Status Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau masih sah sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini.
Mahkamah Pilihan Raya itu memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, batal dan tidak sah.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Zulkefly Mohamad Omar berkata beliau tidak mempunyai masalah membenarkan Mohamad menghadiri persidangan DUN kali ini yang berlangsung selama tiga hari bermula Isnin.
"Seminggu sebelum persidangan bermula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memaklumkan kepada saya bahawa Mahkamah Persekutuan menetapkan 18 Februari depan untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya.
BACA: Ahmad Zahid 'serah tugas' kepada Mohamad Hasan
"Mereka (SPR) maklumkan maklumat itu, jadi kita terima. Status beliau (Mohamad) masih lagi ADUN sehingga rayuan didengar jadi bagi saya tiada masalah menghadiri persidangan," katanya kepada media selepas selesai hari ketiga Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Zulkefly berkata, keputusan untuk membenarkan Mohamad menghadiri persidangan DUN selepas ini bergantung kepada keputusan mahkamah itu nanti.
Bagaimanapun hari ini, Mohamad tidak menghadiri persidangan yang selesai kira-kira jam 5.30 petang itu.
Menerusi sebuah portal berita, sorang peguam, Lim Wei Jit mempersoalkan kehadiran Mohamad pada persidangan DUN selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya itu membuat keputusan itu.
Lim dilaporkan berkata perintah mahkamah itu adalah sah dan perlu dihormati jika penggantungan keputusan tidak diperoleh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 19 2018
Status Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai ADUN Rantau masih sah sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan. - Foto Sinar Harian
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
PRU15 selepas COVID-19 berakhir tindakan tepat - Tok Mat
Hasrat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan PRU15 sebaik sahaja pandemik COVID-19 berakhir disifatkan sebagai keputusan yang tepat bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.
Lawan COVID-19 bersungguh-sungguh supaya 'abnormal' ini berakhir - Tok Mat
Mohamad berkata a new normal yang disebut-sebut sekarang merupakan a new abnormal dan perlu diakhiri dengan segera.
Mohamad masih ADUN Rantau yang sah
Status Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai ADUN Rantau masih sah sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini.