awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor

Fareez Azman
Fareez Azman
13/07/2023
10:15 MYT
MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
MUDA yakin akan diberi peluang rakyat dalam PRN kali ini agar menjadi suara rakyat Malaysia. - Gambar fail
PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.
Menurut Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bertemakan agenda Politik Baru MUDA, calon-calon yang diperkenalkan mempunyai kualiti khidmat yang baik untuk rakyat di Selangor.
"MUDA berharap rakyat dapat berikan peluang calon-calon ini. Mereka datang dengan latar belakang profesional, sudah ada kualiti khidmat baik mereka merupakan the people representatives dan telah ditapis dan melalui proses agak ketat.
"Kita nak pastikan setiap calon ini memainkan peranan sistem semak dan imbang untuk rakyat, apabila negara terbelah dua blok politik gergasi kawalan ke atas kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri," jelasnya. dalam sidang media hari ini.
Ujarnya, MUDA yakin akan diberi peluang rakyat dalam PRN kali ini agar menjadi suara rakyat Malaysia.
"MUDA akur dan faham, kita tak ada kuasa, kontrak, tiada kawalan media dan calon kita ini baharu, (tetapi) beridealism tinggi.
"Kita yakin jika diberikan peluang rakyat merkea boleh jadi suara rakyat Malaysia," jelasnya.
Tambah Syed Saddiq, ia merupakan pengumuman calon pertama MUDA sebelum calon-calon lain diumumkan masa terdekat.
Empat calon yang diumumkan adalah Setiausaha Agung MUDA, Amir Hadi bagi kerusi DUN N29 Serdang, Timbalan Ketua Parlimen MUDA Shah Alam, Cheda Razak bagi kerusi DUN N41 Batu Tiga.
Manakala Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA, Thanusha sebagai calon kerusi DUN N48 Sentosa dan Ketua Turus Penerangan MUDA, Melanie Ting sebagai calon kerusi DUN N19 Bukit Antarabangsa.
Topic Berkaitan
#PRN
#muda
#calon
#DUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan