awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Syura PAS muktamadkan usul putus hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri

Bernama
Bernama
29/06/2015
12:43 MYT
Majlis Syura PAS muktamadkan usul putus hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri
MAHFODZ: Dewan Ulama akan akur dengan apa jua keputusan muktamad Majlis Syura itu nanti. - Gambar Fail
Majlis Syura PAS dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Beliau berkata ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap.
"Sekarang ini hanya separuh daripada ahli Majlis Syura telah dilantik. Mursyidul Am dan Timbalannya pun belum dilantik lagi selepas Muktamar Tahunan PAS 2015 baru-baru ini.
"Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya, katanya kepada pemberita di perkarangan bangunan Majlis Amarah Rakyat (MARA) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status usul Dewan Ulama PAS Pusat yang disokong tanpa dibahaskan semasa muktamar lepas berkenaan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP.
Mahfodz, yang juga anggota Majlis Syura sesi 2011-2015, berkata Dewan Ulama akan akur dengan apa jua keputusan muktamad Majlis Syura itu nanti.
"Sekarang ini usul itu belum dilaksana kerana yang hendak memutuskan itu Majlis Syura," katanya.
Terdahulu, Mahfodz bersama anggota Dewan Ulama yang lain menyerahkan memorandum kepada pengurusan MARA supaya siasatan penuh dan telus dapat dilakukan berhubung kes pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh MARA Inc.
Topic Berkaitan
#Mahfodz Mohamad
#Majlis Syura
#Muktamar
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan