KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya Ketua Hakim Syarie diberi kepercayaan menjadi menteri Kabinet, apabila Datuk Mohd Na'im Mokhtar, 55, hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Agama dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terdahulu beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.
Anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur yang dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie dan juga Ketua Pengarah JKSM pada 1 April 2019 itu bukanlah nama asing dalam kalangan pengamal undang-undang.
Beliau merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Mohd Na'im juga memperoleh Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London, United Kingdom dan Doktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Malaya, serta pemegang Diploma dalam Undang-undang Syariah dan Amalan dari UIAM, dan Diploma dalam Pentadbiran dan Kehakiman Islam dari universiti sama.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Mohd Na'im kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah Petaling Jaya dari 1998 hingga 2001 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dari 2001 sehingga 2003.
Pada 2003, beliau dilantik sebagai pegawai penyelidik, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sehingga 2005, selain merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan UIAM pada 2003 sehingga 2008.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pendakwa Kanan Syarie di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan; Timbalan Pengarah, Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Pengarah, Bahagian Sokongan Keluarga di jabatan sama selama dua tahun bermula 2007.
Mohd Na'im juga Profesor Adjung di Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2012 selain pernah menjawat jawatan selaku Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) sesi 2010-2012 serta menjadi panel perunding di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Beliau turut menganggotai Panel Majlis Perundingan Islam pada 2015 dan Ahli Jawatan kuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selain merupakan penasihat syariah CIMB Islamic Bank dan menjadi Lembaga Penasihat Syariah bank-bank Islam tempatan dan bank asing serta Syarikat Takaful seperti CIMB Islamic Bank, Salihin Trustee Bhd dan American and British Investment Bank (Mauritius).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) itu mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa hari ini. - Gambar/ Jabatan Penerangan

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Khairuddin minta PN henti 'bernostalgia'
Katanya, PN hanya mendapat 73 kerusi dan jumlahnya jauh untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan.

Kabinet Perpaduan berteraskan asas kukuh, bina semula negara - Pakar Perlembagaan
Wan Ahmad Fauzi berkata pemilihan menteri-menteri adalah berdasarkan hierarki dalam parti, pengalaman dan kepakaran masing-masing.

Pernah jadi Speaker bawah pokok, Sivakumar kini menteri
V Sivakumar yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia pernah mencatat sejarah dalam politik kerana semasa beliau menjadi Speaker, sidang DUN pernah berlangsung di bawah pokok.

Tengku Zafrul ikrar pastikan Malaysia terus kompetitif, jadi destinasi pelaburan penting
Tengku Zafrul berikrar akan memastikan Malaysia akan terus menjadi destinasi penting dalam pelaburan.

Hubungan Jemaah Menteri dan penjawat awam diharap terus diperkukuh - KSN
Anggota perkhidmatan awam berharap hubungan antara Jemaah Menteri dan penjawat awam terus diperkukuh.

Dari Pantai Remis ke Putrajaya, Nga Kor Ming kini bergelar menteri
Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri memegang portfolio Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, bukan nama asing dalam arena politik negara.

Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy
Nancy akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

'Sokongan DAP tiada syarat, sanggup berkorban untuk Anwar jadi PM' - Loke
Sokongan DAP kepada Anwar tidak bersyarat, termasuk jumlah keanggotaan dalam Jemaah Menteri atau jawatan tinggi yang lain, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

Mohd Na'im Ketua Hakim Syarie pertama dilantik Menteri Agama
Buat julung kalinya Ketua Hakim Syarie diberi kepercayaan menjadi menteri Kabinet, apabila Datuk Mohd Na'im Mokhtar, 55, mengangkat sumpah sebagai Menteri Agama.

Fadhlina Sidek: Daripada aktivis kepada Menteri Pendidikan
Fadhlina, 45, banyak terlibat dalam perkara berkaitan literasi undang-undang keluarga Islam, perlindungan serta keselamatan kanak-kanak selain mempunyai firma guaman syarie sendiri.