POLITIK
'Lihat gambaran besar peranan Tengku Zafrul, Dr Akmal usah terperangkap emosi' - MPP AMK

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peletakan jawatan daripada UMNO dalam satu kenyataan pada malam Jumaat. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Timbul pertikaian mengenai peletakan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz daripada parti berkenaan.
Ringkasan AI
- Gesaan untuk Meletak Jawatan Menteri: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, menggesa Tengku Zafrul supaya turut melucutkan jawatan sebagai Menteri MITI, selepas keluar daripada UMNO.
- Pelantikan Menteri adalah Hak Perdana Menteri: Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan, Dzulhilmi Zainol, menegaskan bahawa pelantikan menteri adalah kuasa mutlak Perdana Menteri, dan kedudukan Tengku Zafrul sebagai Menteri MITI adalah sah.
- Peranan Tengku Zafrul dalam Ekonomi: Dzulhilmi juga mempertahankan Tengku Zafrul, menyatakan bahawa beliau memainkan peranan besar dalam menarik pelaburan asing dan membina keyakinan komuniti perniagaan global, yang penting bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia.
"Maka kedudukan Tengku Zafrul sebagai Menteri MITI adalah sah dan tidak wajar dipertikai.
"Tidak timbul langsung keperluan untuk beliau mengosongkan kerusi menteri.
"Saya ingin menasihatkan Akmal supaya melihat gambaran dan konteks lebih besar, jangan terperangkap sentimen emosi politik berjiwa kecil yang turut berisiko menyerlahkan citra ketidakmatangan," ujar Dzulhilmi dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambah beliau, Tengku Zafrul memainkan peranan besar dalam merealisasikan aspirasi Malaysia Madani.
"Selaku tokoh efektif di meja rundingan, syukur ke hadrat Allah SWT, Malaysia berjaya mendepani senario ketidakstabilan dagangan global dengan cekap.
"Zafrul bukan sahaja ‘frontliner’ untuk menarik pelaburan asing, malah turut berjaya meyakinkan masyarakat antarabangsa serta membina keyakinan komuniti perniagaan global.
"Ini amat penting untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia sebagai sebuah negara dagang," katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami