awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Retorik perkauman, antipendatang dorong doktor asing tinggalkan UK
Wanita didakwa selepas 15 kg methamphetamine dirampas di Lapangan Terbang Sydney
Ahli pengakap berperanan jadi ejen keamanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Madius ajak MP BN tolak Muhyiddin sertai PH Plus

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
13/01/2021
06:37 MYT
Madius ajak MP BN tolak Muhyiddin sertai PH Plus
KOTA KINABALU:Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyeru mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak 'sebulu' dengan pemerintahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) Plus.
Beliau yang juga Presiden Parti Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) berkata, penyertaan itu membolehkan gabungan tersebut merangka polisi dan dasar alternatif pasca Muhyiddin dan Perikatan Nasional (PN).
Untuk rekod, beberapa Ahli Parlimen BN, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah secara terbuka menarik sokongan mereka kepada Muhyiddin sebelum ini.
"Kepada rakan-rakan separlimen saya, Ahmad Jazlan, Nazri Aziz, Tengku Razaleigh Hamzah dan kawan lama di BN yang tinggalkan Muhyiddin, saya ingin mengajak anda menyertai kami dalam PH Plus.
"Ini adalah untuk berbincang mengenai dasar alternatif pasca Muhyiddin dan pasca PN," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
UPKO merupakan parti komponen kepada PH Plus dan merupakan sekutu rapat kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) di Sabah.
Terdahulu, Madius dalam kenyataan yang sama turut menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kabinet bayangan dalam tempoh seminggu ini sebagai polisi PH Plus menghasilkan polisi menghadapi cabaran ekonomi dan pandemik COVID-19.
"Mohon pengerusikan kabinet bayangan PH Plus selewat-lewatnya pada Rabu hadapan dan menggunakan aplikasi Zoom,"katanya.
Topic Berkaitan
#Wilfred Madius Tangau
#Presiden UPKO
#UPKO
#Ahli Parlimen BN
#Ketua Pembangkang
#Pakatan Harapan Plus
#PH Plus
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan