KUALA LUMPUR: Satu sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran menjelaskan, beliau yakin kerjasama itu dapat membantu mengukuhkan lagi kedua-dua parti itu untuk bergerak dengan lebih efisien, sekali gus memperkasakan keyakinan terhadap kerajaan.
"Kerjasama ini (dengan Makkal Sakti) bagi memastikan isu berkaitan kaum India menjadi keutamaan parti dan dibawa kepada perhatian kerajaan.
"Ingin saya tegaskan tidak ada perselisihan faham antara kami di MIC dan Makkal Sakti.
"Justeru kami berharap semua peringkat akar umbi akan menerima keputusan kedua-dua Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) untuk bekerjasama demi kepentingan negara dan juga kaum India khususnya," katanya dalam sidang media bersama di sini, pada Jumaat.
Ini merupakan sidang media pertama MIC-Makkal Sakti yang turut dihadiri Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran.
MIC sebelum ini dilaporkan menyatakan ketidaksediaan untuk membenarkan Makkal Sakti yang ditubuhkan pada 2009 menjadi parti alternatif kepada MIC bagi mewakili kaum India.
Makkal Sakti yang diasaskan bekas pemimpin Pasukan Tindakan Hak Hindu (Hindraf) bagaimanapun diberi kerusi Parlimen Nibong tebal pada PIlihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk ditandingi atas kesetiaan selama 13 tahun menyokong Barisan Nasional (BN).
Mengulas lanjut, Vigneswaran memberitahu, untuk mengembalikan kegemilangan BN, parti-parti politik perlu menukar strategi bagi memastikan kerusi-kerusi yang diwakili parti-parti komponen menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK).
Sementara itu ketika ditanya sama ada MIC turut 'menjemput' mana-mana parti berasaskan kaum India lain di bawah Friends of BN untuk turut menyertai sekretariat itu beliau berkata:
"Saya tidak menjemput mana-mana parti selain Makkal Sakti, namun MIC tidak mempunyai sebarang halangan untuk mana-mana pihak menyertai sekretariat ini selagi mereka mahu memperjuangkan kebajikan kaum India.
"Kami (MIC dan Makkal Sakti) merupakan parti berasaskan politik, bukan parti kasta. Jadi mereka yang beranggapan ini sebagai parti politik, kami mengalu-alukan penyertaan mereka.
"Kami tidak dapat 'bekerjasama' kepada parti yang berasaskan kasta," jelasnya.
Umavathi Ramayah
Fri Sep 22 2023

Vigneswaran menjelaskan, beliau yakin kerjasama itu dapat membantu mengukuhkan lagi kedua-dua parti itu untuk bergerak dengan lebih efisien, sekali gus memperkasakan keyakinan terhadap kerajaan. - Gambar Makkal Sakti

Isu tenaga, bahan api fosil fokus COP28 pada Selasa
Pemerhati menilai dengan teliti kesungguhan UAE meletakkan agenda mengurangkan bahan api fosil dalam dokumen akhir COP28.

Israel serbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, larang lakukan perjalanan
Pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

Wai Ching berjaya takluk Menara Canton di Guangzhou
Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat.

Setahun Kerajaan Madani: Malaysia kembali ke landasan betul di peringkat serantau, antarabangsa - Zambry
Malaysia dilihat sebagai sebuah negara dihormati khususnya apabila diundang baru-baru ini menghadiri dua mesyuarat penting PBB.

Abang Johari di COP 28, Dubai untuk ketengah projek hijau Sarawak
Beliau dijadual menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara InvestSarawak dan Surbana Jurong Pte Ltd.
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat [LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701638608_TBPALESTINE.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat
Hospital di Gaza telah menerima berpuluh-puluh mayat ketika serangan udara Israel diteruskan pada hari keempat selepas gencatan senjata.

Ringgit dijangka catat prestasi lebih baik berbanding dolar AS pada 2024
Mata wang serantau termasuk ringgit dijangka mencatat prestasi yang lebih baik berbanding dolar AS pada tahun akan datang.

Karnival Barangan Malaysia pada 13 hingga 17 Disember
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan Karnival Barangan Malaysia 2023 pada 13 hingga 17 Dis ini di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI City Mall, Putrajaya.

Kebakaran di bangunan simpan baja, racun milik Peladang
Bangunan berkeluasan 40x70 kaki persegi itu terbakar kira-kira 30 peratus di tingkat bawah yang menyimpan baja dan racun.

Keganasan peneroka Israel ke atas penduduk Palestin meningkat - Laporan PBB
Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan trend membimbangkan berhubung peningkatan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel.

UMNO perlu tingkatkan ketahanan berjuang dalam politik Melayu dinamik - Mohamad
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman menyedarkan UMNO bahawa parti itu perlu meningkatkan ketahanan untuk terus berjuang dalam arena politik Melayu yang semakin dinamik.

PRK Kemaman: Rampas atau status quo? Keputusannya esok
Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) dapat merampas kerusi Parlimen Kemaman atau PAS terus mengekalkan status quo, akan ditentukan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, esok.

Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran
BN dan UMNO masih belum terlambat jika mahu 'kembali' menjadi pembangkang bersama PN berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan.

Orang Kemaman untung, beli satu percuma satu - Presiden MCA
Strategi itu disifatkannya bijak kerana undi kepada BN tidak akan menggugat kedudukan MB, serta tidak menumbangkan kerajaan negeri.

PRK Kemaman: Jangan pilih Ahli Parlimen 'separuh masa' - Bekas ADUN
Wan Abdul Hakim berkata adalah sesuatu yang merugikan pengundi di Parlimen itu sekiranya pemimpin yang diangkat nanti tidak dapat berkhidmat sepenuh masa kerana mempunyai komitmen lain.

PRK Kemaman: 43 tahun dalam tentera, mudahkan calon BN dekati, fahami keperluan anak muda
Bekas Panglima Angkatan Tentera itu berkata masa yang panjang itu membuatkan beliau amat cakna terhadap keperluan golongan belia.

PRK Kemaman: Raja Mohamed Affandi lega penerimaan baik pengundi
Katanya, sebaik selesai penamaan calon, beliau telah mendekati pelbagai kelompok pengundi dan kesemua mereka memberikan maklum balas baik.

PRK Kemaman: BN perlu kerja keras tarik semula kepercayaan pengundi tegar - Veteran UMNO
Ia untuk menarik semula kepercayaan penduduk Kemaman yang pernah menjadi pengundi tegar UMNO dan BN sebelum ini.

PH, BN Pahang meterai MoU perkukuh pentadbiran kerajaan negeri
MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kemaman berhak dapat Ahli Parlimen yang dapat beri fokus sepenuhnya - Ahmad Zahid
Kemaman berhak mendapat seorang Ahli Parlimen yang dapat memberi fokus kepada penduduknya, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.