KOTA KINABALU: Situasi Parti Warisan (Warisan) yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sekali lagi bergolak apabila salah seorang pemimpin veteran parti itu bertindak meninggalkan parti.
Hari ini, dalam satu sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi membuat keputusan keluar Parti Warisan (Warisan) dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu berkata keputusan keluar parti itu dibuat beliau selepas melihat tiada sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan dapat disalurkan di kawasan diwakilinya sepanjang berada di kerusi pembangkang.
“Sudah lebih setahun saya berada di pihak pembangkang namun tiada sebarang kemajuan yang dapat dibawa ke kawasan Parlimen Lahad Datu. Situasi sama turut berlaku di DUN Segama yang tiada menunjukkan sebarang bentuk pembangunan walaupun hanya membabitkan tandas awam," katanya.
Tambah Mohamaddin, ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 tahun lalu, beliau berjanji kepada pengundi Segama untuk membawa seberapa banyak kemajuan dan pembangunan di kawasan itu.
Ujar beliau, sekiranya beliau masih berada dalam kelompok pembangkang, sudah tentu kemajuan serta pembangunan di DUN Segama akan terus terabai dan tidak akan maju.
Beliau menjelaskan selaku wakil rakyat bebas beliau mempunyai hak untuk menyokong sebarang usaha kerajaan yang bertunjangkan kebajikan rakyat.
Tambahnya, di peringkat kerusi parlimen beliau memilih untuk kekal bebas tanpa menyokong mana-mana pihak.
Mengulas lanjut, Mohamaddin menyatakan walaupun mesra kepada kerajaan negeri bagi DUN yang diwakili namun beliau memaklumkan dirinya kekal menjadi seorang Ahli Parlimen bebas dan tidak menyokong mana-mana pihak di peringkat Persekutuan.
“Bagaimanapun, saya sangat berbesar hati untuk mengundi dan menyokong usaha Kerajaan Persekutuan sekiranya undi yang ada pada saya iaitu satu undi Bebas boleh membantu membuat keputusan demi kepentingan rakyat dan negara.
“Hal ini disebabkan sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat yang dipilih pengundi bagi menjayakan sebarang usaha kerajaan untuk negara secara keseluruhannya,” katanya.
Menyentuh isu 'beli' wakil rakyat yang memungkinkan keputusan itu dibuat beliau, Mohamaddin berkata tiada unsur pembelian dalam pengumuman yang dibuat pada Sabtu.
"Pengumuman yang saya buat hari ini adalah semata-mata demi untuk memastikan kemajuan dibangunkan di DUN Segama dan tiada kaitan dengan beli wakil rakyat," jelasnya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Oct 30 2021

Mohamaddin menjelaskan, tindakannya itu tiada kaitan dengan isu 'dibeli'. - Astro AWANI
Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM47.59 bilion daripada RM51.07 bilion pagi ini, tetapi mudah tunai dana islam meningkat kepada RM20.88 bilion daripada RM17.74 bilion sebelumnya.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM47.59 bilion daripada RM51.07 bilion pagi ini, tetapi mudah tunai dana islam meningkat kepada RM20.88 bilion daripada RM17.74 bilion sebelumnya.
Pantau Agenda Reformasi: Penarafan Universiti: Apa sumbangan kepada masyarakat?
Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa IsHAK, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara
Tourism Malaysia lancar "Let's Go MRXD" musim kedua, guna teknologi Metaverse
Tourism Malaysia meneroka percubaan pertamanya ke dalam teknologi Metaverse dengan melancarkan "Let's Go MRXD" musim kedua dengan menampilkan pengalaman mengembara ke beberapa lokasi menarik di seluruh Malaysia menggunakan teknologi Metaverse.

'Berakhir sudah derita Afina Sofea' - Ibu reda pemergian anak hidap neuroblastoma
Nor Adibah Ahmad, 42, berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.35 tengah malam tadi.

Pendakwaan rayu pembebasan Muhyiddin berdasarkan 13 alasan
Pihak pendakwaan memohon kepada Mahkamah Rayuan supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan supaya pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan.

Banjir di Perlis pulih, PPS SK Kubang Gajah ditutup
Kesemua 44 mangsa daripada 16 keluarga yang berada di PPS tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

ASNB umum agihan pendapatan 4.50 sen seunit untuk ASM 3
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu berkata, ASM 3 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM681.96 juta.

Skuasy: Aira harap menang emas dalam acara berpasukan di sebagai hadiah hari lahir
Pemain skuasy negara Aira Azman yang meraikan ulang tahun ke-19 hari ini, berharap dapat menyumbang pingat emas buat Malaysia menerusi acara akhir berpasukan wanita.

Donald Trump saman bekas perisik British, penulis dokumen Steele
Perbicaraan dua hari ditetapkan bermula pada 16 Okt, yang dipercayai sebagai perbicaraan pertama dalam tuntutan itu.

Takraw: Malaysia ulangi pencapaian perak, gagal tamatkan dominasi 25 tahun Thailand
Thailand merakam kemenangan 2-0 ke atas skuad sepak takraw Malaysia sekali gus meraih pingat emas buat kali ketujuh berturut-turut.

Mohamaddin Ketapi tinggalkan Warisan, jadi wakil rakyat bebas mesra kerajaan
Hari ini, dalam satu sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi membuat keputusan keluar Parti Warisan (Warisan) dan menjadi wakil rakyat Bebas.