awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC, Makkal Sakti tubuh sekretariat bersama tangani isu masyarakat India

Bernama
Bernama
09/10/2023
16:18 MYT
MIC, Makkal Sakti tubuh sekretariat bersama tangani isu masyarakat India
R.T. Rajasekaran, berkata di bawah sekretariat itu dicadangkan penubuhan dua jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: MIC dan Parti Makkal Sakti (Makkal Sakti) menubuhkan sekretariat bersama yang dinamakan Sekretariat Bersama MIC-Makkal Sakti Untuk Pembangunan Masyarakat India bagi menyelaras strategi serta pelan tindakan dalam menangani isu-isu masyarakat India di negara ini.
Setiausaha Agung MIC, Datuk R.T. Rajasekaran, berkata di bawah sekretariat itu dicadangkan penubuhan dua jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal.
Katanya, Jawatankuasa Pemandu bertanggungjawab menyelaras, melaksana dan memantau kesemua sasaran yang ditetapkan sekretariat manakala Jawatankuasa Teknikal pula akan menjalankan kajian terperinci dan menyediakan laporan pelaksanaan untuk mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemandu.
"Kami juga akan mempunyai jawatankuasa kecil teknikal seperti pendidikan, ekonomi, pemerkasaan wanita, pembangunan belia, dan isu-isu agama," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama sekretariat tersebut, di sini, pada Isnin.
Timbalan Presiden Makkal Sakti, Y. Subramanian, berharap melalui kerjasama MIC-Makkal Sakti itu akan membawa kejayaan dan pembangunan yang lebih menyeluruh kepada komuniti India di negara ini.
Bulan lepas, MIC mengumumkan jalinan kerjasama dengan Makkal Sakti bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Makkal Sakti
#komuniti India
#mesyuarat pertama
#agenda pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan