awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia2020: Apakah Parlimen akan dibubarkan?

Isabelle Leong
Isabelle Leong
25/02/2020
04:27 MYT
Malaysia2020: Apakah Parlimen akan dibubarkan?
Parlimen tidak boleh dibubarkan melainkan terdapat permintaan daripada Perdana Menteri sendiri atau disebabkan sudah tamat tempohnya iaitu selepas lima tahun. - gambar fail
STATUS Kabinet Pakatan Harapan yang terbubar beserta pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah jelas.
Namun, persoalan yang masih timbul ialah apakah Parlimen akan dibubarkan juga?
Menurut Peguambela / Peguamcara (Salehuddin Saidin & Associates), Datuk Setia Salehuddin Saidin, Parlimen tidak terbubar kerana tiada permohonan daripada Perdana Menteri untuk berbuat demikian.
“Dewan Rakyat tidak terbubar kerana tiada permohonan.
“Pembubaran Dewan Rakyat hanya boleh diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Yang di-Pertuan Agong tidak ada budi bicara untuk terus membubarkan parlimen tanpa permohonan daripada Perdana Menteri,” kata Salehuddin apabila menjadi panel pada Buletin AWANI Khas, pada Isnin.
Jelasnya, pembubaran Parlimen hanya boleh berlaku jika Perdana Menteri merasakan bahawa beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Rakyat.
“Pembubaran Parlimen hanya akan berlaku jika Perdana Menteri diundi tidak percaya oleh Ahli Dewan Rakyat.
“Maka Perdana Menteri mempunyai pilihan untuk mengadap Agong untuk memohon kepada baginda untuk membubarkan Parlimen.
“Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk menerima atau tidak menerima permohonan untuk pembubaran Parlimen,” tambahnya.
Pada ketika ini, Dr Mahathir menerima sokongan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dari pelbagai parti termasuk pihak pembangkang.
BACA: "Saya rayu Dr Mahathir jangan letak jawatan" - Anwar
BACA: DAP syor Tun M kekal sebagai Perdana Menteri
BACA: Amanah akan terus sokong kepimpinan Tun Mahathir - Mohamad Sabu
BACA: Warisan tetap bersama Tun Mahathir
Justeru, Parlimen tidak boleh dibubarkan melainkan terdapat permintaan daripada Perdana Menteri sendiri atau disebabkan sudah tamat tempohnya iaitu selepas lima tahun.
Topic Berkaitan
#dibubarkan
#Mahathir letak jawatan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia2020
#Parlimen
#Peguambela
#Perdana Menteri
#Salehuddin Saidin
#Salehuddin Saidin & Associates
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan