awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin di SPRM: Kehadiran penyokong tanda sokongan kuat - Azmin Ali

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2023
04:06 MYT
Muhyiddin di SPRM: Kehadiran penyokong tanda sokongan kuat - Azmin Ali
Mohamed Azmin antara pemimpin yang hadir bagi memberi sokongan terhadap Muhyiddin di SPRM Putrajaya pada Khamis. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan kehadiran ramai penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sebagai tanda sokongan kuat.
Menurutnya, pihaknya yakin Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersalah.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sokongan cukup kuat, kita yakin Tan Sri (Muhyiddin) tidak bersalah dan tidak wajar dipertuduhkan atas apa juga pertuduhan.
"Bagaimanapun sebagai pendukung parti yang sentiasa menegaskan prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan integriti dan tolak rasuah serta kleptokrat akan terus bersama beliau (Muhyiddin)," katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.
Tambah Mohamed Azmin, pihaknya juga melihat ada usaha untuk melumpuhkan kebangkitan rakyat. Selain Mohamed Azmin, antara pemimpin Bersatu yang hadir adalah Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Seri Rina Mohd Harun.
[TERKINI] Muhyiddin tiba di ibu pejabat SPRM
Sebelum itu, Muhyiddin mengesahkan beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan di SPRM pada pukul 11 pagi pada Khamis.
Difahamkan ia berkaitan siasatan SPRM ke atas dana parti terbabit.-- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Muhyiddin Yassin
#SPRM
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan