awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahdzir Khalid pertahan jawatan Naib Presiden UMNO

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2023
07:50 MYT
Mahdzir Khalid pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Mahdzir mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023. -- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.
Mahdzir menawarkan diri untuk bersama kepimpinan tertinggi ketika parti itu sedang berdepan cabaran, dalam sidang media di Hotel Seri Pacific di ibu negara, pada Khamis.
“Ketika UMNO berada dalam situasi yang mencabar, saya mengambil pendirian untuk meneruskan perjuangan dan khidmat bakti untuk parti ini dan menawarkan diri bersama-sama saf kepimpinan tertinggi Presiden dan Timbalan Presiden,” ujarnya.
Beliau turut memuat naik beberapa gambar untuk tujuan kempen dalam pemilihan tersebut di laman Facebook peribadi beliau, pada Khamis.
“UMNO memerlukan setiakawan dan kesatuan pemikiran demi meneruskan perjuangan sucinya.
“Jika parti ini sedang lemah, marilah kita sama-sama teguhkan kebersamaan, janakan kesatuan dan bulatkan tekad untuk memulihkan semula UMNO,” tambahnya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lalu, Mahdzir tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Nurul Amin Hamid dengan majoriti 10,959 undi bagi kerusi Parlimen Padang Terap.
Topic Berkaitan
#Mahdzir Khalid
#Naib Presiden
#Pemilihan UMNO 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan