awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buru ‘Ramesh’ dan ahli kumpulan jenayah terancang
16 warga emas maut dalam kebakaran rumah jagaan di Indonesia
Motosikal langgar lembu: Seorang maut, seorang cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat khas berkaitan PRN Melaka hari ini

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2021
22:24 MYT
Mesyuarat khas berkaitan PRN Melaka hari ini
Mesyuarat khas SPR diadakan hari ini susulan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengutuskan surat pembubaran DUN kepada Yang Dipertua Negeri.
MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.
Mesyuarat yang akan dipengerusikan Datuk Abdul Ghani Salleh itu dijangka bermula jam 9 pagi di sebuah hotel di sini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Okt lalu selepas Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam bersetuju membuat keputusan itu.
Ini selepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengutuskan surat pembubaran kepada Mohd Ali.
Ia susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.
Empat bekas ADUN itu adalah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Topic Berkaitan
#SPR
#PRN
#pilihan raya
#Abdul Ghani Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan