awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memorandum Deklarasi Rakyat: Tun M menghadap Agong sejam 15 minit

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2016
07:59 MYT
Memorandum Deklarasi Rakyat: Tun M menghadap Agong sejam 15 minit
Dr Mahathir (gambar) bagaimanapun tidak mengulas atau mendedahkan sebarang butiran mengenai pertemuan tersebut. -Gambar fail
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan memorandum Deklarasi Rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam.
Menurut sumber, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menghadap Tuanku Abdul Halim di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
"Memorandum diserahkan pukul 4.30 petang dan pertemuan empat mata di antara Dr Mahathir dan Tuanku Abdul Halim berlangsung selama satu jam 15 minit," kata sumber itu kepada Astro AWANI.
Menurut sumber itu lagi, Dr Mahathir bagaimanapun tidak mengulas atau mendedahkan sebarang butiran mengenai pertemuan tersebut.
Sebelum ini, Deklarasi Rakyat didakwa ditandatangani lebih 1.3 juta rakyat Malaysia dan digerakkan oleh beberapa bekas pemimpin UMNO, pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk mendesak penyingkiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir Mohamad
#memorandum Deklarasi Rakyat
#Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan