awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muafakat Nasional masih tunggu jawapan rasmi Bersatu - Zahid

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/08/2020
07:40 MYT
Muafakat Nasional masih tunggu jawapan rasmi Bersatu - Zahid
Zahid berharap kerjasama ketiga-tiga parti itu akan memberi keberhasilan yang optimum pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti. - Gambar Fail
Muafakat Nasional (MN) masih menunggu surat jawapan rasmi daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung kesediaan menyertai kerjasama politik itu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Zahid mengesahkan mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional telah menerima keputusan untuk menjemput Bersatu menyertai kerjasama itu.
Menurut Zahid jawatankuasa itu dipengerusikan bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Ya saya ingin mengesahkan bahawa dalam mesyuarat Muafakat Nasional perkara itu telah diterima sebagai keputusan untuk menjemput Bersatu.
"Namun kita sedang menunggu surat balasan daripada mereka (Bersatu) dan serahkan seluruhnya kepada jawatankuasa Muafakat Nasional untuk memurnikan apa juga kedudukan apabila kini tiga pihak bersama-sama mendokong kerjasama ini.
"Jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh timbalan presiden UMNO dan timbalan presiden Pas telah mengambil jalan yang terbaik untuk memurnikan keadaan atas nama perkongsian politik," katanya selepas melancarkan jentera pemuda Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Felda Residence, Trolak pada Sabtu.
Beliau berharap kerjasama ketiga-tiga parti itu akan memberi keberhasilan yang optimum pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Pada Sabtu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai MN, sebuah gabungan kerjasama politik yang diasaskan oleh UMNO dan Pas.
Muhyiddin mengumumkan perkara berkenaan ketika menyampaikan perutusan sempena persidangan Armada, Srikandi dan Bahagian Bersatu yang disiarkan di Facebook.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Bersatu
#kerjasama politik
#Mohamad Hasan
#Mufakat Nasional
#Muhyiddin Yassin
#PAS
#pengesahan
#rasmi
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan