awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/04/2024
07:48 MYT
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan berkata, beliau menularkan perkara itu dalam kumpulan WhatsApp Ketua UMNO Bahagian serta MKT yang kemudian menerima banyak komen positif terhadap usaha itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau menularkan perkara itu dalam kumpulan WhatsApp Ketua UMNO Bahagian serta MKT yang kemudian menerima banyak komen positif terhadap usaha itu.
"Jadi saya anggap UMNO di bawah sana menyokong usaha Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO bagi membantu semaksimum boleh kepada bekas Perdana Menteri, Najib yang banyak berjasa kepada negara sejak berumur 23 tahun.
"Jangan hanya dilihat sembilan tahun sebagai Perdana Menteri, beliau sebelum itu pernah menyandang timbalan perdana menteri, menteri, menteri besar dan timbalan menteri," katanya mengulas sokongan UMNO terhadap pembelaan ke atas Najib.
Ahmad ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Perladangan dan Komoditi di pekarangan pintu gerbang Kampong Bharu, di sini pada Sabtu.
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Ahmad Zahid mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Ahmad berkata, Ahmad Zahid berjanji untuk membantu Najib yang tidak diberi keadilan seadilnya ketika kes SRC International Sdn Bhd berjalan.
"Ahmad Zahid pasti tahu implikasi (terhadap usaha dilakukan) kerana ia melibatkan perakuan sumpah yang ada cop Pesuruhjaya Sumpah.
"Sudah pasti Ahmad Zahid mengetahui apa yang beliau sebut itu perkara benar. Jadi pimpinan UMNO berpegang kepada itu, menyokong penuh serta berharap usaha tersebut berjaya," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Titah Adendum
#Zahid Hamidi
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan