MERBOK: Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan bahawa lebih 50 peratus daripada keseluruhan keahlian parti berkenaan adalah melibatkan golongan muda.
Menurutnya, negeri Kedah pula menjadi negeri paling tinggi merekodkan bilangan keahlian bagi parti yang diluluskan Julai lalu itu, diikuti negeri Sabah, Johor dan Selangor.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar keahlian Pejuang namun menyifatkan peningkatan berlaku dengan lebih cepat jika dibandingkan ketika awal penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini.
"Dari segi nombor, saya tidak (boleh) umum (lagi) tetapi saya nampak peningkatan ahli (Pejuang) lebih cepat berbanding zaman kami di dalam Bersatu dahulu, mungkin ada sebab dia, tetapi saya ingat minat kepada Pejuang ini agak meningkat.
"Yang ini pun agak menarik (sebenarnya), parti kami ini keahliannya (libatkan individu) yang begitu muda sekali, jadi walaupun saya tahu orang muda banyak pilihan tapi sebilangan antara mereka memilih untuk menyertai Pejuang, anggaran lebih 50 peratus ahli kami dari kalangan orang muda dan ini perkara yang baik kalau kita ada Undi 18," katanya.
Mukhriz berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan Walkabout Pejuang Parlimen Merbok di Arked Niaga Tanjung Dawai pada Jumaat.
Beliau dalam masa yang sama turut memaklumkan bahawa parti yang dipimpinnya itu sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
"Buat masa sekarang tidak ada lagi (sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak) tetapi kita sedia untuk berbincang dengan sesiapa jua, kami sangat terbuka kepada rakan lama yang dulu kita berjuang sekali, walaupun begitu kita juga bersedia untuk sertai pilihan raya secara berseorangan,
"Kita faham kalau realiti politik sekarang ini, kerajaan yang biasa ditubuhkan adalah kerajaan campuran tetapi kita berusaha supaya masyarakat Melayu diwakili dengan kepimpinan yang ramai," katanya.
Sementara itu mengulas mengenai prestasi Jemaah Menteri dalam 100 hari pentadbiran Kerajaan #KeluargaMalaysia beliau memnyifatkan ianya gagal selain memberikan 'Gred F' kepada pencapaian terbabit.
"(Pencapaian 100 hari kerajaan #Keluarga Malaysia itu) failed, iI give them F, dalam 100 hari ini, tidak nampak apa pun telah dibuat oleh kerajaan, tidak ada satu benda pun, yang dibuat pun daripada dasar yang lama itu pun perlaksanaannya lemah, yang kita nampak Bajet yang begitu besar yang tidak pernah (ada) dalam sejarah (iaitu) mencecah lebih RM322 bilion tetapi perbelanjaan dan perlaksanaan projek entah ke mana," katanya lagi.
Abd Hadi Che Awang
Fri Dec 10 2021

Menurut Mukhriz negeri Kedah menjadi negeri paling tinggi merekodkan bilangan keahlian bagi parti yang diluluskan Julai lalu itu, diikuti negeri Sabah, Johor dan Selangor. - Foto Astro AWANI

Pilihan Raya | 41 peratus belia 'belah bahagi' pilih parti bakal diundi
Lebih 41 peratus golongan belia di negara ini membabitkan mereka dari kalangan 18 tahun ke atas didapati masih berbelah bahagi tentang kecenderungan untuk memilih parti politik yang akan diundi mereka. Menurut Pengasas Bersama Architects of Diversity, Jason Wee, peratusan itu diperolehi menerusi hasil daripada tinjauan yang dijalankan oleh pihaknya ‘Tinjauan Manifesto Aspirasi Belia’ untuk menilai pemlihan golongan tersebut bagi Pilihanraya Umum akan datang.

Peneroka rugi RM39,000 diperdaya Macau Scam
Seorang peneroka di Jempol mendakwa kerugian RM39,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada 7 Mei lepas.

Penipuan | Sindiket mencari pekerja 'scammer' dikesan
Satu sindiket yang aktif memperdaya golongan pencari kerja dengan menawarkan gaji lumayan untuk menjadi scammer, berjaya dikesan di Johor. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, jenayah itu berjaya dihidu selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa menghadiri temu duga dikendalikan sindiket berkenaan, di sekitar Johor Bahru, baru-baru ini.

Perolehan COVID-19 | Dr Adham sedia beri kerjasama siasatan SPRM
Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan berlaku isu rasuah dan penyelewengan berhubung perolehan berkaitan COVID-19.

Kerajaan NS, syarikat swasta laksana kerja dalamkan sungai atasi banjir
Kerajaan Negeri Sembilan akan bekerjasama dengan syarikat swasta dalam menyegerakan kerja membersih dan mendalamkan sungai bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di negeri ini.

Pindaan Akta 716 dikuatkuasakan Julai ini - KP Perhilitan
Pengkuatkuasaan akta itu dibuat setelah ia diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Kekurangan bekalan: Ada peniaga jual ayam melebihi harga siling
Kebanyakan peniaga menjual ayam bulat pada harga RM8.90 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan.

AWANI Ringkas: Dr Adham Baba sedia beri kerjasama kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sistem kesihatan Malaysia dapat markah tinggi menerusi inisiatif #GlobalSurgery
Pencapaian itu dikongsi Dr Kee B Park, individu bertanggungjawab di sebalik gerakan itu di laman Twitternya pada Rabu.

Zoo Negara terima jumlah pengunjung memberangsangkan
Setelah melalui saat getir ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zoo Negara kini kembali 'bernafas' setelah menerima jumlah kedatangan pengunjung yang memberangsangkan.

Pelancaran Pejuang Sabah dijadualkan esok ditangguhkan - Mukhriz
Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Sabah yang dijadualkan esok ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Debat Perdana: Najib selar dakwaan Mukhriz berkaitan isu Sapura Energy
Najib menyelar kenyataan Mukhriz yang mengatakan beliau mahu menyalahgunakan dana rizab negara dalam menyelamatkan Sapura Energy Berhad (SEB).

Pejuang harap wakil rakyat tidak dipecat kerana tidak turut kehendak parti - Mukhriz
Wakil rakyat tidak mengkianati mandat yang diberikan oleh rakyat dalam PRU, tegas Mukhriz Mahathir.

RUU Anti Lompat Parti: Mukhriz persoal nasib Ahli Parlimen dipecat
Pihaknya menyokong pelaksanaan Akta Antilompat Parti, namun butirannya perlu diperincikan.

Muhyiddin jumpa Dr Mahathir bincang kerjasama hadapi PRU15
Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mendakwa pertemuan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dengan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang, berlangsung kira-kira dua minggu lalu.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.

PRN Johor: 'Kemenangan BN bukan perkara boleh dibanggakan sangat' - Mukhriz
Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan satu perkara yang boleh dibanggakan.

PRN Johor: Pejuang umum manifesto tambahan
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengumumkan beberapa penambahan kepada manifesto 'Aspirasi Johor' parti itu jika menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) antaranya mencadangkan portfolio Pengu

PRN Johor: Pengundi Johor semakin terima Pejuang - Mukhriz
Selepas enam hari berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) optimis parti itu semakin dikenali dan diterima pengundi di negeri berkenaan.

Pejuang sedia bekerjasama dengan parti lain selepas PRN Johor
Pejuang 'hanya mempunyai satu bangsa iaitu Melayu' dan kerana itu ia perlu cari kesepakatan dengan parti lain, kata Mukhriz.