ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan menolak pencalonan untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden Pas pada Muktamar Tahunan Pas yang dijadual berlangsung pada 20 Oktober depan.
Beliau berkata, pencalonan tersebut dimaklumkan menerusi surat daripada parti namun menolak untuk bertanding jawatan nombor tiga tertinggi parti itu.
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu sebaliknya mengesahkan akan bertanding untuk Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat bagi penggal 2023-2025.
“Saya ada (dapat) pencalonan tetapi saya tolak. Dapat tawaran itu melalui surat yang memaklumkan pencalonan untuk Naib Presiden, namun saya tolak.
“Saya tandakan bertanding Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Sebabnya saya rasa saya patut duduk (jawatan AJK) situ saja,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini pada Rabu.
Pada Selasa, penganalisis politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Hussain Yusri Zawawi berpandangan kemungkinan berlaku perubahan melibatkan tiga kerusi bagi jawatan naib presiden dan tidak menolak kemungkinan Muhammad Sanusi antara yang layak menduduki jawatan berkenaan.
Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah menegaskan belum ‘layak’ untuk memikul tanggung jawab tersebut atas beberapa faktor.
“Itu pandangan mereka, saya tahu diri saya setakat mana. Dalam Pas, kualiti untuk memimpin parti dengan kualiti untuk memimpin sektor lain adalah berbeza. Ciri-cirinya tak sama dan kelayakan pun tak sama.
“Ia berdasarkan merit kelayakan, keupayaan dan kemahiran, bukan kerana politik. Bukan kerana kita pandai melobi jumpa orang, itu tak boleh. Ia juga berdasarkan kepada sesuai atau tak sesuai,” jelasnya.
Menurutnya, itu antara keunikan dalam Pas yang menyaksikan pemimpin yang menerajui parti tidak semestinya menerajui negeri.
“Contoh, jadi calon menang boleh tetapi untuk pimpin Pas perlu ada ciri lain lagi. Sebab itu di Kedah, saya boleh jadi menteri besar tetapi Pesuruhjaya Pas pemimpin lain.
“Pesuruhjaya memimpin parti dan jemaah, miliki kualiti dan ciri-ciri berbeza. Saya tak ada ciri-ciri itu, saya jadi MB bolehlah, tak sama,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada beliau kemungkinan akan bertanding pada penggal berikutnya untuk menimba pengalaman terlebih dahulu, Muhammad Sanusi secara berseloroh berkata, kemungkinan namanya tidak lagi tersenarai berikutan ini merupakan kali kedua menolak pencalonan jawatan Naib Presiden.
“Dua tahun lagi ada ka nak calon saya? Ini kali kedua saya tolak, sekali lagi Insya-Allah mereka tak calon dah sebab asyik tolak saja.
“Bukan sebab nak fokus kepada urusan negeri, tak juga cuma saya rasa saya tak padan (layak) nak jadi naib presiden, kalau sebagai AJK padanlah (layak),” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 27 2023
Muhammad Sanusi mengesahkan akan bertanding untuk Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat bagi penggal 2023-2025. - Gambar fail
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Penjawat awam di Kedah dapat bonus RM2,000
Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada 5,600 kakitangan awam dan anggota pentadbiran di negeri itu.
PRN: Pendakwaan terhadap Sanusi tak akan sebabkan 'gelombang hijau' di enam negeri
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini tidak akan menyebabkan 'gelombang hijau' di enam negeri.
Pandu uji kereta: Sanusi serah kepada polis untuk siasat
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan beliau memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan.
Jumlah sebenar tuntutan konsesi balak bernilai RM1.5 bilion - Sanusi
Tuntutan itu melibatkan kira-kira 40 syarikat dengan jumlah 131 kelulusan konsesi dan kawasan seluas 22,098 hektar di Hutan Simpan Ulu Muda.
'Keputusan penangguhan pemilihan UMNO belum muktamad, boleh terbatal'
Keputusan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan selepas Perhimpunan Agung parti tahun depan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilihat boleh terbatal dengan suara majoriti perwakilan.
'Najib hadapi risiko jika pemilihan UMNO 2016 ditangguh' - Sanusi Junid
Najib disifatkan berdepan risiko besar seandainya desas-desus pemilihan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 ditangguh sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.