi

Wed Nov 09 2022

Perbezaan pandangan mengenai jangkaan kerusi Parlimen yang boleh dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak bermaksud berlaku perselisihan dalam kepimpinan tertinggi parti itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perbezaan bilangan kerusi yang disebut oleh Timbalannya, Rafizi Ramli adalah untuk melonjakkan semangat ahli parti supaya bekerja lebih kuat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kenderaan petugas pasang bahan kempen BN diekori, dilanggar

Wed Nov 09 2022

Sebuah kereta yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja memasang bahan kempen Barisan Nasional (BN) dilanggar dari belakang di beberapa lokasi bermula di kawasan Taman Mount Austin di sini awal pagi tadi sehingga menyebabkan kerosakan di bahagian bonet dan bampar.

Setiausaha Kerja UMNO Johor Datuk Pandak Ahmad berkata sejurus dilanggar kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton kira-kira 4 pagi, pemandu termasuk dua penumpang kereta jenis Proton Gen-2 itu berasa panik dan meneruskan pemanduan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

[LAPORAN KHAS] 'Kami terputus hubungan dengan dunia luar sejak dahulu' - Orang Asli Berdut

Wed Nov 09 2022

Pelbagai isu rakyat diangkat menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agar pendedahannya diharapkan mendapat perhatian bakal pemimpin sesebuah kawasan, sekali gus nanti menggerakkan usaha dalam mencari penyelesaiannya.

Di Kuala Krau, Temerloh, Pahang, misalnya, Astro AWANI mendekati masyarakat Orang Asli Kampung Berdut yang berdepan dengan masalah tersendiri - mereka sudah sekian lama terputus hubungan dengan dunia luar kerana tiada akses telekomunikasi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan campuran akan dibentuk andai tiada parti dapat majoriti mudah - PM

Wed Nov 09 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan pembentukan kerjasama baharu antara parti politik perlu diwujudkan seandainya tiada mana-mana gabungan mendapat majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kalau tidak ada satu parti yang mempunyai majoriti mudah, tentu sahaja untuk membentuk kerajaan kena ada satu kerajaan campuran. Kalau tidak ia akan menjadi Parlimen tergantung.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tiada perpecahan di Pasir Salak, hubungan Azwan-Tajuddin seperti biasa

Wed Nov 09 2022

Hubungan Datuk Khairul Azwan Harun dan penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman masih baik, sekali gus menafikan khabar angin berlaku perpecahan di kawasan tersebut.

Calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu berkata, memang ada suara nakal, ‘mengusik’ beliau dengan pelbagai khabar angin namun biasanya ia datang dari pihak lawan. 

BACA BERITA PENUH DI SINI

Dah isytihar harta, aset bersih Anwar lebih RM11 juta

Wed Nov 09 2022

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mengisytiharkan aset bersih sebanyak RM11,178,667.80.

Menurut laman web khas calonkeadilan.org, dokumen tersebut memaparkan senarai wang simpanan dan tunai termasuk pelaburan. 

BACA BERITA PENUH DI SINI

Negeri Sembilan umum cuti sehari sebelum hari pengundian

Wed Nov 09 2022

Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan cuti sehari sebelum hari pengundian bagi menggalakkan rakyat negeri itu keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, keputusan itu dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan pada Rabu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

"Khairy memang layak jadi PM" - Ismail Sabri

Wed Nov 09 2022

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilihat sememangnya seorang individu yang layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini pada suatu masa nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dibuat calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu yang menyatakan secara terbuka hasrat menjadi Perdana Menteri.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Cadangan KJ sebagai TPM perlu melalui mesyuarat - Asyraf Wajdi

Wed Nov 09 2022

Cadangan dikemukakan Exco Pemuda UMNO yang mencadangkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 perlu melalui mesyuarat.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang juga calon BN kerusi Parlimen Gerik itu berkata, biarpun UMNO pada dasarnya adalah parti bersifat demokratik dan meraikan semua pandangan namun sebarang cadangan sedemikian seharusnya melalui mesyuarat di peringkat Exco dan dipersetujui semua sebelum diangkat kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

BACA BERITA PENUH
DI SINI

Kerajaan Selangor setuju beri cuti umum pada 18 November

Wed Nov 09 2022

Kempen #VoteFuture sasar 70 peratus keluar mengundi

Wed Nov 09 2022

Selangor mulakan program vaksinasi Influenza-Pneumococcal

Wed Nov 09 2022

Hukum mengundi wajib, bukan sunat, bukan juga harus - Abdul Hadi

Wed Nov 09 2022

Semua rakyat  beragama Islam dinasihatkan agar keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana ia merupakan satu kewajipan, bukan sunat dan bukan harus selain perlu difahami sebagai tanggungjawab untuk menentukan pemimpin.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang  berkata, mengundi merupakan tanggungjawab yang wajib berbanding dengan menunaikan umrah cuma merupakan sunat dan hal ini berlaku dalam kalangan sesetengah orang (pengundi) yang tidak memahami pilihan raya untuk memilih pemimpin sebagai tanggungjawab yang wajib.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan Selangor setuju beri cuti umum pada 18 Nov - MB Selangor

Wed Nov 09 2022

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti umum negeri.

Dalam sidang media sebentar tadi, Amirudin berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pengundi yang bekerja dan menetap di Selangor dan perlu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tak goyang gelaran 'bad boy', pengundi Sungai Besar kenal saya - Jamal Yunos

Wed Nov 09 2022

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak 'goyang' dengan gelaran 'bad boy' yang dilabelkan kepadanya oleh pihak tertentu dalam arena politik susulan kelakuannya dalam membantah isu-isu yang menjejaskan rakyat Selangor beberapa tahun lepas.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata kelakuan atau gimik yang dilakukannya bukan sekadar suka-suka tetapi demi menarik perhatian pihak yang bertanggungjawab terhadap masalah yang diketengahkan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Zainol Fadzi, Razman antara calon MB Perak dari PN - Ahmad Faizal

Wed Nov 09 2022

Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan beberapa nama untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Perak, sekiranya mereka mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, antara nama yang akan disenaraikan ialah Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Saya gagal urus COVID-19? - Muhyiddin jawab dakwaan Anwar

Wed Nov 09 2022

Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis tuduhan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan pimpinannya sebelum ini gagal mengawal pandemik COVID-19 walaupun mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) paling lama di dunia.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengiktiraf Malaysia antara negara terbaik dalam mengurus pandemik COVID-19.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Manifesto BN akan ditambah perkara dalam konteks Sabah - Bung Moktar

Wed Nov 09 2022

Barisan Nasional (BN) Sabah akan menambah beberapa perkara di dalam manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melibatkan konteks Sabah, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Tanpa memperincikan perkara berkenaan, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata ia akan diumumkan sebelum hari pengundian pada 19 Nov ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Hanya tinggal janji Ismail sebagai PM - Dr Mahathir

Wed Nov 09 2022

"Hanya tinggal janji."

Itu yang digambarkan Calon Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad melihat kepada janji pemilihan Perdana Menteri oleh Barisan Nasional (BN).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tawaran manifesto perlu masuk dalam Perlembagaan, elak janji kosong

Wed Nov 09 2022

Manifesto yang ditawarkan kepada rakyat ketika musim berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu dimasukkan dalam Perundangan Perlembagaan Negara.

Menurut Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Mohammad Tawfik Yaakub, ini bagi memastikan manifesto yang ditawarkan untuk meraih sokongan rakyat tidak hanya tinggal sebagai janji kosong semata-mata.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Rahman Dahlan tawar rancangan komprehensif bangunkan Kota Belud

Wed Nov 09 2022

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P169 Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menawarkan rancangan komprehensif kepada pengundi Kota Belud bagi melonjakkan ekonomi daerah itu.

Beliau yang sedar sistem industri beras sedia ada lebih menguntungkan pemborong, pengilang, pengisar, dan pasaraya berbanding penanam padi dan berjanji akan memperjuangkan penyusunan semula sistem industri beras dan juga sawah padi di Kota Belud.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PN mampu tawan Perlis - Muhyiddin

Wed Nov 09 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin gabungan politik itu mampu menawan Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 berdasarkan gelombang sokongan yang ditunjukkan oleh pengundi di negeri tersebut.

Berdasarkan gelombang itu juga, beliau yakin PN mampu menawan tiga kerusi Parlimen di Perlis.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tiada masalah isytihar harta, 'saya jauh lebih miskin daripada Rafizi' - Saarani

Wed Nov 09 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau bersedia bila-bila masa jika dikehendaki mengisytiharkan harta.

Menteri Besar Perak itu berkata, beliau jauh lebih miskin daripada beberapa pemimpin pembangkang termasuk Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli serta pemimpin-pemimpin DAP Perak lain.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Azmin mahu teruskan usaha jadikan Gombak daerah sejahtera

Tue Nov 08 2022

Calon Perikatan Nasional (PN) P.098 Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tekad mahu meneruskan usahanya selama tiga penggal untuk menjadikan Gombak daerah yang maju dan selamat untuk didiami.

Jelasnya, selain membangunkan infrastruktur dan prasarana yang menjana ekonomi, keamanan dan keselamatan rakyat Gombak akan terus menjadi keutamaannya.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Amirudin bentang tawaran khusus untuk rakyat Gombak Khamis ini

Tue Nov 08 2022

Calon Pakatan Harapan (PH) P.098 Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengumumkan tawaran spesifik untuk warga kawasan itu yang membawa mesej konsistensi dan kestabilan pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Khamis ini.

Secara amnya, beliau menjanjikan kesetiaan kukuh kepada kerja dan tugas, serta tidak gemar untuk berpolitik yang akhirnya merugikan rakyat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Manifesto BN Perak tawar bantuan RM1,000 kepada penuntut IPT, 200,000 peluang kerja

Tue Nov 08 2022

Manifesto Barisan Nasional (BN) Perak menyediakan pelbagai tawaran kepada orang muda, termasuk menyediakan 200,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

Selain peruntukan RM35 juta untuk program orang muda, ia turut menawarkan bantuan ‘one-off’ RM500 dan RM1,000 kepada mahasiswa Perak yang sedang mengikuti program diploma dan Ijazah Sarjana Muda.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Megat Zulkarnain janji 30 peratus kuota UIAM untuk anak Gombak

Tue Nov 08 2022

Kuota 30 peratus kemasukan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kepada anak Gombak yang layak sekiranya Barisan Nasional (BN) dipilih menjadi perwakilan kawasan itu.

Itu janji calonnya Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang menegaskan bahawa keberadaan institusi pengajian tinggi itu di sini sepatutnya memberi limpahan manfaat kepada penduduk sekitarnya.


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN Perak lancar manifesto, janji lantik ADUN kumpulan minoriti, orang muda

Tue Nov 08 2022

Barisan Nasional (BN) Perak akan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari kumpulan minoriti dan belia, sekiranya mereka mendapat mandat dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata ADUN terbabit adalah wakil rakyat lantikan, namun ia memerlukan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak terlebih dahulu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PN tubuh ejen khas pantau ahli kempen untuk parti lain

Tue Nov 08 2022

Perikatan Nasional (PN) akan menempatkan ejen khas untuk memantau ahli parti dalam gabungan itu yang bertindak membantu parti lain berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sekiranya ejen khas itu mendapat laporan dan mempunyai bukti terdapat ahli dalam gabungan tersebut berkempen untuk parti lain, mereka bakal berdepan tindakan dilucutkan keahlian.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Manifesto PN Pahang sedia 12 tawaran

Tue Nov 08 2022

Manifesto Perikatan Nasional (PN) Pahang bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyediakan 12 tawaran, dengan sebahagian besarnya merujuk keperluan ekonomi rakyat negeri tersebut.

Manifesto bertemakan 'Pahang Berkat Makmur Sejahtera' itu dilancarkan Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang, di dataran berdekatan Majlis Daerah Jerantut di sini malam tadi pada sesi ceramah umum yang turut dihadiri Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Saya mahu pimpin UMNO dan jadi PM satu hari nanti' - Khairy

Tue Nov 08 2022

Calon Barisan Nasional di Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin bertegas beliau sedia memimpin UMNO dan menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Namun, bagi merealisasikan perkara itu, Khairy mahu pengundi di parlimen itu terlebih dahulu menyokong dan memastikan kemenangannya di Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kempen calon BN di Permatang Pauh terpalit dengan kekecohan

Tue Nov 08 2022

Kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Permatang Pauh dicemari insiden kekecohan di Pasar Malam Penanti membabitkan penganjur tapak pasar malam dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Kekecohan berkenaan didakwa berlaku pada jam 6.45 petang Isnin, sewaktu jentera BN kawasan Permatang Pauh rancak berkempen di kawasan tumpuan orang ramai berkenaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Manifesto BN 'PADU' ambil kira kepentingan semua lapisan rakyat - Tengku Zafrul

Tue Nov 08 2022

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata manifesto Barisan Nasional (BN), 'Perancangan Amal dan Usaha' atau PADU, yang dilancarkan semalam telah mengambil kira kepentingan semua lapisan rakyat.

Justeru beliau yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yakin menerusi manifesto itu, rakyat boleh menilai sendiri betapa BN telah mendengar dan hayati keluhan mereka.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Bantu kempen calon BN di Pasir Salak, seorang ahli Bersatu gugur keahlian

Tue Nov 08 2022

Keanggotaan seorang ahli parti Bersatu, Ramelle Ashram Ramli yang membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), gugur secara automatik, kata Setiausaha Bersatu Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Beliau berkata tindakan membantu kempen parti lawan berkenaan dianggap melanggar disiplin serta memberi imej tidak baik kepada parti.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Isu pendidikan jaminan berharga ditawar dalam manifesto BN - Reezal Merican

Tue Nov 08 2022

Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mencakupi semua dan bersifat inklusif dalam membantu rakyat Malaysia, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata manifesto BN agak praktikal dan banyak berkaitan soal pendidikan untuk membantu golongan B40 dalam mendepani cabaran ketidaktentuan ekonomi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

#SuaraMalaysia: Majoriti sudah membaca manifesto parti politik

Tue Nov 08 2022

Daripada 2,177 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati majoriti sudah membaca manifesto parti politik.

BACA BERITA PENUH DI SINI


[LAPORAN KHAS] Lebih 60 tahun merdeka, penduduk kampung di Besut masih 'berjuang' tagih air bersih

Tue Nov 08 2022

SUDAH lebih setengah abad Malaysia merdeka, namun masih ada rakyat di sesetengah kawasan tersepit dengan masalah bekalan air bersih apabila terpaksa bergantung harap kepada telaga untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Antaranya penduduk di Kampung Pengkalan Gaduh, Besut, Terengganu, yang belum menerima bekalan air terawat sungguhpun rayuan sudah dibuat kepada pihak berkuasa sejak sekian lama.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Hampir 1,000 permit ceramah PRU15 dikeluarkan setakat semalam - Bukit Aman

Tue Nov 08 2022

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sebanyak 997 permit bagi mengadakan ceramah sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) setakat semalam, kata Pengarah Operasi PRU15 PDRM Datuk Seri Hazani Abdullah.

Hazani berkata daripada jumlah itu, 193 permit dikeluarkan di Sabah, Sarawak (144), Johor (125), Selangor (113), Perak (102), Kedah (68), Negeri Sembilan (48), Melaka (46), Pahang (45), Kelantan (41), Terengganu (27), Pulau Pinang (21), Kuala Lumpur (15), Perlis (sembilan).

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Kalau pendedahan Rafizi tak benar, jawablah" - Anwar

Tue Nov 08 2022

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan cara timbalannya, Mohd Rafizi Ramli yang mendedahkan pelbagai isu sewaktu berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Anwar, sekiranya pendedahan yang dibuat Rafizi tidak benar, maka pihak berkenaan boleh tampil untuk membuat penafian.

BACA BERITA PENUH DI SINI

GPS perlu nyatakan siapa mereka sokong, jangan kelirukan rakyat - DAP

Tue Nov 08 2022

Gabungan Parti Sarawak (GPS) seharusnya tidak berteka-teki mengenai pakatan parti yang akan disokong gabungan itu selepas 19 November 2022.

Veteran Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang berkata, tindakan GPS tidak menyatakan sokongan jelas menyukar dan mengelirukan pengundi di Sarawak memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah untuk membentuk Kerajaan Pusat dan bukannya negeri.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Anwar sahkan telah isytihar harta

Tue Nov 08 2022

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sahkan telah melakukan pengisytiharan harta sebagai syarat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas Anwar yang juga Presiden PKR itu, kelewatan itu akibat daripada jadual beliau yang agak padat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

GPS nafi pakatan dengan BN

Tue Nov 08 2022

Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini menafikan laporan bahawa persetujuan telah dicapai untuk gabungan itu menyokong Barisan Nasional (BN) dalam membentuk kerajaan stabil selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Premier Sarawak berkata, setakat ini tiada perjanjian sedemikian dibuat gabungan itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tiada percanggahan dengan Anwar - Rafizi

Tue Nov 08 2022

Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini menafikan dakwaan beliau tidak bersefahaman dengan Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan perbezaan kenyataan mereka mengenai jangkaan jumlah kemenangan kerusi oleh Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Saya dari awal konsisten kata buat masa sekarang iaitu hari keempat berkempen, kita sebenarnya sudah berada dalam keadaan baik dan boleh menang 80 kerusi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

MIC nafi tawar RM10 juta kepada Prabakaran

Tue Nov 08 2022

MIC membuat satu laporan polis berhubung kenyataan dibuat penyandang Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran yang mendakwa ditawarkan RM10 juta untuk melompat parti.

Difahamkan, kenyataan itu dibuat Prabakaran dalam satu ceramah baru-baru ini sebelum ia tular selepas satu video berdurasi 35 saat terbabit dimuat naik menerusi aplikasi TikTok menerusi akaun @keadilancabangbatu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Annuar, Noh turun padang berkempen untuk Khairy

Tue Nov 08 2022

Bahang berkempen Pilihan Raya ke-15 (PRU15) di kerusi Parlimen Sungai Buloh semakin terasa apabila Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, hari ini turut turun padang berkempen dan memberi sokongan kepada calon BN, Khairy Jamaluddin.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin itu hadir pada Program Penyampaian Peranti Komuniti di Pusat Ekonomi Digital Taman Saujana Utama sebelum disertai oleh Khairy dalam satu program bertemu orang ramai di Central Mart, di sini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

AMK Perak buat laporan polis terhadap Razman

Tue Nov 08 2022

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak membuat laporan polis terhadap calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunong Semanggol, Razman Zakaria yang didakwa mengeluarkan ucapan berbaur hasutan serta fitnah kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Ketua AMK Perak, Ashraf Kahasani, berkata laporan itu dibuat kerana ucapan Pesuruhjaya Pas Perak itu didakwa mengandungi unsur jelek dan boleh menggugat kerhamonian rakyat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Manifesto BN praktikal, bukan merepek seperti PH pada PRU14' - Mahdzir

Tue Nov 08 2022

Manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) sebagai tawaran untuk rakyat Malaysia adalah suatu yang praktikal dan mampu dilaksanakan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menegaskan ia amat berbeza sekali sekiranya dibandingkan dengan 'janji bulan bintang' Pakatan Harapan (PH) ketika PRU14 yang tidak mampu dilaksanakan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Lelaki mabuk cetus provokasi politik

Tue Nov 08 2022

Seorang lelaki mabuk ditahan kerana mematahkan bendera kempen Barisan Nasional (BN) dalam satu kejadian di Taman Senai Utama, Senai, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, suspek yang berusia 58 tahun itu dipercayai dalam keadaan mabuk ketika membuat provokasi berkenaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Perlis larang kempen politik di masjid, surau

Tue Nov 08 2022

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) melarang pelaksanaan sebarang bentuk aktiviti berunsurkan kempen politik di masjid dan surau di negeri ini sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun Pengarahnya Najmuddin Abdul Karim berkata calon atau wakil calon dibenarkan hadir ke masjid dan surau untuk tujuan beribadah.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Saya dan Zahid tiada masalah" - Ismail Sabri

Tue Nov 08 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, tiada perpecahan dan persengketaan berlaku dalam UMNO dan parti komponen, termasuk antara dirinya dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, naratif yang dimainkan pembangkang bahawa calon perdana menteri daripada BN selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah Ahmad Zahid adalah fitnah, yang sengaja dibuat pembangkang untuk mengelirukan rakyat dan mewujudkan perpecahan dalam BN.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan timbang cadangan cuti khas sebelum hari mengundi - PM

Tue Nov 08 2022

Cadangan pemberian cuti khas sebelum hari pengundian bagi memudahkan pergerakan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dipertimbangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bercakap dalam sidang media selepas program Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baharu, Kuala Bera, di sini, hari ini, Ismail Sabri berkata, cadangan itu pernah dibincangkan selepas pembubaran Parlimen pada 10 Okt lepas.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Manifesto BN mampu dilaksana, tidak janji bulan, bintang - Ismail Sabri

Tue Nov 08 2022

Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan semalam mampu dilaksanakan dan bukan bersifat menjanjikan 'bulan dan bintang' bagi meraih undi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini kerana manifesto itu digarap berdasarkan inti pati Bajet 2023, dengan tambahan beberapa tawaran baharu yang boleh dijadikan penambahbaikan pada belanjawan itu, dan perlu dibentangkan semula berikutan pembubaran Parlimen tiga hari selepas pembentangannya pada 7 Okt lepas.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tiga TPM tetap jadi tawaran BN meskipun tiada dalam manifesto - Ahmad Zahid

Tue Nov 08 2022

Tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) tetap menjadi tawaran Barisan Nasional (BN) walaupun tidak dimasukkan dalam manifesfo parti berkenaan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, perkara itu akan dilaksanakan sekiranya BN menang dominan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekali gus dapat membentuk kerajaan Persekutuan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kecoh Rafizi isytihar harta? Rafizi hurai melalui TikTok

Tue Nov 08 2022

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini memperincikan bagaimana beliau mempunyai aset bersih bernilai RM18 juta.

Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Pandan itu memanfaatkan platform TikTok untuk memperincikan bagaimana syarikat pemula atau startup yang diasaskannya, Invoke berjaya mencatatkan keuntungan sejak 2020.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Manifesto BN bukan gula-gula kepada rakyat - Mohamad

Tue Nov 08 2022

Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan gula-gula kepada rakyat tetapi merupakan perancangan dan daya usaha untuk memajukan Malaysia, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Calon BN di kerusi Parlimen Rembau itu berkata, pembentukan kerajaan bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main tetapi perkara yang perlu diambil serius bagi memenuhi keperluan rakyat dan pelaksanaan urus tadbir sesebuah kerajaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tuntut hak dan kawasan Parlimen Sabah ditambah antara 13 tonggak Manifesto GRS

Tue Nov 08 2022

Empat teras perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijadikan asas manifesto GRS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketika melancarkan manifesto itu di Kota Kinabalu, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, empat teras perjuangan itu ialah Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"BN berpeluang lakukan semua dalam manifesto sejak merdeka, tapi mereka gagal" - Ahmad Faizal Azumu

Tue Nov 08 2022

Segala perkara yang digariskan Barisan Nasional (BN) menerusi manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sepatutnya dilaksanakan sebelum ini, namun, gabungan itu gagal melakukannya, dakwa Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurut beliau, ini adalah kerana BN telah menerajui kepimpinan negara ini sejak mencapai kemerdekaan, namun, hal-hal yang disebutkan dalam aku janji itu termasuk pemberian pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak B40, tidak pun dilaksanakan selama ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI 

Isu kebajikan petani jadi fokus calon Parlimen Jerlun

Tue Nov 08 2022

Penyelesaian terhadap isu berkaitan hak dan kebajikan petani di Kedah, terutama di kawasan Jerlun menjadi fokus dua calon Parlimen itu dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Pejuang dan calon Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mendakwa rata-rata petani di negeri Jelapang Padi itu berada dalam keadaan terdesak kerana hasil pertanian mereka yang semakin terjejas setiap tahun.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Dah la cantik, berkarisma ... boleh menang tak?

Tue Nov 08 2022

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan ramai muka baharu dipertaruhkan parti-parti politik selain yang memilih untuk bertanding atas tiket Bebas.

Turut mencuri tumpuan kali ini adalah beberapa calon wanita, muda, berketerampilan dan memiliki persona tersendiri.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calonkan ahli keluarga, 'Kalau dia ada pakej kenapa saya nak nafikan?' - Rasman

Tue Nov 08 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kota Tinggi, Rasman Ithnain berpendapat, tidak timbul sebarang isu dalam kalangan parti meletakkan calon dalam kalangan ahli keluarga.

Jelas Rasman, perkara itu juga dilihat sebagai bukan satu perkara yang asing membabitkan calon yang bertanding dalam pilihan raya kerana perkara itu telah banyak berlaku.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Apa sumbangan Khaled Nordin di Kota Tinggi sewaktu jadi MB? - Rasman

Tue Nov 08 2022

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Johor, Rasman Ithnain mempersoalkan sumbangan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dilihat tidak mempedulikan pembangunan di Kota Tinggi.

Sebaliknya, Ketua Bersatu Bahagian Kota Tinggi itu mendakwa, apa yang lebih menonjol cuma taburan janji yang dibuat oleh Naib Presiden UMNO itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pak Wan ikrar pastikan kos penyelenggaraan banjir ditanggung pemaju

Tue Nov 08 2022

Kos penyelenggaraan bagi mengatasi masalah banjir berulang di semua kawasan yang terjejas perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju, tegas Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Menurut calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Alor Gajah itu, dasar pembangunan perumahan di peringkat kerajaan negeri juga perlu dikaji dalam memastikan isu limpahan air yang kerap berlaku sehingga menjejaskan ratusan penduduk di kawasan berkenaan dapat diselesaikan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Cikgu Rahayu tidak gentar tempur kubu BN di Tanjong Karang

Tue Nov 08 2022

Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi Parlimen Tanjong Karang, Siti Rahayu Baharin tidak gentar bertanding di kubu kuat Barisan Nasional (BN) malah optimis kemenangan akan berpihak kepadanya 19 Nov nanti.

Siti Rahayu atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Rahayu mengakui bukan senang untuk MUDA menawan Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagaimanapun ia boleh dilakukan dengan kempen secara beradab dan bersungguh-sungguh.

BACA BERITA PENUH DI SINI

46 permit kempen, satu kes khianat bendera parti lawan - Polis Melaka

Tue Nov 08 2022

Polis Melaka meluluskan 46 permit ceramah dan kempen parti politik sepanjang tiga hari tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 sejak Sabtu lalu.

Dalam tempoh berkenaan, tiada permohonan yang ditolak, namun satu kertas siasatan terpaksa dibuka berhubung perbuatan khianat mencabut bendera parti lawan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Polis Perak siasat dakwaan calon PN ceramah berunsur fitnah

Tue Nov 08 2022

Polis Perak membuka kertas siasatan berhubung dakwaan calon Perikatan Nasional di Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol Razman Zakaria menyampaikan ceramah berunsur fitnah dan berniat jahat terhadap Pakatan Harapan.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Lulus projek di bawah kerajaan sementara: Tuan Ibrahim sangkal dakwaan Rafizi

Tue Nov 08 2022

Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan Rafizi Ramli bahawa beliau dalam proses meluluskan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata, beliau tidak pernah meluluskan sebarang peruntukan dari mana-mana projek setelah Parlimen dibubarkan.

BACA BERITA PENUH DI SINI



Pengundi muda masih atas pagar - Pemerhati politik

Tue Nov 08 2022

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 perlu bijak memainkan penjenamaan politik mereka untuk tampil lebih menarik kepada pengundi muda.

Prof Sivamurugan Pandian berkata kebanyakan pengundi muda ini masih 'atas pagar' dalam memilih calon masing-masing.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kekecohan Tenom: Peter Anthony akan fail petisyen bantahan

Tue Nov 08 2022

Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat Datuk Peter Anthony akan membuat petisyen bagi membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya pusat menolak pencalonan beliau pada 5 Nov lalu.

Keputusan SPR itu disifatkan beliau sebagai tindakan yang tidak berasas berdasarkan kedudukannya yang masih sah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Abu Bakar buat video perkenal diri sebagai calon Kuala Perlis

Mon Nov 07 2022

Abu Bakar Hamzah mempunyai cara yang unik untuk memperkenalkan diri sebagai calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selain aktif berkempen secara fizikal, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri itu telah menyatakan keazaman memajukan Kuala Perlis dalam sebuah video berdurasi tujuh minit 58 saat itu.

BERITA LANJUT DI SINI.

Tanding tanpa kebenaran parti, keahlian Bersatu terhenti serta-merta

Mon Nov 07 2022

Mana-mana ahli Bersatu yang tidak mendapat kebenaran parti untuk bertanding pada pilihan raya, keahliannya adalah terhenti secara serta-merta, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau dalam satu kenyataan malam ini berkata keahlian terhenti secara merta-merta itu selaras Fasal 10.2.4 Perlembagaan Bersatu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Saya dihantar ke Titiwangsa bukan untuk disembelih'

Mon Nov 07 2022

"Saya dihantar (bertanding) ke Titiwangsa bukan untuk disembelih, tetapi calon yang paling berpotensi dan terbaik untuk memenangi Parlimen itu," kata calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Titiwangsa, Khalid Abdul Samad.

Menurutnya, keputusan itu dibuat parti berdasarkan rekod baik dalam memegang jawatan penting ketika pentadbiran PH sebelum ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan bersih, berintegriti antara lima inti pati manifesto Warisan

Mon Nov 07 2022

Parti Warisan menggariskan lima inti pati dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bakal dilancarkan kelak, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Tanpa mengulas tarikh manifesto itu akan dilancarkan, beliau berkata inti pati manifesto parti itu antara lain merangkumi visi memperkukuh perpaduan, selain menawarkan tadbir urus yang telus sekiranya dipilih menerajui kerajaan dan sesebuah kawasan Parlimen.

BACA BERITA PENUH DI SINI

BN sedia beri kerakyatan kepada anak lahir di luar negara

Mon Nov 07 2022

Barisan Nasional (BN) bersedia meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan itu akan dilaksanakan jika gabungan itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jamal Yunos buat laporan polis poster fitnah tular

Mon Nov 07 2022

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos membuat laporan polis berhubung pemimpin politik memuat naik semula poster papan iklan yang digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 2016, di media sosial.

Jamal menganggap pemimpin parti politik yang memuat naik gambar beliau dan papan iklan itu adalah bersifat perkauman dan berkempen secara tidak bersih pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pendidikan awal percuma, komputer riba untuk pelajar B40 janji BN

Mon Nov 07 2022

Barisan Nasional (BN) berjanji untuk menyediakan sistem asuhan dan pendidikan awal nasional percuma kepada semua kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, ini bermakna Malaysia akan mempunyai sistem pendidikan awal dan asuhan percuma universal di seluruh negara, dan bukan lagi bergantung kepada budi bicara atau tahap kemampuan ibu bapa.

BACA BERITA PENUH DI SINI

BN tawar skim bantuan khas dalam manifesto

Mon Nov 07 2022

Barisan Nasional akan memperkenalkan skim bantuan pendapatan asas atau “Assistive Basic Income” sebagai salah satu inisiatif bagi menangani isu kos kehidupan dan sara hidup yang tinggi, jika menang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata melalui skim ini, kerajaan akan mengkreditkan bantuan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jurang antara Kuala Kedah dan Alor Setar perlu dirapatkan - Ulya

Mon Nov 07 2022

Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Parlimen Kuala Kedah, Ulya Aqamah Husamudin menyatakan bahawa jurang perbezaan antara Pekan Kuala Kedah dan Bandaraya Alor Setar perlu dirapatkan agar dapat memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan sekitar.

Menurutnya, ia akan menjadi salah satu fokus yang akan dibawa sepanjang kempen beliau selain penekanan kepada penyelesaian berkaitan isu bekalan air dan elektrik yang dihadapi penduduk Kuala Kedah sejak sekian lama.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri sebagai 'poster boy' BN ketentuan parti - Hishammuddin

Mon Nov 07 2022

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pendirian UMNO mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai "poster boy" Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum-Ke-15 (PRU15) telah ditentukan lebih awal oleh parti.

Justeru, Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata untuk merealisasikan hasrat BN berkenaan parti perlu memenangi PRU15.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon mana bakal 'tersesat dalam dunia Tambun'?

Mon Nov 07 2022

Kerusi P063 Tambun, yang terletak kurang dari lima kilometer (km) dari Bandaraya Ipoh, merupakan antara kawasan Parlimen yang paling diberi perhatian, baik media tempatan dan antarabangsa, mahupun masyarakat di negara ini.

Suhu politik di kawasan ini berubah dari hangat ke menggelegak, sejurus selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau akan bertanding di kawasan itu, berdasarkan beberapa misi yang telah beliau dan pimpinan kanan PH gariskan sebelum ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ramanan cabar KJ perjelas isu ECM Libra

Mon Nov 07 2022

Calon Pakatan Harapan (PH) Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan mencabar calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin untuk menjelaskan beberapa kontroversi yang didakwa ada kaitan dengannya.

Teratas dalam senarai kontroversi yang dimaksudkan ialah yang melibatkan syarikat kewangan ECM Libra Bhd.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Ekonomi negara pulih bawah PH' - Anwar Ibrahim

Mon Nov 07 2022

Ekonomi negara yang digambarkan dalam keadaan hambar pada saat ini boleh dipulihkan kembali sekiranya ditadbir urus dengan baik.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbiran PH dapat menghentikan perbuatan kontrak tanpa tender dan kecurian wang yang sepatutnya digunakan bagi membantu rakyat susah ketika ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

UMNO gugur keahlian Shahidan, Zahidi, dua yang lain

Mon Nov 07 2022

UMNO mengesahkan keahlian empat individu dalam parti itu digugurkan selepas didapati telah mencalonkan diri bagi bertanding mewakili parti lawan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, empat ahli berkenaan ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Padang Besar; Datuk Seri Shahidan Kassim (Parlimen Arau); Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) dan Datuk Azhar Ahmad bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tian Chua diseru kembali ke pangkal jalan, tarik diri di Batu

Mon Nov 07 2022

Ahli politik veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Lee Boon Chye meminta bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua untuk ‘kembali ke pangkal yang betul’ dan menarik diri daripada terus bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Boon Chye yang juga penyandang kerusi Parlimen Gopeng berkata, seseorang pemimpin itu masih boleh berkhidmat kepada rakyat walaupun tidak menyandang gelaran Yang Berhormat (YB).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Zuraida giat kempen walaupun yakin mampu pertahan Ampang

Mon Nov 07 2022

Walaupun yakin rekod prestasinya di Parlimen Ampang memberi kelebihan untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Zuraida Kamaruddin tetap memperhebat aktiviti kempennya kerana kali ini beliau tampil dengan logo baharu sebagai calon Parti Bangsa Malaysia (PBM).

"Orang Ampang kenal saya, tengok nama Zuraida selalunya tak ingat logo pun. Sebab itu saya kata Zuraida itu sudah menjadi jenama di Ampang, jadi saya gunakan jenama saya sebagai ahli Parlimen dan menteri," katanya ketika ditemui ketika mengadakan walkabout di Jalan Besar Ampang hari ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Umur 30 tahun sudah ada simpanan tunai lebih RM2 juta - Rafizi

Mon Nov 07 2022

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendedahkan beliau mempunyai simpanan tunai melebihi RM 2 juta menjelang umur 30 tahun yang digunakan untuk memulakan syarikat pemula hingga mengumpul harta RM18.9 juta seperti diisytiharkan baru-baru ini.

Ia sekali gus menafikan dakwaan beliau menggunakan dana awam untuk mengumpul kekayaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengeluaran KWSP gula-gula pilihan raya, tidak bertanggungjawab

Mon Nov 07 2022

Penyandang Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan pihak yang membuat tawaran menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai 'gula-gula pilihan raya' tidak bertanggungjawab.

Syed Saddiq yang bertanding untuk mempertahankan Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas tiket Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), berkata, perkara itu adalah membimbangkan kerana wang KWSP adalah milik rakyat untuk masa depan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

MCA 'move on', terima keputusan pucuk pimpinan isu kerusi Parlimen Batu

Mon Nov 07 2022

MCA sudah melupakan insiden 'tidak puas hati' dan menerima keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) memberikan kerusi Parlimen Batu kepada MIC pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata sebagai parti komponen, pihaknya perlu memastikan kemenangan BN dan memberi sokongan kuat kepada MIC di kerusi berkenaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tawar KWSP bersasar, PN sudah tidak ada modal - Anwar

Mon Nov 07 2022

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tawaran dibuat Perikatan Nasional (PN) berhubung pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Beliau berkata, janji berkenaan tidak realistik memandangkan KWSP adalah duit rakyat dan menyifatkan gabungan itu ketandusan modal berkempen bagi mendapatkan mandat dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Peluang tipis untuk calon Bebas - Penganalisis

Mon Nov 07 2022

Meskipun jumlah calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini lebih besar iaitu 108 orang, penganalisis berpandangan bahawa calon-calon ini tidak berdepan laluan mudah untuk ke Parlimen.

Bilangan itu mengatasi jumlah calon Bebas yang bertanding kerusi Parlimen pada PRU14 iaitu seramai 24 orang dan 79 orang pada PRU13.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Shahidan, Ismail belum jadi ahli Pas - Takiyuddin

Mon Nov 07 2022

Bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran), belum menjadi ahli Pas biarpun bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, undang-undang pilihan raya tidak menetapkan calon yang bertanding perlu menjadi ahli sesebuah parti.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Felda masih kubu kuat Barisan Nasional - PM

Mon Nov 07 2022

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya tanah rancangan Felda masih lagi menjadi kubu kuat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) berdasarkan majoriti undi yang besar kepada calon-calon BN sebelum ini.

Ismail Sabri yang juga calon Perdana Menteri BN untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkata, sejak sekian lama Felda telah menyumbang kepada kejayaan BN membentuk kerajaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Nik Aziz sentiasa berdoa Anwar jadi Perdana Menteri - Nik Omar

Mon Nov 07 2022

Satu undi daripada rakyat kepada calon Pakatan Harapan bukanlah undi untuk diri mereka sahaja tetapi kepada PH bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Calon PH Parlimen Pasir Salak, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, Anwar yang juga Pengerusi PH merupakan calon paling layak untuk memimpin Malaysia.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Jangan kitar semula isu, saya 'zero' kes rasuah' - Khairy

Mon Nov 07 2022

Calon Barisan Nasional di Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin mempersoal tindakan Pakatan Harapan tidak mengambil tindakan terhadap pemimpin yang kecil ketika mentadbir negara selama 22 bulan.

Ia termasuk tindakan terhadap dirinya pada ketika itu kerana tiada kes boleh disabitkan oleh pihak berkuasa.

ARTIKEL PENUH DI SINI

'Orang Sabah juga layak menjadi Perdana Menteri' - Tun M

Mon Nov 07 2022

Perlembagaan Malaysia tidak menghadkan jawatan Perdana Menteri kepada mana-mana pihak, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menegaskan, pemimpin dari Sabah juga layak untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri.


Presiden MIC nyanyi lagu 'Suci Dalam Debu'

Mon Nov 07 2022

Khairy beri bayangan manifesto kepada pengundi

Mon Nov 07 2022

 Cuepacs cadang cuti umum khas 18 Nov, mudahkan rakyat balik mengundi

Mon Nov 07 2022

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti umum khas untuk memudahkan pergerakan rakyat Malaysia ke lokasi mengundi dalam PRU15 pada 19 Nov.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, walaupun tarikh mengundi jatuh pada Sabtu, cuti umum tambahan sehari lebih awal itu wajar diberikan memandangkan ramai rakyat Malaysia tidak mengundi di lokasi mereka bekerja.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Young Syefura santuni penduduk Bentong, ikrar perjuang nasib mangsa banjir

Mon Nov 07 2022

Calon Pakatan Harapan Parlimen Bentong, Young Syefura Othman bertekad untuk membela mangsa banjir di kawasan itu sekiranya diberikan mandat dalam PRU15 pada 19 November ini.

Menurut Young Syefura atau lebih mesra dikenali sebagai Rara, sejak dua hari berkempen, sudah ada mangsa banjir yang mendakwa tidak mendapat pembelaan setimpal oleh kerajaan negeri sebelum ini.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Presiden MIC nyanyi lagu 'Suci Dalam Debu'

Mon Nov 07 2022

Pelbagai cara digunakan oleh calon PRU15 ketika berkempen untuk mengambil hati pengundi dan penyokongnya.

Misalnya, calon Parlimen Sungai Siput, Tan Sri SA Vigneswaran menyanyikan lagu popular kumpulan Iklim yang bertajuk Suci Dalam Debu dalam kempen PRU15.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Siti Aishah azam perhebat kemudahan sukan

Mon Nov 07 2022

Bekas senator, Siti Aishah Shaik Ismail tekad untuk menambah baik kemudahan sukan di Parlimen Bagan Serai dalam usaha mengiktiraf pembangunan anak muda di kawasan itu.

Calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, berbanding tempat lain, kawasan Bagan Serai masih jauh ketinggalan dengan kebanyakan fasiliti sukannya tidak memenuhi keperluan semasa generasi muda negara.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pertembungan tiga calon 'heavyweight' hangatkan saingan rebut kerusi Parlimen Teluk Intan

Mon Nov 07 2022

Ketika mata banyak tertumpu kepada kerusi Parlimen Tambun, Bagan Datuk dan Pasir Salak di Perak, pertembungan di kerusi Teluk Intan sebenarnya tidak kurang juga panasnya.

Menemukan tiga calon ‘heavyweight’ dari tiga parti berbeza, saingan di kerusi itu tidak boleh dipandang enteng memandangkan semua parti optimis mampu mendominasi Teluk Intan.



BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Mumtaz calon terbaik Pas - Hadi Awang

Mon Nov 07 2022

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Mat Nawi merupakan calon terbaik Pas bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Mumtaz mempunyai matlamat untuk melaksanakan pembaharuan dalam negara.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Marzuani akui bukan mudah galas tugas di Ketereh

Mon Nov 07 2022

Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Arifin mengakui bukan mudah baginya menggalas tanggungjawab sebagai calon BN di kerusi Ketereh yang sebelum ini disandang figura hebat, Tan Sri Annuar Musa.

Marzuani atau lebih mesra dengan panggilan 'Kak Gee' berkata, tekanan mula dirasainya apabila mendapat tahu dirinya dipilih pucuk pimpinan untuk bertanding di Ketereh.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Manifesto BN Perak dilancar esok

Mon Nov 07 2022

Barisan Nasional (BN) Perak akan melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), di Meru Raya esok.

Setiausaha BN Perak, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, manifesto itu dirangka selepas mengambil kira semua faktor, khususnya berhubung dengan masa depan rakyat.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Bilik gerakan BN Arau akan dibuka semula

Mon Nov 07 2022

Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Arau akan dibuka semula dalam masa terdekat setelah ditutup pada 1 Nov lepas, setelah penyandang kerusi Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mengarahkan supaya ia ditutup apabila namanya tidak tercalon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon BN bagi Parlimen Arau Datuk Rozabil Abd Rahman berkata ramai penyokong di peringkat jentera akar umbi mahu agar bilik gerakan tersebut dibuka semula.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Amirudin berkempen seawal 4.30 pagi

Mon Nov 07 2022

Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari keluar rumah seawal jam 4.30 pagi untuk berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Selangor itu berkata, ceramah kelompok Pakatan Harapan (PH) yang diadakan pada jam 3 petang bertempat di Dataran Persatuan Penduduk Jalan AU2A/A adalah program ketujuh yang dihadirinya pada Ahad.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pemerintahan PH menghiris hati rakyat Sarawak

Mon Nov 07 2022

Manifesto PN: Pengeluaran KWSP bersasar jika menang - Muhyiddin

Mon Nov 07 2022

'Mana bukti saya berunding dengan Zahid?' - Anwar Ibrahim

Sun Nov 06 2022

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan wujud pakatan atau rundingan dirinya bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membentuk kerajaan bersama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Anwar dengan tegas berkata tidak pernah wujud cadangan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dengan pemimpin UMNO itu seperti mana didakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Manifesto PN: Jadikan Malaysia paksi ekonomi Asia Tenggara

Sun Nov 06 2022

Pemimpin Warisan dakwa bertemu pemimpin GPS

Sun Nov 06 2022

Habibah nafi berlaku sabotaj dalam UMNO

Sun Nov 06 2022

Semua calon Pas sudah laksanakan baiah - Takiyuddin

Sun Nov 06 2022

Kesemua calon Pas sudah melaksanakan baiah selepas menerima watikah sebagai calon pada Pilihan Raya kali ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Abang Johari kecewa PN mungkir janji

Sun Nov 06 2022

Calon-calon parti bertanding diberi ruang dalam laporan media - Annuar

Sun Nov 06 2022

Calon-calon parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diberi ruang yang secukupnya dalam pelaporan media kerajaan dan swasta.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan menjunjung konsep kebebasan media selagi pelaporan dibuat dalam konteks undang-undang, fakta dan bukannya berita palsu.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Calon PH DUN Triang dakwa bahan kempen dirosakkan

Sun Nov 06 2022

'Tidak setia kepada parti, ini masa kita beri pengajaran'

Sun Nov 06 2022

Johari mahu pastikan penduduk Flat Sungai Baru dapat khidmat peguam, elak ditipu

Sun Nov 06 2022

Pemilik unit Flat Sungai Baru di Kampung Baru di sini akan dibantu mendapatkan khidmat guaman yang baik bagi mengelakkan mereka daripada ditipu dalam projek pembangunan Sungai Baru.

Ini merupakan antara perkara yang ingin dilakukan oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani jika beliau menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Mengikat yang lama, memikat yang baharu', 'tagline' BN Terengganu

Sun Nov 06 2022

Barisan Nasional (BN) Terengganu memperkenalkan 'tagline' atau slogan 'mengikat yang lama, memikat yang baharu' pada pentas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Said berkata 'tagline' itu adalah asas kepada misi pada PRU kali ini bagi memastikan pengundi-pengundi lama kekal menyokong UMNO dan BN selain menarik sokongan daripada golongan muda.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

MCA dukung ketetapan BN Ismail Sabri sebagai calon PM - Ka Siong

Sun Nov 06 2022

MCA tetap dengan pendirian bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan bahawa perkara itu dipersetujui bersama semua ahli komponen BN yang telah pun beberapa kali dinyatakan sebelum ini.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tindakan Ronald Kiandee tidak beri impak kepada kerjasama GRS-BN

Sun Nov 06 2022

Tindakan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahan kerusi Parlimen Beluran tidak memberi impak terhadap kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ketua Penerangan Bersatu Sabah Khairul Firdaus Akbar Khan berkata secara teknikal, tiada pertindihan kerusi antara GRS dan BN, justeru kesepakatan dua gabungan parti itu dalam kerajaan negeri kekal utuh.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Peningkatan pengundi Melayu di Kota Melaka indikator utama PN letak calon Melayu

Sun Nov 06 2022

Peningkatan jumlah pengundi Melayu di Parlimen Kota Melaka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjadi indikator utama Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan calon Melayu, Suhaime Borhan di kubu kuat DAP itu.

Naib Presiden Gerakan Datuk Seri Michael Gan Peng Lam berkata jumlah pengundi Melayu di Parlimen itu mencecah 43 peratus daripada keseluruhan 164,140 pengundi berdaftar di Kota Melaka ketika ini.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Dekati rakyat sejak tiga tahun lepas, Murugiah yakin rampas Teluk Intan

Sun Nov 06 2022

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Teluk Intan Datuk T. Murugiah yakin mampu merampas kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini setelah melaksanakan pelbagai gerak kerja mendekati masyarakat setempat sejak tiga tahun lepas.

"Saya mempunyai keyakinan sehingga lebih 70 peratus dapat merampas kerusi Parlimen Teluk Intan daripada pembangkang (Pakatan Harapan). Saya sudah pergi ke setiap pelosok kawasan bertemu dan menyelesaikan apa-apa masalah masyarakat setempat di sini.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Majlis Pelancaran Manifesto Parti Gabungan Parti Sarawak bagi PRU1 di Kuching

Sun Nov 06 2022

BN nak menang untuk jadikan Zahid Perdana Menteri - Tun Mahathir

Sun Nov 06 2022

Gerakan Tanah Air (GTA) akan berusaha menggagalkan niat Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan selepas 19 November ini.

Pengasasnya, Dr Tun Mahathir Mohamad berkata ini kerana tujuan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada 10 Oktober dan mengadakan pilihan raya adalah semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri, selain membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada hukuman penjara.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pengundi muak trend pemimpin 'ghaib', muncul lima tahun sekali

Sun Nov 06 2022

Trend’ sesetengah pemimpin politik yang didakwa hanya muncul lima tahun sekali apabila tiba musim pilihan raya membuatkan rakyat semakin muak untuk menterjemahkan pilihan mereka pada proses Pilihan Raya Umum (PRU-15) ini.

Ini kerana, mereka kecewa dengan sikap segelintir wakil rakyat yang ‘ghaib’ selepas selesai pilihan raya selain gagal menunaikan tawaran yang dijanjikan semata-mata untuk mendapatkan sokongan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pesta calon di DUN Chenderiang

Sun Nov 06 2022

Melihat calon yang bertanding di luar parti

Sun Nov 06 2022

Kempen ke pasar, intai harga barang pendekatan paling popular buat calon

Sun Nov 06 2022

Isu ekonomi setempat seperti kos sara hidup, harga barang serta permasalahan peniaga kecil sekitar Negeri Sembilan menjadi fokus dan agenda utama calon-calon yang bertanding dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mereka kali ini.

Persoalan bagaimana untuk memperbaiki sosio ekonomi rakyat itu kini menjadi antara modal untuk diketengahkan calon dalam menawarkan solusi kepada masyarakat.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Bidang kuasa SPR untuk hentikan PRU15 sekiranya banjir besar - Ismail Sabri

Sun Nov 06 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan keputusan untuk menghentikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya berlaku banjir besar, tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ujarnya, persediaan bagaimanapun telah dilakukan lebih awal sebelum pembubaran Parlimen berlaku dengan melibatkan semua agensi di seluruh negara.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Ku Nan tiada masalah pertembungan enam penjuru, mahu bertanding secara sihat

Sun Nov 06 2022

Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan jumlah calon yang ramai bertanding bagi merebut kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada pemberita di Medan Selera Presint 16 di sini, penyandang Parlimen Putrajaya selama empat penggal itu berkata ini kerana beliau mahu bertanding secara sihat.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Ada sebab BN Pahang ketengah muka baharu di Parlimen Raub - Wan Rosdy

Sun Nov 06 2022

Strategi Barisan Nasional (BN) Pahang meletakkan muka baharu, Datuk Chong Sin Woon bertanding di Parlimen Raub dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana diyakini calon berkenaan mampu memberi kemenangan kepada BN.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, calon yang  dikemukakan oleh MCA dan bertanding atas tiket BN itu sudah pastinya terdiri daripada calon boleh menang sekali gus mampu  memenangi hati pengundi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Peter Anthony ditahan, bantu siasatan kekecohan di Tenom

Sun Nov 06 2022

Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony ditahan polis pada jam 12 tengah malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dalam satu kenyataan berkata, penahanan Peter dibuat bagi membantu siasatan susulan insiden kekecohan yang berlaku ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kerusi Parlimen Tenom pada Sabtu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

BN lancar manifesto esok, garis 10 teras, 99 tawaran

Sun Nov 06 2022

Kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang stabil, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pendidikan, adalah antara keutamaan manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan dilancarkan esok.

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN akan menggariskan 10 teras dan 99 tawaran yang akan dinikmati pelbagai golongan masyarakat terutamanya kumpulan B40 dan M40 selain tidak dilupakan golongan T20.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Nancy azam bangun sektor pelancongan di Santubong

Sun Nov 06 2022

Parlimen Santubong memiliki potensi tersendiri namun masih memerlukan peningkatan dari segi pembangunan untuk sektor pelancongan.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, beliau komited untuk membawa lebih banyak perubahan di kawasan tersebut terutama dari aspek pelancongan.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Man Marang: Cerita 'Giant Killer' dari Terengganu

Sun Nov 06 2022

Terkenal dengan jolokan Giant Killer apabila berjaya menewaskan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang sebanyak dua kali di Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Rahman Bakar berkata resipi utama kejayaannya ialah mahir berdebat dan berceramah.

"Saya antara pendebat terbaik di universiti, pernah menjuarai kejohanan debat antara universiti pada 1983, jadi saya gunakan bakat itu untuk berceramah masuk kampung, dan apabila berjaya ke Parlimen (jadi wakil rakyat), saya digelar pula 'Singa Parlimen'.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Ada udang di sebalik batu' apabila ahli politik enggan isytihar harta - Akhbar Satar

Sun Nov 06 2022

Ahli politik tidak sepatutnya takut untuk mengisytiharkan harta mereka sekiranya tidak melakukan apa-apa kesalahan, kata Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar.

Ujarnya, keengganan mereka untuk berbuat demikian memberikan tanggapan bahawa ada sesuatu yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan pihak berkuasa dan orang ramai.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tengku Zafrul mahu selesai lebih 50 isu rakyat Kuala Selangor

Sun Nov 06 2022

Biarpun dianggap pendatang baharu di pentas politik, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sudah pun mengenal pasti permasalahan pengundi kawasan itu.

Malah, Menteri Kewangan itu bertekad menangani pelbagai isu dan permasalahan penduduk yang memerlukan perhatian sekiranya mendapat mandat sebagai wakil rakyat kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Zahida minta diberi peluang di Padang Besar

Sun Nov 06 2022

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan meminta rakyat di kawasan Padang Besar memberi peluang dan sokongan kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam satu hantaran melalui Facebooknya, Zahida berkata, beliau bersedia berkhidmat kepada rakyat di kawasan Padang Besar dan mahu membawa suara mereka ke Parlimen.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Guna semua gaji untuk rakyat jika menang di Sepang

Sun Nov 06 2022

Calon Parti Utama Rakyat (PUR) akan memperuntukkan gaji bulanannya untuk membantu rakyat di kawasan Parlimen di sini jika beliau memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Mohd Daud Leong Abdulllah yang bertanding untuk kerusi Parlimen Sepang itu berkata, ia sebagai simbol keprihatinan dan komitmennya untuk membantu rakyat di kawasan tersebut.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Satu lawan satu', Bung Moktar yakin pertahan Kinabatangan

Sat Nov 05 2022

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Kinabatangan berdepan dengan persaingan sengit 'satu lawan satu' apabila penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin akan ditentang pencabarnya dari Parti Warisan (Warisan).

Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah akan berdepan dengan calon wanita diketengahkan Warisan iaitu Mazliwati Abdul Malek, 49, dan beliau yakin mampu mempertahankan kerusi berkenaan.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Politik dinasti semakin ketara

Sat Nov 05 2022

Bilangan calon yang mempunyai pertalian keluarga begitu signifikan dalam 'DNA' Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila sekurang-kurangnya tujuh keluarga didapati bertanding merebut kerusi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Pakatan Harapan (PH) iaitu keluarga Anwar, Lim dan Singh sekali lagi meneruskan tradisi dengan meletakkan calon keturunan masing-masing untuk bertanding dalam gelanggang pilihan raya kali ini.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Ahli Parlimen digugurkan parti guna 'talian hayat'

Sat Nov 05 2022

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan beberapa penyandang kerusi Parlimen yang telah digugurkan daripada senarai calon oleh parti masing-masing bertindak menggunakan 'talian hayat' dengan bertanding atas tiket parti lain.

Antaranya Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim, penyandang kerusi Parlimen Arau, yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

187 calon wanita bertanding

Sat Nov 05 2022

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan 127 calon wanita akan bertanding di kerusi Parlimen manakala 60 lagi calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah.

Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan UPKO meletakkan 39 calon wanita daripada 205 calon yang bertanding, dengan satu kerusi atas tiket pakatan politiknya MUDA, di Parlimen Tanjong Karang dan satu menggunakan logo DAP iaitu di Parlimen Lanang, Sarawak.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Laman web khas PRU15 kelolaan Astro AWANI

Sat Nov 05 2022

Anda mahu mengetahui siapa calon-calon yang disahkan bertanding dan akan merebut 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, 

Anda juga pasti ingin tahu calon-calon yang mendapat perhatian pada PRU15 ini? 

Keputusan tidak rasmi dan rasmi pada Hari Pengundian pada 19 November ini? 

Semuanya kami sediakan di laman web yang Astro AWANI sediakan untuk pembaca dan penonton di Saluran 501 Astro AWANI. 

SPR terima 1,386 kertas penamaan calon

Sat Nov 05 2022

Sebanyak 1,386 kertas pencalonan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh sejam proses penamaan calon berlangsung bermula 9 pagi, hari ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata daripada jumlah itu, sebanyak 945 kertas penamaan bagi kerusi Parlimen, 434 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Sembilan pusat daerah mengundi BN kembali beroperasi

Sat Nov 05 2022

Sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) di Jasin yang ditutup baru-baru ini berikutan protes daripada ahli parti kembali beroperasi seperti biasa.

Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Hasan Abd Rahman berkata penutupan sembilan PDM berkenaan berlaku selama tiga hari sejak Sabtu lepas ekoran jentera parti tidak berpuas hati terhadap calon diputuskan pucuk pimpinan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Cleopatra, Lando antara selebriti, 'influencer' warnai PRU15

Sat Nov 05 2022

elebriti, pempengaruh media sosial dan aktivis merupakan antara calon yang mewarnai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan penamaan calon yang berlangsung hari ini.

Mereka antara 945 individu yang bakal merebut 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya kali ini di samping calon-calon yang sudah biasa dalam arena pertandingan politik.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tengku Zafrul harap persaingan yang sihat di Kuala Selangor

Sat Nov 05 2022

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN) di Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berharap wujud persaingan yang sihat antara semua parti yang bertanding di kerusi parlimen itu.

Katanya, apa yang perlu diutamakan ialah kepentingan dan kebajikan pengundi Kuala Selangor.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI


Parti atau aura calon, ini kerusi 'panas' jadi tumpuan

Sat Nov 05 2022

Beberapa kerusi 'panas' Parlimen mencuri tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyaksikan beberapa figura besar yang bukan sahaja mempertaruhkan parti tetapi juga membawa 'aura' bagi menawan pengundi.

Parlimen Sungai Buloh antara yang menjadi perhatian apabila Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Khairy Jamaluddin bagi menawan kubu kuat Pakatan Harapan (PH) kali ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Penolakan calon KDM punca kecoh di Tenom - Polis

Sat Nov 05 2022

Kekecohan yang berlaku di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Tenom di sini hari ini berpunca daripada penolakan pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata penolakan pencalonan itu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan alasan Peter masih mempunyai kes mahkamah yang belum selesai.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Ahli, jawatan Mohd Zulkifli gugur secara automatik

Sat Nov 05 2022

Keahlian dan jawatan Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan Mohd Zulkifli Zakaria yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) gugur secara automatik.

Perkara itu disahkan Pengerusi Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Noor yang memaklumkan keputusan Mohd Zulkifli itu adalah tindakan peribadi dan tiada kena mengena dengan pimpinan parti.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

10 penjuru di Batu, 82 Parlimen berdepan saingan empat penjuru

Sat Nov 05 2022

Pertembungan 10 penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi medan tempur politik paling menarik dengan calon paling ramai dan meriah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kerusi Parlimen Batu ditandingi penyandangnya P. Prabakaran atas tiket Pakatan Harapan (PH) dan calon lain termasuk bekas Timbalan Menteri Luar Datuk A. Kohilan Pillay daripada Barisan Nasional (BN), Azhar Yahya mewakili Perikatan Nasional (PN) dan peguam Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Majoriti ketua parti pertahan kerusi tradisi, Anwar 'tukar' kawasan

Sat Nov 05 2022

Penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini menyaksikan majoriti pemimpin utama parti politik tanah air bertanding mempertahankan kerusi tradisi masing-masing meskipun berdepan persaingan sengit dengan lebih tiga penjuru.

Ia termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk buat penggal keenam dalam persaingan empat penjuru, berdepan bekas Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin; calon Perikatan Nasional (PN) Dr Muhammad Faiz Na'aman dan calon Bebas Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

945 calon Parlimen, jumlah tertinggi dalam sejarah

Sat Nov 05 2022

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mencatat sejarah apabila merekodkan seramai 945 calon disahkan layak bertanding untuk merebut 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, yang teramai dalam sejarah PRU negara.

Berdasarkan data yang dipaparkan di Pusat Media ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di sini, seramai 441 calon akan bersaing untuk merebut 117 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang, Perlis dan kerusi N66 BUgaya, Sabah.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Keanggotaan ahli tanding atas tiket selain UMNO, tergugur secara automatik - Ahmad Maslan

Sat Nov 05 2022

Keanggotaan ahli UMNO yang menjadi calon, pencadang dan penyokong kepada parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tergugur secara automatik mengikut Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitternya hari ini, beliau memaklumkan berdasarkan fasal tersebut, UMNO akan memantau secara berterusan sekiranya terdapat mana-mana ahli yang terlibat dengan aktiviti menyokong parti lawan sepanjang kempen PRU15 berlangsung selain berdepan tindakan pemecatan keahlian serta-merta.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Dua isteri iringi calon PN Parlimen Jeli

Sat Nov 05 2022

Calon Parlimen Jeli, Zahari Kechik yang mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mencuri tumpuan, apabila telah diiringi dua isterinya ketika hadir ke pusat penamaan calon pada Sabtu.

Zahari berkata, dengan membawa kedua-dua isterinya, Hayati Ismail dan Che Maziah Mustafa telah memberi semangat, dorongan serta sokongan kepadanya.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

"Bukan DAP tentukan kemenangan Warisan" - Shafie jawab Kit Siang

Sat Nov 05 2022

Bukan DAP atau parti lain yang menentukan kemenangan Parti Warisan (Warisan) di Semenanjung, tegas Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Presiden Warisan itu sebaliknya berkata, jumlah kerusi yang akan dimenangi oleh parti itu bakal diputuskan oleh pengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pertandingan 5 penjuru di DUN Pulau Tawar, calon Bebas lawan 'bos' sendiri

Sat Nov 05 2022

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar ‘meriah’ dengan pertandingan lima penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta turut menyaksikan calon Bebas bertemu ‘bosnya’ di kerusi itu.

Calon berkenaan, yang merupakan pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Ridzuan Mansor akan bertembung dengan penyandang kerusi tersebut, Datuk Nazri Ngah yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

#SuaraMalaysia: Boleh tak YB? 95 peratus setuju calon PRU15 disaring pihak berkuasa

Sat Nov 05 2022

Daripada 1,359 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati 95 peratus setuju calon PRU15 perlu disaring pihak berkuasa, dua peratus tidak setuju manakala tiga peratus lagi tidak peduli.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI


Hajiji kutuk kekerasan, kekacauan ketika pilihan raya

Sat Nov 05 2022

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa tindakan tegas diambil oleh pihak polis terhadap insiden rusuhan yang berlaku di pusat penamaan calon Dewan DSP Antanom pada Sabtu.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut mengutuk sebarang kekerasan dan kekacauan dalam apa juga bentuk semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Anak Paul Yong tanding kerusi DUN Tronoh

Sat Nov 05 2022

Bekas Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong mencuri tumpuan di Pusat Penamaan Calon (PPC) Parlimen Batu Gajah apabila mengiringi anaknya, Bryan Yong Wu Sean yang menjadi calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh, di sini, hari ini.

Penyandang kerusi DUN Tronoh itu berpakaian serba ungu bersama penyokong dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) berarak ke PPC di Dewan Bandaran Kinta.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI


Batu jadi 'pesta calon' dengan pertandingan 10 penjuru, paling ramai bagi PRU15

Sat Nov 05 2022

Kerusi Parlimen P115 Batu bakal menjadi rebutan 10 calon yang bertanding, iaitu pertembungan paling ramai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu sidang media pada Sabtu, kerusi N47 Chenderiang di Perak pula merekodkan jumlah calon teramai bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu tujuh penjuru.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tiada keperluan bawa jentera luar - Asyraf Wajdi

Sat Nov 05 2022

Walaupun tampil sebagai calon luar, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengakui terharu apabila ahli akar umbi parti itu menerimanya sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Gerik untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, walaupun merupakan Ketua Pemuda UMNO Nasional, namun nasibnya pada PRU kali ini akan ditentukan gerak kerja jentera BN Gerik kerana beliau tidak akan memanggil jentera luar.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Wee tidak pandang mudah cabaran lawan di Ayer Hitam

Sat Nov 05 2022

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong tidak memandang mudah lawannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meskipun mempunyai kekuatan tersendiri selepas berkhidmat kepada masyarakat di Parlimen Ayer Hitam selama empat penggal.

Wee, yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) juga menganggap tentangan daripada dua lawannya sebagai cabaran besar dan perlu bekerja lebih keras untuk mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan yang dipegangnya sejak 2004.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Shahidan mohon orang Arau 'humban' calon dari Pulau Pinang - Shahidan

Sat Nov 05 2022

Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengharapkan pengundi di Parlimen itu menolak calon dari luar negeri berkenaan termasuk calon Barisan Nasional (BN) yang didakwanya berasal dari Pulau Pinang.

Menurutnya, ia adalah bagi membuktikan penduduk di Perlis mampu diketengahkan terutama dalam kepimpinan di peringkat kawasan bukannya calon yang sering 'berpindah-randah'.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Ku Li tak 'gogek' bertanding kali ke-13

Sat Nov 05 2022

Ahli Parlimen paling lama dari Barisan Nasional (BN), Tengku Razaleigh Hamzah, melakar sejarah tersendiri apabila bertanding buat kali ke-13 untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li berkata, khidmatnya masih diperlukan di Parlimen Gua Musang, terutamanya daripada masyarakat Orang Asli yang menginginkannya kekal bertanding.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pemimpin Srikandi Melaka, Bersatu Jasin umum keluar parti, tak puas hati isu calon

Sat Nov 05 2022

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Jasin ‘lumpuh’ selepas sebahagian besar kepimpinan bahagian itu mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Srikandi Bahagian Jasin, Azalina Abdul Rahman, yang juga Ketua Srikandi Bersatu negeri, mendakwa selain itu, pimpinan Srikandi Bersatu di empat daripada enam bahagian di negeri itu turut mengambil langkah sama membabitkan jumlah keseluruhan 320 orang.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pesara guru berusia 80 tahun antara 58 calon Parlimen di Pulau Pinang

Sat Nov 05 2022

Seorang pesara guru berusia 80 tahun adalah antara 58 individu yang mendaftar sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada hari penamaan bagi 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

Semakan di portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati, Ravinder Singh daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) akan berdepan persaingan enam penjuru dengan calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Warisan Sabah dan Bebas.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Beberapa nama besar politik negara buat kemunculan semula

Sat Nov 05 2022

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov ini menjadi 'gelanggang' buat beberapa nama besar dalam arena politik negara membuat penampilan semula setelah berehat seketika dalam arena politik.

Antara mereka ialah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang bertanding di kerusi Parlimen Kota Tinggi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Lebih 2,000 polis Kedah kawal pusat penamaan calon di seluruh negeri

Sat Nov 05 2022

Strategi meletakkan anggota polis dalam kelompok penyokong yang menyertai perarakan membawa calon berhasil apabila tiada sebarang insiden atau kekecohan berlaku.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, seramai seramai 2,443 pegawai dan anggota digerakkan untuk penugasan di semua tempat penamaan calon di 15 Parlimen di negeri ini, hari ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Perketat SOP kempen, jangan bebankan kerajaan baharu dengan kes COVID-19

Sat Nov 05 2022

Pihak berkuasa disarankan agar memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ketika negara mencatat kenaikan bilangan jangkitan harian COVID-19.

Pakar Kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli menegaskan, ini penting bagi membolehkan kerajaan baharu nanti menumpukan fokus pada usaha membaik pulih ekonomi dan bukan memerangi penularan wabak berkenaan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Warisan tampil dua beradik bertanding di Kampar

Sat Nov 05 2022

Parti Warisan (Warisan) menampilkan dua beradik menjadi calon untuk bertanding di kerusi Parlimen Kampar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar.

Penyandang kerusi Malim Nawar, Leong Cheok Keng kekal bertanding di kerusi itu manakala adiknya, Cheok Lung bertanding di kerusi Parlimen Kampar.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Keluarga hadir beri sokongan kepada Nizar

Sat Nov 05 2022

Ibu Datuk Mohd Nizar Najib, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, 66, bersama beberapa ahli keluarganya hadir ke pusat penamaan calon P85 Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini bagi memberi sokongan kepada calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya itu.

Kehadiran beliau mencuri perhatian malah membangkitkan semangat kira-kira 2,000 penyokong BN yang hadir.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI


SPRM buka bilik gerakan di seluruh negara

Sat Nov 05 2022

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di seluruh negara bagi memudahkan aduan serta penyaluran maklumat oleh orang ramai berhubung perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh berkempen.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua bilik gerakan itu akan beroperasi sepanjang hari bermula hari ini hingga hari pengundian pada 19 Nov.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Hamzah tak ambil hati disorak 'pengkhianat, katak'

Sat Nov 05 2022

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak ambil hati sorakan parti lawan yang melaungkan kata 'pengkhianat' dan 'katak' semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pejabat Daerah dan Tanah Selama, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, sorakan seumpama itu tidak menggambarkan makna sebenar kedudukan sokongan pengundi di kawasan itu kepada dirinya.

BACA ARTIKEL PENUH
DI SINI

'Saya bukan penjenayah, saya akan fail semakan di Mahkamah Tinggi'

Sat Nov 05 2022

Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat Datuk Peter Anthony akan memfailkan penyemakan status kepada Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat untuk menyemak sama ada beliau layak atau tidak bertanding dalam PRU15.

Perkara itu tegas Peter dibuat susulan bantahan pencalonan nama beliau di saat akhir dipercayai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pusat kira-kira pukul 12 tengah hari Sabtu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Eizlan Yusof bergegas ke pusat penamaan calon sebaik habis 'shooting'

Sat Nov 05 2022

Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof terus bergegas ke Sabak Bernam sempena hari penamaan calon yang berlangsung di Dewan Tun Razak walaupun baru saja habis penggambaran filem terbaharu kira-kira jam 6 pagi.

Eizlan yang juga Calon Parlimen Sabak Bernam mewakili GTA Parti Pejuang, akui walaupun perlu melunaskan tanggung jawab sebagai pelakon, peristiwa hari ini (Penamaan Calon) tidak boleh dianggap ringan.

BACA ARTIKEL PENUH
DI SINI

UMNO Gerik tak boikot Asyraf Wajdi, patuh dan walak keputusan pimpinan

Sat Nov 05 2022

Pertikaian dalam kalangan ahli akar umbi UMNO Gerik yang dikatakan menolak calon luar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selesai selepas Datuk Asyraf Wajdi Dusuki disahkan bertanding di Parlimen berkenaan, pagi tadi.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Gerik, Datuk Aznel Ibrahim berkata, pertikaian yang berlaku sebelum ini pada awalnya hanyalah pendirian disuarakan akar umbi berhubung perkara berkenaan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Belum ada anak tempatan jadi wakil Simpang Renggam - Fazrul

Sat Nov 05 2022

Perebutan kerusi Parlimen Stampin menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS), DAP dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Ia melibatkan penyandang kerusi berkenaan, Chong Chieng Jen yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Pengerusi DAP Sarawak.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pertembungan tiga penjuru di kerusi Parlimen Stampin

Sat Nov 05 2022

erebutan kerusi Parlimen Stampin menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS), DAP dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Ia melibatkan penyandang kerusi berkenaan, Chong Chieng Jen yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Pengerusi DAP Sarawak.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Peter Anthony sah tidak bertanding di Parlimen Tenom

Sat Nov 05 2022

Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat, Datuk Peter Anthony sah tidak bertanding di kerusi Parlimen Tenom pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Semakan di laman sesawang SPR mendapati hanya lima calon secara rasmi tersenarai bertanding di kerusi berkenaan.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Perikatan Nasional umum manifesto esok

Sat Nov 05 2022

Pertembungan enam penjuru di Tuaran, tiga anak jati Kiulu

Sat Nov 05 2022

Kerusi Parlimen Tuaran menyaksikan persaingan enam penjuru antara calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS); Pakatan Harapan, Parti Warisan, Pejuang dan dua calon Bebas.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Syahrin Samsir turut memaklumkan susunan nama calon pada kertas undi sewaktu mengisytiharkan keputusan pencalonan selepas ditutup pada jam 10 pagi.

Pertembungan tersebut melibaykan Datuk Joniston Bangkuai (GRS), Datuk Wilfred Madius Tangau (PH), Jo-Anna Sue Henly Rampas (Warisan), Muminin Kalingkong (Pejuang), Nortaip Suhaili (Bebas), dan Boby Lewat (Bebas).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Nasib Shahidan, Zahidi akan diketahui hari ini

Sat Nov 05 2022

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mengarahkan setiausaha parti untuk mengeluarkan kenyataan berhubung beberapa pemimpin parti itu yang bertanding atas tiket parti lain.

Menurutnya, Datuk Seri Ahmad Maslan akan memperincikan tindakan diambil mengikut perlembagaan parti terhadap semua pemimpin tersebut.

BACA BERITA PENUH DI SINI 

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri

Sat Nov 05 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa beliau masih calon Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan dalam PRU15. 

Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.

"Setakat ini tidak ada keputusan daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang mengatakan sebaliknya.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Borang pencalonan calon PH di DUN Kemayan di Pahang ditolak, saingan satu lawan satu antara BN dan PN

Sat Nov 05 2022

Borang pencalonan calon PH di DUN Kemayan di Pahang ditolak, saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional. 

[BERITA PENUH AKAN MENYUSUL]


Sah, bekas ketua pesuruhjaya SPRM tidak bertanding di Tasek Gelugor

Sat Nov 05 2022

Spekulasi yang mengatakan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan bertanding atas tiket Bebas di Parlimen P.042 Tasek Gelugor akhirnya terjawab.

Beliau tidak kelihatan di Pusat Penamaan Calon di Institut Kemahiran MARA (IKM), Seberang Perai Utara, pada hari penamaan calon hari ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Parti politik harus guna tempoh dua minggu ini tarik rakyat keluar mengundi

Sat Nov 05 2022

Secara realistik, agak sukar untuk mencapai jumlah pengundi melebihi 80 peratus seperti yang berlaku pada 2018, namun parti politik masih mempunyai tempoh selama dua minggu menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) bagi menarik seramai mungkin rakyat untuk keluar mengundi pada 19 November nanti.

Penulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia, Dr G Manimaran berpendapat, pelbagai faktor antaranya musim tengkujuh dan gelombang baharu COVID-19, selain komponen empat juta pengundi pertama kali yang sebelum ini tidak pernah mengundi, yang menyukarkan usaha mendapatkan lebih 80 peratus pengundi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Usia 80 tahun, Presiden PSB berdepan saingan tiga penjuru di Parlimen Sibu

Sat Nov 05 2022

Kawasan Parlimen Sibu kembali mencatatkan pertembungan tiga penjuru antara Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Sarawak Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRU15 ini. 

Selaku penyandang (DAP), Oscar Ling, 45 tahun, tampil dengan sejarah kemenangan yang cemerlang pada PRU14 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Wong Kee Yew dengan majoriti 11,422 undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Calon PM bagi BN adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob' - Khairy

Sat Nov 05 2022

Pertandingan tujuh penjuru di Parlimen Sungai Buloh

Sat Nov 05 2022

Kerusi Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru pada PRU15. 

Ketujuh-tujuh calon yang mengesahkan penyertaan mereka ialah Khairy Jamaluddin (BN-UMNO), Datuk R. Ramanan (PH-PKR), Mohd Ghazali Md Hamin (PN-Pas), Mohd Akmal Mohd Yusoff (GTA-Pejuang) , Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan dua calon Bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff serta Nurhaslinda Basri.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Amirudin nafi dalam bayang-bayang Azmin

Sat Nov 05 2022

Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari, menafikan beliau masih berada di balik bayang-bayang pesaingnya bagi kerusi itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Amirudin yang lengkap berbaju Melayu biru muda ketika tiba di Pusat Pencalonan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu berkata, sudah dua tahun beliau tidak mengikuti perkembangan Mohamed Azmin selepas Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Nazree tak gentar berdepan Tok Mat di Rembau

Sat Nov 05 2022

Calon muda Perikatan Nasional, Mohd Nazree Mohd Yunus mengakui tidak gentar biarpun terpaksa berdepan dengan figura besar Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hassan di Parlimen Rembau pada PRU15, kali ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Air mata, pelukan isteri iringi Mohd Shafie di pusat penamaan calon Semporna

Sat Nov 05 2022

Air mata dan pelukan kasih sayang mengiringi Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika proses penamaan calon di kerusi Parlimen Semporna di Dewan Masyarakat Semporna, di sini hari ini.

Presiden Parti Warisan (Warisan) itu tiba sekitar pukuk 9.05 pagi diiringi ribuan penyokong sebagai tanda solidariti kepada penyandang kerusi berkenaan sejak Pilihan Raya Umum ke-9.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Azwan Ali umum tarik diri, mimpikan arwah ibunya 'Mak Tom'

Sat Nov 05 2022

Pengacara sensasi dan kontroversi, Azwan Ali mengumumkan tidak bertanding pada PRU15 P098 Parlimen Gombak.

Adik kepada penyandang kerusi Parlimen Gombak itu berkata, tindakan menarik diri itu dilakukan selepas dia bermimpikan arwah ibunya 'Mak Tom' yang menasihatkannya untuk tidak bertanding.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

[KOLUMNIS] Penamaan calon PRU15 luar biasa?

Sat Nov 05 2022

Sejak beberapa hari lalu suasana meriah pilihan raya sudah mulai dirasai di seluruh negara.
Aktiviti menaikkan bendera dan memasang khemah parti, walaupun tidak dibenarkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1958 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 sehingga semalam, kelihatan rancak.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

PRU15 bermula hari ini dengan proses penamaan calon

Sat Nov 05 2022

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memilih kerajaan baharu Malaysia bermula hari ini dengan proses penamaan calon di 222 pusat penamaan di seluruh negara.

Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Sabah yang tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Praktik politik matang, jangan aibkan calon - Ahmad Faizal

Fri Nov 04 2022

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta semua pihak agar tidak mengaibkan mana-mana calon dengan mengamalkan politik matang pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau berkata perkara ini penting dalam memastikan segala proses PRU termasuk sepanjang tempoh berkempen berjalan lancar.

BACA BERITA PENUH
DI SINI 

#Anwar Ibrahim#PM10#mula tugas di PMO#Perdana Putra
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.