Skip to main content

Politik

Loke ingatkan ahli DAP supaya jaga tutur kata

anthony loke_AWANI
Loke berkata, semua ahli dan petugas parti perlu menjaga tutur kata serta tidak mengeluarkan kenyataan atau bergurau mengenai sistem adat di negeri itu. - Gambar fail/Astro AWANI
Advertisement

KUALA PILAH: DAP menegaskan pendiriannya untuk terus menghormati Perlembagaan Persekutuan, sistem Raja Berperlembagaan serta institusi Undang Yang Empat di Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, semua ahli dan petugas parti perlu menjaga tutur kata serta tidak mengeluarkan kenyataan atau bergurau mengenai sistem adat di negeri itu.

Menurutnya, parti itu tidak akan berkompromi terhadap mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan tidak menghormati institusi berkenaan.

“Kita mengangkat sistem Undang Yang Empat dan kita menghormati sistem itu.

“Saya nak bagi peringatan kepada rakan-rakan, petugas-petugas dan ahli-ahli yang akan bertanggungjawab. Kita kena jaga mulut kita, jangan berseloroh atau berjenaka berkenaan sistem adat di Negeri Sembilan.

“Ini sesuatu yang saya tidak akan terima dan tidak akan maafkan. Kalau mana-mana ahli kita tersasul cakap, kita pohon maaf kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Yang Empat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan ke-16 di Kuala Pilah hari ini.

Pada majlis sama, Loke turut diumum sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 kali ini.

Loke  yang juga merupakan Menteri Pengangkutan merupakan penyandang kerusi DUN Chennah selepas memenanginya pada PRN yang lalu dengan majoriti 2,200 undi.

Must Watch Video

Advertisement