awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maximus nasihat Anwar jangan bazir masa kerana rakyat sudah cukup derita

Isabelle Leong
Isabelle Leong
14/10/2020
07:03 MYT
Maximus nasihat Anwar jangan bazir masa kerana rakyat sudah cukup derita
Maximus (kiri) berkata, kini masanya untuk merancakkan semula ekonomi khususnya tatkala negara berusaha membendung penularan COVID-19 bukannya mempolitikkan keadaan semasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menasihati Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memberikan keutamaan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata, kini masanya untuk merancakkan semula ekonomi khususnya tatkala negara berusaha membendung penularan COVID-19.
“Terdapat banyak isu mendesak yang perlu ditangani segera.
“Buat masa ini, keutamaan kami adalah untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta meningkatkan ekonomi negara apabila kami memerangi penularan COVID-19.
“Rakyat sudah cukup menderita,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas berkenaan dakwaan Anwar yang sudah memiliki majoriti sokongan Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu.
BACA: Teka-teki belum terungkai, siapa dalam senarai 120 sokong Anwar?
Beliau juga senada dengan Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof yang menyifatkan, Anwar hanya membazir masa rakyat dengan dakwaan tersebut.
“Saya menyokong komen Datuk Seri Fadillah Yusof baru-baru ini yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya membuang masa rakyat.
“Kami mempunyai perkara yang lebih penting untuk dilaksanakan. Banyak yang perlu diuruskan,” tambahnya.
Pada Selasa, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang menyokongnya.
Bagaimanapun, menurut kenyataan Istana Negara, Anwar tidak menyenaraikan nama Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya ketika beliau menghadap Seri Paduka Baginda.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Anwar hanya mengemukakan jumlah ahli Parlimen dan tiada sebarang nama bagi mengukuhkan dakwaan beliau sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Maximus Ongkili
#Anwar Ibrahim
#rakyat
#Istana Negara
#sokongan majoriti
#Yang di-Pertuan Agong
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan