KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memandang serius kandungan surat yang dihantar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 26 Februari lalu.
Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, kandungan surat itu mempunyai implikasi yang besar terhadap kerjasama di antara UMNO, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) di masa hadapan.
“Dalam hal ini, Bersatu memutuskan untuk terus fokus memperkasakan gerak kerja bersama rakan-rakan dalam Parti Perikatan Nasional iaitu PAS, STAR, SAPP dan GERAKAN berlandaskan perjuangan yang jujur dan ikhlas kepada rakyat bagi memenangi pilihan raya akan datang.
“BERSATU juga berpendirian bahawa Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin masih utuh dan berfungsi untuk memberi khidmat kepada rakyat,” jelasnya dalam kenyataan media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada Khamis.
Dalam pada itu jelas Hamzah, mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menzahirkan kesyukuran atas kejayaan kerajaan PN menempuhi tempoh satu tahun mentadbir negara.
“Dalam tempoh pentadbiran satu tahun itu, kerajaan Perikatan Nasional telah berjaya menjulang prinsip-prinsip urus tadbir kerajaan yang baik, telus serta berintegriti terutamanya dalam memelihara kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang.
“Dalam menghadapi pandemik COVID-19 dan situasi ekonomi yang mencabar, kestabilan politik adalah amat penting bagi memastikan segala perancangan kerajaan dapat direalisasikan dengan berkesan,” katanya lagi.
Justeru, ujarnya Bersatu menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua parti politik yang setia dan istiqamah dalam mendokong serta mempertahankan aspirasi kerajaan PN.
Fareez Azman
Thu Mar 04 2021

Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, kandungan surat itu mempunyai implikasi yang besar terhadap kerjasama di antara UMNO, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) di masa hadapan. - Gambar fail/Astro AWANI

#SayaDigital pacu literasi digital dalam kalangan rakyat

Kegunaan internet isi rumah meningkat 91.7 peratus pada tahun 2020 - Ketua Perangkawan
Penggunaan internet isi rumah menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 91.7 peratus pada tahun 2020 berbanding 90.1 peratus pada tahun 2019 susulan impak pandemik COVID-19.

Ketetapan sokong PN, Muhyiddin pada Perhimpunan Agung MIC
Perhimpunan Agung Tahunan MIC Ke-74 yang baru diadakan di Bandar Diraja Kelang kali ini dianggap panas dan cukup mengejutkan pemimpin UMNO.

Kuasa lancar laman web pantau 20 kerusi Parlimen
Laman web untuk memantau 20 kerusi pada PRU15 akan membantu pengundi mengetahui maklumat calon dipilih berdasarkan sumber parti.

AWANI Ringkas: R-Naught meningkat semula | Bapa terlepas pegang, anak maut dilanggar kereta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Penggunaan dan capaian ICT individu, isi rumah 2020 meningkat ketara [TERKINI] Penggunaan dan capaian ICT individu, isi rumah 2020 meningkat ketara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899416/6271740431618204425509_640x360.jpg)
[TERKINI] Penggunaan dan capaian ICT individu, isi rumah 2020 meningkat ketara

Budak 3 Tahun Maut | Dilanggar kereta selepas lari ke tengah jalan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kampung Wa, Dungun, Terengganu pada Ahad. Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu berlaku selepas bapa kanak-kanak itu terlepas pegangan tangan menyebabkan kanak-kanak itu lari ke tengah jalan sebelum dilanggar sebuah kereta.

Audio Tular | Tun Faisal ajak Zahid bersumpah; bersih nama
Bekas Timbalan Ketua UMNO bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengajak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bersumpah bagi membersihkan nama masing-masing. Kedua-dua individu itu terpalit dengan dakwaan terlibat dalam penularan audio perbualan antara Ahmad Zahid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramadan | Warga emas kirim sahaja makanan di bazar
Golongan warga emas dinasihat hanya mengirim sahaja makanan kepada individu dewasa dan muda jika bercadang membeli makanan di bazar Ramadan, kata Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Profesor Madya Dr Malina Osman.

Istana Kehakiman | Prosiding rayuan Najib Razak masuk minggu kedua
Perkembangan perbicaraan rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas hukuman yang disabitkan ke atas beliau berhubung dana 42 juta ringgit. Ahli Parlimen Pekan itu, tiba di perkarangan Istana Kehakiman, kira-kira pukul 8.50 pagi tadi, diiring pegawai dan pembantu peribadi beliau, untuk berdepan prosiding itu yang masuk minggu ke dua hari ini. Butiran lanjut terus sahaja bersama rakan setugas Firdaus Azil di Putrajaya.

Sidang Parlimen: Kerajaan tidak halang PH hantar memorandum kepada Agong - Takiyuddin
Bagaimanapun, Takiyuddin berkata, sebarang keputusan akhir berkaitan perkara berkenaan hanya boleh diputuskan atas titah Yang di-Pertuan Agong.

PN Selangor bincang pelantikan 18 penyelaras Parlimen dalam mesyuarat esok
PN Selangor akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan pelantikan penyelaras di 18 Parlimen yang dimenangi Pakatan Harapan (PH).

PRU15: Eddin Syazlee mahu pertahan kerusi Parlimen Kuala Pilah
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee Shith hari ini, menyuarakan hasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pas tolak jajaran baharu - Abdul Hadi Awang
Pas juga tidak akan bekerjasama dengan UMNO sekiranya wujud jajaran politik baharu dengan PKR.

Kerajaan PN perlu segera santuni tuntutan Sabah dan Sarawak - Jeniri Amir
Paling penting sekarang adalah segala janji yang telah diberikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak harus ditunai tanpa berlengah.

PN hanya perlu beri sokongan moral, biar GPS kendali sendiri kempen pilihan raya - Abdul Karim
Perikatan Nasional (PN) tidak perlu terlibat secara langsung dalam kempen pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN12) akan datang.

Abang Jo belum fikir lagi permintaan Pas Sarawak
Abang Johari belum memikirkan permintaan Pas Sarawak yang mahu GPS memberi laluan kepada parti itu bertanding pada PRN12.

Pemuda PN tolak budaya politik dominasi, semai perpecahan
Pemuda Perikatan Nasional (PN) bertegas menolak budaya politik dominasi yang menyemai bibit perpecahan, melahirkan kepimpinan yang rasuah, salah guna kuasa dan kleptokrat.

GPS, beri kami peluang bertanding satu, dua kerusi - Pas Sarawak
Ruang dan peluang itu akan menzahirkan semangat kerjasama antara Pas yang merupakan komponen Perikatan Nasional manakala GPS menyokong PN.

'Bukan kita minta masuk MN, kita dijemput masuk' - Wan Saiful
Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan parti itu sebelum ini dijemput untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).