awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA cadang gubal perlembagaan, buka keahlian kepada semua kaum

Nuradilla Noorazam
Nuradilla Noorazam
23/10/2016
11:41 MYT
MCA cadang gubal perlembagaan, buka keahlian kepada semua kaum
Liow Tiong Lai (gambar) berkata pindaan perlembagaan itu akan dibuat pada perhimpunan agung parti itu tidak lama lagi. -Gambar fail
Sebagai salah satu langkah untuk menjadi lebih terbuka, MCA bakal meminda perlembagaan parti dan membenarkan wakil cawangan untuk memilih pimpinan peringkat nasional.
Presiden Parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pindaan perlembagaan itu akan dibuat pada perhimpunan agung parti itu tidak lama lagi.
Liow yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat Pemuda MCA Selangor memberitahu MCA mahu menjadi parti yang lebih progresif berbanding dahulu.
Katanya, pimpinan nasional MCA bersetuju dengan cadangan Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon untuk membuka keahlian gabungan MCA kepada masyarakat bukan Cina.
"Kita setuju bahawa pemuda MCA teruskan dengan agenda mereka untuk menarik pemuda-pemudi berbilang kaum untuk menyertai MCA melalui penubuhan Kelab MCA yang selaras dengan usaha parti untuk menjadi lebih kehadapan dalam setiap aktiviti.
"Sebagai sebuah parti kita harus berinteraksi dengan semua masyarakat berbilang kaum. Walaupun MCA bermula sebagai parti 'communal', kami mempunyai pendekatan berbilang kaum dan menyokong agenda nasional yang mementingkan kepelbagaian.
Selain itu, Liow memaklumkan MCA menyambut baik agenda Transformasi Nasional 50 (TN50) yang diperkenalkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu ucapan belanjawannya pada Jumaat.
Jelasnya, MCA mencadangkan supaya kerajaan mengadakan sesi dialog peringkat nasional bersama golongan belia termasuk wakil daripada Pemuda MCA.
Topic Berkaitan
#Liow Tiong Lai
#MCA
#pinda perlembagaan parti
#wakil cawangan pilih pemimpin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan