Perbualan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum ini didominasi oleh ‘influencer’ yang bersifat partisan. Menjelang berakhirnya kempen malam ini, rakyat di luar garisan politik kembali merajai perbualan di media sosial.

Perbualan mengenai PRU14 pada kebiasaannya didominasi oleh akaun media sosial milik pemimpin-pemimpin politik, terutamanya Datuk Seri Najib Tun Razak, begitupun keadaan ini berubah sejak awal April lalu apabila perbualan bersifat non-partisan lebih mendominasi.

Ini menunjukkan bahawa pengguna media sosial lebih bebas menyatakan pendapat mengenai PRU14 dan politik dan tidak dibayangi oleh pemimpin-pemimpin atau parti-parti politik.




Graf ini menunjukkan jumlah interaksi yang diperoleh oleh pemimpin-pemimpin yang dicerap oleh platform Twitrist.

Ia menunjukkan interaksi 'General Election' mengatasi interaksi pemimpin politik seperti 'Najib Razak' atau Tun Dr Mahathir sejak 5 Mei lalu.