awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Besar Perak jelas sebab sebenar lawatan Husni ke pejabat

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
23/06/2017
06:32 MYT
Menteri Besar Perak jelas sebab sebenar lawatan Husni ke pejabat
Menurut Zambry, perjumpaan dengan bekas Menteri Kewangan Kedua itu melibatkan beberapa perkara yang memerlukan perhatian beliau sebagai pemimpin negeri di mana soal kebajikan rakyat menjadi topik utama.
Menteri Besar Perak,Datuk Seri Zambry Abd Kadir menjelaskan pertemuan beliau dengan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah adalah atas dasar perbincangan isu berkaitan dengan masyarakat di kawasan berkenaan.
Katanya, perjumpaan dengan bekas Menteri Kewangan Kedua itu melibatkan beberapa perkara yang memerlukan perhatian beliau sebagai pemimpin negeri di mana soal kebajikan rakyat menjadi topik utama.
Kira-kira setahun selepas perletakan jawatan mendadak beliau, lawatan Husni di pejabat Menteri Besar berkenaan pada Rabu lepas telah menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya pelbagai pihak.
“Ianya merupakan pertemuan biasa dengan mana-mana wakil rakyat, yang ingin berjumpa dengan saya dan membincangkan hal ehwal rakyat yang memerlukan perhatian saya.
“Beliau juga merupakan wakil rakyat daripada Barisan Nasional, takkanlah saya nak kata tidak bila dia mohon nak berjumpa, kerana dia datang sebagai ahli parlimen untuk rakyat sekitar Tambun,” katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan Hospital Angkatan Tentera TLDM di sini, hari ini.
Zambry bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada sebarang isu politik telah dibincangkan, termasuk berkaitan pilihan raya umum akan datang.
Topic Berkaitan
#Ahmad Husni Hanadzlah
#lumut
#pilihan raya
#PRU
#TLDM
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan