awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Nasi ambeng... Satu dulang seribu makna
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia masih terikat dengan politik watak - Pemuda Pejuang

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
29/12/2020
04:54 MYT
Malaysia masih terikat dengan politik watak - Pemuda Pejuang
Abu Hafiz berkata, sentimen politik watak dan tokoh wujud ketika ini sehingga menjadi satu kesukaran untuk membentuk kejujuran. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Malaysia masih terikat dengan arena politik yang mengidolakan tokoh-tokoh pemimpin lama.
Ia realiti yang perlu diakui setiap rakyat, kata Ketua Pemuda Pejuang Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.
Beliau menegaskan, sentimen tersebut wujud ketika ini sehingga sukar untuk membentuk kejujuran dalam politik.
“Apa yang perlu kita akui adalah, Malaysia masih lagi terikat dengan politik watak dan tokoh, sama ada kita suka atau tidak.
“Tetapi, bagaimana kelompok orang muda itu dapat menjadi ruang untuk dimanfaatkan, dengan kewujudan parti parti politik yang ada ini?
“Kita masih lagi belum terkeluar daripada kerangka itu. Saya setuju dengan kenyataan bahawa kejujuran politik itu masih dilihat sukar untuk berlaku.
“Saya juga antara yang mengangkat perkara ini sebelum berlakunya Langkah Sheraton lagi, perlu kejujuran apabila kita mahu dikenang,” ujar beliau.
Abu Hafiz secara relatif mengakui, pihaknya tidak bersetuju untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu digelar sebagai pengkhianat.
“Saya pun tidak bersetuju untuk pergi bersama (PN), kerana kita akan dikenang sebagai pengkhianat. Dan saya juga tidaklah begitu ketat sehingga tidak boleh menerima pilihan lain.
“Oleh kerana itu, kita akan lihat, apabila bercakap tentang politik kejujuran itu, masih lagi tersangkut-sangkut. Kerana, sejujurnya, kita sendiri tidak mahu berterus-terang.
“Sehingga menyebabkan masalah. ... Kerana itu saya katakan, perlu kembali kepada meja rundingan untuk sembang antara rakan-rakan," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu ditemu bual menerusi program Dialog Pembangkang di Astro AWANI yang berjudul 'Grand Coalition: Percaturan baharu pembangkang dan persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15' malam tadi.
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#pembangkang
#politik
#pemuda
#pilihan raya umum
#rakyat
#Malaysia
#Dr Abu Hafiz Salleh Hudin
#Ketua Pemuda Pejuang
#Perikatan Nasional
#pengkhianat
#kejujuran
#politik watak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan