awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin akan hadir mesyuarat MT UMNO malam ini

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
09/12/2015
09:40 MYT
Muhyiddin akan hadir mesyuarat MT UMNO malam ini
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan akan hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu malam ini. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan akan hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu malam ini.
"Ya, saya akan hadir MT malam ini," katanya kepada Astro Awani selepas menghadiri Persidangan Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Sementara itu, kekecohan berlaku semasa Muhyiddin beredar dari Dewan Tun Dr Ismail selepas menghadiri Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO.
Ia dikatakan berpunca daripada sekumpulan pihak yang cuba mewujudkan provokasi dengan pihak keselamatan.
Media sebelum itu berkumpul di luar dewan lokasi Muhyiddin berada.
Semasa beliau dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menuju ke Dewan Merdeka untuk menghadiri Persidangan Pergerakan Wanita UMNO, keadaan bertambah kecoh apabila berlaku tolak-menolak dan rempuhan antara satu sama lain termasuk RELA dan kumpulan tidak dikenali.
Keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas pihak media dan mereka yang berada di lokasi diarahkan beredar.
Topic Berkaitan
#hadir
#majlis tertinggi
#Muhyiddin Yassin
#perhimpunan agung
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan