awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Menang kalah adat bertanding' - Guan Eng terbuka jika tidak lagi dipilih perwakilan DAP

Khalis Khadir
Khalis Khadir
16/03/2025
04:22 MYT
'Menang kalah adat bertanding' - Guan Eng terbuka jika tidak lagi dipilih perwakilan DAP
Guan Eng mengambil pendirian terbuka jika beliau tidak lagi dipilih menganggotai CEC DAP baharu yang akan ditentukan hari ini. -Bernama
SHAH ALAM: Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng mengambil pendirian terbuka jika beliau tidak lagi dipilih menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baharu yang akan ditentukan hari ini.

Ringkasan AI
  • Lim Guan Eng bersikap terbuka jika tidak lagi dipilih menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baharu.
  • Beliau menyatakan bahawa menang atau kalah adalah adat bertanding dan menyerahkan keputusan kepada kebijaksanaan perwakilan parti.
  • Kongres DAP Ke-18 menarik perhatian media kerana pemilihan pimpinan baharu, dengan 4,203 perwakilan dari 1,650 cawangan layak mengundi.

Bekas Menteri Kewangan itu mengakui beliau berlapang dada dan sedar bahawa menang atau kalah adalah adat bertanding.
"Kongres DAP tahun ini banyak menarik perhatian media kerana pimpinan baharu akan dipilih.
"Menang atau kalah adalah ini adat dalam mana-mana pertandingan. Ini adalah perkara biasa. Apa yang penting, kita perlu serahkan kepada kebijaksanaan perwakilan parti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Kongres DAP Ke-18 yang dihadiri Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, pada Ahad.
Antara pimpinan lain yang turut hadir ialah Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick, dan veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang
DAP sebelum ini memaklumkan 4,203 perwakilan dari 1,650 cawangan layak mengundi pada pemilihan berkenaan.
Mereka yang terpilih dalam CEC akan menerajui barisan kepimpinan DAP bagi penggal 2025 hingga 2028, yang kemudiannya turut akan memilih kepimpinan tertinggi termasuk Setiausaha Agung baharu.
Topic Berkaitan
#Kongres Kebangsaan DAP
#CEC DAP
#Jawatankuasa Tertinggi Pusat
#Lim Guan Eng
#Lim Kit Siang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan