PADA hari ini, OpenAI menawarkan GPT-4 Turbo kepada orang ramai, dalam menggunakannya untuk menjana pelbagai perkara melibatkan teks.

Tidak terhenti setakat itu, kini CEO OpenAI Sam Altman melalui satu temu ramah, berkongsi menyatakan mereka akan melancarkan model baharu GPT pada tahun ini.

Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan apakah antara ciri-ciri yang akan disokongnya.

Salah satu perkara yang sedia dijangka ramai adalah sokongan token yang lebih tinggi lagi, berbanding sedia ada.

Sebelum ini, beberapa minggu lepas muncul berita menyatakan GPT-4.5 bakal hadir. Namun tiada maklumat lanjut berkenaan dengannya buat masa ini.

Sementara itu, dalam temu bual sama, Altman berkata, GPT-4 tidak menarik – sekali gus menandakan model baharu akan menawarkan sesuatu yang jauh lebih baik, dan mungkin tidak terikat dengan sebarang masalah “kemalasan” dalam penjanaan teks.

Buat masa ini, ia tidak dikongsikan lagi bilakah model GPT baharu ini akan diperkenalkan, selain menyatakan ia akan hadir pada tahun 2024 ini.