Kemelut politik Negeri Jelapang Padi dijangka selesai pada Ahad (esok).

Menerusi surat yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Neger, Majlis Pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu akan diadakan di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah di Wisma Darul Aman pada jam 2 petang esok.

Sumber memaklumkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Noor akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah-14 selepas Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

Selepas selesai majlis angkat sumpah, akan menyusul pula proses angkat sumpah ADUN yang telah dipilih sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).

BACA: Muhammad Sanusi dijangka MB Kedah baharu?

BACA: "Saya masih lagi Menteri Besar Kedah" - Mukhriz Mahathir

BACA: Kesemua 36 ADUN selesai menghadap Sultan Kedah

BACA: Dua ADUN Kedah dari PKR keluar parti, sokong kerajaan PN

Lima ADUN Pas dijangka dilantik sebagai Exco, tiga pula akan dilantik dari Bersatu, satu dari UMNO manakala satu lagi dari ADUN Bebas.

Komposisi DUN Kedah yang terbaharu menyaksikan Pas kekal dengan 15 kerusi, manakala PKR (lima), Amanah (empat), Bersatu-PN (empat), Bersatu-PH (dua) dan DAP sebanyak dua kerusi.