Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyangkal kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa knologi penapis air membran tidak praktikal kerana mahal dan tidak mampu menambah bekalan air.
Dalam satu kenyataan media, Abdul Khalid mendakwa Muhyiddin tidak diberi penjelasan dan maklumat yang tepat mengenai teknologi penapis air membran apabila mendakwa teknologi ini tidak praktikal kerana mahal dan tidak mampu menambah bekalan air.
"Mungkin tujuh tahun lalu teknologi penapis air membran ini mahal kerana baharu diperkenalkan tetapi sekarang tidak lagi. Teknologi ini sangat kompetitf dan sekarang digunakan untuk memproses air laut menjadi air mentah di beberapa negara di Timur Tengah."
"Kerajaan Selangor telah memanggil perunding daripada Kanada yang telah pun memberikan taklimat terperinci mengenai penggunaan teknologi ini yang kita anggap lebih praktikal dan menjimatkan berbanding menembuk banjaran Titiwangsa untuk membina terowong bawah tanah dan memusnahkan alam sekitar untuk pembinaan empangan di Pahang," Abdul Khalid berkata.
Beliau juga berkata dengan teknologi ini, Selangor akan mempunyai bekalan air yang mencukupi tanpa perlu membeli air daripada Pahang.
"Kita mampu meningkatkan kapasiti air dengan hanya membina teknologi penapis air membran di loji pembersihan air sedia ada.Penggunaan teknologi penapis air membran ini mampu menambahkan satu juta meter padu air sehari dengan hanya menggunakan 1/3 dari kos pembinaan Langat 2."
Abdul Khalid juga berkata pihaknya sudi memanggil perunding daripada Kanada untuk memberikan taklimat kepada beliau dan pegawai-pegawai di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta pakar-pakar air di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Kerajaan Selangor juga mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri tidak menentang Langat 2 tetapi perlu disertakan sebagai pakej penyusunan semula industri perkhidmatan air yang terbantut kerana tiada kerjasama dari kerajaan Pusat dan syarikat konsesi.
Astro Awani
Wed Oct 24 2012
Pesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat - Bomba Perak
Kedua-dua mangsa yang selamat itu, Kapten Shahrul Imran, 26, mengalami patah paha kiri manakala pelatih tersebut pula, Le Ho Jia, 20, cedera di muka.
39 disahkan maut, puluhan masih hilang
Hujan lebat yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil mengorbankan sekurang-kurangnya 39 mangsa, kata pihak berkuasa tempatan yang menjangkakan peningkatan angka kematian kerana puluhan lagi masih hilang.
Agong, Permaisuri zahir ucapan penghargaan kepada warga JBPM
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas khidmat dan bakti mereka kepada negara dan masyarakat.//
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
[TERKINI]Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat Jawi
Hari ini berlangsung majlis ramah mesra masjid dan surau Jumaat Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka.
Untuk laporannya bersama wartawan Madiha Abdullah.
Untuk laporannya bersama wartawan Madiha Abdullah.
Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius
Dua lokasi tersebut mencatatkan suhu terendah 37.3 darjah Celcius sementara suhu tertinggi 38.3 darjah Celcius.
Michelle Yeoh salah seorang penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington
Advokasi: Atasi permasalahan penagihan dadah menerusi Tele Hello AADK
Menurut Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Siti Mariam Mursidan, ini merupakan pendekatan baharu bagi memberikan maklumat yang diperlukan bukan sahaja kepada mereka yang mengalami masalah penagihan, tetapi juga kepada keluarga.
Letupan bom: Polis Kelantan guna kenderaan berperisai kawal sempadan
Polis Kelantan menggunakan kenderaan berperisai AFV Commando V150 untuk memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan kejadian letupan bom dan tembakan di Pasemas, Wilayah Narathiwat, Thailand pada Isnin
lalu
lalu
Langat 2 dijangka bekal 350 juta liter air sehari tahun depan
Rizab air di Selangor ketika ini adalah pada paras tiga peratus dan dengan adanya penyaluran tersebut, rizab negeri dijangka ditingkatkan ke paras 7 peratus.
Rizab air di Selangor cukup, bukan bawah paras kritikal lima peratus - Azmin
Kerajaan Selangor menyangkal dakwaan bahawa jumlah rizab air di seluruh empangan negeri itu di bawah paras kritikal lima peratus kerana ia masih cukup untuk menampung keperluan semasa rakyat.
"Jika tidak dipolitikkan, isu air Selangor dah lama selesai"
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini berkata masalah kekurangan air yang berlaku di negeri Selangor sepatutnya telah lama selesai sekiranya isu tersebut tidak dipolitikkan.
AMK Selangor mahu Khalid Ibrahim jelaskan isu pengambilalihan air
AMK Selangor menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon penjelasan berhubung isu pengambilalihan pengurusan air negeri Selangor oleh kerajaan pusat.
Pengambil alihan air Selangor oleh k'jaan Persekutuan bawa risiko besar - Rafizi
PKR hari ini menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan untuk menggunakan Fasal 114 daripada Akta Perkhidmatan Industri Air 2006, boleh 'membawa risko besar dan memangsakan rakyat Selangor'.