KUALA LUMPUR: Veteran DAP, Lim Kit Siang menolak tawaran untuk menjadi “mentor” parti itu dan menegaskan pendiriannya untuk bersara daripada arena politik.
Kit Siang, 81, berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu yang telah berkecimpung selama 56 tahun dan menjadi antara pengasas DAP berkata, beliau akan terus memberikan sokongan kepada kepimpinan baharu.
"Saya berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baharu dan Setiausaha Agung DAP yang mencadangkan saya menjadi ‘mentor DAP’.
“Sebagai orang yang bekerja keras dalam DAP dan menghabiskan 56 tahun hidup saya untuk memajukan perjuangan DAP, saya sentiasa bersedia memberikan pandangan dan nasihat mengenai masa depan Malaysia serta hala tuju baharu DAP
"Bagaimanapun, tiada keperluan untuk sebarang jawatan dan oleh itu saya menolak cadangan CEC untuk menjadi mentor DAP," demikian katanya ketika berucap pada majlis makan malam yang dianjurkan oleh pemimpin DAP malam tadi.
BACA: Lim Kit Siang umum bersara dari arena politik
Jelas Kit Siang lagi, beliau tidak dapat bersara daripada politik secara sepenuhnya “kerana politik mempengaruhi setiap aspek kehidupan seseorang”.
"Apabila saya mengumumkan persaraan politik saya di kongres DAP pada 20 Mac 2022, ia adalah persaraan daripada pemilihan parti dan pemilihan kepimpinan, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)," tambahnya.
Dalam ucapan sama, Kit Siang turut menyentuh mengenai kerjaya politiknya dan tohmahan terhadap DAP yang dituduh sebagai parti anti-Melayu, anti-Islam dan komunis.
“Ini adalah kuasa propaganda negatif, berita palsu dan dakwaan palsu, tetapi melainkan kita dapat mencari jawapan kepada momokan itu, Malaysia tidak akan pernah mencapai potensinya untuk menjadi negara hebat bertaraf dunia.
"DAP tidak pernah menentang mana-mana kaum atau agama kerana ini bertentangan dengan kepercayaan asas kita bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang majmuk dan berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya," ujarnya lagi.
Kit Siang berada dalam CEC sejak 1966 ketika mula menjadi Setiausaha Penganjur Kebangsaan dan seterusnya memegang jawatan Setiausaha Agung selama 30 tahun dari 1969.
Astro Awani
Wed Apr 13 2022

Lim Kit Siang menolak tawaran untuk menjadi mentor parti itu dan menegaskan pendiriannya untuk bersara daripada arena politik. - Gambar fail

Niaga AWANI: OPR | Kenaikan kadar faedah beri impak langsung kepada peminjam

Niaga AWANI: OPR | Interest rate hike dampen property sector

AWANI Pagi: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan seolah-olah menjadi fenomena di Malaysia ketika ini. Apakah faktor kejayaan filem berlatar sejarah ini? Bolehkah ia dilabel sebagai biopik terhebat alaf ini selepas mengutip berjuta-juta ringgit selepas dua minggu tayangannya? #AWANInews #MalaysiaSihat #AWANIpagi

Isu pelanggan tidak puas hati layanan pegawai JPJ selesai
Qiau Wei berkata, dia sudah berjumpa dengan pegawai JPJ tersebut untuk menyelesaikan perkara berkaitan pada Rabu.

Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/thumbnails/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Pemandu maut kereta rempuh tiang SmartTAG di LDP
Rempuhan itu menyebabkan mangsa, Wong Kok Wai, tersepit di tempat duduk pemandu.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Kanak-kanak kritikal akibat dadah semakin pulih
Dr Noraini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, buat sementara waktu, kanak-kanak berkenaan perlu minum menggunakan tiub melalui hidungnya.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Apandi fail rayuan berhubung keputusan mahkamah tolak saman fitnah terhadap Kit Siang
Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta yang difailkan beliau terhadap Lim Kit Siang.

Mahkamah tolak saman fitnah Apandi terhadap Kit Siang
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman RM10 juta yang difailkan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap veteran DAP Lim Kit Siang.

PDRM siasat kenyataan Kit Siang didakwa gugat ketenteraman awam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung ciapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Lim Kit Siang tetap mahu bersara, tolak jawatan 'mentor DAP'
Lim Kit Siang menolak tawaran untuk menjadi 'mentor' parti itu dan menegaskan pendiriannya untuk bersara daripada arena politik.

KKM keluarkan kompaun kepada Lim Kit Siang - Khairy
Kompaun berkenaan dikeluarkan pada 20 Mac lalu, kata Khairy.

Anwar Ibrahim dijangkiti COVID-19, jalani kuarantin kendiri
Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Hala tuju cabaran utama generasi ketiga DAP
Barisan DAPSY lebih progresif susulan kemenangan Dr Kelvin Yii Lee Wuen dan Young Syefura Othman boleh dilihat sebagai petanda baik lapisan kepimpinan DAP.

Lim Kit Siang positif COVID-19
Veteran DAP itu menjalani ujian RTK-Antigen di Parlimen hari ini sebelum melakukan ujian RT-PCR dan disahkan positif COVID-19.

Lim Kit Siang umum bersara dari arena politik
Beliau mengesahkan tidak akan bertanding bagi jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dan tidak akan bertanding pada PRU akan datang.

Chong Chieng Jen kekal Pengerusi DAP Sarawak
Pemilihan Chong Chieng Jen bersama 14 lagi anggota jawatankuasa DAP negeri itu diadakan sempena Konvensyen Biasa DAP Sarawak 2022.