awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih ramai bekas pemimpin UMNO akan menyertai Bersatu - Hamzah Zainudin

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/07/2023
00:20 MYT
Lebih ramai bekas pemimpin UMNO akan menyertai Bersatu - Hamzah Zainudin
Hamzah menerima borang permohonan untuk menyertai Bersatu daripada bekas Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Faizol Arby Mohd Shohor dan bekas Ketua UMNO Cawangan Batu 6 Selama, Sayuti Hussin. - Astro AWANI
LARUT: Lebih ramai bekas pemimpin UMNO di seluruh negara akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, bekas-bekas pemimpin itu pernah memegang jawatan tertinggi di peringkat bahagian dan kebangsaan.
“Sebenarnya ramai lagi (bekas pemimpin UMNO) yang akan bersama kita.
“Insya-Allah kita akan adakan satu majlis di Selangor nanti,” katanya selepas majlis makan malam bersama Ahli Parlimen Larut di Dewan Permai, Majlis Daerah Selama, di sini, malam tadi.
Menurutnya, pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat tidak lama lagi.
“Kita sedang mencari tempat dam tarikh yang sesuai kerana maklum sahajalah, ramai yang datang dari Terengganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan.
“Oleh kerana ramai, kita akan cari tempat yang sesuai dan kita akan umumkan semua sekali,” ujarnya.
Pada majlis makan malam itu, beliau menerima borang permohonan untuk menyertai Bersatu daripada bekas Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Faizol Arby Mohd Shohor dan bekas Ketua UMNO Cawangan Batu 6 Selama, Sayuti Hussin.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#PRN
#UMNO
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan