awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lim minta Abdul Hadi jelaskan laporan kata kesat PAS

Astro Awani
Astro Awani
19/05/2016
12:37 MYT
Lim minta Abdul Hadi jelaskan laporan kata kesat PAS
LIM: Saya minta Presiden PAS untuk mengesahkan sama ada beliau ada guna bahasa agak kesat ke atas parti DAP.
Lim Guan Eng hari ini menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya membuat pengesahan mengenai kata-kata kesat yang dilaporkan dibuat parti Islam itu terhadap DAP.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, Abdul Hadi perlu membuat pengesahan untuk membersihkan namanya jika perkara itu tidak benar seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya perkara itu benar, ia dilihat tidak adil bukan sahaja terhadap DAP, namun turut membabitkan orang bukan Islam.
Beliau turut mengesyorkan Abdul Hadi mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan bagi membersihkan namanya.
“Saya minta Presiden PAS untuk mengesahkan sama ada beliau ada guna bahasa agak kesat ke atas parti DAP secara khususnya, dan amnya penduduk bukan Islam.
“Saya amat terkejut, mengapa DAP ditarik masuk? Ini berkaitan pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Saya rasa hairan. DAP tidak bertanding di kedua-dua kerusi itu,” kata Lim.
Dalam laporan akhbar bahasa Inggeris yang diterbitkan pada Khamis, Abdul Hadi dilapor mengarahkan ketiga-tiga exco di Selangor supaya tidak meletak jawatan dan bersedia untuk dipecat daripada kerajaan Selangor.
Dalam mesyuarat yang diadakan di kediaman Abdul Hadi di Rusila, Terengganu itu, beliau dilapor berkata PAS 'lebih rela menjadi tunggangan lembu UMNO daripada tunggangan babi DAP.'
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#exco PAS
#Lim Guan Eng
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan