MIC menyasarkan pertambahan kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti kaum India untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran, sasaran itu akan memfokuskan kerusi-kerusi baharu termasuk yang ditandingi Parti Gerakan sebelum ini.
Menurutnya, perkara itu telah pun dimaklumkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.
“Secara dasarnya saya sudah pun memberitahu Presiden UMNO selaku Pengerusi BN bahawa kemungkinan besar MIC akan meminta tempat baharu yang boleh dimenangi.
“Sebagai permulaan, kita akan melantik seorang penyelaras parti di satu-satu kawasan yang berpotensi untuk ditandingi itu agar dapat membina hubungan lebih awal dengan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sambutan rumah terbuka Deepavali dan Krismas peringkat Parlimen Teluk Intan pada Ahad.
Hadir sama ialah Timbalan Presiden MIC yang juga Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan dan Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah.
Dalam majlis itu, Vigneswaran turut mengumumkan pelantikan Murugiah sebagai Penyelaras Parlimen Teluk Intan yang sebelum ini diwakili calon Gerakan.
Katanya, memandangkan Gerakan sudah tiada dalam BN, adalah satu keperluan untuk melantik penyelaras bagi menjalankan tugas-tugas di peringkat Parlimen.
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara itu mengakui, Muafakat Nasional memainkan peranan penting untuk mengembalikan sokongan rakyat terutama kalangan pengundi muda.
Ujarnya lagi, ini masa terbaik untuk BN dan Pas sebagai gabungan pembangkang yang kuat, dan peluang kedua untuk mengambil semula keyakinan rakyat.
Astro Awani
Sun Dec 15 2019

Tan Sri S A Vigneswaran berkata, sasaran itu akan memfokuskan kerusi-kerusi baharu termasuk yang ditandingi Parti Gerakan sebelum ini. - Gambar fail/BERNAMA

Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia
Monaco bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang.

GPS, Abang Johari main peranan penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar
Anwar berkata sokongan itu membolehkan beliau mengemudi Malaysia ke arah memperkasa ekonomi dan melakar kemajuan masa depan negara.

Tiada persefahaman, curang antara punca utama penceraian di Malaysia - LPPKN
Tiada persefahaman, pasangan curang dan campur tangan mentua antara punca utama berlaku penceraian dalam kalangan pasangan berusia antara 35 hingga 39 tahun di negara ini.

Teknologi AI bantu atasi kekurangan pakar keselamatan siber - Fahmi
Teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh diguna pakai untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pakar dalam bidang keselamatan siber buat masa ini.

Gajah liar serang kebun di empat kampung Pos Belatim
Beberapa pekebun membabitkan empat perkampungan Orang Asli di Pos Belatim mendakwa berdepan beberapa siri serangan gajah liar yang menceroboh dan memakan hasil tanaman mereka.
![[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus [KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701204479_RuntuhanGudang.jpg)
[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus
Sembilan pekerja lain kesemuanya warga Bangladesh terselamat kerana keluar menunaikan solat semasa kejadian berlaku.

Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam.

Sarawak mahu jadi rantaian bekalan global ekonomi Islam
Sarawak berhasrat menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global ekonomi Islam.

Hanya pemain 16 tahun ke atas ditempatkan di ABM bermula tahun depan
Bagaimanapun, kumpulan pemain berusia 14 hingga 15 tahun ketika ini akan kekal di ABM.

Malaysia Airports catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2023
Angka pada Oktober telah mencecah lebih 87 peratus daripada paras sebelum pandemik untuk sektor antarabangsa dan domestik.

Peluang calon BN menang kerusi pada PRU15 adalah sama - VIgneswaran
Peluang setiap calon daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menang mana-mana kawasan Parlimen adalah sama berdasarkan peratusan sokongan pengundi setempat dan bukannya peratusan kaum.

Kenderaan Peguam Negara, menteri dilihat memasuki kediaman PM
Beberapa pemimpin parti politik dalam kerajaan termasuk menteri dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, pada Selasa malam.

Trend tubuh parti politik baharu macam buka bisnes - Presiden MIC
"Kalau tak suka buka, buka, buka... kalau kita ada satu jenama itu bukan bermakna mereka tidak boleh buka." - Vigneswaran

MIC sasar tambah kerusi Parlimen majoriti India
MIC menyasarkan pertambahan kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti kaum India untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.

BN akan mesyuarat segera bincang masa depan - Tok Mat
Satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincang kenyataan MCA dan MIC baru-baru ini.

Kerjasama Pas-UMNO tak jejas MIC - Vigneswaran
Kerjasama antara Pas dan Umno tidak memberi sebarang kesan kepada parti komponen BN terutamanya MIC.

Dewan Negara tolak RUU Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018
Persidangan Dewan Negara hari ini menolak Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018.