awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamar Pas: Pas berhak beri pandangan, kemuka calon PM - Muhyiddin

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
15/09/2025
10:01 MYT
Muktamar Pas: Pas berhak beri pandangan, kemuka calon PM - Muhyiddin
Muhyiddin hadir ke Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah, pada Isnin. - Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa Pas berhak mengemukakan sebarang pandangan dan mengemukakan nama calon Perdana Menteri yang layak dari parti itu.

Ringkasan AI
  • Muhyiddin Yassin sahkan Pas berhak kemuka calon PM, namun keputusan muktamad akan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dijadual dalam tempoh seminggu.
  • PN bersikap terbuka terhadap pandangan semua parti komponen, termasuk cadangan Pas untuk memimpin gabungan dan menampilkan calon Perdana Menteri.
  • Mesyuarat akan tentukan calon PM PN bagi PRU16, selepas usul Pas di Muktamar dan resolusi Bersatu yang sebelum ini mencalonkan Muhyiddin.

Bagaimanapun, beliau menyatakan, sebarang keputusan mengenai itu hanya akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dijangka diadakan minggu hadapan.
"Itu terpulang (memandangkan ia usul di Muktamar), baru saya maklum kepada Tan Sri Hadi sebentar tadi, kata bila masa selesai (Muktamar ini) hendak rehat (sekejap), kita tetapkan tarikh yang sesuai (dalam seminggu lagi), dia hadir saya hadir dan lain ahli dapat hadir, cukup korum jadi agenda (calon Perdana Menteri PN) itu, mungkin itulah agenda nak dikemukan.
"Kita biasa (amalkan) sikap yang terbuka, tidak ada nak (wujud) apa-apa masalah, jadi (sebarang perkara atau cadangan) kita bincang, kalau keputusan majoriti dah muktamad itu, siapa (calon Perdana Menteri), kita akan terima," katanya.
Muhyiddin berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Presiden Bersatu mengesahkan bahawa hubungan membabitkan parti itu dan Pas di dalam gabungan PN berada pada tahap yang baik dan rapat.
Keadaan itu juga turut dapat dilihat di peringkat akar umbi yang mana akan membantu kepada gerak kerja dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pada Jumaat, Muktamar Dewan Pemuda Pas sebulat suara meluluskan usul untuk parti itu memimpin gabungan Perikatan Nasional (PN) dan menerajui kepimpinan utama negara.
Topic Berkaitan
#Muktamar Pas
#Muhyiddin Yassin
#calon perdana menteri
#Perikatan Nasional
#PRN16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan