awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muzium Agop Batu Tulug Kinabatangan simpan khazanah purba Orang Sungai
Nestle mohon maaf susulan penarikan balik susu formula bayi di peringkat global
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden kereta api dihempap kren di Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin zahir harapan gabungan parti Melayu terus kekal abadi

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
05/03/2021
09:34 MYT
Muhyiddin zahir harapan gabungan parti Melayu terus kekal abadi
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada majlis tertutup perjumpaan Perikatan Nasional (PN) Negeri Perlis, hari ini. - Foto Astro AWANI
ARAU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan harapan agar gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal abadi dan utuh sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan parti lain yang tidak menyertai PN terutama UMNO untuk membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama terbabit.
Namun jelas Muhyiddin yang juga Pengerusi PN, kerjasama membabitkan parti-parti PN masih kukuh terutama selepas kenyataan rasmi dikeluarkan Pas yang berpendirian kekal bersama PN dalam meneruskan apa yang direncanakan sebelum ini terutama isu-isu berkaitan kesejahteraan rakyat.
BACA: Pas tidak putus asa bina muafakat UMNO-Bersatu - Tuan Ibrahim
"Kita dah bincang semalam dengan kelmarin (dalam) Mesyuarat Biro Politik Bersatu dan majlis, dan kita dah buat kenyataan rasmi tentang pendirian kita.
"Semalam kita pun adakan mesyuarat dengan Pas, dan alhamdulillah Pas menyatakan pendirian yang cukup kukuh (untuk) kekal bersama Perikatan Nasional, meneruskan apa yang kita rancang, memperkukuhkan kerjasama antara parti yang ada (dan) tumpuan pada piliha raya,
"Saya fikir tidak menjadi apa-apa masalah walaupun kita mahu melihat gabungan parti Melayu, kalau boleh terus kekal abadi sampai ke depan, kerana rakyat suka. Tapi apa-apa pun, saya serahkan kepada rakan pimpinan parti lain (yang tidak berada di dalam PN), (namun parti di) dalam PN, alhamdulillah keadaan masih kukuh," kata Muhyiddin pada sidang media semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di Klinik Kesihatan Kampung Gial, Arau pada Jumaat.
Terdahulu, UMNO dilaporkan telah menghantar surat kepada Perdana Menteri pada 26 Februari lalu, berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PN menjelang PRU15.
BACA: Bersatu pandang serius surat Presiden UMNO, beri implikasi besar terhadap kerjasama politik
Susulan itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menyatakan bahawa parti itu memandang serius kandungan surat yang dihantar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada 26 Februari lalu.
Jelasnya, kandungan surat itu mempunyai implikasi yang besar terhadap kerjasama di antara UMNO, Bersatu dan PN di masa hadapan.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#parti Melayu
#PRU15
#pilihan raya umum
#Perikatan Nasional
#PN
#UMNO
#Barisan Nasional
#PAS
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan