awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBM harap barisan kabinet baharu fokus pulih ekonomi, perpaduan rakyat

Bernama
Bernama
09/03/2020
21:09 MYT
MBM harap barisan kabinet baharu fokus pulih ekonomi, perpaduan rakyat
Jufitri Joha dalam satu kenyataan berkata MBM sebagai pergerakan belia yang tidak berpihak akan terus bekerjasama rapat dengan pihak kerajaan, dan Kementerian Belia dan Sukan khususnya untuk pembangunan belia dan negara. - Bernama
Majlis Belia Malaysia (MBM) berharap agar barisan kabinet baharu menjalankan tugas dengan menumpukan kepada perpaduan rakyat dan fokus kepada pemulihan ekonomi negara.
Presiden MBM Jufitri Joha dalam satu kenyataan berkata MBM sebagai pergerakan belia yang tidak berpihak akan terus bekerjasama rapat dengan pihak kerajaan, dan Kementerian Belia dan Sukan khususnya untuk pembangunan belia dan negara.
"MBM menggesa kabinet baharu menjalankan tugas dengan penumpuan kepada pemulihan ekonomi, peluang pekerjaan, pengawalan COVID-19, membanteras rasuah dan salah guna kuasa, perpaduan dan reformasi institusi, kurangkan berpolitik dan mengungkit hal-hal yang lepas.
MBM merayu agar kerajaan segera menyatupadukan semula seluruh rakyat Malaysia, jangan ada tertinggal dan disisihkan semata-mata kerana berbeza pendirian sebagaimana penegasan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin) dalam ucapan sulungnya bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua," katanya.
Selain itu, MBM turut mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Menteri Belia dan Sukan kerana beliau mempunyai latar belakang pergerakan belia sebelum ini.
"MBM mengharapkan senario pembangunan belia dan pergerakan belia akan lebih maju dan hebat di bawah kepimpinan beliau kerana beliau diyakini memahami dan menjiwai keadaan pembangunan pergerakan belia negara," jelasnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#Majlis Belia Malaysia MBM
#perpaduan
#Presiden MBM Jufitri Joha
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Reezal Merican
#Reezal Merican Naina Merican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan