PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar Dewan Undangan Negeri itu daripada meluluskan usul undang-undang anti lompat parti.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Datuk DP Naban, yang mewakili empat ADUN itu dan Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan negeri.
Ketua Hakim itu berkata pada Ogos lepas, satu lagi panel Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa DUN berhak menggubal undang-undang bagi menentukan kelayakan Ahli-ahlinya.
Mahkamah tidak membuat sebarang perintah untuk kos.
Dalam keputusan itu yang berlangsung secara dalam talian, mahkamah memutuskan Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang tidak terbatal kerana ia selaras dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.
Pada 13 April lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Azizan Md Arshad membenarkan permohonan DUN Pulau Pinang dan Speakernya Datuk Law Choo Kiang untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi memutuskan keperlembagaan enakmen undang-undang anti lompat parti negeri itu.
DUN dan Speakernya mahu Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berhubung persoalan sama ada Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah kerana tidak konsisten dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.
Empat ADUN itu iaitu Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) telah memfailkan tiga writ saman pada 2020 terhadap DUN dan Speakernya untuk mencabar usul yang diperkenalkan pada Oktober 2020 supaya mereka mengosongkan kerusi dan pilihan raya kecil yang akan diadakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
Mahkamah memutuskan Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang tidak terbatal kerana ia selaras dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan. - Fail
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
RUU Antilompat Parti: PH setuju rujuk pindaan Perlembagaan ke Jawatankuasa Pilihan Khas
Pindaan Perlembagaan dan RUU Antilompat Parti yang dipersetujui kedua-dua pihak akan dibentang dan diluluskan dalam satu sidang khas Parlimen sebelum penghujung bulan Mei 2022.
RUU Antilompat Parti: Pejuang tidak tolak namun perlu kajian mendalam - Tun Mahathir
Kata Tun Mahathir, hasil kajian berkenaan amat diperlukan semua pihak agar dapat mengelakkan pelbagai pertikaian kelak sekiranya RUU itu diluluskan.